Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

61.9K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 40 | Penat

851 39 1
By Mademoiselle_Hawa

   BUSHH!

   Aku terkapai-kapai cuba kembali ke permukaan air. Udara di paru-paru semakin berkurangan. Nafas aku sudah tersekat-sekat.

   Arus air sungai yang tiba-tiba sahaja mengganas membuatkan aku tidak dapat mengawal tubuh aku.

   "Arkk... Aba...h... Ark!"

   Aku sudah semakin lemas apabila air sungai sudah banyak masuk ke dalam mulut. Aku tak mampu bertahan dengan lebih lama. Aku lemas.


*****

   "ABAH! Ark! Tolong Sha!"

   Aku tidak dapat nak buka mata. Nafas aku tersekat. Dada aku rasa sesak.

   Aku meronta-ronta. Terasa lemas dengan air yang mula masuk ke dalam mulut aku.

   "Qaisara! Wake up!"

   "To... Tolong abah!"

   "Qaisara! Hey, bangun!" panggil seseorang.

   Mata aku terus terbuka luas. Aku bangun secara mengejut. Mata aku kalut memandang sekeliling. Tak, aku bukan di dalam sungai, tapi di dalam bilik aku.

   Mata aku sempat melirik ke arah jam di dinding, jam sudah menginjak pukul 3:40 pagi.

   Tubuh aku menggigil hebat. Dada aku berombak laju. Tangan dan dahi aku mula berpeluh.

   "Qaisara..."

   Pantas aku berpaling secara mengejut. Jantung aku berdegup kencang. Aku terperanjat.

   "Hey, it's me... Relax." ujar Qash lembut.

   Aku menggelengkan kepala. Kedua-dua belah lutut aku dirapatkan ke dada. Aku memeluk lutut erat.

   Ya Allah, kenapa jadi lagi ni? Terasa seksa jiwa aku bila panic attack ni datang.

   "Qaisara sayang, pandang saya." pujuk Qash lembut.

   Perlahan-lahan aku mengangkat kepala merenung anak matanya. Tubuh aku masih menggigil. Nafas aku masih terasa semput.

   Qash menggengam tangan aku lembut.

   "Tenang okay? Cuba kawal pernafasan awak. Tarik nafas...," arahnya.

   Aku menurut. Nafas aku ditarik perlahan.

   "Lepas..."

   Aku menghembuskan nafas.

   "Good. Kita ulang balik. Awak masih ingat kan apa yang saya ajar masa dekat hospital dulu?" ujarnya lembut.

   Aku angguk laju.

   Aku buat apa yang disuruh oleh Qash. Setelah keadaan aku semakin reda, aku menghembuskan nafas lega.

   "Feeling better now?" soalnya.

   Aku angguk lemah. Mata aku tiba-tiba sahaja berkaca.

   "Eh, sayang? Kenapa ni? Rasa sesak nafas lagi ke?" soal Qash cemas.

   Aku menggeleng. Mata aku memandang tepat ke arah Qash.

   "Sampai bila saya kena hadap semua ni? Sakit ni? Sampai bila? Saya penat Qash... Penat nak lawan. Setiap kali saya termimpi kejadian tu, saya jadi lemah. Sakit. Saya tak mampu kawal diri saya seorang diri..." sebak aku bersuara.

   Setitis air mata mengalir di pipi. Aku hanya biarkan. Memang aku terasa seksa sangat sekarang ni. Aku dah penat.

   "Kalau bukan sebab dia yang sergah saya masa tu, saya takkan jadi macam ni. Sakit ni, saya tanggung sorang-sorang... Saya penat Qash, saya penat..." aku menekup muka dengan kedua-dua belah tapak tangan.

   Terasa sesak dada menahan tangisan. Mungkin bagi orang lain, aku cuma mengada-ngada. Tapi, orang lain tak tahu apa yang aku alami. Perkara yang tak disangka tu terjadi waktu aku masih lagi kanak-kanak. Waktu dimana aku kecil.

   Qash pula hanya diam. Dia merenung aku dengan pandangan... Entah. Aku tak pasti. Tetapi terpancar riak sedih di wajahnya.

   Dan tanpa diduga, Qash menarik aku ke dalam pelukannya. Terasa pelukan di eratkan. Aku pula hanya membiarkan. Memang aku perlukan seseorang sekarang ni.

