Baru sahaja mereka berdua ingin pulang Ae ri terlihat ditangga rumah yang cukup besar itu atau lebih mudah mansion .
"Sorry buat korang tunggu..."
"Kau ni kalau kau ada kerja pun cakap lah dengan kitaorang dulu..." Marah Ji eun sambil membuat muncung itiknya yang selalu di buat kalau sedang marah .
Jungkook masih lagi berdiri di depan kerusinya tadi sedangkan Ji eun sudah pun berada di hadapan Ae ri .
"Kau nak apa?? sampai pergi rumah aku , tak sempat nak tunggu dekat sekolah..." Aku pura-pura bertanya sedangkan aku tahu yang yang Ji eun datang sebab nak temankan Jungkook .
"Aku yang ajak dia teman aku sebab aku nak minta maaf dengan kau..."
Jungkook masih lagi berdiri di tempatnya , Ae ri memandang ke arahnya . Langkah kaki Ae ri mula dibuka dan dia duduk di kerusi berhadapan dengan Jungkook , Ji eun hanya mengikuti Ae ri .
"Okay aku maafkan kau , tapi... Kau kena anggap aku macam kawan and... Kalau aku cakap tak suka , kau jangan buat aku cakap lagi" .
Kata aku sambil mengangkat secawan tea yang telah disediakan tadi .
"Aku setuju apa je yang kau cakap...janji aku tetap boleh jumpa kau...maksud aku berkawan dengan kau" . Jungkook agak tersasul dan gementar takut Ae ri tidak memaafkannya .
"Okay semua dah settle . Jom!! jalan-jalan dekat sekitar rumah kau ni , dah lama aku tak tengok rumah kau..." Ji eun cuba menceriakan suasana yang agak tegang itu .
"Kau nak tengok apa je dekat rumah aku ni??" Perasaan aku adalah malas sekarang ini .
"Apa-apa sajalah , rumah besar macam ni mesti banyak benda best..."
"Rumah besar tapi aku sorang selalunya , lain la kalau aku ada adik beradik" .
"Mana eoma appa kau??" Akhirnya Jungkook bersuara juga setelah sekian lama .
"Time macam ni eoma appa aku ada dekat office , diaorang kan ada office masing-masing tu yang busy je" . Jelas aku kepada Jungkook .
Ae ri terus merebahkan badannya di sofa . Selepas beberapa minit berbual , Ji eun mengatakan lagi hajatnya yang ingin melihat sekitar rumah Ae ri .
"Jom la.. aku nak tengok kawasan rumah kau.." Badan aku mula bergerak kerana ditarik oleh Ji eun .
"Kau tengok kawan kau ni Jungkook.." Jari aku terus menunjuk ke arah Ji eun yang masih dipaut olehnya . Jungkook hanya mengelakkan aku .
Ae ri terus membuat house tour pada hari itu , Ae ri bermula dari ruang makan , ruang tamu di atas , beberapa bilik , library , biliknya dan yang akhir di taman belakang mansion .
Taman
"Lawanya....untung la kau hidup serba lengkap bilik besar...library ada..taman yang cantik macam ni pun ada" . Matanya bercahaya apabila bercakap seolah-olah berada dalam syurga . Sedangkan bagi aku ini semua tidak bermakna .
"Ae ri kau bahagia ke duduk dekat mansion ni??" Pertanyaan Jungkook membuatkan aku berkata sambil termenung .
"Bosan la..." Aku terus memandang ke arahnya .
"Mestilah kau bosankan , apa punya soalan lah aku bagi ni..." Jungkook tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu .
Ji eun datang kepada mereka dan menarik tangan mereka untuk pergi ke tengah taman tersebut .
***
"Siang tadi ada kawan datang ke??" Kata appa kepada aku ketika kami makan malam .
"Hmm..."
"Berapa ramai??" Tanya appa lagi sambil mengangkat segelas air dan meminumnya .
"Dua orang saja.."
"Mama ingat kamu tak ada kawan?? Lain kali kalau kamu bosan ajaklah kawan datang" . Sapa eoma yang baru saja sampai di meja makan .
Appa yang melihat eoma datang langsung menghabiskan makanannya dengan segera , sebelum pergi appa sempat memeluk sekaligus mencium pipi aku . Aku terus melihat muka ibu agak berubah .
"Ae ri boleh ajak kawan tido sini ke ibu??" Aku cuba mengubah topik takut eoma appa bergaduh lagi .
