MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fa...

By adwiieda

51.2K 3.5K 900

Setelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberika... More

Cuti
Cyberraya, Here We Come!
lolllllll
Jalan
Jatuh
MATA
MISI
UJIAN
Hukum
Akademi
Ayam
ORIENTASI
ORIENTASI 2
Kisah Ali
Sut Kokotaim
Neuro
Kombat
Inviso
Balik
Intip
Nak Marah Tapi Kena Sabarrr
Tekno
Balas (BEL)
Balas (BEL) 2
Balas (BEL) 3
Upgrade
Special One-Shot RAYA
Kena
UPGRADE II
Security
Lawan
Tragedi
MUSUH BARU?

Latihan

1.6K 122 22
By adwiieda

Seperti yang telah dijanjikan semalam,  kini kelima lima geng Kokotaim kita sudah terpacak di dalam briefing room bersama sama ejen ejen muda yang lain.

Mereka diarahkan untuk berkumpul untuk taklimat kelas pada hari ini. 

Sebenarnya mereka masuk masuk je,  semua orng sudah berkumpul dan taklimat kelas sudah pun bermula.  Mereka agak terlambat sebab sesat.  Semalam,  mentor sudah memberikan lokasi laluan rahsia yang baru untuk ke akademi. Jadi tak adalah mereka susah susah nak guna lalauan dekat Mamak Maju tu.

Tapi satu masalah pula,  bila mereka tersesat time berjalan dan keliru tak tahu jalan mana satu.   Yelah,  diorang bukannya familiar sangat dengan tempat ni.  Baru empat hari diorang dekat Cyberaya. Buat malu je budak baru datang lambat! Fuhh.. Nasib baik tak kena marah!

"Wuarghh~"

Lobak Oren menguap perlahan dengan tangan menutup mulutnya yang ternganga luas. Gopal yang berdiri sebelah dia terus menyenggol lengannya.

"Dey, kau kenapa nampak ngantuk je? Kita ada kelas ni tau" bisik Gopal padanya.  Boboiboy membalas dengan segaris sengihan dengan mata berair sedikit.

"Aku ok jelah.  Cuma si Solar tu lah berjaga malam tadi sampai pukul 4 pagi buat reaserch!  Itu yang tenaga aku macam terhakis sikit ni" terangnya pada Gopal dibalas dengan anggukan sahaja.

Bukan dia tidak tahu kalau Si Mentol lampu tu keluar mesti takkan tidur punya waktu malam.  Dia habiskan masa sepanjang hari buat eksperimen apekebenda alah dia tulah.  Nasib baiklah 4 lagi Boboiboy tidak berperangai sebegitu,  kalau tak memang tak ada tenaga langsunglah anak Amato ni hari ni!

Kesimpulannya,  semua salah Solar!

Perbualan mereka terhenti apabila Ejen Leon berdehem kuat.  Bila diorang angkat muka, kelihatan semua manusia dekat dalam bilik tu tengah pandang diorang berdua yang berbisik bisik macam makcik bawang dari tadi.

"Erk.. Hehe maaf Ejen Leon" ujar Boboiboy dan Gopal serentak dengan sengihan bersalah

Ejen Leon hanya menggeleng perlahan.  Dia menyambung semula ucapannya tadi.

"Seperti yang saya katakan tadi, disebabkan ada pertambahan pelajar baharu,  kita tak boleh buat misi berkumpulan seperti kebiasaan.  Teras tekno dan inviso yang ada tidak mencukupi.  Jadi kita menggunakan sistem bergilir. " terangnya panjang lebar dengan nada yang tegas. 

Pernyataan Ejen Leon mengundang desas desus bingit ejen-ejen muda yang lain.

"Macam mana maksud Ejen Leon dengan sistem bergilir? " tanya Alicia yang berdiri di sebelah Ali.

"Begini... "

Sistem hologram di tengah tengah bilik itu berubah. Memaparkan sistem bergilir yang disebutkan tadi.

"...disebabkan ejen tekno hanya ada tiga pelajar sahaja,  jadi pelajar akan dibahagian kepada tiga pasukan. Bagi teras Kombat, Neuro dan Inviso,  kamu semua akan bergilir setiap kali misi berpasukan dijalankan.  " jelas Ejen Leon.

"Sekejap... Misi berpasukan ni macam mana? " Yaya mencelah tiba tiba.

"Misi berpasukan ialah misi dimana kamu akan bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan beberapa intel yang telah disembunyikan di beberapa kawasan atas pulau ini. "

"Ohh.. Jadi pembahagian kumpulan ni macam mana?  Ikut teras ke? " tanya Gopal pula.