   "Saya tahu awak kuat Qaisara. Saya tahu awak mampu lawan. Jangan cepat mengalah. I'm here, beside you. Qaisara yang saya kenal, seorang yang tabah. Jangan cakap awak tanggung semua ni sorang-sorang. Saya ada. I am your husband, butterfly. Susah senang kita tanggung sama-sama. Saya sayang awak Qaisara. And...i'm sorry..."  ungkap Qash.

   Pelukan semakin dieratkan.

   Aku pula hanya diam di dada bidang Qash. Tangisan aku sudah berkurangan. Aku melingkarkan tangan di pinggangnya.

   "Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya. Terima kasih sebab selalu tolong saya bila saya dalam keadaan macam tadi. Jujur saya cakap, saya tak kuat nak hadapi perkara tu seorang diri. Thank you so much." balasku tersedu sedan.

   Terasa kepala aku diusap lembut.

   "Awak tak perlu pun ucap terima kasih. Saya suami awak, dah memang tugas saya penuhi kekurangan isteri saya. Memang tugas saya untuk membantu awak, dan saya sentiasa akan ada di sisi awak. No matter what happen. I promise."

   Aku mengangguk perlahan. Aku semakin eratkan pelukan. Kepala aku di dadanya aku betulkan supaya lebih selesa. Aku memang perlukan dia sekarang ni. Untuk aku tenangkan diri.

   Entah berapa lama aku berkeadaan begitu. Tanpa sedar, aku terlelap di dadanya dalam keadaan duduk di atas katil.











   MATA aku perlahan-lahan dibuka. Cahaya matahari yang datang dari celah langsir itu membuatkan pandangan aku menjadi silau. Aku menggosok mata aku beberapa kali. Buat beberapa ketika, pandangan aku kembali jelas.

   Aku mengerling di sisi aku di mana tempat Qash tidur. Kosong.

   Aik? Mana dia? Takkan pagi-pagi dah keluar kot hujung minggu macam ni?

   Jam di dinding aku kerling, 8:05 pagi. Fuh! Mati-mati aku ingat aku terlajak subuh tadi, lupa pulak aku tengah 'cuti' sekarang ni.

   Aku bangun dari katil, tuala mandi dicapai. Kemudian bilik air dituju.

   Seusai mandi dan siap berpakaian, aku mula turun ke bawah. Semasa tiba di anak tangga yang terakhir, hidung aku tiba-tiba terbau sesuatu yang enak.

   Siapa pulak yang rajin masak dekat dapur ni? Takkan Qash kot? Ke ada pencuri? Eh, rajin pulak pencuri tu nak berperang dekat dapur aku tu!

   Kaki aku cepat-cepat melangkah ke arah dapur. Aku sudah aktifkan mode berjaga-jaga. Kalau betul ada pencuri, aku bukak terus silat kuntau aku.

   Namun sangkaan aku itu meleset sebaik sahaja tiba di dapur. Eh, biar betul?

   Qash yang sedang sibuk membuat sarapan itu aku pandang dengan pandangan hairan.

   "Qash?" tegurku.

   Qash terus mengalihkan pandangan ke arah belakang.

   "Eh? Hi, good morning!" sapa Qash ceria.

   Aku berjalan mendekatinya yang sedang membalikkan sesuatu di atas frying pan.

   "Dah kenapa pulak awak yang masuk dapur ni?" soalku. Aku bercekak pinggang di sebelahnya.

   Dia tersengih menampakkan barisan giginya.

   "Kenapa? Tak salah kan?" soalnya kembali.

   Aku menggaru kening.

   "Yeah, memang tak salah. Tapi, kenapa tiba-tiba?"

   Aku lihat Qash tersenyum senget.

   "Alah, saja je. Biar lah giliran saya pulak yang masak. Saya nak awak rehat, saya tahu awak tak cukup tidur semalam." balasnya.

   Spontan tersungging senyuman di bibir aku.

   "Saya okay lah awak... Tak payah lah buat semua ni. Ni kerja saya, bukan awak."

   "Tak apa... Sekali sekala saya yang masak. Lagipun awak tak pernah lagi rasa masakan saya kan? Asyik rasa masakan awak je. Bosan lah." katanya selamba.

   Terbuntang mata aku.

   "Oh? Bosan? Kiranya awak nak kata masakan saya ni tak sesedap macam masakan awak ke apa?"

   "Haah."

   Aku tayang riak tidak percaya. Sampainya hati dia!

   "Oh, okay. Lepas ni awak je lah yang masak. Masakan saya kan tak sedap." ujarku pura-pura merajuk.

   Tiba-tiba Qash meletuskan tawanya. Aku merenungnya dengan pandangan maut. Dia ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku tahu!

