Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.1K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 35 | Keluarga

845 44 2
By Mademoiselle_Hawa

   SEBAIK sahaja kami tiba di hadapan dewan, ahli keluarga kedua-dua belah pihak sudah berada di situ.

   Oh tak ketinggalan juga Zamrul dan Adam juga sudah berada di situ. Mereka berdua yang segak berbaju Melayu sudah bersedia dengan kamera DSLR di tangan.

   "Ha itu dia, dah sampai pun dua mempelai ni. Lekas, tetamu dah mula ramai tu." gesa auntie Maya.

   Aku dan Qash bergegas berdiri di barisan hadapan. Manakala Harith dan Fiya mengambil tempat di sisi kami berdua.

   "Eh jap, mana Maktok?" soalku hairan.

   Risau lah juga. Aku tak nampak pun batang hidung dia dari tadi.

   Auntie Maya mengenggam tangan aku.

   "Maktok kamu ada dekat dalam tu tengah duduk. Dia tak larat nak berdiri lama-lama." jelas auntie Maya.

   Aku menghembuskan nafas lega.

   "Okay, semua dah ready? Kita nak masuk ni." soal Zamrul.

   Aku menarik nafas cuba menenangkan diri. Tipu lah kalau aku kata aku tak rasa gementar. Lutut ni dari tadi rasa longgar je.

   Tiba-tiba aku terasa tangan aku digenggam erat. Aku mendongak memandang Qash di sebelah.

   "Relax, okay? I'm here, beside you." ujarnya lembut.

   Aku tersenyum nipis. Kemudian mengangguk. Tangan aku memaut lengan Qash.

   Tenang Qai, tenang.

   "Mayra, nanti Mayra jalan perlahan-lahan tau? Bunga ni, Mayra tabur masa tengah jalan. Boleh?" pinta Adam.

   Mayra yang comel berbaju gaun kembang itu mengangguk laju.

   "Boleh!"

   "Good girl! Give me five!" sahut Adam. Dia menayangkan tapak tangannya ke arah Mayra.

   Mayra pula dengan teruja mencantumkan tapak tangannya dengan Adam.

   Aku yang melihat tersenyum nipis. Itu lah Adam. Dalam perangai masuk air dia tu, dia juga pandai mengambil hati kanak-kanak.

   Zamrul memberi isyarat kepada DJ menandakan pengantin bakal masuk ke dalam dewan.

   "Yeah, kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Ketibaan dua mempelai bersama ahli keluarganya...." ujar DJ yang berada di tepi dewan.

   "Okay, jalan." arah Zamrul.

   Kami memulakan langkah berjalan di sepanjang karpet merah yang dibentang. Aku dah mula rasa seram sejuk. Para tetamu yang hadir semua tertumpu ke arah kami berdua. Tangan aku kuat menggengam lengan sasa Qash.

   Serentak itu juga tangan kanan Qash memegang tangan aku yang berada di lengannya. Aku mendongak.

   Dia melemparkan senyuman kacak kepada aku.

   Ya tuhan, kenapa lah senyuman dia tu selalu cairkan hati aku yang macam ais batu ni?

   "Smile butterfly." bisiknya.

   Terus aku menguntum senyuman lebar. Haish, boleh pulak aku lupa nak senyum tadi? Nasib baik Qash tegur. Kalau tak, sampai ke pentas tu lah muka aku macam kari basi.

   Dan tiba-tiba kedengaran DJ memutarkan lagu berjudul 'Beautiful In White'. Aku tergamam. Ah! Lagu kegemaran aku!

   "So as long as I live I love you, will have and hold you. You look so beautiful in white..."

   Kedengaran suara penyanyi itu bergema di segenap dewan besar itu.

   Sepanjang kami berdua berjalan, aku hanya tersenyum manis. Tak, bukan sebab tetamu. Tetapi sebab lirik lagu tu. Macam kena je dengan keadaan aku dan Qash sekarang.

