Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.1K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 31 | One Step Closer

847 47 1
By Mademoiselle_Hawa

PAGI itu, aku bersiap-siap hendak ke pekan. Tuan kedai butik pengantin tu cakap pukul 9:00 pagi dah boleh pergi ambil baju sanding tu.

Aku hanya mengenakan hoodie berwarna cream bersama seluar jeans hitam. Rambut aku yang hampir mencecah pinggang itu aku ikat gaya ponytail. Baseball cap aku sarungkan di kepala. Siap!

Bersolek? Lambat lagi aku nak rajin bersolek ni!

Aku mula melangkah keluar dari bilik. Kelibat Fiya masih tidak kelihatan. Aik? Tidur lagi ke?

Kamar tidur Fiya aku hampiri. Daun pintu aku ketuk beberapa kali.

"Fiya? Kau dah siap ke belum?"

"Kejap Qai!" sahut Fiya dari dalam.

Aku menghembuskan nafas lega. Mati-mati aku ingat dia tidur tadi. Baru rasa nak mengamuk.

"Aku tunggu dekat luar lah. Cepat sikit!" kataku.

Aku mula melangkah ke dapur mencari kelibat Maktok. Maktok aku lihat sedang sibuk mengacau sesuatu di dalam kuali.

"Maktok, Sha nak pergi pekan tau. Nak ambil baju. Sekali dengan nak jemput kawan Sha dekat pekan." ujarku meminta izin.

"Tak mau makan dulu ka?" soal Maktok yang masih tidak memandang aku.

"Sat lagi lah, Sha makan dengan depa sekali."balasku.

"Hmm ya lah. Pi elok-elok. Bawak kereta tu jangan macam pelesit." pesan Maktok diselit dengan sindiran.

Aku pula masih kekal cool. Umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan pesanan Maktok itu.

Aku berjalan keluar dari rumah. Kereta kesayangan aku dituju. Enjin aku panaskan sementara menunggu Fiya.

Selepas beberapa minit, Fiya muncul dari muka pintu rumah. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka lalu Fiya masuk ke dalam perut kereta.

Kereta mula bergerak perlahan keluar daripada perkarangan rumah Maktok.












SELEPAS selesai menguruskan tentang baju sanding, aku mengajak Fiya singgah di kedai tudung yang berada di pekan.

Bukan main seronok lagi Cik Safiya tu. Dia pulak yang excited dari aku. Aku sengaja singgah di kedai itu. Rasa macam nak beli beberapa helai tudung untuk aku pakai nanti. Lagipun, sementara tunggu Zamrul dan Adam tiba, boleh lah cuci mata sekejap.

Selesai memborong tudung, kami masuk pula ke dalam gerai pakaian. Ada beberapa baju blaus separas lutut yang menarik minat aku. Ah kalau ikutkan, semuanya cantik! Sampai aku tak tahu nak beli yang mana satu.

Fiya pun tak nak kalah. Dia lagi seronok membeli belah. Aku tengok, dah tiga helai blaus dia pegang.

"Kau ni apasal terlebih excited sangat shopping ni?" soalku hairan.

Fiya yang leka membelek baju-baju yang tergantung mengerling ke arah aku sekilas.

"Iya lah! Bukan senang kau nak ada mood shopping ni. Biasa aku je yang beria. Sekarang, kau pun dah ada. Lagi lah aku seronok!" balasnya teruja.

Aku sudah menggelengkan kepala. Boleh pulak macam tu eh?

Aku meneruskan sesi memilih baju. Beberapa helai blaus yang menarik minat aku diambil. Semua cantik-cantik, buang aku rambang mata!

"You know what Qai?"

Aku mengerling ke arah Fiya sekilas.

"What?"

"Aku perasan sejak kau kenal dengan Qash ni, kau dah banyak berubah." ujar Fiya.

Berkerut dahi aku memandang Fiya di sebelah.

"Apa yang berubah?"