   "Alala... Saya gurau je lah. Jangan lah merajuk. Masakan awak lah yang paling sedap tau! Tak ada siapa pun boleh lawan air tangan isteri saya ni." pujuknya. Bahu aku dipautnya.

   Aku memutarkan bebola mata. Tahu cuak! Jarang aku nak buat perangai merajuk ni, jangan buat main bila aku dah mula merajuk!

   "Okay now, awak pergi duduk dulu. Saya hidang untuk awak." ujarnya seraya menolak aku menuju ke meja makan.

   Aku pula hanya menurut. Mata aku tidak lepas dari memerhati Qash yang sedang sibuk menghidang.

   Kenapa aku rasa dia nampak hot bila tengah memasak eh? Dengan pakai apron nya. Rambut tu, beralun lembut je. Tak tahu lah, aku rasa aura Qash ni lain macam sangat. Sampai aku pun tak boleh berhenti dari tengok dia ni, apa cerita?

   Tanpa aku sedar, Qash sudah meletakkan pinggan yang berisi sarapan di hadapan aku. Dia pula sudah melabuhkan punggung di kerusi di hadapan aku.

   "Awak ni memang suka tenung saya buat kerja eh?" soal Qash sekaligus memecahkan lamunan aku.

   Aku terkebil-kebil memandangnya. Ah, kantoi lagi! Mana nak sorok muka lawa aku ni?

   "Ma... Mana ada lah. Perasannya dia." sangkal aku.

   Aku dapat lihat Qash tersenyum senget.

   "Dah kantoi tak nak mengaku konon..."

   Aku berdehem kecil. Kedudukan di kerusi dibetulkan. Jangan layan sangat Qai. Nanti makin seronok dia mengusik kau.

   Aku melihat hidangan yang dimasak oleh Qash. Wow! Ini dah macam makanan ala-ala dekat hotel ni!

   Meriah betul pinggan kami berdua. Ada omelette, baked bean, sosej yang sudah siap dicincang. Daging lembu yang dihiris nipis. Memang menyelerakan.

   "Ni dah macam breakfast dekat hotel ni." kataku.

   Qash ketawa kecil.

   "Haah. Saja nak ambil feel macam dekat hotel." sambungnya.

   Aku tersenyum nipis. Selepas selesai membaca doa makan, kami mula menjamah.

   "Hmm, sedap. Pandai awak buat." komen aku.

   Qash tayang senyuman bangga.

   "Tengok oranglah." ujarnya bangga.

   Aku mencebik.

   "Hmm, macam mana awak buat omelette ni? Saya tak reti nak buat telur macam ni. Terbentuk cantik je. Sedap pulak tu."

   "Saya belajar dekat youtube je. Dekat youtube berlambak resepi cara-cara nak buat omelette ni." jelasnya.

   Oh! Patut lah. Hmm, rajin betul dia belek youtube. Aku ni, nak cari pun malas dah. Masak apa yang tahu je.

   Kadang-kadang aku rasa macam terbalik pulak. Qash ni lebih serba serbi tahu tentang memasak dan nampak lebih berpengetahuan. Aku ni? Hmm, tak payah cakap lah. Korang faham-faham sendiri.

   "Petang ni kita pergi jogging nak?" cadang Qash.

   Aku diam memikirkan cadangan Qash. Jogging eh? Okay jugak tu. Aku ni dah lama membela lemak sejak dah kahwin ni. Dah tiba masanya untuk aku bakar lemak aku ni.

   "Boleh jugak." jawabku memberi kata putus.











   "EH! Kejap lah. Penat dah ni!" bicara Qash dengan termengah-mengah.

   Aku berhenti berlari. Aku memandang Qash di belakang aku yang sudah terbongkok-bongkok.

   "Takkan pancit dah kot?" perliku sambil bercekak pinggang.

   "Orang gila je tak pancit! Kita lari dah lima pusingan non stop kot! Trek dekat taman ni dah lah besar. Ya Allah semput aku!" bebel Qash.

   Aku cuba menahan tawa. Kelakar pulak aku tengok Qash ni. Badan tegap macam rajin bersenam, tapi hakikatnya hampeh!

   Qash sudah terduduk di atas rumput. Tangannya mula mengurut betisnya yang terasa sakit.

   Aku juga turut melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku memerhati Qash yang sedang mengurut betisnya.

   "Awak ni mesti dah lama tak bersenam kan?" duga aku.

