His Eternal Love

Von irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... Mehr

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 64

74K 3.7K 804
Von irenicmia

SETELAH dua hari dia tak jumpa isteri dan anaknya di rumah akibat kerja di luar, akhirnya Adrian pulang juga kerumah.

Dia tersenyum lebar sebaik sahaja masuk ke dalam bilik utama. Apa yang terhias di ruangan matanya itu cukup membuatkan segala penat lelahnya selepas pulang dari kerja hilang.

Inara yang sedang tidur bersama Kayra di atas katil empuk itu didekati. Ciuman didaratkan pada dahi dan bahu Inara yang agak terdedah.

Kayra yang tidur agak dengan posisi agak buas itu dibetulkan sedikit kedudukannya dan dia mengucup pipi gebu tersebut.

Mahu dikejutkan Inara, dia yakin Inara penat. Kalau tidak, tak adanya sampai tertidur kerana dia tahu Inara bukanlah jenis yang tidur petang.

Adrian membuka satu persatu butang bajunya dan dia meletakkan baju tersebut di dalam bakul pakaian kotor.

"Abang?" Inara terpisat-pisat bangun dari tidurnya.

"Ye, love.."

"Abang baru balik?" Tanya Inara kemudian dia dekati Adrian yang tidak berbaju tersebut.

"Baru je tadi." Dahi Inara dicium lagi.

"Nak peluk.." Inara mendepakan tangannya ingin memeluk tubuh Adrian. Tak menunggu lama, Adrian terus mendakap tubuh Inara.

"Aww rindunya bau abang.." Rengek Inara manja.

"Rindu sayang juga. Abang terseksa tau terpaksa berpisah dengan sayang dua hari.."Adu Adrian. Tepi pinggang Inara diramas lembut olehnya.

"Drama lah abang ni!" Tangan Inara bermain pula dengan belakang tubuh Adrian yang terdedah. So sexy!

"Abang nak mandi ni tau. Jangan nak goda abang sangat." Ujar Adrian. Inara tak sedar ke yang dia sudah tergoda.

"Sayang tertidur tadi. Sorry, abang.." Adrian tersenyum. Minta maaf pula..

"Kayra meragam ke hari ni?" Inara menganggukkan kepala. Entah apa yang tidak kena dengan Kayra hari ini. Rindu daddy dia lah kut..

"Nak mandi sekali tak?" Tanya Adrian sambil tersenyum gatal.

"Abang ni! Tanya-tanya pula, mestilah nak!" Inara mengoyakkan senyuman. Hidung Inara dicuit oleh Adrian. Nakalnya dia!

"Cepat! Nanti Kayra bangun tak—" Ayat Adrian terhenti apabila Kayra yang berada di atas katil mula bergerak.

"Shhh.. Nanti Kayra sedar kita tak boleh mandi sekali.." Jari telunjuk Adrian diletak ke bibir Inara.

"Cepat.. Cepat.."

"Da-dda.." Suara Kayra mula memanggil Adrian. Adrian mengeluh. Nampaknya tak boleh mandi dengan isteri lah hari ni!

Terhambur gelak Inara apabila riak wajah Adrian terang-terang menayangkan kekecewaan.

"Yes princess.." Adrian terus mendekati Kayra yang berada di atas katil. Tubuh anaknya itu didukung.

"Manja daddy ni.." Pipi Kayra dicium olehnya berkali-kali. Kalau nak dibanding, Kayra memang lebih manja dengannya.

"Rindu daddy tak?" Kayra tersengih melihat Daddy-nya yang sudah berada dihadapan mata.

"Da-dda.." Kedua-dua belah pipi Adrian dipegang oleh Kayra.

"Amboi! jumpa daddy terus senyum, ye? Tadi dengan mommy bukan main badmood.." Inara melabuhkan duduk disebelah Adrian.

"Mestilah. Princess daddy kan manja dengan daddy dia.." Adrian mencium segenap wajah Kayra yang sedang tersengih tersebut.

"Kayra dah mandi ke?" Tanya Adrian kepada isterinya. Inara menggelengkan kepala.

Terus dia tersenyum gatal, "Kalau macam tu jom kita mandi sekali.."