   Setelah tiba di tangga untuk naik ke pentas di mana pelamin berada, aku berhati-hati memijak anak tangga satu persatu.

   Ha, ni yang aku risau ni. Karang ada yang tergolek macam nangka busuk karang. Buat malu je.

   Qash menggengam tangan aku erat. Tak mahu aku terjelepuk jatuh.

   Setelah tiba di anak tangga terakhir, aku menghembuskan nafas lega. Fuh! Berpeluh aku.

   "Are you okay dear?" soal Qash prihatin.

   Aku mengangguk seraya senyum nipis.

   Kami mula berjalan menuju ke arah pelamin, dan perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di situ. Fuh! Lega.

   Fiya yang setia di sebelah menyeka peluh di dahi aku menggunakan tisu. Tudung aku dibetulkan. Kain panjang di bahu aku juga dibetulkan supaya tidak berkedut.

   Mata aku memandang segenap ruang dewan tersebut. Tak dinafikan memang ramai tetamu yang datang. Semuanya kelihatan seperti orang ternama.

   Setelah selesai sesi makan beradab, aku dan Qash mula berjalan beramah mesra dengan tetamu.

   Tangan Qash pula tidak lepas dari menggenggam tangan aku. Kemana sahaja dia pergi, mesti tangan aku ditariknya. Aku pula tanpa banyak kata hanya mengikut sahaja kemana dia pergi.

   "Saya nak bawak awak jumpa dengan saudara mara saya." bisik Qash.

   Aku menelan air liur. Bab ni yang aku lemah ni. Bukan apa. Aku risau dengan penerimaan mereka. Iya lah. Aku ni orang biasa je. Bukan anak orang kaya.

   Qash menarik aku ke arah satu meja.

   "Assalamualaikum." sapa Qash dengan senyuman di bibir.

   Aku juga turut mengukir senyuman. Iya lah. Nanti kena cop sombong pulak!

   Semua orang di meja itu menjawab salam.

   "Hah pengantin baru! Amboi, bukan main handsome lagi Qash ya." puji seorang wanita yang agak berumur.

   Qash melemparkan senyuman manis.

   "Tengok lah anak siapa..." selorohnya diselangi dengan tawa.

   Semua orang di situ ketawa besar.

   "Yelah, Qash ni kacak ikut daddy dia. Daddy dia masa waktu muda-muda dulu, macam ni lah rupanya." sahut seorang lelaki juga kelihatan sedikit berumur.

   Qash ketawa kecil.

   Aku? Dah rasa macam kena sumpah jadi batu dah. Tak ada orang nampak aku ke?

   "Jadi, ini lah pilihan kamu tu ya?" tegur seorang wanita yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

   Qash menoleh aku disebelah. Kemudian dia mengangguk.

   "Kenalkan, Qaisara Alysha."

   Aku pula tersenyum janggal. Aku mula bergerak bersalaman dengan para wanita di meja itu.

   "Cantik betul isteri kamu ni. Macam bidadari!" puji salah seorang wanita di meja itu.

   Aku? Tak tahu lah nak rasa kembang ke kecut sekarang ni.

   "Itu lah pasal. Boleh tahan cita rasa kamu ni Qash. Sama je macam daddy kamu!" sahut seorang lagi.

   Qash ketawa senang. Aku terasa tangannya memaut pinggang aku. Haih, tengah ketawa pun tangan tu nak merayap je kerja!

   Alhamdulillah, keluarga Qash semuanya baik-baik. Mereka melayan aku dengan baik.

   Selepas berborak sedikit bersama mereka, aku mengajak Qash berjumpa dengan Maktok. Aku bukan apa, risau juga dengan Maktok. Dia tu bukan boleh sangat dengan keadaan yang ramai-ramai macam ni.

   "Maktok?" seruku.

   Maktok yang sedang berborak dengan auntie Maya itu menoleh memandang aku.

   "Ha Sha, Qash. Mai duduk sini." pelawanya.

   Aku pantas melabuhkan punggung di kerusi sebelah Maktok. Lengan Maktok aku paut mesra.

