Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.2K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 30 | Persiapan

782 40 1
By Mademoiselle_Hawa

   SEDAR tak sedar, hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum tiba hari terpenting buat aku. Hari di mana aku disatukan dengan si dia.

   Dan sekarang, aku dan Fiya sedang dalam perjalanan pulang ke Kedah. Ya, majlis akad nikah dilakukan di rumah Maktok.

   Dan majlis persandingan sebelah perempuan juga akan dilakukan di kampung aku. Dan hari persandingan itu dilakukan sehari selepas hari majlis akad nikah.

   Kereta aku menyusuri masuk ke dalam perkarangan rumah Maktok. Masih tiada khemah. Awal lagi kan? Nanti sehari sebelum hari majlis akad, diorang akan datang pasang khemah.

   Aku mengeluarkan beg pakaian aku dan barang-barang lain seperti barang hantaran yang akan digubah nanti. Semua barang dah siap dibeli. Tunggu nak hias je nanti.

   "Haa dah sampai dah budak bertuah ni." tegur Maktok di muka pintu.

      "Assalamualaikum Maktok."

   Aku mendekati Maktok dan tangan tua ikut aku kucup.

  "Waalaikumussalam... Risau Maktok tadi. Sha kata gerak awai, tapi lambat sampai." ujar Maktok.

   "Memang dah gerak awal tadi Maktok. Tapi cucu kesayangan Maktok ni ha, boleh pulak buat hal perut meragam masa dalam perjalanan ke sini tadi. Terpaksa lah berhenti dekat stesen minyak sekejap." kataku seraya menjeling Fiya di sebelah.

   Fiya pula hanya tersengih.

   "Sorry Maktok. Perut Fiya ni asyik buat hal je lately ni."

   Maktok menggelengkan kepalanya.

   "Haih... Macam-macam lah hangpa ni. Dah, mai masuk."

   Kami mula melangkah masuk. Aku dah Fiya duduk berehat di sofa melepaskan lelah. Penat berjalan jauh.

   Maktok pula sudah hilang entah ke mana. Ke dapur barangkali.

   "Qai, baju sanding kau dengan Qash bila nak pergi ambil?" soal Fiya.

   "Esok pagi." jawabku. Aku bersandar di sofa sambil memejamkan mata.

   Ya, baju sanding aku dan Qash disewa di Kedah. Senang, nak ambil pun dekat je.

   "Kesian cucu Maktok ni... Penat berjalan jauh ya? Nah minum, Maktok dah buatkan air." kata Maktok yang muncul dari dapur.

   Terus mata aku tercelik. Aku lihat, Maktok sudah duduk di sebelah aku sambil meletakkan dulang berisi air sirap ais di atas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu.

   "Susahkan Maktok je... Kita orang boleh je pergi ambil sendiri." ujar aku serba salah.

   Maktok menampar lembut peha aku.

   "Tak dak susah aih... Maktok tau, hangpa penat. Dah, minum."

   Aku dan Fiya hanya menurut. Gelas yang berisi air sirap itu diteguk dengan rakus. Memang dahaga sangat sebenarnya!

   "Ni, malam ni kita mula hias dulang barang hantaran nah? Ada jiran-jiran nak mai sat lagi. Depa nak tolong." kata Maktok.

   Aku hanya mengangguk.

   "Dulang ada dalam kereta. Nanti Sha dengan Fiya ambil." beritahu aku.

   "Ha tak apa. Lani, hangpa dua pi masuk bilik. Rehat ka apa yang patut. Sat lagi kita makan sama-sama." arah Maktok.

   Aku dah Fiya mengangguk serentak.













   MALAM itu, rumah Maktok riuh dengan suara jiran-jiran yang mengunjungi rumah Maktok. Semua sibuk menghias dulang hantaran dan membuat doorgift untuk diberikan kepada tetamu yang hadir nanti.

   Aku dan Fiya juga turut membantu. Anak dara kan? Mesti lah kena tunjuk rajin sikit. Nanti kalau duduk goyang kaki, mahu kena piat telinga dengan Maktok!