"Jom."





MALAM yang agak meriah di rumah agam Tan Sri Irshad. Semua anak-beranak keluarga itu berkumpul di situ kerana terdapat majlis makan malam disertakan juga dengan BBQ.

"Abang, mana Kayra?" Tanya Inara

"Ada dekat depan tengah main dengan Uncle Paus dia.."

Inara tersenyum.

"Nak tak?" Daging barbeque disua ke mulut suaminya. Adrian tidak membantah malah suapan daripada Inara itu diterima dengan bangga. Bangga ah bini suap.

Kau ada? Tak ada..

Firdaus menjeling dua orang kanak-kanak dihadapannya itu. Seorang tengah gigit alat kawalan jauh, seorang lagi tengah hisap jari.

Dia datang sini untuk makan, bukannya untuk jaga dua orang budak buas ni..

"Bagi dua sebab kenapa tak tidur lagi." Jelingan tajam diberi kepada dua budak dihadapannya itu. Aku nak makan! Kau faham tak?!

"Pausss.."

"Eh bukan!! Paus tu yang dalam laut. Ini Firdaus. Daus!" Ujar Firdaus sambil menepuk-nepuk dadanya kepada Rizqin yang sedang bermain dengan alat kawal jauh.

Apa tak kena budak ni?

Rizqin dan Kayra memang rapat dengannya. Entahlah! Dia tak minta pun rapat dengan dua orang budak ni?!

Nasib baik anak member. Sayang lah juga..

"Paus.."

"Ha suka hati kau lah budak. Paus ke jerung ke.."

"Apa marah-marah anak aku ni.." Irham terus dukung Rizqin. Firdaus dijeling.

Firdaus membalas jelingan Irham kembali, "Eh tak marah. Sayang.."

Dari dulu lagi mereka berdua memang tidak ngam. Huh!

"Uncle Paus buli Rizqin ke?" Tanya Irham kepada anaknya.

"Eleh. Rizqin, cuba pilih.. Nak dengan uncle paus ke dengan papa hodoh ni?"

"Paus.." Rizqin terus menghulurkan tangannya kepada Firdaus dihadapan.

Irham menjeling Firdaus yang sudah tersenyum bangga. Huwaaa! Sayang, anak kita tak nak dengan abang..

Sarra yang berada di dapur itu didekati, "Abang ni kenapa?"

"Tu!" Jarinya dituding ke arah Firdaus yang sedang menunjukkan jari tengah sambil tersenyum mengejek.

Sarra terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh suaminya. Cepat-cepat Firdaus tukar jarinya kepada bentuk mini love.

"Apa?"

"Eish! Geram lah dengan Daus tu!"

"Kenapa ni?" Puan Sri Frida mencelah.

"Entah abang ni.."

"Eh kenapa bestfriend mummy yang jaga Rizqin tu?" Tanya Puan Sri Frida apabila melihat Firdaus yang sedang melayan karenah cucunya itu.

Telinga Irham dipiat oleh Puan Sri Frida, "Aduh! Aduh! Sakitlah mummy.."

Telinganya dipegang. Sakit!

"Pergi ambil Rizqin. Tak boleh ke kalau tak berkepit dengan Sarra dia ni!" Marah Puan Sri Frida.

Anak sulungnya itu sejak kahwin memang asyik melekat dengan Sarra sahaja.

"Bukan Rizqin je ada dengan bestfriend mummy tu.. Kayra pun ada dekat situ. Inara tu pun sama je melekat dengan Adrian, mummy tak marah pula!" Mana aci dia seorang je yang kena piat.

"Eh tak payah nak menipu. Kayra tengah makan dengan daddy dia dekat luar sana."

Irham jegulkan kepala ke arah luar. Aik? Pelik bin ajaib..

Bila masa Adrian ambil Kayra pula..

"Ye.. Nak ambil lah ni.." Dia terus berjalan mendekati Firdaus.

"Nah, ambil! Anak kau berak.. Busuk! Bau tahi!" Muka Firdaus berkerut. Bontot Rizqin dihalakan betul-betul ke muka Irham.

