His Eternal Love

Por irenicmia

5.5M 300K 76.9K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... Mรกs

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 60

72K 3.7K 1.3K
Por irenicmia

"NENEK, tak boleh ke kalau Nara ikut dia orang pergi dusun?" Pujuk Inara kepada Hajah Khadijah.

"Tak boleh!"

"Tapi kenapa?" Dia mencebik. Semua benda tak boleh? Main dengan Pak Yok pun tak boleh, pergi dusun pun tak boleh! Ini sudahlah kali pertama dia masuk kampung, nak lah juga buat semua benda tu.

"Kamu tu mengandung. Masuk dusun tengah-tengah malam pula, tak elok."

"Beri sahaja lah Inara pergi, mak.. Dia pun baru pertama kali datang sini." Datin Aaliyah cuba memujuk bagi pihak Inara. Lantas itu, lengan ibu mertuanya itu dipeluk erat.

Sayang ibu!

"Ye lah." Hajah Khadijah akur juga akhirnya.

Senyuman Inara semakin lebar. Yes!

"Haa Inara nak ikut atuk pergi dusun tak?" Tanya Haji Ibrahim dari belakang. Dengan pantas Inara menganggukkan kepalanya. Gila tak nak?

"Laura dengan Lukas tak nak ikut ke, Khairi?" Tuan Khairi menggelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan ayahnya.

"Lukas tu mana boleh bau durian, ayah.. Laura pula tertidur tadi lepas makan. Penat sangat lah tu.."

Haji Ibrahim menganggukkan kepala faham. Biarlah dua orang cucunya itu berehat.

Badan dibolos masuk kedalam kereta Adrian dan dusun durian ditujui.

"Berhenti kat depan ni, Ad.. Nanti kita berjalan kaki je. Senang sikit." Ujar Haji Ibrahim sebaik sahaja mereka sampai dihadapan dusun yang gelap gelita tersebut.

"Err- Tok, Arissa rasa macam tak nak turun lah."

"Pulak dah? Habistu kenapa ikut?" Arissa tersengih tidak bersalah. Huish! Tak mahu lah masuk dalam dusun tu.

"Love, nak masuk tak?" Tanya Adrian kepada Inara.

"Nak!"

"Akak! Temanlah Rissa.." Rengek Arissa. Takkan lah dia nak tinggal seorang diri dalam kereta ni.

"No. I nak ikut my husband." Arissa mencebik. Benci betul!

"Nak ikut sekali ke tak?" Adrian bertanya sekali lagi kepada Arissa.

Arissa menggeleng. Biar lah dia tunggu seorang diri dalam kereta.

Masuk sahaja ke dalam dusun besar tersebut, mereka terus mencari durian-durian yang telah jatuh ke tanah.

Adrian memegang seguni durian yang dikutip olehnya di tangan kanan. Sedang elok dia dengan Inara sedang menilik sebiji durian yang baru sahaja jatuh dari pokoknya, mereka dikejutkan dengan jeritan Aariyan.

"Babi!!! Arghh Babi!!" Pekik Aariyan sambil berlari melepasi Inara dan Adrian yang memandangnya kehairanan.

"Tak payah nak menipulah! Dusun atuk bersih tanpa—" Terhenti percakapan Haji Ibrahim apabila dia terlihat seekor khinzir hutan sedang berlari ke arahnya.

"Argh!!" Dengan laju Haji Ibrahim memecut tanpa menghiraukan pinggangnya yang hampir patah. Mulutnya ditepuk beberapa kali, itulah petang tadi bergurau pasal haiwan tu lagi!

Inara langsung tidak sempat untuk bereaksi apabila badannya tiba-tiba sahaja melayang ke udara. Adrian mengangkat tubuh ramping Inara dan diletakkan di atas bahu kirinya.

Durian di tangannya tidak dilepaskan manakala sebelah lagi sedang menampung tubuh Inara.

Dengan laju, dia juga turut berlari menuju ke arah kereta.

"Abang! Benda tu kejar kita!" Dia memandang khinzir hutan yang berada hampir dekat dengan mereka berdua.

Adrian melajukan lagi lariannya apabila Inara berkata sedemikian. Inara melepaskan keluhan lega apabila khinzir dibelakangnya itu telah berhenti mengejar mereka.