   Qash mengerling aku sekilas.

   "Kali terakhir saya jogging dua tahun lepas."

   Terjongket kening aku memandangnya.

   "Serius lah?"

   Dia mengangguk.

   "Tapi macam mana badan awak maintain tegap macam ni?" soalku hairan.

   Qash angkat bahu.

   "Entah lah. Badan saya memang besar ni je dari dulu. Tapi tahun lepas ada lah saya cuba pergi gym dalam empat bulan macam tu. Lepas tu, saya malas dah nak pergi." jelasnya.

   "Kenapa?" soalku.

   "Sebab ada sorang perempuan ni dekat gym tu, asyik nak menempek je dengan saya. Mana saya pergi, dia ada. Rimas!" adunya dengan muncung di mulut.

   Aku ketawa geli hati. Sampai macam tu sekali eh aura Qash ni? Dekat gym pun ada perempuan nak mengorat.

   "Dia suka awak lah tu." ujarku.

   Qash tayang muka jelik.

   "Tak nak saya. Dah lah pakaian macam tak cukup kain. Buat tambah dosa je tengok dia." bidasnya.

   Bertambah kuat aku ketawa. Tak, muka Qash sekarang ni kelakar betul! Dah tu, comel je dengar dia membebel itu ini.

   "Emm... Awak tunggu sini sekejap. Saya nak pergi kedai dekat depan tu. Nak beli air."katanya seraya bangun dari duduk.

   "Awak! Beli ice lemon tea tau untuk saya." pintaku.

   Namun Qash menggeleng laju.

   "Tak boleh! Saya beli air mineral je. Kita ni baru lepas bersenam, dah nak bantai air manis dah. Sia-sia je jogging awak hari ni." bantahnya laju.

   Terus aku menjuih bibir. Air je pun, tak bertambah lah lemak aku ni!

   Qash pula tanpa kata terus berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.

   Aku keluarkan telefon dari dalam kocek seluar track bersama earphone. Kemudian earphone itu aku sumbat ke dalam lubang telinga. Sambil menunggu Qash, aku membelek isi di dalam telefon.

   Beberapa ketika, Qash duduk semula di sebelah aku. Aku mula mengangkat wajah ingin memandang Qash.

   Namun sangkaan aku salah, aku mengesot ketepi apabila ada orang asing yang duduk di sebelah aku.

   Mata aku tajam menikam wajah lelaki asing yang sedari tadi tersengih-sengih memandang aku.

   "Hai, sorang je ke?" lelaki itu memulakan bicara.

   Aku memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Suka hati lembu dia je duduk sebelah aku apasal?

   Aku hanya buat tak tahu dengan lelaki itu. Mata aku kembali menatap telefon aku.

   "Nak kenal boleh tak? Nama i Zuhair." tambah lelaki itu sambil menghulurkan tangannya.

   Aku pula hanya menjeling huluran tangannya. Tanpa kata, aku terus bangun dari duduk berkira-kira untuk pergi.

   Namun langkah kaki aku terbantut apabila terasa pergelangan tangan aku dipegang kemas oleh seseorang. Aku menjeling tajam tangan siapa yang berani sentuh aku.

   Lelaki yang bernama Zuhair itu cuba menahan aku dari pergi.

   "You nak pergi mana? Jom lah kita lepak-lepak dulu. Pergi makan ke apa, i belanja." ujar Zuhair masih tidak berputus asa.

   Aku tersenyum sinis. Oh, kau nak ajak makan eh? Sebelum kau makan nasi, aku nak bagi kau rasa makan gigi kau dulu.

   Dengan sekali pergerakkan, aku memulas tangan lelaki itu ke arah belakangnya. Lelaki itu mengerang kesakitan.

   "You know what? Sebelum ni, tak ada siapa pun yang berani sentuh aku, tapi kau ni... Memang meminta-minta tangan kau ni patah kan? You messed with the wrong person bro..." bisik aku sinis.

   "Argh! Ak... Aku minta maaf!" rayu lelaki itu.

   "Apa? Tak dengar!" soalku sengaja. Makin kuat aku pulas tangan lelaki itu.

   "Aku minta maaf! Tolong, lepaskan aku. Sakit!" ulangnya dengan muka berkerut.

   Aku ketawa sinis. Aku merapatkan wajah aku di telinganya.

   "Lain kali, jangan suka-suka nak pegang perempuan macam kau pegang barang. Kau ingat sikit, perempuan-perempuan yang kau kacau sebelum ni, ada maruah. Senang-senang je kau sentuh kan?" ujarku sinis.

