Siapakah dia ? [ In editting...

By Ummi1234567

12.3K 2.2K 133

Status :- In editting [ SLOW UPDATE ] šŸŒ¹ - I am patient how I love you Start :- 15 September End : Cover y... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 6

463 128 3
By Ummi1234567

"Again." pasrah aryana.

Kaki dipaksa melangkah ke ruang tamu dia tahu ada topik yang mereka berdua mahu bahaskan. Kahwin kahwin kahwin.

Wani mengekori langkahnya.

"Duduk." umi mengisyaratkan duduk sebelahnya. Aryana turuti saja bersama wani.

"Kita anggap saja lah yang aryana setuju dengan keputusan ni. Kalau tunggu keputusan kamu bertahun-tahun pun belum tentu kamu setuju jadi biarlah umi yang buat keputusan ni." terang umi lembut.

Keadaan kembali senyap sepi. Aryana menikam tajam bebola mata afiq. Dia takkan terima dan takkan terbayang rumah tangga dibina bersama afiq.

"Terserahlah. Dah penat nak fikir, asyik hati orang saja kena faham hati sendiri? takda pulak yang faham!" nada suara Aryana melantun tinggi.

"Kenapa bercakap macam tu? tak fikir perasaan umi ke? awak ingat sikit awak tu anak dia. Sekurang-kurangnya beradab la sikit." tegur afiq berbunyi serius. Afiq yang kelihatan tegang mencuba menenangkan hati sendiri. 

Aryana tersenyum sinis. Perasaan amarahnya makin membuak-buak selepas melihat perubahan drastik lelaki itu.

"Umi dah banyak lakukan untuk aryana, aryana mahu itu umi berikan. Takkan permintaan umi yang satu ni aryana tak boleh tunaikan? besar sangat ke?" soal umi memandang tepat anak matanya.

Amarahnya semakin berundur, dia menunduk mencerna apa yang baru diperkatakan oleh umi nya. Betul umi banyak lakukan sesuatu untuknya. Sebak didada semakin dirasai, perasaan serba-salah menyelubungi dirinya.

"Aryana setuju." jawab aryana. Air mata gugur satu persatu menitis turun.

"Good girl. Macam tu lah anak umi." puji umi.

Afiq menguntum senyuman manis.

"Kau janganlah nangis macam ni, aku janji everything will be okay kau cuma kena tenang." pujuk wani yang sudah perasan kawannya dibanjiri air mata.

"The date is 22 February kalau umi tak kisah. Mama dengan papa ada urusan penting jadi afiq tolong sampaikan."

Umi terangguk-angguk mendengar.

"Aryana suka tak tarikh tu?" melihat keadaan anaknya dari tadi menunduk menimbulkan rasa kurang senang.

"Umi tahu apa yang terbaik buat aryana." bisik umi ditepi telinganya.

Aryana berdehem banyak kali sebelum memulakan bicaranya. Cuba menyembunyikan sedihnya.

"Aryana setuju dengan tarikh tu. Cantik." dia mengangkat muka dengan senyuman paksa.

Lega rasanya hati seorang ibu.

Cawan teh panas ditolak secara berhati-hati ke arah afiq.

"Jemput minum dulu ya." pelawa umi.

Jam sudah hampir tengah malam. Wani bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Plastik yang berisi bekal makanan diambil. Banyak kali dia tolak pemberian kawannya tapi tetap juga dipaksa ambil katanya makanan kegemaran wani.

"Aku betul-betul minta maaf tak boleh pujuk mak kau. Aku tahu seorang ibu pasti tahu yang terbaik buat anaknya." wani menggenggam erat tangan kawannya.

Melihat air mata jernih membasahi pipi kawannya makin membuak-buak rasa bersalahnya. Dia sudah tidak keruan.

"Jangan macam ni, kau kena ingat everything will be okay." pujuk wani.

Aryana mengangguk.

Selepas beberapa minit sahabatnya pulang ke rumah. Pintu bilik ditutup rapat sebelum dirinya merebahkan badan di atas katil.

"Bila-bila masa keputusan aku boleh berubah. See and wait." kata aryana memandang syiling rumah sebelum melelapkan matanya.

"Apa benda yang bergetar ni? ish kacau lah." bantal diambil tutup telinganya yang sakit menahan getaran itu.

"Ya Allah siapa ni? kau nak apa ayam." gadis itu menyumpah seranah kepada si pemanggil geram tidurnya pagi-pagi diganggu.

"Hah hello siapa ni? awak tahu tak awak dah ganggu masa tidur saya ni. Awak bagi sejuta pun belum tentu boleh bayarlah masa tidur saya ni!" marah aryana tanpa memikirkan tentang siapa si pemanggil. Dia hanya tahu marah dan marah.