"Berubah lah. Better than before. Kau dah boleh bergaul dengan orang sekeliling kau. Kau dah kerap senyum. And the best thing is, kau dah mula ubah diri kau ke arah lebih baik. Dan, aku suka dengan perubahan tu." luahnya ikhlas.

Aku menguntum senyuman nipis.

"Berkat doa korang yang tak pernah berhenti doakan aku jugak... Thank you."

Kami saling berbalas senyuman.

Tiba-tiba telefon pintar aku berdering minta dijawab. Aku memandang skrin telefon, tertera nama Zamrul di situ. Pantas aku menjawab panggilan tersebut.

"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Qai, kita orang dah sampai dekat pekan ni, korang dekat mana?" kedengaran suara Zamrul di hujung talian.

"Aku ada dekat kedai area pekan ni. Kau tunggu situ jap. Kejap lagi aku sampai." kataku lalu mematikan panggilan.

"Siapa?" soal Fiya.

"Zam, diorang dah sampai. Jom, pergi bayar dulu." ajakku lalu kaki aku mengorak langkah ke kaunter pembayaran.













SEPERTI yang Fiya katakan semalam. Bila dua ketul tu dah datang, makin riuh rendah lah rumah Maktok. Di meja makan sekarang ni riuh dengan suara Adam, Zamrul dan Fiya.

Aku yang sedang enak menjamu selera hanya banyak mendiamkan diri. Telinga ni asyik dengar mereka bertiga berborak bersama Maktok. Maktok pun, layankan saja!

"Eee Adam! Kau cakap bersembur lah! Telan lah makanan tu bagi habis dulu!" bebel Fiya.

Adam aku lihat mulutnya sudah penuh dengan nasi. Tapi sibuk nak bercakap itu ini. Aku menggelengkan kepala.

"Alaa sorry lah! Aku lapar tahu, dari pagi tak makan apa-apa. Maktok masak sedap sangat!" ujar Adam dengan mulutnya penuh dengan nasi.

Zamrul yang sedari tadi hanya jadi pemerhati pantas menunjal kepala Adam di sebelah.

"Lebih baik kau telan dulu nasi tu sebelum aku korek-korek mulut kau pakai sudip Maktok tu." arah Zamrul dengan nada serius.

Geram pulak rasanya bila ada kawan yang selamba badak tak bertempat ni!

Adam terus manarik muncung sedepa. Dia mengunyah perlahan-lahan sehingga habis.

"Seronok Maktok tengok hangpa ni. Meriah sikit rumah ni. Kalau ada Sha sorang ja dekat rumah ni, hmm... Memang macam tak dak orang ja dalam rumah ni. Sunyi." ujar Maktok. Sempat lagi perli aku tu!

Aku mengerling ke arah Maktok yang di sebelah.

"Bukan tak nak berborak, nanti kalau orang cakap lebih-lebih, Maktok jugak yang rimas nanti. Baik diam je." jawabku selamba.

Maktok mencebik bibir.

"Eleh! Hang tu mana mau sembang dengan orang. Maktok ni kalau sembang dengan hang, macam bercakap dengan dinding!" rungut Maktok.

Aku menggigit bibir. Sekali kena fire!

Aku tidak menjawab. Sebaliknya cepat-cepat menghabiskan makanan.

"Oh Qai, orang yang pasang pelamin tu datang hari ni eh?" soal Fiya.

Aku mengangguk.

"Pukul tiga petang ni."

"Haa... Petang ni hangpa berempat tolong Maktok kemas ruang tamu tu naa... Nak bagi ruang untuk depa pasang pelamin tu." pinta Maktok.

Dia sudah bangun dan menuju ke sinki.

"Aye aye captain!"

Lah... Siap bangun angkat tabik lagi si Adam dengan Zamrul ni!









PEJAM celik, tahu-tahu dah tinggal sehari sahaja lagi sebelum tiba hari yang mendebarkan. Hari di mana aku bakal bertukar status kepada isteri orang.