Sampai sahaja di hadapan kereta, tubuh Inara diletakkan ke bawah dan mereka berdua terus memboloskan diri ke dalam kereta.

Haji Ibrahim yang berada di tempat duduk hadapan mengusap dadanya.

"Atuk! Nasib baik Rissa tak keluar tadi!"

"Atuk pun tak tahu ada babi kat sini!"

"Mana Aariyan?" Tanya Inara tiba-tiba apabila dia perasan langsung tiada kelibat Aariyan di dalam kereta tersebut.

Adrian mendengus geram. Nampaknya dia lah yang kena keluar cari adik bongsunya itu.

"Kunci kereta, Ad keluar cari Aariyan." Pesan Adrian sebelum dia membuka pintu kereta miliknya dan masuk semula ke dalam dusun tersebut.

"Fighting, long!!" Arissa dan Haji Ibrahim menyokong dari dalam kereta.

Adrian buka flashlight di telefon pintarnya, kemudian bunyi haiwan yang sedang mendengus kuat itu dihampiri.

Kelibat Aariyan yang sedang bergantung di salah sebuah pokok disitu membuatkan Adrian ingin menghamburkan gelak.

"Along, kalau ditakdirkan aku kena sondol dengan babi ni kau tolong bagitahu ibu aku minta maaf dari hujung rambut sampai kaki. Tolong bagitahu ibu aku yang buang semua tupperware dia." Aariyan sudah mula buat drama.

Kepala dijegulkan kebawah memandang khinzir yang berada di kaki pokok. Dia langsung tak maksudkan apa yang dia beritahu petang tadi.

"Ulang balik, aku nak record.." Adrian buka kamera di telefonnya.

"Ibu.. Yan minta maaf! Selama ni tupperware ibu yang hilang tu semua Yan yang buang! Maafkan Yan ibu!" Aariyan separuh merayu. Adrian gelak jahat kemudian dia simpan telefonnya kembali.

Misteri tupperware hilang telah terungkai.

Tak menunggu lama, dia terus mencampak sebiji batu membuatkan khinzir itu terus lari meninggalkan pokok tersebut.

Aariyan terus melompat turun dari pokok tersebut dan dada yang berombak kasar itu diusap.

"Huh! Apahal lama sangat, long?" Rungut Aariyan. Tangan yang agak kotor dikebas perlahan kemudian hingus disedut. Huh! Buat bazir air mata aku je!

"Tak payah merungut. Masuk kereta." Aariyan akur dan dia terus memecut laju meninggalkan Adrian di belakang.

Takut!

"Atuk! Sampai hati!" Marah Aariyan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Sampai kaki dah pun."

Aariyan menjeling atuknya. Memang ini kali pertama dan terakhir dia datang sini!

"Kau punya pasal lah! Petang tadi beria cakap nak jumpa sangat kan?" Marah Arissa disebelah.

"Aku gurau je!"

"Eh dah dah! Ha Adrian, nanti singgah kedai runcit depan tu, ye?"

"Baik." Sempat Adrian melirik ke arah Inara yang hanya mendiamkan diri melalui cermin pandang belakang. Terkejut lah tu!

Dalam hati dia sudah tergelak jahat. Beria nak ikut sangat, kan dah mendapat!





ADRIAN menjinjing sebuah beg pakaian di tangan sambil menuruni tangga rumah kampung moden tersebut. Hari ini dia dan Inara perlu pulang ke bandar kerana dia ada beberapa hal di pejabat yang perlu diuruskan.

"Love, sudah sudah lah main dengan ayam tu.." Tegur Adrian kepada Inara yang sedang duduk dihadapan ayam kampung betina itu. Disebelah Inara pula ada Laura dan Arissa sedang bergurau dengan Pak Yok.

Kepalanya digelengkan. Sebelum ni main cikucak dengan beruk, hari ini dia main dengan ayam kampung pula.

Isteri siapa?

Isteri aku lah tu..

Inara bangun dari duduknya dan dia bergerak ke arah paip air lalu tangannya dicuci. Langkah dibawa mendekati Adrian di tangga.

Tangan Atuk dan Nenek disalam oleh mereka berdua secara bergilir.

"Kita orang pergi dulu, ye?"

Haji Ibrahim dan Hajah Khadijah menganggukkan kepala.

