Mikael's

By alyyrosee12

240K 18.3K 1.1K

STAND-ALONE sweetness series 1 β˜• Kahwin atas aturan keluarga? Nampaknya macam ye. "You're mine. Mark my word... More

M E D 2
M E D 3
M E D 4
M E D 5
M E D 6
M E D 7
M E D 8
M E D 9
MED 10
M E D 11
M E D 12
M E D 13
M E D 14
M E D 15
M E D 16
M E D 17
M E D 18
M E D 19

M E D 1

39.9K 1.6K 77
By alyyrosee12

Mata dibuka tatkala ada sinaran putih menusuk anak matanya. Pinggang yang terasa dipeluk dipandang. Dia tersenyum seketika apabila melihat pinggangnya dia peluk erat oleh lelaki itu.

Wajah lelaki itu dipandang dengan penuh tekun. Dia berada dalam dakapan lelaki yang dia cintai. Tangan runcingnya menyentuh lembut rambut lelaki itu yang menutup bahagian dahi.

"Mikael... Kenapa susah sangat I nak cakap I sayangkan you?" Akhirnya wanita itu bersuara seraya itu dia mengeluh.

"Salah ke I mencintai you?" soalnya lagi. Tangannya masih bermain dengan rambut hitam lelaki itu.

"I cuba untuk tepis perasaan ni tapi I can't..." ujarnya lagi. Sesekali dia mengeluh perlahan. Jemari ditarik kembali. Lengan kekar lelaki itu ditolak lembut kerana dia tak mahu menganggu lena si suami. Begitu juga kepalanya ditolak perlahan. Dia bangun dari katil lalu menuju ke pintu.

Tombol pintu dipulas perlahan sebelum dia keluar dari kamar itu. Dia masuk kedalam kamarnya dikhaskan untuk dia. Tuala dicapai sebelum dia melangkah kaki masuk kedalam bilik air.

30 minit dia berada didalam itu akhirnya dia keluar dengan hanya melilit tuala putih ditubuh halusnya. Gaun berwarna hitam dicapai sebelum dia menyarung ditubuhnya.

Tiba-tiba tekak terasa loya. Dia berlari masuk kedalam bilik air lalu memuntahkan isi yang berada ditekaknya. Dua ulas bibirnya dicuci.

Apabila dia sudah menyarung baju. Laju dia melangkah keluar dari bilik itu kerana mahu siapkan sarapan untuk lelaki tercinta. Kaki menapak tangga dengan perlahan. Sampai sahaja didapur. Dia membuka peti ais. Telur dicapai lalu dicuci sebelum dia meletakkan didalam mangkuk. Roti putih dicari. Maka bermulalah perjuangan dia didapur.

Apabila sudah siap dia meletakkan roti yang telah dibakar diatas meja makan. Selebihnya dia letak dalam bekas makanan yang lut sinar. Bunyi tapak kaki dari atas membuatkan dia kalut masuk ke ruang dapur.

"Medina..." Panggil lelaki itu.

"Ye," sahut Medina didapur. Dia keluar lalu memandang Mikael yang terkial-kial memasang tie dileher. Dia tertawa kecil melihat karenah Mikael. Itulah kelemahan seorang Mikael Arloise.

Selalunya Medina lah yang akan pasangkan tie pada lelaki itu.

"Tolong pasangkan.." Tie berwarna maroon dihulurkan pada wanita itu seraya iris matanya merenung retina mata wanita itu.

"Er... Actually warna ni tak masuklah dengan baju you. I pergi ambil yang lain eh?" soal Medina perlahan. Mikael mengangguk. Wanita itu berjalan meninggalnya dia ruang makan. Matanya tertumpu pada roti bakar yang berada diatas meja. Tanpa berlengah-lengah lagi dia mengambil roti itu lalu mengunyahnya sehingga wanita itu turun bersama tie berwarna kelabu. Pandangan mata dikalihkan kearah roti yang sedang dikunyah Mikael.

"Dah?" Mikael menggeleng kepala. Medina meletakkan tie itu diatas meja itu.

"Okey. I nak pergi dapur kejap," pamit wanita itu.

"Stay still." Suara itu keluar dari mulut Mikael. Tangan wanita itu ditarik sehingga dia terduduk diatas paha Mikel. Medina bungkam.

"You..." Gagap Medina ingin menyoal lelaki itu.

"Open your mouth," arah Mikael. Wanita itu membuka mulutnya. Roti disua ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan dia mengunyah.

"Pakaikan tie cepat." Tie berwarna kelabu itu diambil lalu dipasang pada leher Mikael. Apabila siap dia menggangkat badan dari peha lelaki itu. Wajah lelaki itu ditenung lagi. Sisa yang berhampiran dengan birai bibir Mikael dilap dengan jari runcingnya.

