BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)

By kimiafina

45.1K 2.7K 408

Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Not an update

Bab 5

1.2K 136 13
By kimiafina

"KAU? "bukan main terkejut Aira melihat gerangan di hadapannya ketika ini. Giginya diketap geram.

"Kenapa you marah sangat ni hmm? "Rayqal buat muka tidak bersalah kepada Aira. Huh, dekat sekolah elok bertutup pakai tudung apa semua dekat luar seksi bagai nak rak. Kalau boleh semua nak tunjuk. Geram je dia tengok. Suara sengaja dilembutkan kepada Aira.

Aira berdiri berpeluk tubuh. Meluat dia tengok muka Rayqal. Rasa marah membuak-buak bila tahu lelaki iti telah menyentuhnya tanpa izin.

"Kau memang muka tak tahu malu kan? Kau ingat aku tak tahu ke apa berlaku malam tu? "Kalau tak ingatkan ni kawasan sekolah sudah lama Aira menggila. Pasti kepala Rayqal sekarang sudah botak licin. Sudah membayangkan bagaimana dia ingin tarik-tarik rambut Rayqal sampai lelaki itu botak. Namun, disabarkan saja hatinya ini.

Rayqal ketawa sinis. Belakang disandarkan ke dinding. Hanya berdiri santai tanpa mereka sedar Qays sedang memasang telinga di sebalik tiang mendengar mereka berbual.

"I buat apa sayang? "

Soalan Rayqal buat hidung Aira kembang kempis menahan rasa. Geramnya ya Allah. Seliar-liar dia, dia masih tahu lagi bagaimana mahu menjaga dirinya hanya untuk yang halal.

"Hey, aku benci la dengar kau panggil aku sayang, "

Rayqal mendekati Aira. Dibisik perlahan ke telinga Aira yang berlapik tudung.

"Kalau you rasa diri you tu mahal, lain kali pakaian tu jaga. I lelaki yang ada nafsu bukan macam anak pembantu rumah you tu tahan je tengok you seksi-seksi depan dia, "Rayqal senyum sinis sebelum bahu Aira dilanggar sedikit kasar dan pergi dari situ.

Aira menjerit memanggil nama lelaki itu. Dia belum habis cakap lagi, Rayqal dah pergi. Kalau boleh dia nak tampar-tampar mukut si buaya tu. Aira mendengus kasar.

"Berapa ratus kali pun kau minta untuk bersama aku, aku tak hadaplah dengan kau jantan! "Jerkah Aira tapi tak taulah Rayqal dengar ke tak. Aira berdecit geram.

Qays yang berada di sebalik tiang berasa sedikit lega apabila Rayqal sudah pergi dari situ. Sebaik sahaja memastikan keadaan sekitar selamat untuk Aira, Qays berlalu pergi dari situ.

Qays berjalan untuk keluar dari sekolah. Qays duduk di bus stop dahulu sementara menunggu Uwais. Dia sudah janji dengan Uwais untuk pulang bersama. Sudah ditawarkan oleh Dato' Mikail untuk membiarkan saja Qays pulang dengan Pak Hamid tapi Qays menolak. Katanya cukuplah dia datang ke sekolah sahaja bersama Aira. Sedar yang dirinya tidak disukai oleh Aira.

"Kesiankan... Datang and balik sekolah kena tumpang orang macam ni, "Qays sudah dapat agak suara itu milik siapa. Qays lebih memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Kalau dia lawan nanti susah. Dia tak nak nama baiknya tercemar. Dia nak berjaya and keluar dari sekolah ni dengan membawa nama baiknya.

"Kau ni memang jenis telinga pekak kan? Kalau kau tak datang selamatkan dia mesti sekarang aku dah dapat keluar dengan Rayqal. But you ruined everything, "geram Emelda rasa. Dia dah lama nakkan Rayqal. Mungkin lepas saja dia buat apa yang Rayqal nak, Rayqal akan pandang dia kan? Fikir Emelda.

Qays pusing kepala memandang Emelda. Hanya pandang tanpa berkata apa-apa. Dia dapat lihat muka merah Emelda. Hidung juga kembang kempis nenahan marah.

"Kenapa kau diam? Kau tak berani nak jawab ke sebab aku anak orang kaya hmm? "Kata-kata Emelda sungguh sinis. Tapi Qays tak rasa apa-apa sebab dia selesa hidup begini. Kalau kaya harta tapi miskin adab pun tak guna juga. Ada juga manusia yang jenis macam ni. Naik menyampah Qays dibuatnya.

Qays hembus nafas dalam.

"Aku tak nak bergaduh dengan kau sebab semua kata-kata yang keluar nanti hanya akan jadi benda yang sia-sia je. Orang yang macam kau ni tak layak nak berkawan dengan sesiapalah, "bidas Qays tegas.

Emelda terjongket senyum sinis.

"Kau ingat orang miskin macam kau layak ke nak berkawan dengan orang yang macam Aira tu? Kau ingat aku tak tau yang kau sukakan dia kan? "Provok Emelda ketika itu.

"Kau ingat aku kisah ke title aku sebagai anak orang miskin ni? Biar miskin harta tapi kaya dengan adab, "Qays bangun sebaik sahaja Uwais sudah datang bersama dengan motosikalnya.

"By the way, miss Emelda... Terima kasih atas peringatan kau. Aku sedar siapa diri aku, "kata-kata Qays buat Emelda lagi rasa sakit hati. Dipandang figura Qays dengan rasa geram yang membuak-buak sebelum lelaki itu hilang dari pandangan matanya.