"Tsk!  Kan tadi Ejen Leon dah cakap teras lain lain. Tak peka betul!  Macam ni ke nak jadi Ejen Neuro?? " sindir Jet dengan nada sinisnya.  Ejen ejen muda lain hanya tergelak kecil memberi pandangan mengejek kepada Gopal. Ceh,  budak baru!

"Oh,  yeke?  Hehehehhe. Sorry tak perasan" haa si Gopal ni pun satu bodo bodo jugak.

'Bila masa siakk Ejen Leon cakap kumpulan teras lain lain?  Setahu aku, Ejen Leon cerita pasal Teras tekno ada tiga orang je.. ' getus hati Fang geram. Entah kenapa dia dapat rasakan aura tak baik dengan ejen-ejen muda yang lain ni.

"Tidak,  Gopal.  Setiap pasukan yang lengkap,  terdiri daripada campuran setiap teras.  Neuro, Kombat, Inviso dan Tekno.  Kamu semua akan berkerjasama dalam kumpulan untuk selesaikan misi yang diberikan"  terang Ejen Geetha pula.

"Eeeehhhhhh..... Nanti dulu. Kalau setiap misi ada 3 kumpulan,  maknanya kami yang Tekno ni kena buat misi tu berkali kali kee?? " tanya Khai dengan muka tak percaya mendapat 'Gasp' daripada Ali dan Bulat.

"Hahh? ?? Kena buat misi banyak kali??  Tidakkk.. Hakkhakkk.. Hakk.. "

"Nani?!!Kuruslah saya nanti!! " rungut Bulat pula.

Tiga ejen tekno tu dah jatuh tersendu mengenangkan nasib diri mereka. Memanglah mereka pakar teknologi,  tapi kebanyakan Ejen Tekno ni agak lack in skill berlawan dan aktiviti yang  memerlukan tenaga.  Sebab tulah mereka mencipta gajet yang boleh membantu dalam misi. Diorang bukan jenis jenis badan tough,  stamina setinggi Gunung Everest macam teras Kombat tu!

Yang Ejen Fit tu lain macam lahh.. Nama pun Fit!

Ejen Geetha hanya tersenyum melihat gelagat anak didiknya itu. 

"Kamu semua jangan risau.  Kami akan cuba dapatkan bantuan ejen-ejen MATA yang lain.  Jadi kamu bertiga tak adalah penat sangat " ujar Ejen Geetha lagi tapi tidak dapat meredakan kegusaran di hati ketiga tiga Ejen Tekno mereka.

"Berbalik kepada kelas hari ni. Disebabkan kekurangan ejen,  kita tak boleh buat latihan berkumpulan.  Jadi,   Kamu semua akan berpecah mengikut teras dan dilatih oleh mentor masing masing.  Faham semua? "

"Faham,  Ejen Leon! " jawab mereka hampir serentak.

" Pelajar baru boleh ikut rakan-rakan sekelas kamu ke kelas masing-masing. "

"Baik Ejen Leon! "

"Bersurai semua" .

Nampaknya masing-masing dah keluar dari briefing room dan mula bergerak ke kelas masing-masing.  Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Gopal juga ingin beredar .

"Ermm.. Awak Yaya kan? " tiba tiba Iman menegur mereka. Yaya menoleh.

"Nak pergi kelas sama-sama? " tanyanya lagi.  Yaya tersenyum gembira.

"Wahh,  boleh jugak! "

Dan di sinilah bermulanya kisah pertemuan dua bidadari syurga . Aceeeewahh~

"Fang!  Fang! "

Satu suara memanggil menyebabkan tuan punya nama menoleh.  Kelihatan Moon yang tengah melambai, Zass dan Rudy tak jauh dari mereka.

"Jomlah pergi kelas sama-sama! " ujarnya ceria. Fang baru nak membalas namun tiba tiba dihalang Ochobot.

"Tak apalah.  Korang pergilah dulu.  Kitorang datang kejap lagi " kata suara estetik Ochobot kepada mereka semua.  Boboiboy,  Yaya,  Fang,  Ying  dan Gopal dah memandang pelik robot bulat tu.  Dah kenapa??

"Ouhh,  kalau macam tu okey!  Kitorang pergi dulu.  Jangan lambat sangat tau! " pesan Moon sebelum mereka semua bergerak ke kelas.

" Korang jom ikut aku" arah Ochobot perlahan sambil menarik tangan Boboiboy supaya mengikutnya.  Mereka hanya berpandangan sesama sendiri tapi tak membantah kata kata Ochobot.

Dari kejauhan,  Alicia hanya memandang mereka yang semakin hilang dengan perasaan yang  curiga.