"Ni maklong ni aryana. Maaflah ganggu masa tidur aryana, maklong ingat nak ajak kamu pergi cari barang kahwin pagi nanti. Lagipun sekarang dah pukul 8 pagi kamu tidur lagi ya?"

Membulat matanya mendengar suara itu. kata-kata sebentar tadi muncul kembali dalam benak fikirannya. Malunya!

"Saya minta maaf mak long, saya ingat siapa lah tadi hahaha. Lagipun saya dah lama bangun tau." bohong aryana mempertahankan diri.

Gelak ketawa dihujung panggilan.

"Ye lah, bersiap nanti tau. Mujurlah kamu dah bangun terkejut jugak maklong kalau bakal menantu maklong tak bangun lagi."

"Hehe..ya." panggilan diputuskan.

Dia menggigit bibir. Dah kata memang tak sedia lagi nak jadi isteri orang! tengok lah bangun pun lambat.

Dress hitam labuh paras kaki tersarung kemas di tubuhnya. Tudung shawl nude dililitkan ke atas. Siap dengan wajah yang cantik aryana bangkit dari kerusinya.

Badan langsing dipusing-pusing melihat tubuhnya dalam cermin.

'Perfect like ladies.'

Kasut heels yang abangnya beri disarungkan harini. Kini dia nampak seperti seorang bidadari.

Selepas meminta kebenaran untuk keluar bersama keluarga afiq. Aryana terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam kereta Honda civic milik afiq.

Pernafasannya turun naik asbab berlari sebentar tadi. Cermin kereta afiq dilihat lama membetulkan tudungnya sedikit berkedut.

"Aryana okay? tema aryana nak warna apa? nak buat acara besar-besaran tak? everything boleh tau." tanya maklong bertubi-tubi.

Aryana yang sedikit kurang selesa dengan soalan tu hanya tersenyum sekejap. Melihat bakal mertuanya begitu teruja tentang perkahwinannya muncul satu perasaan lain. Dia pernah berfikir hasrat untuk membatalkan perkahwinan.

"Terpulang maklong lah. Aryana ikut je." aryana membalas lembut.

Mak mertuanya tergelak kecil. Menantu yang satu ini nampak lebih bersikap terbuka.

"Jangan panggil maklong dah sayang. Panggil mama ya."

"O..okay mama." Pantas dia menjawab tanpa ragu-ragu.

Butik pengantin Ibu Sdn berhad.

Butik sebesar lima tingkat itu dipandang dari atas sampai ke bawah belum pernah dirinya jumpa butik sebesar itu, yang dia pernah tengok sekurang-kurangnya dua tingkat saja.

Timbul rasa ingin tahu butik ini dibina oleh siapa ya? kenapa buat tinggi-tinggi. Sibuk je nak tahu!

Wanita lingkungan umur 45 tahun itu mula melangkah masuk ke dalam butik itu. Mereka berdua juga membuntuti langkahnya.

"Assalamualaikum puan, selamat pagi saya ucapkan kepada puan dan bakal menantu." mesra seorang perempuan bertudung labuh dihadapan kaunter.

Aryana menguntum senyuman manis.

"Waalaikumussalam alya. Selamat pagi juga. Tolong tunjukkan busana pengantin yang baru masuk minggu lepas. Saya berkenan yang satu tu. Lepastu, tolong sediakan contoh pelamin sekali." arahnya lagak seorang boss.

Alya mengangguk sambil menaip laju butiran-butiran berikut.

Aryana melihat mereka berdua bersilih ganti. Macam bukan pelanggan tapi lebih kepada seorang majikan.

"Next, kita ke laman busana pengantin."

Selepas 10 minit mencuba pelbagai busana pengantin. Aryana sudah keletihan melayan kerenah mak mertuanya. Daripada satu bertukar sepuluh pakaian. Tahu lah kaya, tapi letih lah saya mama nak tukar-tukar.

"Ish..mama tak berkenan la yang ni. Kalau macam tu kita ambik sepuluh nak tak aryana? kita beli semua." terujanya.

Membulat mata aryana sekali menggeleng kepala. Never! tangan mak mertuanya dipegang erat sambil menggeleng.

"Satu pun dah cukup mama. Ala kita pilih je yang mula-mula sekali tu. Lagipun aryana okay je mana-mana." lembut tuturnya.

Afiq yang baru keluar bersama baju lengkap berwarna hitam. Memandang aryana tanpa berkelip. Aryana kelihatan anggun dalam pakaian pengantin itu berseri-seri seperti Puteri. Dia menggeleng kepala, cepat-cepat buang perasaan itu.