"Erghh! "Emelda mendengus kasar. Nak sakitkan hati Qays tapi hati dia pula yang membuak-buak perasaan geram sekarang ni. Dasar anak orang gaji!



























"TENGKU, apa yang tengku rasa tengku akan buat dengan aset-aset yang tengku ada ni? "Tanya PA Tengku Arshad. PA Tengku Arshad yang lebih dikenali sebagai Wan sememangnya orang yang Tengku Arshad percaya. Semua kerja yang diberi oleh Tengku Arshad, Wan lakukan dengan baik.

Tengku Arshad juga fikir soal itu sebab dia tiada anak. Pernah berkahwin tetapi isterinya terlebih dahulu pergi menghadap ilahi kerana kemalangan jalan raya suatu ketika dulu. Dan selepas itu, Tengku Arshad tidak pernah berkahwin lagi. Segala keuntungan yang dia dapat kebanyakannya disumbang kepada rumah anak-anak yatim.

"Soal tu, saya pun terfikir juga. Umur saya pun dah semakin tua. Semua harta ni saya tak de pewaris. Saya akan fikir macam mana nanti. Kemudian saya akan maklumkan kepada awak, "ujar Tengku Arshad.

"Baik Tengku. Apa pun keputusan Tengku saya akan setuju, "Zakwan menurut semua kata-kata Tengku Arshad kerana Tengku Arshad banyak berjasa kepada keluarganya. Segala makan minum dan pengajian adik-adiknya ditanggung oleh Tengku Arshad. Kesenangan yang dia dapat juga berkat daripada Tengku Arshad. Jadi, dia tidak akan membantah apa pun keputusan yang Tengku Arshad bakal buat.

"Saya rasa saya ada cara macam mana nak cari bakal pengganti syarikat saya lepas ni, "Tengku Arshad senyum senget. Dia harus cari pengganti sebab usia dia semakin banyak jadi dia memerlukan orang yang benar-benar layak dan ada kriteria yang dia inginkan untuk meneruskan perjuangannya. Syarikat yang dia bangunkan hasil titik peluhnya sendiri. Dan, Zakwan pasti akan dia hadiahkan sesuatu juga buat lelaki itu kerana sentiasa sabar dengan kerenahnya sepanjang bekerja dengannya.

Selepas pulang daripada sekolah, Aira juga baru pulang. Tak sangka Aira juga pulang lewat. Walaupun Qays keluar lebih awal daripada Aira tadi, Qays ke kedai ikan dahulu dengan Uwais sebab Uwais nak beli ikan laga untuk hiasan dalam rumah katanya. Macam-macam si Uwais ni.

Aira jeling Qays sekilas. Entah kenapa dia rasa meluat dengan perangai acah-acah baik Qays. Walaupun dia tak pernah lagi nampak Qays bertindak jahat di hadapan matanya, bagi Aira Qays hanya berpura-pura baik untuk meraih simpati mommy dengan babahnya. Dia tak suka. Aira berjalan melintasi Qays sebelum Qays terkedu apabila ternampak sesuatu di belakang baju kurung Aira.

"Aira... "

"Kau nak apa? "Pusing Aira menghadap Qays. Lelaki itu tidak puas hati dengannya ke?

Qays gigit bibir. Macam mana dia nak bagitau Aira? Rasa malu pula secara tiba-tiba. Panas mukanya ketika ini. Tidak pernah-pernah lagi dia nak tegur perempuan soal ini.

"Erkk... "

"Kalau tak de benda penting kau nak cakap dengan aku lain kali jangan panggil. Aku tak suka, "kata Aira dengan nadanya yang kedengaran sungguh bencikan Qays.

Qays hembus nafas. Jari diangkat naik tuding ke arah Aira.

"Belakang baju kurung awak... Ada something..."Qays terus gigit bibir bawahnya lagi. Jujur dia cakap dia nervous nak bagitau Aira.

Kalut Aira tarik baju kurungnya untuk lihat apa benda yang ada di belakang baju kurungnya. Terus membulat mata Aira. Merah mukanya ketika ini. Malunya Ya Allah!

"Jangan tengok! Kau tutup mata sekarang! "Marah Aira. Erghhh!!! Mana dia nak letak muka ni. Waktu-waktu macam ni pulalah dia nak period.

Laju Qays tutup mata. Dia tahu Aira malu. Tapi... Kenapa rasa macam comel pula Aira marah-marah dia macam ni. Hehe. Haish! Dah Qays. Jangan mengarut.

"Aku pergi dari sini baru kau buka mata. Kau tengok aku siap kau aku kerjakan! "Ugut Aira. Laju tote begnya diambil dan digunakan untuk lindung belakang bajunya sebelum laju jalan naik ke atas. Hari ni merupakan hari yang paling memalukan dia. Tambah pula musuh dia yang tegur lagilah buat mood dia tak baik sekarang ni.

Sedar bahawa Aira sudah pergi dari situ, baru Qays buka mata. Tanpa sedar hujung bibirnya terjongket senyum kecil. Walaupun Aira liar, Qays nampak yang Aira masih ada harapan untuk berubah ke arah yang lebih baik cuma gadis itu degil sedikit.










Haip.. Jangan keluar dulu..

Dah tekan bintang kecik comel tu ke belum? Alooo.. Tekanlah.. Semangat sikit saya nak taip.. Hekhek..

Jangan lupa comment jugak tau.. Baru semangat saya membuak-buak nak taip lagi.. Hehe..

Thank you mana yang dah vote and comment tu.. Muah ciked! 😘

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

91.4K 3.2K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
221K 14.7K 39
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
184K 13K 71
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
51.5K 5.2K 22
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...