"Haa jaga isteri kamu tu elok-elok.. Kalau dia ada mengidam apa-apa ke pergi beli terus." Pesan Hajah Khadijah kemudian bahu Adrian ditepuk olehnya.

Adrian menganggukkan kepalanya faham.

Dia sebenarnya mahu berikan ruang kepada atuk dan neneknya untuk meluangkan masa bersama ayah saudaranya itu. Ye lah, dah hampir 25 tahun tak berjumpa.

Dia tahu, neneknya itu pasti dihimpit rasa bersalah yang teramat besar. Sekurang-kurangnya Hajah Khadijah sudah berubah..

"Bye! Nanti ada masa Nara balik sini lagi!" Ujar Inara ceria kemudian dia memboloskan diri ke dalam kereta.

Sempat Adrian membunyikan hon keretanya sebelum berlalu pergi dari perkarangan rumah moden tersebut.

"Kenapa diam ni, hm?" Mata mengerling Inara disebelah yang hanya mengelamun.

"Abang tahu tak dekat mana Anis tinggal?" Tanya Inara selepas lama berdiam diri.

"Kenapa?"

"Nak jumpa dia.."

Adrian diam.

Mata terus memandang ke hadapan, fokus dalam pemanduannya. Dia tak mahu jawab pertanyaan Inara.

"Abang marah ke?" Lengan Adrian dicuit perlahan kemudian dia larikan jarinya laju-laju.

Uish.. Marah betul nampaknya.

Lama Adrian mendiamkan diri. Dia langsung tidak berminat untuk menjawab persoalan Inara tadi.

"Tak serik-serik lagi?" Soalan dibalas dengan soalan. Inara menundukkan kepalanya gerun dengan reaksi Adrian.

"Sorry.." Inara terus meminta maaf dengan suara yang perlahan.

Takut untuk bersuara apabila terdengar nada tegang suaminya itu.

"Tak serik?" Mata Inara bergenang dengan air mata. Ah! Tolonglah jangan menangis. Entah mengapa sejak mengandung ni, dia semakin cengeng..

"Suka buat baik dengan orang?"

"Suka sangat kena aniaya?" Wajahnya tegang langsung tidak memandang wajah polos isterinya. Dia rasa agak geram dengan Inara yang sentiasa berbuat baik pada orang.

Dia masih tak boleh bayangkan kalau dia kehilangan Inara waktu tu.. Dia masih boleh terima kalau mereka tiada rezeki dengan kandungan pertama itu, tapi untuk kehilangan Inara..

Dia tak mampu.

"Isk- I'm sorry.." Tangisan Inara mula kedengaran. Tersedu-sedan dia dibuatnya apabila Adrian masih tidak memandang ke arahnya.

Wajah lelaki itu ketat. Mungkin marah dengannya.

Adrian menghentikan kereta di bahu jalan. Badan dipusingkan menghadap Inara yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Shh no.. I'm sorry, love. Don't cry.." Badan Inara ditarik kedalam pelukan. Inara hanya diam kaku di dalam pelukan manakala air matanya masih tidak berhenti mengalir. Belakang tubuh Inara diusap oleh Adrian.

Dia tak patut marahkan Inara.

"Isk.. jangan marah.. isk-" Adrian menguntumkan senyum. Alah manjanya isterinya ini..

"Tak marah pun.. Geram je." Air mata Inara diseka dengan jarinya.

"Amau nangis dah.. Nanti baby pun sedih." Suara manja dibuat cuba untuk memujuk Inara.

Inara tersenyum dalam tangisan. Hingus disedut. Sampai hati marah kita..

"Just forget about what you asked earlier, okay love?" Jujur dia tak suka dengan pertanyaan Inara tadi.

"Okay."

"Now give me a kiss." Pipinya disua ke arah Inara. Wajah isterinya itu merah.. Kesian betul.

Lagak budak kecil, Inara hanya menurut arahan Adrian itu kemudian sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi suaminya.

"Jangan nangis-nangis dah.."

"Sayang dia." Kepala Inara yang berlapikkan tudung itu diusap. Jarinya naik menyeka air mata Inara yang masih tersisa di pipi.

"Sayang juga.." Perlahan Inara menjawab.

Malu-malu pula..

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

586K 20.1K 54
Completedโˆš Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
206K 8.2K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
293K 32K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
3.1M 280K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...