"Cantiknya anak mama! you look so handsome." puji ikhlas. Memandang anaknya yang sudah dewasa itu terbit perasaan sedih.

Dah nak jadi suami orang dah. Harapannya anaknya boleh menjaga anak orang sebaik mungkin.

Melihat rupa paras kacak lelaki itu mustahil lah tidak bergetar hati. Cukup lah hati berdebar kencang. Tapi semua tu cukup untuk gadis di luar sana tapi bukan dia.

"Yang hujung kanan tu pun cantik jugak." puji afiq. Hujung kanan yang dia maksudkan ialah aryana.

"Bukan ke awak pernah cakap saya hodoh eh?" tanya aryana berbunyi perli. Bibir hujungnya terjongket naik.

"Tak payah puji saya lah! tak suka tau tak? lagi-lagi kena puji dengan orang yang tak ikhlas macam awak ni." sambungnya lagi berbunyi kurang selesa. Bukannya dia tidak tahu lelaki itu berpura-pura saja.

Afiq menyiku lengan ibunya.

"Tengok la tu mama." mengadu afiq konon-kononnya terasa dengan gadis itu.

'Whatever.' meluat dengan perangai afiq.

"Next, we focus on the couch." anaknya tidak dipedulikan baginya membuang masa saja. Sebagai seorang ibu memang dah cukup masak dengan perangai yang sorang itu.

Terkekeh-kekeh ketawa aryana. Riak wajah afiq mengundang ketawa.

"Terang lagi lampu bersuluh, terang lagi yang kau tengah ketawakan aku sekarang!" geram afiq yang perasan dengan gadis itu asyik ketawa. Ingat kelakar ke?

Makin terhibur gadis itu mendengar sebaris ayat itu.

"Ya Allah lemahnya kaki. Rasa nak berguling-guling sebab awak buat kelakar sangat." kata aryana dalam sisa tawanya.

Tangan mengibas-ngibas muka. Dia berdehem banyak kali mengeluarkan sisa tawa apabila menangkap wajah serius lelaki itu.

"I'm really sorry and thank..you for make me feel happy today." kata aryana yang sengaja menyakitkan hati lelaki itu.

"Terang lagi lampu bersuluh, terang lagi yang awak tengah sakit hati sekarang ni kan.." ajuk aryana.

Dia menuju ke arah mak mertuanya dan mengabaikan lelaki itu yang mencerlung tajam ke arahnya.

"Menyusahkan betul perempuan ni."

Waktu semakin singkat. Mereka singgah ke kedai yang bernama Sweet of drinks. Kebetulan kedai itu saja yang buka pada waktu malam.

Mereka berdua meluru masuk ke dalam cafe tersebut kecuali aryana yang masih berdiri tegak dihadapan cafe itu.

Berbatu-batu liurnya ditelan. Patut lah dari tadi rasa tak sedap hati je rupanya ada batu disebalik udang! eh?

"Banyak-banyak kedai kenapa mesti kedai ni?" rungutnya dengan muka berkerut. Dia bukannya nak jadi demand ke apa tapi cuba lah bawa ke tempat lain.

"Lah kenapa aryana tak masuk lagi tu afiq? kamu pergi tarik dia masuk."

Dia bangkit dan menuju ke arah aryana yang tak jauh mana darinya.

"You waste my time aryana. Kenapa kau tak nak masuk?" tutur afiq sebelum mengerling sekejap jam tangannya.

Pukul 9 malam.

Disebabkan cafe tu terlalu sesak dan bising suara afiq tenggelam. Mulutnya saja bergerak-gerak. Kening kanan aryana ternaik tinggi.

"Apa benda? tak dengar lah." kedua-dua tangan diangkat sebagai isyarat tidak dengar. Afiq mencekak pinggang, mata melihat kiri kanan takut jugak orang lain nampak.

Kedua-dua tangan diletak tepi mulut seperti terowong gitu, alah yang biasa tu.

"Pekak ke apa! masuk lah cepat perempuan." tempik afiq sekuat mungkin.

Mendengar sebaris ayat itu dengan jelas Aryana terangguk-angguk. Serta merta dirinya melangkah masuk tanpa menghiraukan afiq.

"Macam tu je?" afiq kembali masuk ke dalam cafe.

Sampai di tempat duduk, Aryana melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi mak mertuanya dengan sopan.

"Eh senah! tu bukan ke Aryana ke?" tanya seorang pekerja lelaki yang dari tadi memerhatikan aryana dari jauh.