Di belakang akademi..  

"Kau dah kenapa ni Ochobot?  Kenapa tak kasi kitorang ikut diorang?? "  Gopal orang pertama yang bertanya. 

"Haah.  Apa salahnya diorang ajak kita?? " Boboiboy turut menyampuk.

Ochobot hanya mengangkat satu jarinya ke mulut ( japp.. Dia ada mulut ke?? )  mengisyaratkan supaya perlahankan suara.

"Sebenarnya.. Dalam briefing room tu tadi,  sistem aku dapat kesan satu permintaan transisi" kata Ochobot membuka cerita. Geng Kokotaim terkejut.

"Transisi??  Dari siapa? " laju Ying bertanya.  Anak siapa pulak yang main tinggal pesan tak ada nama ni?  Peminat rahsia kee??

Ochobot hanya menggeleng kepala tak tahu.

"Aku pun tak tahu.  Sistem aku tak dapat jejak siapa pengirimnya. Tapi... Nampak gaya transisi ni... "

"...bukan dari bumi"

Kegusaran kembali merentap ketenangan jiwa kelima lima penjaga power sphera itu.  Bukan dari bumi, maknanya  dari luar angkasa.

"Alahh.. Dari TAPOPS lah tu! " celah Gopal selamba. Ochobot hanya menggeleng lagi.

" Dan bukan dari TAPOPS"

"Erkk! " . Haaa.. Sudah!  Alien mana pulak yang kirim salam ni?  Dahlah diorang susah nak dapat cuti . Dah dapat cuti,  terjebak pulak dengan dunia ejen-ejen ni. Ni dah kene masuk akademi,  ada alien sesat pulak yang datang nak carik gaduh.  Haihh....penat ah gini!

"Transisi apa tu, Ochobot? " tanya Yaya pula.

" Tadi aku dapat permintaan untuk panggilan.  Tapi sebab dalam briefing room tu jadi aku pun tolaklah.  Dan ni.. Ada lagi. So,  korang nak terima ke tak?? " tanya Ochobot balik membuatkan geng Kokotaim berpandangan sesama sendiri.

"Macam mana ni,  Boboiboy??  Kalau transisi tu daripada alien jahat macam mana??! Wuhuhuhuhuu~Aku tak readha mati mudaa~" Gopal sudah mulakan drama tamil sambil goncang goncang Boboiboy macam milkshake.

"C.. Cu.. Kupp. Laah... Gg.oo...paall.... " kesian  anak tomato dianiaya.

"Urgh... Tak apa Ochobot.  Kau terima je transisi tu" putus Boboiboy sebaik sahaja dilepaskan Gopal membuatkan keemempat-empat kawannya agak terkejut.

"Hah?!  Kau serius ke Boboiboy??  Kalau betul tu daripada musuh yang nakkan power sphera macam mana?! " tingkah Fang tak setuju. Cadangan dia agak berisiko.

"Tapi Boboiboy ada betul jugak. Kita tak tahu siapa pengirim transisi tu. Kalau lah itu musuh,  diorang mungkin akan terus serang tempat ni! " sokong Ying pula.

Mereka senyap seketika befikir masak masak sebelum bertindak.  Risiko ialah 50-50.

"Ish!  Tak apa!  Kita terima transisi tu. Kalau itu musuh,  kita boleh bersedia dan cuba lengahkan masa sikit.  Pertahankan tempat ni dan semua orang.  Tapi kalau bukan,  alhamdulillah lahh~" terang Boboiboy panjang lebar.  Be the brave he is.  Our hero~

Dan nampaknya, kawan kawannya yang lain setuju.  Mereka memandang Ochobot serentak.

"Ok Ochobot!  Terima permintaan tu" arah Boboiboy dengan yakin.  Gopal melangkah ke hadapan memegang bahu sahabatnya itu.

" Takpe Boboiboy!  Aku ada dengan kau.  Jom kita belasah semua alien alien durjana tu"

Yaya, Ying dan Fang dah pandang dia pelik.  Demam ke apa anak Kumaran ni tiba tiba berani semacam.

"Terima kasih sahabatku.  Ochobot.. "

Ochobot mengangguk faham.

"Hmmpt!  Transisi diterima,  hiargh! "

Ochobot memancarkan satu hologram di hadapan mereka yang menunjukkan panggilan sedang bersambung.

Boboiboy dan Gopal melangkah mendekatkan muka dengan hologram tersebut dengan muka bersedia.

..........transition conecting =15% ......

"Kita takkan biarkan tempat ni diserang.  Percaya pada diri sendiri"

..........transition conecting =37% ......