   "Apa kau rasa kalau orang lain buat benda yang sama dekat kakak atau adik perempuan kau? Oh, atau dekat mak kau? Apa kau rasa? Kau suka eh?" sambung aku.

   Lelaki itu menggeleng laju.

   "Kau kira bernasib baik tau, sebab aku tak patahkan tangan kau ni. And i'm warning you bro, kalau kau buat lagi benda bodoh ni, kau tahu lah nasib kau... Faham?"

   Dia mengangguk laju. Dah macam burung belatuk dah aku tengok.

   Sebaik sahaja dia mengangguk, aku terus melepaskan pegangan. Terus lari tak cukup tanah mamat tu. Aku mendengus kasar. Puas hati aku dapat pulas tangan gatal dia tu!

   "Qaisara!"

   Terus aku berpaling memandang ke arah suara itu. Kelihatan Qash sedang berlari anak menuju ke arah aku.

   "Awak? Awak buat apa dengan lelaki tu tadi? Saya nampak awak pegang dia. Dia kacau awak ke?" bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh Qash.

   Aku menghembus nafas kasar. Aku kembali duduk di atas rumput.

   "Dia cari pasal dengan saya."

   Qash pula terus mencangkung di sebelah aku.

   "Hah? Dia buat apa? Dia ada buat benda tak elok tak dekat awak?" soal Qash kalut.

   Dia membelek di segenap tubuh aku. Tangan, muka dan tubuh aku dibeleknya.

   Aku menggeleng.

   "Tak ada lah... Dia datang dekat saya tadi, nak berkenalan lah ajak lepak lah. Saya malas layan, saya nak pergi dari sini. Tiba-tiba dia pegang tangan saya." jelasku.

   Terus berubah serius wajah Qash.

   "Mana dia?" soalnya serius. Matanya melirik ke arah sekeliling taman.

   "Buat apa cari dia?" soalku hairan.

   "Nak ajar dia lah! Suka hati je pegang bini aku. Nak kena tetak pakai kapak ke apa?" ujarnya dengan nada marah.

   Tapi kalau dah aku yang dengar, automatik jadi kelakar. Entah lah, Qash ni macam tak sesuai bila marah. Muka dia tu, tak nampak garang langsung!

   Aku cuba tahan diri dari ketawa. Karang tak pasal-pasal pakcik ni merajuk pulak.

   "Tak payah lah cari dia. Saya dah ajar dah pun. Nak cari pasal dengan salah orang. Tu confirm tulang tangan dia lari tu." ujarku selamba.

   Memang aku rasa, aku kilas tangan dia kuat tadi. Rasanya mahu seminggu terasa sakit tangan dia tu!

   Ah! Siapa suruh dia kacau aku? Nasib dia lah.

   Berkerut dahi Qash.

   "Awak buat apa dekat dia?"

   "Ada lah." jawabku tanpa memandangnya.

   Qash menayangkan riak ragu-ragu. Aku pula buat-buat tak nampak.

   "Mana air saya? Haus ni." pintaku.

   Qash menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Aku menyambutnya. Penutup botol dibuka sebelum air kosong itu diteguk rakus. Ah leganya!

   Qash pula masih merenung aku.

   "Dah kenapa awak tengok saya macam tu, hmm?" soalku. Mata aku memerhati pengunjung yang sedang bersenam di taman ini.

   "Saya nak tahu awak buat apa dekat lelaki tu tadi. Awak patahkan tangan dia ke?"

   Aku ketawa lucu. Apa dia ingat aku ni gila sangat ke nak patahkan tangan anak orang?

   "Ish mana ada lah! Saya masih waras lagi nak patahkan tangan orang. Eh, dah lah. Jom balik. Lambat tinggal!" ujarku seraya bangun dari duduk.

   Dan aku terus berlari menuju ke kereta meninggalkan Qash yang terpinga-pinga.

   "Eh Qaisara! Tunggu lah saya!" laung Qash. Dia juga turut berlari mengejar langkah aku yang makin jauh.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Haa usik Qaisara lagi, kan dah mendapat.

Jangan lupa vote, comment & share okay!

#ToBeContinue

Update: 21 Sept 2021

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 221 23
" Kenapa kau tak cerita dekat abang Rabiatul ? " - Iyran Idryan . " Memang abang pernah balik ke selama 5 tahun ni ? " - Rabiatul Darwisya . " Kenapa...
1.1M 58.1K 58
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
3.9K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...
40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...