"Nama pun berak, mestilah bau tahi!" Geram Irham dibuatnya.

Meraung Rizqin apabila dia kini sudah berada di dalam dukungan si papa. Tangan dihulurkan kepada Firdaus.

"Pauss.." Tersebik-sebik mulut Rizqin apabila Firdaus mula menjauhinya.

"Papa kan ada ni.." Belakang tubuh anaknya itu ditepuk perlahan.

"Jom basuh poop.."




TUBUH Kayra yang agak montel itu diletakkan di atas pehanya. Sebelah tangan memegang perut si kecil manakala sebelah lagi sedang menyua sesudu nestum ke mulut Kayra.

"Princess nak lagi tak?" Adrian menepuk perlahan peha Kayra. Inara yang sedang berbual dengan sepupunya itu dikerling.

Baru sekejap dia mengelamun, tangan Kayra sudah bergerak mencapai semangkuk nestum di atas meja tersebut.

Habis tangan kecil Kayra itu dipenuhi dengan nestum.

"Kayra.." Adrian terus bangun dari kerusi kemudian tangan Kayra dilap.

Haih! Benda paling laju dalam dunia ni ialah bayi..

Kayra menggeselkan mulutnya yang comot dengan makanan bayi itu pada leher dan baju Adrian.

"Love.." Tubuh Inara didekati.

"Kenapa, abang?" Lembut suara itu bertanya.

"Habis kotor baju abang. Mangkuk nestum tumpah."

Anak kecil itu kini sudah bertukar tangan, "Da-daa!" Menangis Kayra apabila Adrian tidak lagi mendukungnya.

"Sekejap je, sayang.. Daddy nak pergi tukar baju." Inara memujuk si kecil Kayra yang sedang menangis teresak-esak..

"Da-dda!"

"Okay.. okay.. Kita ikut daddy." Inara mengikuti langkah Adrian yang sedang menuju ke bilik mereka.

"Kayra pun comot.." Inara letakkan Kayra diatas katil besar tersebut kemudian tisu basah diambil dan dilap pada mulut dan leher si kecil tersebut.

Kayra berusaha untuk bangun. Tangan terkapai-kapai dihalakan kepada Adrian yang sedang menukar pakaian.

"Sekejap lah.. Mommy nak tukar baju Kayra dulu ni, sayang.."

Siap menukar baju, Adrian duduk di sebelah Inara yang sedang berusaha menukar pakaian Kayra.

Memang susah!

Kalau nampak Adrian, dia memang mahu dengan Adrian sahaja..

"Dah! Siap dah.. Haa nah pergi dengan daddy.. Mommy merajuk." Kayra terus memeluk leher Adrian.

"Itu laki kita tau?" Omel Inara perlahan. Tangannya naik memeluk tubuh sendiri. Merungut! Perampas!

Tergelak Adrian dengan rungutan comel daripada isterinya.

"Comelnya isteri abang ni.. Kiss sikit." Pipi disua ke arah Inara yang sedang cemberut.

Inara memegang kedua-dua belah pipi suaminya kemudian dia mengucup pipi Adrian.

Pipi kanan.. Pipi kiri.. Hidung.. Dahi..

"Tertinggal satu." Ujar Adrian mendapat sebuah jelingan daripada Inara.

Kucupan dihadiahkan tepat ke bibir Adrian, "Dah."

"Abang sekarang asyik dengan Kayra je!" Inara merungut lagi. Tak suka!

"Jealous ke?" Pertanyaan Adrian dijawab dengan anggukkan. Siapa tak cemburu?

"Mesti lah! Orang susah-susah mengurat dia dulu.."

"Comelnya, love.." Pipi Inara dicium oleh Adrian geram.

"Princess, kiss your mommy.." Kayra turut mengucup pipi mommy nya membuatkan Inara tersenyum suka.

Dia bergurau je tadi..

"I love you, Inara.." Ujar Adrian.

"Love you more!"

"Dah, jom turun!" Inara bangkit dari duduknya sambil memegang tangan Adrian.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1.2M 54.8K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
489K 23.9K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
14.9K 744 11
2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubungan. Keahliannya dirahsiakan dan kesemuany...
870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...