Keadaan sekarang semakin sibuk. Masing-masing bertungkus lumus membantu antara satu sama lain. Catering sudah ditempah. Khemah sudah siap dipasang. Pelamin juga sudah siap dihias cantik. Tak ada lah grand mana pun. Aku pilih mini pelamin je untuk akad nikah nanti. Simple je.

Malam ini iaitu malam berinai, tangan aku bakal dihias oleh Zurin, anak kepada Che Som.

Ya, selain daripada menghias bilik, dia juga mahir melukis inai. Itu memang bakat terpendamnya sejak aku mengenalinya.

Kami hanya duduk bersila di lantai bilik. Tak ramai pun dalam bilik, hanya ada aku, Zurin dan Fiya. Seperti semua sudah sedia maklum, aku ni tak ramai kawan perempuan. Jadi tak adalah macam pengantin yang lain, bila malam berinai, bilik pengantin perempuan penuh dengan rakan-rakan.

Sambil-sambil Zurin memakaikan inai di jari aku, mata aku bergerak memerhati segenap bilik aku. Bilik aku yang dulunya biasa, sekarang berubah menjadi cantik dan indah dengan sentuhan jari jemari Zurin. Bukan Saleh ya.

"Okay siap!"

Automatik mata aku memandang kedua-dua belah tangan dan kaki aku. Sudah siap dilukis. Jari kaki juga sudah siap dipakai inai pokok. Aku tersenyum nipis.

"Thank you Zurin." ucapku seraya senyum ke arahnya.

Zurin membalas senyuman aku.

"Most welcome Sha. Aku tengok hang ni berseri-seri malam ni. Aura bakal pengantin lah ni..." usik Zurin.

Aku cuba mengawal riak wajah. Tipulah kalau aku kata aku tak segan bila diusik. Tak pernah aku terfikir aku akan berkahwin. Tup-tup, esok dah nak jadi isteri orang dah!

"Memang lah berseri-seri Zurin, dia pun tak sabar nak jadi bini orang esok!" tambah Fiya.

Wahh! Seronok kau usik aku ya...

"Jangan nak mula eh Fiya...." aku memberi amaran. Dia ni kena bagi warning siap-siap, takut nanti melarat usikan dia tu.

Fiya tersengih nakal.

"Elele... Padahal tengah tahan malu tu! Eee sejak bila Qaisara Alysha ni bertukar jadi pemalu ni?"

"Lah... Sejak dia jumpa bakal inche suami tu lah. Terus bertukar jadi perempuan melayu terakhir!" sahut Zurin.

Mereka berdua ketawa mengekek. Wah wah, makin giat diorang mengusik!

Aku? Rasa nak benam kepala dalam bendang tu! Tak tahu nak sorok mana dah muka ni!

Adat lah bakal pengantin ni kena usik.

"Ish! Dah-dah lah tu!" marah aku.

"Aip! Bakal pengantin mana boleh marah-marah. Hilang seri tu nanti!" bantah Fiya.

Aku memutarkan bebola mata.

"Eh okay lah. Aku nak balik dulu. Ada kerja sikit. Esok aku datang. By the way Sha, congratulations!" pamit Zurin.

Aku menghadiahkan senyuman nipis ke arah Zurin.

"Terima kasih. And thank you jugak sebab sudi lukiskan inai dan hias bilik aku."

Zurin ketawa kecil.

"My pleasure. Okay, see you tomorrow!"

Selepas Zurin hilang di sebalik daun pintu, aku bangun dan duduk di birai katil. Fiya juga turut melakukan hal yang sama. Kipas angin aku halakan ke arah tangan dan kaki. Nak bagi cepat kering. Rimas jugak sebenarnya pakai inai ni. Nak bergerak pun payah!

"Cepat betul masa berlalu. Aku tak sangka, tahu-tahu esok dah nak jadi isteri orang dah kau." Fiya tiba-tiba bersuara.