"Settle." Tangannya menepuk lembut dada lelaki itu sebelum dia mengatur langkah masuk kedapur bersama pinggan yang sudah kosong. Pinggan kaca itu diletakkan didalam singki sebelum dicuci. Setelah siap mengemas dia pergi kearah Mikael yang sedang duduk diatas sofa.

"By the way Mikael. Mungkin malam ni I balik lewat. I hope you don't mind." Sorotan matanya memandang Mikael. Telefon yang dipegang lelaki itu diletakkan ditepi setelah dia mendengar suara lunuk itu.

"Kalau macam tu biar aku hantar dengan ambil kau," cadang Mikael.

"Takpe Mikael. I tak nak susahkan you. I boleh jaga diri." Mikael menggeleng.

"Tak susahkan aku pun." Medina mengangguk seraya mengambil stokin hitam yang berada didalam almari kasut lalu dihulurkan pada lelaki itu.

"Thank you." Medina mencapai bag tangannya sebelum dia mengambil kasutnya yang berada dalam rak. Kasut diletakkan diatas lantai. Punggungnya dihenyekkan diatas sofa. Pandangan matanya memandang Mikael yang menuju kearahnya.

Lelaki itu melututkan kakinya lalu dia mengambil kasut Medina sebelum dia menyarungkan kasut itu dikaki Medina. Wanita itu pegun.

Lelaki itu tak tahu ke bahawa hatinya sudah sarat dengan rama-rama?

"Thank you." Medina bangun lalu meraih tangan Mikael. Lelaki itu hanya berdehem. Masing-masing keluar dari rumah lalu menuju ke kereta mewah yang elok tersusun digaraj. Medina melepaskan tautan tangan sebelum dia masuk masuk kedalam kereta itu.

Setelah setengah jam berapa didalam kereta akhirnya kereta mewah itu berhenti dibawah bangunan megah. Medina memandang Mikael disebelah.

"Thank you sudi hantar I," ujar Medina sebelum dia melabuhkan ciuman dipipi kanan Mikael. Dengan cepat dia keluar dari kereta itu. Mikael terkebil-kebil menghadam perbuatan Medina.

"You ambil I dalam pukul 9 tau. Kalau tak boleh ambil let me know and jangan lupa makan roti yang I bekalkan untuk you," tambah Medina lagi sebelum dia melangkah masuk kedalam bangunan itu. Mikael hanya menggeleng kepala melihat karenah wanita. Seketika bibir menguntumkan senyuman nipis apabila matanya memandang plastik yang berisi bekal lut sinar.





MEDINA melihat jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia mengeluh perlahan. Mikael tak pernah lambat macam ni. Angin sejuk menerpa kulit putihnya. Hujan diluar bangunan dipandang.

"Nak tunggu dia atau nak balik?" soalnya sendiri. Mesej dah. Call pun dah tapi tak dibalas atau dijawab. Dia bangun lalu keluar dari lobi bangunan itu. Matanya disapa dengan seorang kanak-kanak yang sedang duduk ditepi bangunan sambil memandang hujan. Dia tak sampai hati nak tinggalkan kanak-kanak itu kerana zaman sekarang banyak kes penculikan budak. Lagi-lagi ditengah bandar macamni.

"Adik..." panggil Medina. Kanak-kanak itu memandang Medina. Perlahan-lahan Medina mendekati kanak-kanak itu.

"Kenapa sorang-sorang ni?" soal dia lagi.

"Nak mandi hujan tapi mama tak kasi." Medina tersenyum kecil.

"Ouh... Mama adik tak kasi mandi hujan sebab dia taknak adik sakit." Kanak-kanak itu bangun lalu menuju kearah Medina. Tangan wanita itu ditarik.

"Eh..."

"Aunty jom mandi hujan..." ajak kanak-kanak itu. Medina tak sampai hati nak menolak. Dia meletakkan tas tangannya diatas kerusi berhampiran sebelum dia mengikut langkah kanak-kanak itu. Titisan hujan sudah membasahi bajunya.

"Aunty... Thank you sebab teman Fira main hujan." Medina tersenyum kecil seraya mengelus lembut rambut kanak-kanak itu.

"Kenapa Fira nak mandi hujan sedangkan Fira boleh je mandi dekat pool or theme park?" soal Medina. Rambut yang menutup wajahnya diselit kembali ditelinga. "Sebab Fira rindu papa..."

"Fira! Fira!" Ada satu suara memanggil kanak-kanak itu. Medina mengalihkan pandangan kearah belakang. Terdapat seorang perempuan muda yang datang bersama payung.