   Tema dulang yang dipilih ialah warna gold and grey. Warna tu aku yang pilih memandangkan Qash tak kisah tentang itu. Aku memilih warna gold  manakala Qash pula memilih warna grey.

   Dulang berwarna silver itu aku capai. Kain pasang satin berwarna kelabu aku letakkan di atas dulang. Kemudian beg kertas di sebelah aku diambil. Sekotak jam tangan lelaki berjenama DW dikeluarkan. Kemudian kotak itu dibuka, dan diletakkan elok di atas dulang. Bunga berwarna putih pula diselitkan di keliling dulang. Siap!

   Aku ni tak lah pandai sangat menghias. Ni pun, main hentam je. Asalkan nampak cantik dan kemas.

   "Sha, bilik Sha tu bila nak dihias? Barang-barang dah ada ka?" soal Che Som.

   Aku yang dari tadi hanya menundukkan pandangan pantas mendongak memandang Che Som.

   "Barang dah ada. Cuma tak tahu bila nak hias. Sha pun bukan reti menghias sangat." balasku dengan senyuman nipis.

   "Laa... Awat tak habaq awal-awal? Anak Che Som tu boleh tolong. Zurin. Sha macam tak kenai dia pulak... Dia kan suka kalau bab-bab hias ni." ujar Che Som.

   Aku terdiam berfikir. Haah eh? Asal aku tak pernah terfikir pasal tu?

   "Err... Tapi, dia tak sibuk ke?" soalku teragak-agak.

   "Tak aih... Dia boleh ja nak tolong. Nak buat bila? Hangpa hias sama-sama nanti."

   "Esok malam lah... Boleh?"

   Che Som mengangguk.

   "Boleh. Nanti Che Som bagitahu dia."

   Aku mengukir senyuman nipis. Selesai satu masalah!

   "Terima kasih Che Som."

   Che Som mengangguk seraya membalas senyuman aku.

   "Eh, tak nampak pula si Leha. Dia tak mai ka?" soal Mak Jah hairan.

   Aku yang mendengar hanya diam. Aku mengerling Fiya di sebelah, dia juga turut memandang aku.

   Bercakap tentang Mak Ngah. Sejak Qash datang melamar aku beberapa bulan lepas, Mak Ngah jarang datang ke rumah Maktok. Entah kenapa. Mungkin kecewa sebab bukan anak dia yang Qash pilih?

   "Tak tau lah Jah. Dia sibuk kot. Esok, lusa dia mai lah tu." jawab Maktok bersahaja.

   Mak Jah aku lihat terangguk-angguk kepalanya.

   "Ha Sha, Qash mai hari apa?" soal Maktok.

   Tangan aku yang sibuk membuat doorgift itu terhenti. Aku memandang ke arah Maktok.

   "Hari Rabu kalau tak silap. Sehari sebelum majlis akad nikah."

   "Dia duduk dekat mana kalau mai sini? Hotel?" soal Mak Jah.

   "Dak aih... Dia duduk rumah mak saudara dia. Mak saudara dia tu duduk dekat kampung ni jugak..." terang Maktok.

   Aku hanya mengangguk mengiakan kata-kata Maktok.

   "Ooo... Senang lah kalau lagu tu... Tak payah nak duduk dekat hotel bagai." sahut Mak Jah.

   "Bakal suami hang tu kerja apa Sha?" tiba-tiba salah seorang jiran Maktok menyoal.

   Hmm... Dah mula dah sesi soal siasat...

   "Err... Dia ada restoran sendiri." jawabku teragak-agak.

   "Uihh... Baguslah kalau macam tu. Senang lah hang nanti Sha oi..."

   Aku hanya mampu senyum janggal. Nak jawab apa lagi? Aku dah cakap kan, aku tak pandai nak berborak dengan orang.

   "Hah! Cucu Yah sorang lagi ni, bila nak kahwin?" sergah salah seorang kawan Maktok.

   Siapa lagi cucu Nek Yah yang ada dekat situ? Dah sah-sah lah si Fiya ni!

