✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

46 | DEATH OF US

38.4K 1.9K 418
By Drizellla

DARI JAUH, terpapar sosok tubuh Hayden serta dua orang pengawal peribadinya menuju ke arah Datuk Raja Haidar,  Datin Medina dan Noora Belinda.

"Hayden—" Laju kaki Noora datang hampir tubuh Hayden. Langsung ditenangkan dada Hayden yang berombak kencang menahan rasa kesal dalam hati.

"How come? Macammana dia boleh terjatuh sampai macam tu sekali? Look, dia kemungkinan lumpuh seumur hidup atas kecuaian kita semua ni."Hayden marah benar. Dibelek satu demi satu wajah-wajah manusia di depannya sekarang ini.

"Now,  you have to look at yourself. Macammana benda ini boleh berlaku? Kau pergi mana? Dua tiga hari baru nampak muka kau! Dia anak kau , Hayden! Jaga baik-baik anak kau!"Datuk Raja Haidar membidas lantang. Dada Hayden ditunjal kasar menandakan lelaki itu telahpun mengabaikan seratus-peratus tanggungjawabnya sebagai ayah semenjak dua ini.

Hayden raup wajah runsingnya. Berusaha melonggarkan ruang paru-paru yang terasa amat padat. Kerusi tempat duduk pelawat disepak keras. Banggg!

"Hayden dah amanahkan papa untuk jaga Nathan untuk sementara waktu!"Mengaum bengis, Hayden kembali bertentang tubuh dengan Datuk Raja Haidar.

"Kenapa nak salahkan papa?Amanah itu memang papa pegang tapi dia budak kecik, Hayden. Kau memang tak boleh terlepas pandang sedikitpun!"Marah Datuk Raja Haidar.

"Budak tu keluar tengah malam masa orang tengah nyenyak tidur lagipun Dyana memang tak datang kerja hari tu because she got a diarrhea! Kau tengok apa yang kau dah buat. Tak payah nak salahkan papa. Tak payah nak salahkan sesiapa dalam villa!"

"Yes! Hayden mengaku, semua ni memang salah Hayden. Aku memang tak pandai jaga anak!"Tengking Hayden gamat menyeluruh kawasan luar wad rawatan rapi kanak-kanak yang lengang itu.

"Aku akan siasat benda ni. Something fishy here." Terduduk atas lantai hospital, Hayden hilang arah dan punca. Melihat keadaan Nathan yang teruk dan wayar-wayar berselirat pada tubuh kecil tidak berdosa membuatkan sayap sebelahnya benar-benar patah. Hayden terasa ingin memukul diri sendiri sampai setengah mati!

"Kau tengok apa kau dah buat! Buka mata kau besar-besar. Lepas Mawar,  Nathan yang tak berdosa tu pun jadi mangsa kau."

"Haidar, cukup! Bergaduh dekat sini pun tak ada guna. Cara terbaik sekarang adalah kita kena berdoa untuk Nathan. Jom, keluar. Malulah orang tengok kita bergaduh macam orang tak ada tamadun dekat sini,"Datin Medina mencelah pantas di antara Hayden dan Datuk Raja Haidar.

"Noora, look after your husband. Mama nak bawa papa keluar dulu untuk sejukkan diri."Arah Datin Medina pada Noora sebelum mengheret lengan Datuk Raja Haidar untuk menghilangkan diri dari tempat itu.

"Hayden, sabar ya sayang? I tahu apa yang you tengah rasa sekarang ni." Noora paut kepala Hayden ke dada.

"Bodoh. Aku lelaki tak guna." Rintih Hayden lemah.

"Shhh— Tak payah salahkan diri you sendiri masa ni. Kita tak tau apa jadi dekat Nathan malam tu. Mungkin dia mengigau lepastu, terjatuh dari tangga tanpa sedar. I'm sorry, honey. I akan sentiasa bersama you."

"Dia kemungkinan lumpuh. Semua ni salah aku sebab dah abaikan dia..."

Noora eratkan lagi pelukan pada tubuh Hayden. Hilang Hayden yang bengis cuma tinggal Hayden yang lemah saja sekarang ini. Belakang Hayden ditepuk-tepuk seperti melayani si budak kecil berusia tiga tahun.

"Hayden, pandang I. Tak kira apa yang berlaku sekarang ni bukannya salah you seratus-peratus. I tahu you sibuk dengan kerja dan tak ada masa nak tengokkan Nathan. Okey?" Pujuk Noora lembut.

"Lepas ni, I nak you ambil iktibar atas apa yang berlaku. Jangan abaikan Nathan, jangan sesekali abaikan I, dan jangan abaikan Villa Salmonacreeks. Kami ini dunia you, Hayden. Bukan orang-orang diluar sana seperti Mawar. Tengok apa yang Mawar dah buat dekat you. Waktu getir macam ni ada ke dia nak jenguk Nathan? Dia nak Nathan just for her own good."

"I love you. Nathan loves you. Semua orang sayangkan you..."Bisik Noora. Seinchi tubuh Hayden tidak akan dia lepaskan. Sudah lama dia ingin memeluk tubuh Hayden. Wangian Hayden yang senantiasa membangkitkan rasa rindunya buat lelaki ini.

DIRENTAP tangan Noora jauh dari kawasan Hayden terlelap. Kelihatan lelaki itu sangat nyenyak dibuai lena di atas kerusi pelawat yang telah tersedia.

"Apa kau dah buat ni Noora? Mama tengok teruk dah budak tu." Tiba di tempat yang agak terperuk, bentakan Datin Ammara membolosi bibir dengan lancang.

"Noora tak sengaja."Kendur nada Noora tapi tak ada riak bersalah pun terhias pada wajah wanita itu.

"Tak sengaja? Tak sengaja apanya? Kenapa nak libatkan Nathan sekali? Kau ni dah melampau. Eh, kalau Hayden tahu benda ni, mati kita ni!"

"Noora buat semua ni sebab nak Hayden balik. Noora perlukan suami Noora. Sekarang ni dia dengan Mawar dah jumpa balik dan Winstons dah berjaya buktikan dekat I! He had slept with that woman behind my back!"

Noora keluarkan telefon pintarnya dalam beg tangan seraya ditunjukkan gambar Hayden dan Mawar sedang bercengkerama romantik di Bayu Apartment semalam. Bukan itu saja, masih banyak lagi babak-babak panas Hayden dan Mawar berjaya ditangkap oleh orang suruhannya.

"Dan perempuan tu sedang hamil anak dia. Tapi Noora? Apa fungsi Noora? Apa yang Hayden dah buat dekat Noora selama ni harus dibayar. Noora menderita, mama. Perkahwinan dah dekat setahun tapi Hayden tak pernah sentuh I!"

"Dia tidur dengan perempuan sebab nak zuriat! Bukan dia cintakan perempuan tu. Hayden tak pernah cintakan Mawar. Hayden cintakan kau!"

"Dia cintakan Mawar, mama. Dia tak pernah cintakan Noora."Bidas Noora yakin sambil mengacip giginya erat. Air mata dendam akhirnya mengalir jua dari empangan matanya.

"Tak, mustahil. Mustahil Hayden tak cintakan kau. Kau seorang wanita yang berkerjaya dan jelita, Noora. Cuma kau kena berusaha lebih keras lagi untuk dapatkan dia. Dia dah lama kehilangan isteri. Noora mesti tahu benda ni."

"Mama tak tahu apa yang terjadi. Dia tak cintakan Noora. Noora kena korbankan sesuatu untuk dapatkan dia." Ujar Noora mendalam. Tangan Datin Ammara ditepis supaya tidak lekat pada kulitnya lagi.

"Noora—"Datin Ammara terkesima.

"Jangan sentuh Noora."