"Mama!" Kanak-kanak itu berlari mendapatkan ibunya. Medina berjalan mendekati mereka.

"Mama, aunty ni tadi teman Fira main hujan tadi." Medina menghadiahkan senyuman manis pada wanita muda itu.

"Terima kasih temankan anak saya. Maaf sebab dah susahkan cik... Tak pasal-pasal baju cik basah."

"It's okey I tak kisah pun lagipun best mandi hujan. I minta diri dulu ye," ujar Medina sebelum dia berlari pergi ke tempat yang diletakkan barang-barangnya.

"Thank you aunty gorgeous sebab temankan Fira mandi hujan." Kanak-kanak kecil itu memberi lambaian tangan lalu Medina membalasnya. Badannya sudah mengigil teruk. Bibir bawah digigit. Arhg tak boleh dia kenal call juga teksi. Telefon pintar diambil lalu mendail number seseorang.

"Pak mail... Tolong ambil I dekat tempat kerja boleh tak? Mikael busy." auta Medina. Telefon pintar ditutup sebelum dia melabuhkan punggung diatas kerusi disediakan. Angin sejuk yang datang membuatkan badannya mengigil teruk.

Setelah 10 minit menunggu akhirnya kereta mewah milik ayahnya sampai diperkarangan tempat kerjanya. Medina berlari dibawah hujan untuk pergi ke kereta itu.

"Medina... Kenapa tak bawak kereta sendiri kalau dah tahu Mikael sibuk? Takkan Medina nak tunggu dekat sini sampai Mikael datang," ujar Pak Mail. Medina tertawa kecil. Bebelan Pak Mail kalah dengan bebalan arwah ibunya.

"Okey Pak Mail. Salah I sebab degil tak nak bawak kereta. I minta maaf if I dah susahkan Pak Mail." Medina mencapai kain yang disediakan didalam kereta itu lalu membalut tubuhnya.

"Medina. Pak Mail tak sukalah Medina kata macam tu. Medina tak pernah susahkan orang, faham?" Wanita itu mengangguk kepala.

"Medina nak balik mana?"

"Rumah I." Pak Mail mengangguk perlahan. Kereta mula berjalan. Medina dibelakang sudah melelapkan mata.



Hazrel membuka pintu pejabat milik Mikael apabila melihat bilik itu masih berlampu.

"Bro... Kau tak balik lagi ke?" Mikael menggangkat kepala memandang gerangan siapa dihadapan pintu.

"Yang kau ni malam-malam datang pejabat aku kenapa? Gaduh dengan bini ke?" Hazrel tersenyum kecil sambil tangannya menggaru belakang tengkuk.

Tahu-tahu ajelah Mikael ni!!

"Aku kenal kau dah 12 tahun Hazrel." Mikael menutup komputer ribanya. Dia bangun lalu duduk diatas sofa berhadapan dengan Hazrel.

"Yang kau ni tak balik lagi kenapa? Bini kau dekat rumah mesti tunggu," balas Hazrel pula. Melihat Mikael menjelingnya...

Dia diam. Fine Hazrel faham! Mikael kahwin dengan Medina pun sebab terpaksa atau lebih tepat atas suruhan keluarga. Tak sangka dizaman moden ini masih ada lagi macam tu eh.

"3 bulan kau kahwin dengan dia. Takkanlah perasan sayang tak muncul atau kau..." duga Hazrel. Mikael memandang Hazrel tajam.

"Aku cuba tapi..." Hazrel mengangguk faham. Perasaan tak boleh dipaksa. Kalau hati kata tak mahu maka itulah jawapannya.

"Aku tak paksa untuk kau cintakan dia tapi cuba jadi suami yang bertanggung- jawab eventhough kau tak cintakan dia. Jaga dia... Jaga makan minum dia. Jaga kebajikan dia. Itupun dah cukup." Mikael mengangguk faham apabila Hazrel memberi nasihat. Almaklumlah Hazrel seorang sifu kerana dia sudah kahwin 6 tahun.

"Siapa punya ni. Kau tak makan ke?" soal Hazrel apabila melihat bekal lut sinar itu masih berisi roti. Pandangan Mikael terarah pada bekal lut sinar itu. Sesungguhnya dia teringat sesuatu. Medina! Dia kalut bangun lalu mencapai telefon pintar yang sedang dicas.

Banyak kali Medina cuba menghubunginya dan mesejnya.

"Aku nak balik..." Hazrel memandang Mikael pelik.