Yaya dan Ying memasang muka tegas.

..........transition conecting =62% ......

Boboiboy dan Gopal semakin mendekat dengan skrin hologram. Fang mengetatkan sarung tangannya.

..........transition conecting =98% ......

"Bersedia semua! " arah Boboiboy.

..........transition conecting =100% ......

..........transition coneccted = COMPLETE ......

Clik!

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

"KAAADEEEETTTT!!!!!!! "

"OhMaKKaU! PoCoT!! Wuarghhh!!!! "

Buk!  Sangkin terkejutnya Boboiboy dan Gopal sampai terjatuh kebelakang akibat dijerkah secara tiba tiba. Tulah,  sapa suruh duduk depan sangat!

"Ehh, lak-Laksamana Tarung?!! "

Terus tabik TAPOPS semorang.

Terkejut mereka semua melihat wajah laksamana tercongok di hadapan mereka.  Dan lebih menyeramkan bila laksamana sekarang berada dalam mode kerja dia.  Macam mana boleh tahu?  Dah muka tangan kaki satu badan warna merah kau nak cakap apaa??

"DASAR KADETT DERHAKAA!!  BERANI KAMU SEMUA GUNAKAN KUASA EMOTIBOT KE ATAS SAYA??!!!!! " jerkah Laksamana Tarung lagi.  Dah macam nak terkeluar dah dia dari skrin hologram tu.

Geng Kokotiam dah tersenyum kelat.  Alamak, kantoi!

"M-Maaf laksamana.  Ni semua idea Gopal! " kata Fang laju.  Tubuh besar Gopal ditarik ke hadapan skrin. Menggelabah anak Kumaran tu.

"W-Woi!!  Apa aku pulak??! "

"KERJA KAMU GOPALL??!!! "

Gopal menikus takut. 

"Erk!  Ma.. Maafkan saya laksamana!! "

Dalam sesi marah marah Gopal, sian budak ni jadi mangsa keadaan... suara Ying menyampuk.

"D-dari mana laksamana  hubungi kami ni? Ochobot kata signal ni bukan dari TAPOPS? " tanya Ying padanya hairan.

Laksamana menjegil marah.

"Apa kamu semua ingat ,kamu sekat talian komunikasi dengan TAPOPS,  kami tak boleh nak hubungi kamu semua lagi??! "bidas Laksamana dengan garangnya. Makk,  tacoddd..

Semua dah buat muka pelik.  Aik?  Sejak bila diorang block communication dengan TAPOPS pulak ni?  Setahu diorang,  guna kuasa power sphera tanpa izin tu adalah.

Tiba-tiba satu syak wasangka terlintas dalam kepala setiap seorang dari mereka.  Masing masing berpaling merenung seorang Gopal dekat tepi yang dah buat mulut muncung dengan  👉👈.

Sah 100% pesalah!

"Kau putuskan signal kita daripada TAPOPS???! " Fang dah menyinga.  Suka suki je budak ni.  Kalau TAPOPS ada kecemasan macam kena serang monyet angkasa a. k. a Retak'ka dulu macam mana?!

Gopal dengan muka tak berapa nak bersalahnya menjawab.

"Eh, ehehehhehe... Errr.. Akuuu... Cuma nak bercuti tanpa gangguan je.  Hehehe~"

Semua orang mengeluh perlahan. 

"Laksamana tadi kata sistem komunikasi dah disekat.  Yang ini dari  mana pulak,  laksamana? " tanya Yaya.

Laksamana Tarung merengus geram.
"Kami gunakan  sistem pangkalan pasukan Tempur-A untuk menghubungi Ochobot. Memandangkan, kami pun TAK dapat hubungi  JAM KUASA kamu semua... " satu jelingan penuh racun diberikan lagi pada Gopal yang dah menyorok belakang Boboiboy.

Boboiboy memberi pandangan slack aja.

"Hmm.. Bertuah.. "

Suasana agak awkward selama beberapa saat antara mereka,  sebelum suara Ochobot bertanya memecahkan atmosfrera janggal tersebut.

"Laksamana..  Apa tujuan laksamana hubungi kami ni?? " tanyanya menggamit perhatian semua orang.  Haahlah.  Kenapa TAPOPS nak call diorang lagi time cuti.

"Jap.. Jangan cakap Laksamana nak tarik balik cuti kami?? Laksamanaaaaaaa~~~~~"
Gopal merengek dalam kegerunan.

Muka semorang dah pucat.  Haa sudah!
Makin pucat muka diorang bila ternampak Laksamana mengukir senyuman penuh kesinisan beliau. 