   "Maktok dah makan?" soalku.

   "Dah, baru sudah makan tadi." jawab Maktok dengan senyuman di bibir.

   "Maktok okay ke ni? Kalau tak larat, Sha nak suruh Fiya hantar Maktok ke bilik. Rehat dekat bilik Sha." soalku prihatin.

   Maktok menepuk tangan aku yang berada di lengannya.

   "Maktok okay lah. Biasa lah, orang tua-tua ni. Mana boleh berdiri lama-lama."

   "Betul ni?" soalku. Mata aku memandang anak mata Maktok.

   Maktok senyum sebelum mengangguk. Tangannya naik mengusap pipi aku.

   "Cantik cucu Maktok ni... Lagi-lagi lepas dah bertudung, muka kamu mirip betul dengan ibu kamu." puji Maktok.

   Aku tersenyum nipis. Tangan aku makin kuat memeluk lengan Maktok. Kepala aku dilentokkan di bahu Maktok. Terasa rindu pulak nak bermanja-manja dengan Maktok.

   "Manja betul Qaisara dengan Maktok ni." tegur auntie Maya.

   Maktok ketawa kecil.

   "Macam tu lah Maya... Lepas ibu dengan abah dia meninggal, dengan Nek Yah saja lah tempat dia bermanja." balas Maktok.

   Aku pula hanya mendiamkan diri.

   Auntie Maya melemparkan senyuman manis.

   "Tak apa Qaisara. Lepas ni mommy dengan daddy ada. Kami memang tak dapat nak gantikan tempat arwah, tapi kami akan cuba penuhi kekurangan Qaisara. Ya sayang?" ujar auntie Maya lembut.

   "Betul tu, daddy pun tak dapat nak ganti tempat arwah abah kamu, tapi daddy akan cuba yang terbaik. Qaisara jangan segan-silu dengan kami. Qaisara kan dah jadi sebahagian daripada keluarga kami jugak?" sahut uncle Adwa.

   Mata aku mula berkaca. Terharu apabila terasa diri dihargai. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan orang-orang yang baik di sekeliling aku.

   Aku mengangguk perlahan. Senyuman nipis aku lemparkan buat mertua aku.

   Qash disebelah juga mengangguk mengiakan kata-kata ibu dan bapanya.

   "Awak dah tak keseorangan dah sayang. Awak dah ada keluarga saya. Dan keluarga saya, dah jadi keluarga awak jugak." tambah Qash. Dia menggenggam erat tangan aku.

   Aku mengukir senyum terharu. Genggamannya aku balas.

   "Thank you."

   "Eh kejap. Dari tadi lagi Maktok tak nampak pun batang hidung Fiya. Mana dia?" soal Maktok apabila tidak melihat bayangan cucunya.

   "Itu lah pasal. Si Harith pun lesap ke mana dah. Mommy tak nampak pun dia." sambung auntie Maya.

   Aku dan Qash saling berpandangan. Ya, sejak tadi lagi aku tak nampak bayang-bayang Fiya dan Harith. Mana dua ketul tu pergi?

   Mata aku meliar di sekeliling dewan tersebut. Mana lah tahu kalau ada nampak diorang.

   Tiba-tiba mata aku terhenti di satu meja dimana terletak sedikit jauh dari meja aku.  Kelihatan dua pasangan sedang bergelak ketawa sambil menjamu selera.

   Aku mengerling ke arah Qash. Dia juga memandang ke arah yang sama. Kami saling berpandangan. Tersungging senyuman di bibir masing-masing.

   Patut lah lesap! Tengah dating rupanya!


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Arh! Sel otak sis tak berhubung huwaaaaa!!!!  Sorry lah kalau pendek and boring. Taktau dah nak tambah apa hm.

Update: 6 September 2021

Continue Reading

You'll Also Like

236K 6.4K 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehi...
6.8K 384 37
Dua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vul...
1.2M 62.7K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
5.6K 182 23
Karya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perka...