   Fiya yang mendengar terus terkelu lidah. Bibirnya terukir senyuman kekok. Dia mengerling aku dan memberi isyarat meminta bantuan.

   Aku? Buat-buat tak nampak!

   Fiya dah menunjukkan tanda-tanda nak bertukar jadi hulk. Aku masih buat tak tahu.

   "Awat diam? Boipren tak masuk meminang lagi ka?" makcik itu terus menyoal.

   Wah... Semangat betul ya mulut makcik ni? Tak berhenti nak fire si Fiya ni. Aku pulak tiba-tiba rasa kesian.

   "Eh! Err... Tak lah. Belum jumpa yang sesuai lagi. Jodoh saya tengah sesat kot." seloroh Fiya.

   Semua di situ ketawa mendengar lawak jenaka Fiya. Aku je yang masih kekal cool.

   "Haish! Jangan biar jodoh tu mai sendiri, takut lambat nanti, sampai ke tua lah hang membujang Fiya oi..." ujarnya lagi.

   Terangkat kening aku memandang makcik yang ligat berkata-kata itu.

   Amboi, amboi... Makcik, nak ambil kerja part time cari jodoh untuk orang pulak ke?

   Fiya menggaru kepala. Aku tahu dia serabut. Kadang-kadang, dengan makcik-makcik ni bukan boleh dibiar sangat! Nanti mula lah sibuk-sibuk nak jodohkan kita dengan sesiapa.

   "Kalau hang tak dak calon lagi Fiya, makcik boleh tolong cari... Alah, ramai ja anak teruna dalam kampung ni yang elok-elok..." katanya lagi.

   See? Aku dah cakap dah tadi. Dah mula lah nak jadi Mak Leha yang dalam drama tu.

   "Haa dah! Fiya, Sha. Angkat dulang hantaran ni, pi susun dalam bilik Sha. Dah siap dah ni." arah Maktok yang entah datang dari mana.

   Aku dengan Fiya pula rasa macam nak lompat-lompat gembira. Ah Maktok! Maktok lah penyelamat kami!

   "Yang hang ni pulak Senah, soal budak-budak ni macam polis pencen kenapa?" soal Maktok kepada makcik yang banyak soal tadi.

   Bukan dia tak dengar, dari tadi lagi si Senah ni asyik menyoal cucunya dengan pelbagai soalan. Kalah polis!

   Aku dan Fiya bergegas bangun dan mengangkat dulang-dulang yang sudah dihias cantik ke dalam bilik aku. Kesemuanya ada lima dulang. Iyalah, biasanya kalau nak balas-balas dulang ni, pihak lelaki punya memang akan sikit dari pengantin perempuan.

   Aku meminta bantuan kawan-kawan Mael yang seronok bermain di luar rumah untuk mengangkat dulang hantaran. Sengaja nak kacau diorang main.

   "Hah, angkat elok-elok. Penat Kak Fiya hias tu!" arah Fiya sengaja dibuat-buat garang.

   Tapi, si Mael botak tu langsung tak ada rasa takut. Lagi seronok dia tayang muka selamba dia pada Fiya.

   "Macam lah orang takut dengan dia!" jawabnya selamba. Dia berjalan masuk ke dalam bilik aku.

   Terbuntang mata Fiya memandang Mael. Rasanya Fiya dah nak bertukar jadi hijau ni!

   "Eh eh! Menjawab pulak budak botak ni. Aku siat kepala tu baru tahu!" ujar Fiya geram.

   Mael aku lihat menjelirkan lidahnya sebelum dia berlari keluar dari bilik aku bersama rakannya. Hm, langsung tak takut dengan orang dewasa!

   Aku menggeleng kepala perlahan. Ada-ada sahaja budak-budak ni!

   "Eee geramnya aku dengan budak tu! Rasa nak cekik-cekik je!" bebel Fiya.

   Aku ketawa mendengar Fiya mula membebel. Kemudian aku duduk di birai katil.

   "Yang kau pergi cari pasal dengan dia tu kenapa?"

   "Mana ada aku cari pasal! Aku cuma tak nak dia rosakkan hantaran tu. Penat-penat kita hias." sangkal Fiya.