"Kau nak aku keluar ke?" Mikael mengangguk. Dia dan Hazrel keluar dari bilik itu. Laju dia melangkah ke lift. Hazrel mengikuti langkah Mikael. Setelah lift membuka pintu dia masuk. Terkocoh-kocoh dia menekan butang lift itu. Apabila sampai dibawah dia berlari mendapatkan keretanya.

"Cau!" Hazrel hanya menggelengkan kepalanya. Mikael cuba menghubungi si isteri namun tidak berjawab. Hati dihurung rasa risau yang terlampau. Dengan hujan dan gelap... Lagi menambahkan kerisaunnya.

Kereta dibawah laju. Setelah 20 minit dia tiba dibawah bangunan tempat Medina berkerja. Dia keluar mencari kelibat Medina. Hampa tiada siapa kecuali pegawal yang menjaga bangunan itu. Sekali lagi dia cuba menghubungi Medina. Jawapannya masih sama. Tidak dijawab. Dia masuk kedalam kereta sebelum dia memecut laju.

Apabila sampai di perkarangan rumahnya. Dia keluar dan terus masuk tanpa mematikan kereta. Pintu rumah yang tidak berkunci dibuka. Masuk sahaja kedalam rumah dia disantapkan dengan Medina yang sedang nyenyak tidur diatas sofa. Dia menghela nafas lega. Dia keluar kembali untuk mematikan enjin kereta.

Usai masuk kedalam rumah. Dia menuju kearah Medina. Tubuh kecil itu diangkat. Kakinya mendaki tangga menuju ke kamar mereka. Perlahan-lahan badan Medina diletakkan diatas katil.

"I'm sorry Medina." Mikael meninggalkan Medina yang sedang nyenyak tidur. Dia berjalan menghampiri bilik mandi. Tie dibuka bersama kemejanya lalu diletakkan ke dalam bakul yang berhampiran dengan pintu untuk ke walk in closet milik dia. Tuala dicapai sebelum itu dia berjalan mendekati Medina satu ciuman dilabuhkan diatas dahi milik wanita itu.

"Balasan untuk kiss pagi tadi." Mikael berjalan masuk kedalam bilik mandi.

Setelah beberapa minit Mikael keluar dengan hanya memakai tuala dibahagian bawah. Kakinya berjalan masuk kedalam walk in closet. Seluar dicapai. Dengan hanya berseluar dia naik keatas tilam. Medina ditarik mendekatinya. Rambut wanita itu dielus lembut. Jujur perasaan risau itu sudah berganti dengan perasaan lega.

"Bila you balik?" soal Medina perlahan. Celik-celik mata dia sudah berada seintim ini dengan Mikael. Bukan tak pernah tapi kekok.

"Baru." Medina mengangguk perlahan. Nak merajuk tapi dia sedar dia hanya isteri atas kertas.

"You dah makan? Kalau belum I boleh masakkan you maggi kari." Medina bangun dari baringan dia. Mikael menahan badan Medina dari bangun. Terdiam Medina dengan sikap Mikael.

"Aku... Aku minta ma..."

"Takpe I faham you sibuk. I minta maaf kalau I ni susahkan you, Mikael."

"Kau tak pernah susahkan aku Medina." Tegas Mikael. Medina hanya mengangguk. Badannya tiba-tiba diserang rasa sejuk. Mikael memegang tangan Medina. Sejuk.

"Kau mandi hujan ke Medina?" Pantas Medina menggeleng. Memang tak adalah dia nak jujur dengan Mikael. Alamatnya bebelan pak mail pun kalah dengan Mikael.

"Good."

"You tak lapar ke?" Laju Mikael menggelengkan kepalanya.

"Then hug me. I sejuk. Your warm hug has driven me crazy, Mikael." Medina mendepakan tangannya pada Mikael. Lelaki itu merapatkan kedudukan mereka. Mereka baring bersama. Tangan Mikael menjadi alas kepala Medina. Wanita itu menatap wajah sang suami dengan pandangan sarat dengan cinta.

"Thank you Mikael..."

Mikael menggeleng kepala sepatutnya dia yang
berterima kasih pada Medina kerana sanggup bersamanya walaupun perasaan cinta itu tiada.

Dia tahu seorang wanita mesti mahukan cinta seorang suami walaupun mereka berkahwin disebabkan aturan keluarga.

Continue Reading

You'll Also Like

4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
1.7M 68.6K 74
[ Book 3 ] β€’ π’π‘πž'𝐬 𝐭𝐑𝐞 𝐝𝐞𝐯𝐒π₯ 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐫𝐒𝐭𝐞 β€’ Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati y...
303K 20.2K 45
2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] β€’β€’Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terlebih dahulu untuk mengenali siapa Ian Ha...
1.1M 45.5K 63
[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨...