His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 63

72.9K 3.8K 1.7K
By irenicmia

TANGAN Inara digenggam erat. Cengkaman pada lengannya yang kuat itu dihiraukan sahaja kerana di tahu sakit yang dirasai olehnya sekarang tak tertanding sakit yang dialami oleh Inara.

Dahi Inara yang mula merembes peluhan dingin itu dilap dan diusap. Mulutnya tak berhenti melafazkan zikir dan selawat.

"Abang." Inara sudah kehabisan tenaga. Sakit yang teramat.

Kini dia sedang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya dan Adrian.

"Sikit lagi, sayang.."

"Puan, teran lagi.. Kepala bayi dah mula keluar."  Doktor wanita yang itu mula bersuara.

Inara menggelengkan kepalanya sambil meraung. Sakit.. Tangan Adrian dicengkam sekuat mungkin untuk mengurangkan segala kesakitannya sekarang.

"Sikit lagi, puan!"

Inara menggelengkan kepalanya tidak tahan dengan kesakitan sekarang. Nyawanya terasa seperti berada di hujung tanduk sahaja sekarang.

Adrian mengusap dahi Inara itu dan beberapa ciuman diberikan disitu.

"Abang.. Sakit.." Air mata sudah mula keluar dari tubir mata.

Adrian disebelah cuba untuk menenangkan Inara yang sedang bertarung melahirkan anak mereka. Mulutnya tidak lepas daripada mengalunkan ayat-ayat suci al quran sejak dari tadi.

Dengan satu teranan yang amat kuat, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan daripada rahimnya. Inara melepaskan nafas kelegaan.

Namun itu hanya sementara apabila dia langsung tidak dengar suara tangisan bayi.

"The baby is not breathing!" Suara doktor dan jururawat di dalam bilik bedah itu mula kedengaran agak kalut.

Adrian mengusap dahi Inara yang sedang cuba untuk mengangkat wajah memandang bayinya. Dahi Inara dicium lagi apabila melihat Inara yang sudah tidak tenang, "Love..."

"Abang..." Tangisannya pecah. Dia meraung dan menangis di situ juga.

"No!" Kepala digelengkan sambil meraung.

No.. Not again..

"Shhhh, love.."  Dahi Inara dicium beberapa kali dan tanpa sedar air matanya juga turut menitis.

"Anak kita..." Inara merintih lagi apabila melihat keadaan di dalam bilik bersalin itu agak kelam kabut. Doktor dan jururawat disitu sedang bertungkus-lumus cuba untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

"Uwaaa."

Tangisan bayi yang mula kedengaran itu membuatkan Inara melepaskan nafas lega manakala Adrian pula menitiskan air mata kegembiraan. Syukur.

"Ya Allah.." Dahi Inara yang sedang menangis kegembiraan itu dicium beberapa kali. Tak tertanding rasa bahagianya sekarang.



TUBUH kecil bayi perempuan itu didukung oleh Adrian. Sedaya upaya air matanya ditahan daripada mengalir. Apabila melihat wajah suci tanpa dosa itu, dia kembali teringatkan perjuangan Inara di dalam bilik bersalin tadi.

Bagaimana isterinya itu bertarung nyawa hanya demi melahirkan seorang zurniat berbintikan namanya.

Tubuh kecil Kayra diangkat hingga ke paras mukanya kemudian tubuhnya dipalingkan ke arah kiblat.

"Allahuakbar Allahuakbar.." Adrian mengiqamatkan anak kecilnya itu. Bacaannya perlahan sahaja.

Setelah meng'iqamat'kan bayi di telinga kanan, tubuh kecil itu dialihkan kemudian dia membaca iqamat di sebelah kiri pula.

Inara tersenyum memandang Adrian. Dia terharu tatkala melihat peribadi Adrian. Dia.. sangat bertuah.

"I love you, wife.." Inara menganggukkan kepalanya lalu, "I love you more.."

Keadaan di dalam ward tersebut bertukar romantik.

"Huwarghhh!!" Macam biasa, Firdaus menguap besar mengganggu suasana romantik tersebut.

"Dah habis dah?" Muka bosan ditayangkan olehnya.

Puan Sri Frida bertindak memukul kepala Firdaus dengan kuat menggunakan tas tangan gucci miliknya,  "Dah lah single, lepastu suka ganggu suasana romantik orang!"

"Apa dia aunty ni?!" Kepalanya digosok. Sakit mat.. Padu juga kena sekeh dengan Puan Sri Ngok Ngek ni.

Terbuntang mata Firdaus apabila terlihat rekaan bentuk tas tangan Puan Sri Frida. Design apa benda tajam-tajam macam tu?!! Memang patut kepala aku rasa berlubang!

Tas tangan jenama Gucci Puan Sri Frida dibelek oleh Firdaus.

"Eh dia ni main beg tangan kita pula!" Puan Sri Frida menarik begnya menjauhi Firdaus.

"Aunty ni kenapa pukul pakai beg ni?!" Kepalanya dipegang sekali lagi. Rasa macam berlubang.

"Layak." Sepatah yang dijawab Puan Sri Frida. Firdaus menjeling kawan baiknya itu. Cis!

Adrian menjeling Firdaus. Mana-mana sahaja mesti ada Firdaus ni.

"Ini sayang ke yang buat?" Lengan Adrian yang jelas menunjukkan calar itu dibelek oleh Inara.

Adrian mengangguk, "Tak apa. Abang tak kisah pun.."

"Assalamualaikum!" Pintu wad dibuka dengan kuat. Suara Aariyan bergema di dalam wad tersebut.

"Wahai kakak iparku!" Aariyan berjalan mendekati Inara dan Adrian diikuti oleh ahli keluarga yang lain.

Adrian tersenyum melihat semua orang yang sudah berkumpul. Datin Aaliyah duduk di birai katil dan kepala Inara dicium olehnya.

"Aaliyah, pegang lah pula Kayra ni.." Puan Sri Frida menghulurkan Kayra yang berada di lengannya.

Tak menunggu lama, Datin Aaliyah menyambut bayi perempuan tersebut dengan senyuman yang amat lebar.

"Cucu sulung ni.." Teruja pula Datin Aaliyah apabila Kayra berada di dalam dakapannya. Sudah lama dia tidak pegang bayi.

"Comelnya cucu kita abang.." Datin Aaliyah memandang suaminya yang juga turut tersengih lebar.

"Sebiji muka Adrian." Adrian tersenyum bangga dan dia wajah Inara yang cemberut itu dipandang.

"Ibu.. Nara yang mengandungkan Kayra, tup tup dia ikut muka Abang.." Inara mengadu tidak puas hati.

Datin Aaliyah menghamburkan gelak. Comelnya lah!

Mata Puan Sri Frida memandang Aariyan yang sedang duduk disebelah Firdaus. Aik? Rapat semacam je?

"Apa nama abang?"

"Fiffy." Aariyan buat muka jengkel. Tubuh Firdaus yang berada disebelahnya ditilik daripada atas hingga bawah. Muka macam ni nama Fiffy?

"Firdaus." Firdaus menjeling Aariyan yang sedang memandangnya jengkel. Apa pelik sangatkah kalau namanya Fiffy? Budak tak cerdik. Nama orang pun nak kena shaming ke?

"Kau pula?" Tanya Firdaus kembali

"Aariyan Khair bin Ahmad Khuzairi bin Ibrahim. Boleh panggil hensem." Firdaus menjeling budak sekolah disebelahnya. Lebih-lebih pula..

"Eh bang, abang tak ada girlfriend ke?" Tanya Aariyan kepada Firdaus disebelahnya.

"Tak ada. Pehal?"

"Oh, okay. Tak pelik.." Firdaus memandang Aariyan dengan pelik. Benda budok ni nok?!

"Apa yang tak pelik?"

"Tak de lah. Kalau tadi abang jawab abang ada girlfriend, kan pelik tu.." Jawab Aariyan bersahaja mendapat jelingan tajam daripada Firdaus.

"Sini jap.." Arah Firdaus supaya Aariyan mendekatkan wajah kepadanya.

"Mama kami sudah pulang, mana janjinya? Cucur Aariyan babi yang enak.." Bisik Firdaus dengan melodi iklan cucur adabi tersebut.

Mencuka wajah Aariyan apabila dia digelar babi. Dia sudahlah trauma dengan haiwan tu!

Aariyan dekatkan pula bibirnya ke telinga Firdaus dan nyanyian tadi disambung,

"Anak-anak sudah pulang ini mama buatkan, cucur daus sotong yang enak.." Aariyan tersenyum bangga. Kening dinaikkan ke atas dengan wajah kemenangan.

"Dekat dengan aku sikit.." Aariyan dekatkan kembali wajahnya dengan Firdaus.

Firdaus memerhati keadaan sekeliling, tak ada orang perasan kan? Naya kalau Datin Aaliyah nampak apa yang dia nak buat ni..

Tak menunggu lama, dia menampar pipi Aariyan, "Kan dah kena tu.."

Aariyan memegang pipinya yang ditampar tadi. Tak ada lah kuat, tapi pedih-pedih sikit je.

"Aku rasa kita boleh jadi bestfriend lah.." Ujar Firdaus kepada Aariyan.

"Ye, bang! Bestfriend!" Mereka berjabat tangan.

"Aaliyah, anak bongsu awak ni ambil SPM kan tahun ni?" Puan Sri Frida sudah mula menukar topik ingin tahu.

Aariyan terus memandang Puan Sri Frida. Typical makcik-makcik bila jumpa kawan. Pasti tanya tentang SPM.

"Betul lah tu." Datin Aaliyah tersenyum.

"Kamu dapat berapa A peperiksaan hari tu, Aariyan?"

Aariyan tersengih, "7 G."

Membulat mata Puan Sri Frida. Tan Sri Irshad sudah menayang wajah bosan. Haih! Nak start dah lah bini aku tu!

"7 G? Kamu biar betul Aariyan?"

Aariyan tersenyum lebar dan tengkuknya yang tidak gatal digaru, "Betul lah takkan saya tipu pula."

"Apa yang G nya?" Korek Puan Sri Frida.

"Eh eh Aunty ni sibuk je nak tahu!" Firdaus bersuara lantas mendapat jelingan tajam daripada Puan Sri Frida.

"7 Girlfriends je aunty. Nak lebih-lebih saya tak mampu. Dekat PUBG tu ada lah dalam 2 3 orang lagi.." Seloroh Aariyan.

"Hah?" Puan Sri Frida tak faham betullah dengan Aariyan ni!

"Jangan percaya sangatlah, Frida. Budak bertuah tu memang macam tu.. Keputusan SPM dia haritu okay lah, cukup makan. Alhamdulillah, tak ada G.."

"Oh, Alhamdulillah.."

"Mana Irham dengan Sarra?" Datin Aaliyah bertanya pula.

"Rizqin meragam lah tu, sebab tu lambat.." Serentak itu, pintu ward dibuka dari luar.

Nampak sahaja kelibat Rizqin yang berada di dalam dukungan Irham itu, Firdaus terus menyorok di belakang Aariyan disebelahnya. Tak mahu Rizqin nampak dia, nanti dia jadi mangsa..

"Dah kenapa?"

"Paus—Brrr.." Firdaus mengeluh. Rizqin yang sedang menghulurkan tangan ke arahnya itu diambil. Memang dah agak Rizqin ingin didukung olehnya.

Paus. Atau sebenarnya Daus.

Irham terus mendekati Adrian yang berada di birai katil pesakit itu, bahu Adrian ditepuk olehnya.

"Kau pengsan tak?" Bisik Irham. Takkan dia sorang je yang pengsan masa temankan isteri bersalin.

Adrian terus tergelak, "Tak."

"Tak guna." Gumam Irham perlahan.

"Babe.. Nanti boleh lah kau pakai matching dengan kayra. Bestnya ada baby girl." Sarra mendekati sahabatnya.

Inara sudah tersenyum lebar. Dia sudah boleh bayangkan dia dan Kayra pakai baju yang serasi dan bergambar bersama-sama.




"ADRIAN, tidur sini tak?" Tanya Puan Sri Frida kepada menantunya. Bahu Adrian ditepuk olehnya perlahan.

"Boleh ke mummy?" Adrian tayang sengih.

Bahu Adrian ditepuk oleh Puan Sri Frida, "Apa yang tak boleh nya? Ni kan rumah Ad juga.. Inara berpantang dekat sini, kamu pun tidur lah sini.."

"Dah pergi lah naik atas berehat. Mummy nak siapkan lauk berpantang Inara." Adrian mengangguk.

"Love, comelnya pakai kain batik.." Adrian mendekati Inara yang berada di atas katil.

Dengan kain batiknya, lepastu rambut diikat sanggul tinggi. Menguji kesabaran betul! Dia duduk betul-betul dihadapan Inara yang sedang menyusukan Kayra.

"Eee janganlah tengok! Malu lah!" Inara memusingkan tubuhnya ke arah lain.

"Apa malu? Abang dah tengok lebih pun.."

"Memang lah! Tapi yang abang tengok lama-lama tu kenapa?" Adrian sengih tidak bersalah.

Nak buat macam mana..

Adrian mengalihkan duduknya. Badan Inara dipeluk dari tepi kemudian jarinya naik mengusap pipi Kayra.

"Terima kasih, love.." Pipi Inara dicium oleh Adrian.

Kayra yang sedang minum susu dada itu diperhati. Lebih-lebih pula..

"Kiss sikit.." Pipi disua ke arah isterinya.

Inara tidak membantah lalu dia terus mendaratkan sebuah ciuman di pipi Adrian.

Serentak itu pintu bilik Inara dibuka dari luar, "Ha! Ha! Buat apa?!"

"Eh tak buat apa-apa mummy.." Adrian mempertahankan diri. Kepala digelengkan dengan laju menyangkal apa yang difikirkan oleh si ibu mertua. Dia tak buat apa-apa pun?!

"Keluar sekarang.." Arah Puan Sri Frida.

Inara tergelak melihat wajah mencuka Adrian. Tak buat apa-apa pun?!

Cium sikit je!

Adrian terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Derap langkahnya menuju ke bilik kerja ayah mertuanya.

"Aik? Tak teman Inara ke?"

"Itulah masalahnya, daddy.. Kena halau." Bergema gelak tawa Tan Sri Irshad di setiap ruang bilik kerja tersebut.

"Biasalah. Macam tak kenal pula mummy tu.."

Adrian menganggukkan kepala.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 50.9K 77
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 1 ) ๐Ÿ…RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) ๐Ÿ…RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) ๐Ÿ…RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...
278K 18.2K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.1K 168 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. เน‘เผถ----Amitiรฉ โ†’ Persahabatan ----เผถเน‘ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
4M 312K 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ad...