"Noora sayang. Mama minta maaf. Mama akan bela Noora dan tak akan ceritakan apa-apa pada keluarga Hayden. Mama janji."Janji Datin sekali linangan air mata.

"Tinggalkan Noora dengan Hayden sendirian. Noora kena jaga Hayden. Hayden perlukan Noora."Usir Noora perlahan tapi sangat menyentap jiwa Datin Ammara.

"Leave me alone! You're not my mom anymore!" Tengking Noora.

Selepas jtu, panjang kaki Noora meninggalkan Datin Ammara. Benci. Dia benci dengan Datin Ammara tidak menyokong tindakannya ini. Mutiara jernih meleleh sekitar pipi diseka laju. Tubuh Hayden yang kesejukan dan masih kaku melayar mimpi dipeluk semula.

"Nathan...."Rengek Hayden dalam tidur.

"Shhh— Ini Noora. It's okay, honey." Noora cepat-cepat mengelus ubun-ubun Hayden. Kening Hayden disentuh dengan tapak tangan. Panas!


MAWAR hempaskan nafas berat keluar hidung. Cuma mampu menahan sabar yang cuma tinggal setipis kulit bawang. Gagang interkom diletakkan semula pada tempat asal dia gagal lagi menyambung talian ke telefon pintar milik Hayden.

Bunyi suis lampu automatik terpetik diluar kamar memakukan Mawar tak lama. Lambat-lambat dia bingkas dari birai katil ingin melihat siapa yang datang.

"Hayden?"

Figura Hayden kelihatan amat tergesa-gesa keluar dari sebuah bilik berkunci dengan penampilan yang sangat tidak terurus. Kemudian, lelaki itu menapak semula ke arah pintu depan apartment sambil menyarungkan sehelai jaket ke badan.

"Hayden, macammana dengan keadaan Nathan? Awak belum jawab lagi soalan saya. Dah tiga hari awak tak angkat call saya."Tergesa-gesa Mawar mengejar kaki Hayden. Lengan lelaki itu terus direntap bersama riak pelik mewarnai wajah Mawar.

"Hayden?" Dibelek dari atas ke bawah penampilan Hayden yang bersuit hitam dan berkemeja hitam seperti orang baru saja habis menghadiri acara pengebumian itu.

"Nathan tak apa-apa cuma masih perlukan pemantauan yang serius." Jawab Hayden dingin.

"Pemantauan yang serius? Maksud? Awak jangan sembunyikan keadaan sebenar dia. Kalau dia kritikal, i think he needs me." Gumam Mawar berharapan Nathan mudah kuat dan sedar bila dia ada disisi nanti.

"Dia tak perlukan kau."

Mati lekukan senyum Mawar atas kenyataan suaminya. Bebola mata yang bersinar-sinar tadi terus berkedip kemerahan menahan rasa sebak yang entah datang dari mana.

"Nathan perlukan saya , Raja Hayden Behzad."

Hayden rentap lengannya kuat dari tangan Mawar.

"We have to split. Aku ada banyak kerja dekat luar. Lepas ni, mungkin aku jarang balik sini. Kalau ada apa-apa, bagitahu James." Tukas Hayden.

"Hayden—"

"Hayden, i need you. Your baby is waiting for you." Hilangnya tubuh Hayden dari apartment, Mawar terduduk lemah atas sebuah sofa.

"Saya rindukan awak. Baby nak awak pegang dia..." Mawar pegang pasrah perut boyotnya. Kecewa.

*****
01. 09. 2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 280 18
Start : 13 Januari 2024 End : -
136K 8.9K 25
"SETAN MORON DEVIL BAD GUY !! I HATE YOUUU!!" "BUT I LOVE YOU." "CRAZY!!" "Because of you.." VILLONA menjeling tajam ke arah Dev yang tersengih me...
238K 12.8K 25
Tiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik saja. Mereka sangat mencintai antara sa...
244K 7.9K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...