"Siapa pun Ae ri nak ajak , ajaklah sayang...eoma tak kisah pun...lagipun eoma nak minta maaf sebab selalu busy , tapi eoma nak kamu tahu yang eoma sayang kamu" . Eoma mula mengengam tangan aku dan diusap lembut .
***
Pagi yang indah itu , Ae ri membuat keputusan untuk berjalan di taman sambil menghirup udara segar .
! Psttt...pstt..pstt.. !
Ae ri terkejut dan mencari sumber suara itu . Kepalanya menjenguk-jenguk ke merata tempat . Apabila di ketahui dari mana sumbernya , dia ternampak Eunwoo yang melambai-lambaikan tangannya dari pintu dimana Ae ri keluar tadi . Ae ri langsung membuka langkah menuju ke Eunwoo .
"Kau buat apa dekat luar sana??" Tanya Eunwoo sambil menarik tangan aku masuk ke rumah .
"Pergi memancing ikan.." selamba aku menjawabnya . "Kau nak bawa aku pergi mana ni" . Kami melalui koridor mansion , tangan aku masih lagi digenggam oleh Eunwoo . Aku tertanya-tanya kemana Eunwoo ingin membawa aku , akhirnya kami berada di pawagam mini .
Pawagam mini
"Kenapa bawa aku dekat sini??" Dalam kepala aku masih lagi terpinga-pinga .
"Untuk memancing ikan..." Eunwoo mengulangi perkataan aku semula . "Kita nak tengok filem la..." Balasnya lagi dan terus menarik tangan aku ke tempat duduk . Kami melihat skrin yang agak besar serta hitam .
"Jangan cakap kau belum pasang lagi eh.." Aku melihat Eunwoo dan Eunwoo melihat aku sambil senyum .
"Macam mana nak tengok kalau tak pasang filem-nya Mr Eunwoo...." Aku langsung bangun dan berjumpa dengan pembantu rumah yang boleh pasangkan filem di pawagam .
"What filem you want to watch ,miss??"
"What choice I have?" Aku membalas pertanyaan dengan pertanyaan yang lain . Pembantu itu menunjukkan beberapa filem kepada aku .
"Ini sahaja yang ada ke??" Pertanyaan diajukan lagi kerana semua cerita yang ada tentang princess , kerana waktu kecil aku suka menonton princess movie .
Ae ri duduk kembali di kerusinya , setelah semuanya selesai di pasang , lampu ditutup dan Eunwoo pun muncul .
"Cerita apa ni??" Tanya Eunwoo yang baru saja muncul di kerusi sebelah .
"Beauty and the beast..." Jawab aku dan memakan keropok yang berada di tanganku .
"Nak sikit keropok tu??" Tangannya mula meraba ke dalam bungkus keropok aku .
"Kau boleh makan ke??" Tanya aku terperanjat melihat dia selamba mengunyah keropok .
"Ingat bayangan tak boleh lapar ke??"
"Kau ni pelik lah kadang aku pun tak tahu kau ni apa..."
"Shhh...tengok cerita dah start.." Habis keropok disumbat ke mulut aku . Aku terus fokus kepada skrin yang besar itu semula .
***
Ae ri bangun dan letakkan tangannya di pinggang . Movie yang mereka tonton sudah pun habis , Ae ri melangkah keluar dari pawagam mini tersebut .
"Aku nak pergi mandi jap kau jangan ngintai aku eh!! Nanti aku jumpa kau dekat library" . Kata Ae ri kepada Eunwoo yang sedang mengelap air matanya kerana menonton filem tadi .
"Tak payah nak nangis sangatlah!!" Tangan aku menggosok kepalanya , dan langsung pergi .
Saat Ae ri hampir sampai di tangga , Ae ri terserempak dengan eomanya
"Awal balik eoma????" Sapa aku kepada eoma yang juga mendaki tangga .
"Eoma tak sihat sangat hari ini....eoma ingat nak rehat dekat bilik.." Kepalanya dipicit-picit perlahan .
"Eoma rehatlah nanti kalau ada apa-apa bagitahu tau...." Langkah kaki kami berpisah disitu aku pergi ke bilik aku dan eoma pergi ke biliknya .
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
~ TBC ~
Hai macam biasa jangan lupa follow and vote..🤭
Thanks support and kalau ada salah comment je 👍😊