   "Cari pasal lah tu namanya..." balasku selamba. Aku menghempaskan tubuh aku di katil. Ah, leganya...

   Fiya juga turut berbaring di sebelah aku sambil merenung zink atap bilik.

   "Qai."

   "Hmm..." sahut aku dengan mata terpejam rapat.

   "Jiran-jiran Maktok ni boleh tahan eh bab-bab 'mengupas' ni? Rasa macam kena soal dengan polis je rasa. Fuh!" rungut Fiya.

   Aku yang masih memejamkan mata itu tersenyum senget.

   "Hmm, itu lah jiran Maktok. Aku ni dah naik jemu dahbkena soal macam-macam. Tapi nasib baik Maktok ada tadi."

   "Iya doh Qai! Nasib baik Maktok selamatkan aku tadi. Kalau tak, entah banyak mana lagi soalan yang keluar dari mulut makcik tu!" rungut Fiya.

   Aku tidak membalas kata-kata Fiya, malah aku lebih selesa memejamkan mata. Penat lah jugak seharian ni. Itu belum lagi esok dan lusa. Lusa tu hari yang paling sibuk sekali bagi aku.

   "Zam dengan Adam datang bila eh?" gumam Fiya sendirian.

   "Zam cakap esok diorang bertolak." jawabku.

   Fiya jeda.

   "Hmm, makin riuh lah rumah ni bila dua ketul tu ada."

   Aku mengangguk mengiakan. Betul, dua orang tu kalau dah bergabung dengan si Fiya ni, mahu terbalik rumah.

   "Bilik tetamu tu kau dah kemas ke?" soalku tanpa memandang Fiya di sebelah.

   "Dah! Tadi lepas asar aku kemas. Senang, tak ada lah kelam kabut esok."  balasnya.

   Jeda.

   "Esok nak ikut aku ke? Pergi ambil baju sanding dekat pekan?" soalku.

   Fiya bangun dari baringan. Dia duduk bersila di sebelah aku yang masih berbaring.

   "Esok, kau jemput Zam dengan Adam sekali dekat pekan ke?"

   Aku angguk.

   "Oh. Kalau macam tu, aku ikut lah! Risau aku nanti ada makcik bawang datang rumah ni, dah tak pasal-pasal aku kena soal siasat lagi..." ujar Fiya.

   Aku tersenyum senget. Tahu tak sanggup!

   Tiba-tiba pintu bilik aku dikuak dari luar bilik. Terjengul wajah Maktok di muka pintu.

   "Astaghfirullahalazim... Bertuah punya budak! Maktok suruh simpan dulang hantaran, bukan suruh baring goyang kaki! Eee ya Allah budak-budak ni... Dah! Pi keluaq, tolong buat kerja dekat depan tu. Sekarang!" Maktok sudah mengeluarkan arahan.

   Haa... Kalau kau dah dengar suara petir Hajah Waffiyah tu, jangan tunggu lama. Automatik aku bangun dari baringan. Mata aku dicelik luas.

   "Ala Maktok... Fiya nak tid... eh! Nak rehat sekejap je!" pujuk Fiya dengan muka seposen.

   Maktok sudah bercekak pinggang di muka pintu. Oh oh... Aku dah nampak bayang-bayang Maktok akan bertukar jadi hulk.

   Gulp!

   "Nak kena piat telinga baru nak bangun ka macam mana?" soal Maktok dengan nada sudah naik seoktaf.

   Tak tunggu lama, aku awal-awal dah cabut lari keluar. Manakala Fiya masih terpinga-pinga di katil.

   "Qai! Tunggu aku!"

   Ah! Kisah pulak aku. Asalkan aku dapat selamatkan diri dulu! Tangan Maktok ni boleh tahan berbisa jugak! Boleh merah telinga aku nanti!


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aaaa okay done satu bab! Jangan lupa VOTE & SHARE!

#ToBeContinue

Update : 29 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 63.5K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
2.5K 97 10
//Jiminjeong Fanfic// One-Shot Collection. Short Stories/Scenes.
4K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...
5.6K 182 23
Karya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perka...