Pekerja perempuan itu melihat ekor mata temannya sebelum turut melihat meja Aryana. Dia mengecilkan matanya. Rasa tak percaya tertanam dalam hatinya, iyalah siapa je yang nakkan aryana tu? bukannya orang berada malahan orang biasa-biasa saja.

Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dia fikirkan tentang gadis itu.

"Eh betul lah, tu bukan ke anak boss butik pengantin tu ke?" ujar salah seorang pekerja perempuan yang baru datang.

"Hm, pembantu dia kot. Siapa je nakkan dekat budak tu? dia mana hot geng entah-entah perempuan simpanan laki tu." ujar perempuan itu. Dia tersenyum sinis. Murahnya perempuan bekas pekerja cafe.

"Eee murahnya. Nasib aku tak berkawan dengan dia senah. Lagipun dia tu dah la buat kerja asyik-asyik cuai." kata salah seorang dari mereka.

Senah yang memegang kain tuala kecik diramas-ramas tidak puas hati.

"Ya dia memang murah. Biar aku pergi ambik order." kata senah sebelum memasukkan pen dan buku ke dalam apron.

"Kau nak makan apa?" tanya afiq berbunyi kasar.

"Apa tanya macam tu dekat bakal isteri. Tak boleh lembut-lembut ke?" marah mama nya sebelum menyepak kaki anaknya itu.

Tapi bagi afiq, dia tidak terkesan dengan sepakan itu lagipun dia dah terbiasa.

Aryana mengetuk-ngetuk meja menghilangkan rasa kurang selesa.

"Aryana nak makan.. makan apa eh?" pura-pura tanya padahal dia tahu.

Tangan afiq meraup lembut wajahnya sebelum tangan kiri mengambil tisu. Mengantuk pulak tunggu perempuan ambik order bukan main lama.

"Pesan je lah apa-apa. Nak lembu seekor pun boleh tunaikan. Takda masalah." perli afiq.

Aryana memutarkan bebola matanya ke atas. Tak habis-habis menganjing.

"Saya nak makan dessert manis-manis je malam ni. So aryana nak order kek red velvet tabur dengan strawberi cinta." tutur aryana lancar.

Afiq mengangguk sebelum melambai-lambai ke arah pelayan perempuan, senah.

"Yes? nak makan apa ya?" pen dikeluarkan dari apron.

"Saya nak makan lamb chop black pepper dan juice orange."

"If you nevermind, biskut red velvet ada tak? yang letak sauce coklat tu." tanya afiq lembut.

Meluat rasanya tengok orang berlakon ni. Aryana memerhatikan mereka berdua, kemain lembut lagi bercakap kalau dengan aku macam singa jadian!

"Ada, jadi ini je ke?"

"Saya nak dessert manis. Kek red velvet tabur dengan strawberi cinta." pesan aryana pula.

Senah menjeling sebelum menulis pesanan tersebut. Aryana tahu kehadirannya tidak disukai oleh mereka semua. Sebab tu lah kenapa dia berdiri lama diluar tadi.

Selepas memesan makanan, pelayan berlalu pergi.

"Korang tunggu je nanti eh, aku nak kenakan si aryana tu hahaha." gelak jahat.

Will be continue...

"Argh!" terkejut aryana dengan tindakan spontan daripada senah.






KEHADIRAN ANDA SANGATLAH SAYA HARGAI ❤️

TERIMA KASIH DAUN KELADI 🦋

TOLONG TEKAN BUTTON VOTE HIOKHIOK EHE💡

KOMEN 🦋

THIS FIRST STORY <3

KALAU ADA KESILAPAN SILA LAH KOMEN ( ◜‿◝ )♡ .

LOVEYOU

SNU 🦋

Continue Reading

You'll Also Like

1M 4.1K 15
LAPAK DEWASA 21++ JANGAN BACA KALAU MASIH BELUM CUKUP UMUR!! Bagian 21++ Di Karyakarsa beserta gambar giftnya. šŸ”žšŸ”ž Alden Maheswara. Seorang siswa...
2.7M 292K 49
Bertunangan karena hutang nyawa. Athena terjerat perjanjian dengan keluarga pesohor sebab kesalahan sang Ibu. Han Jean Atmaja, lelaki minim ekspresi...
1.3M 62K 68
Follow ig author: @wp.gulajawa TikTok author :Gula Jawa . Budidayakan vote dan komen Ziva Atau Aziva Shani Zulfan adalah gadis kecil berusia 16 tah...
521K 37.7K 38
Adhitama Malik Pasya pernah menikah dengan gadis belia. Satu bulan pernikahan, lelaki itu terpaksa bercerai dari istrinya. Tujuh tahun berlalu, ia t...