Aku senyum nipis.

"Itu lah. Sampai sekarang aku rasa macam tengah mimpi."

Aku dengar Fiya ketawa kecil.

"Lepas ni, tak ada dah lah nak lepak sama-sama. Gosip sama-sama. Kau dah menempek dekat laki kau. Aku pulak sorang-sorang dekat rumah tu nanti." gumamnya perlahan.

Senyuman aku kembali pudar. Aku mengerling Fiya di sebelah. Fiya hanya menundukkan pandangan.

"Jangan cakap macam tu Fiya, apa pun yang terjadi, kau tetap kawan aku. Dunia akhirat. Takkan ada yang boleh ubah perkara tu. We can still spend time together. Aku takkan lupakan kau Fiya."

Fiya tanpa kata terus merangkul tubuh aku dengan erat. Aku juga turut membalas pelukannya.

"I will miss you Qai. Kau, aku dah anggap macam adik beradik aku sendiri. Aku tak ada sesiapa, aku cuma ada kau dengan Maktok je..." sayu kedengaran suara Fiya.

Hati aku dirundung sebak. Aku faham perasaannya. Malah, kami mempunyai nasib yang sama. Cuma aku masih ada Maktok. Dan Fiya, tiada sesiapa.

"Dah lah, jangan sedih-sedih. Aku sayang kau Fiya. Dan akan sentiasa rindukan kau. Kau je kawan perempuan yang aku ada. Aku takkan lupakan kau. Malah, kita akan selalu spend time together. Walaupun aku dah jadi isteri orang." pujukku. Belakang badan Fiya aku usap.

Aku dapat rasakan baju di bahagian bahu aku basah dek kerana air mata Fiya. Dia mengangguk mendengar kata-kata aku.

"Hmm... Apa kata, malam ni aku tidur dengan kau?" soalku memberi cadangan.

Spontan Fiya melepaskan pelukan. Dia terkebil-kebil memandang aku.

"Kau serius lah?"

Aku mengangguk.

"Nak tak?"

Mata Fiya kembali bersinar. Dia mengangguk laju.

"Mestilah nak! For the last time right? Iya lah, lepas ni kau peluk laki kau je..."

Terbuntang mata aku memandangnya. Tangan aku pantas mendarat di peha Fiya.

"Eeee kau ni tak ada benda lain ke nak fikir?!"

Fiya ketawa besar.

"Betul lah! Takkan lepas kahwin kau nak peluk bantal lagi kot? Dah ada bantal peluk yang paling best dekat depan mata. Mana boleh sia-siakan!" bertambah giat Fiya mengusik.

Wajah aku dah terasa berbahang. Eee ni yang aku tak suka ni!

"Enough Fiya! Jangan sampai aku campak kau dalam bendang dekat luar tu!" ugutku.

Fiya sudah bangun dari katil menjauhi aku. Dia menjelirkan lidah.

"Tak takut pun!"

Dan Fiya terus berlari keluar dari bilik aku.

Cis! Kurang asam jawa punya kawan! Dah usik aku lepas tu, belah! Aku mendengus kecil.

Aku mencapai telefon pintar aku di sebelah. Aplikasi whatsapp dibuka. Status kenalan aku dibuka satu persatu. Sehingga tiba status milik Qash, terpampang jelas gambar dua pasang tangan sedang menyarungkan cincin. Caption dibaca.

"One step closer..."

Spontan tersungging senyuman lebar di bibir aku. Jujur aku cakap, aku rasa berdebar menanti hari esok. Hari aku bakal diijab kabulkan. Ah semakin berdebar jantung aku sekarang ni!


<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

One step closer.... Aaaaaa hjabsvsbsgaahaga!

Don't forget to VOTE & SHARE!

#ToBeContinue

Update : 30 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

236K 6.4K 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehi...
2.6M 150K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...
6.8K 384 37
Dua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vul...