Kalau Laksama Tarung tersenyum sinis macam tu masa tengah mode Cili Api,  ada dua je maksudnya.

Kalau tak  kene campak keluar stesen TAPOPS, mesti  latihan maut.

Kalau tak ganja , mesti gam ni.

Eh tibe... Ok sambung...

" Heh, pandai buat,  mestilah pandai tanggung kan? ~" sinis sahaja butir bicara  alien harimau tu membuatkan kelima lima mereka tertunduk bersalah.

Dah dapat agak dah ending dia macam mana..

"Maafkan kami Laksamana.  Baiklah.  Kami terima segala hukuman daripada Laksamana" Boboiboy selaku ketua,  melangkah memohon maaf bagi pihak kawannya yang lain.  Dah memang salah diorang,  apa boleh buat kan? Pasrah jelah nak..

"Betul?  Apa je bentuk hukuman?? " provok Laksamana Tarung lagi dengan kening dijongketkan.

"Erk... Kecuali segala bentuk kekerasan janganlah Laksamana.. Kitorang kecik lagi. Ehehehheh... " terkulat Boboiboy minta simpati.  Kau jangan main main ni Laksamana Tarung tau!  Sekali dia hukum,  bertapalah kau dekat Planet Daghaya tu sepurnama tanpa apa apa bekalan. Dahlah situ banyak hantu! 

"Bagus! Jadi,  kami para petinggi TAPOPS dah berbincang,  cuti kamu semua kali ni... "

Yaya dan Ying tarik muka sedih. Boboiboy dan Gopal dah pasang muka-pasrah-lah nak-haa-yelah. Fang pulak?  Dia tak kesah sangat pun,  dekat bumi bukan ada siapa siapa dengan dia.

"..cuti kamu semua akannn.... "

Mereka menunggu dengan sabar.

"..cuti akannn... "

Eh, lamak main saspen sapen pulak alien ni!

".....dilanjutkan 3 bulan lagi."

..

..

..

...

....

.....

Eh?

..

"Ehhhhhhhhhhhhhh??????????!!!!!!!! "

Ambik kau semua terkejut.

"Dilanjutkan maksudnya... Cuti kami tak akan ditarik balik??? "  soal Boboiboy penuh kejutan.

"Kenapa bagi kami cuti lagi? " tanya Gopal pulak.

Laksamana tertringgger tetiba dengar soalan Gopal.

" TERIMA ATAU TOLAK!  SUKA HATI KAMU!  KALAU RASA NAK CUTI KENA TARIK HUBUNGI SAYA BILA BILA MASA!  SAYA BERBESAR HATI NAK GANTUNG CUTI KAMU SAMPAI ABAD DEPAN!  HMMMPPP!! "

Dan dengan jerkahan penuh amarah itu tadi,  Laksamana Tarung memutuskan panggilan hologram itu.  Semua orang dah terkebil kebil dekat tempat masing masing masih memproses kejadian sebentar tadi.

"Err... Maksudnya.. Kita takyah balik TAPOPS lah kan?? " Gopal akhirnya bersuara setwlah beberapa saat mereka senyap kerana otak sedang giat menjalankan proses lompatan neuron neuron pada desikel.

"Yelah kot? "

Boboiboy menyahut walaupun masih agak keliru.  Ah, tak kesahlah!  Yang penting dapat cuti! 

Tiba-tiba,  bunyi pembesar suara bergema menguasai segenap pelosok akademi menyentakkan lima sekawan itu.

"Perhatian kepada semua pelajar.  Sila bergerak ke lokasi kelas masing masing kerana latihan akan dimulakan sebentar lagi.  Sekian, harap maklum dan sila ambil tindakkan. Ping~Pong~."

Uishhh..dah macam pengunguman kat asrama!

"Kita bincang semula hal ni balik nanti.  Jom masuk kelas korang dulu.  Nanti apa pulak mentor kata"  ujar Ochobot memberikan kata putus yang dipersetujui semua. Mereka mula berpecah dan bergerak ke kelas masing masing.  Yelah,  diorang pun tak nak lama lama kang nanti kantoi ada yang jadi pekasam diorang dekat Cyberaya tak dapat balik Pulau Rintis!

Namun tanpa mereka sedari, satu  bayangan tubuh seseorang gadis hanya senyap tak berkutik walaupun sedikit di sebalik dinding platinium bangunan gah itu. Sedari tadi hanya memincing percakapan kelima lima manusia dan robot itu tanpa memahami apa yang dibicarakan.

Gadis itu memerhatikan kawasan perbincangan Boboiboy dan yang lain yang sudah tiada manusia lagi di situ dengan pandangan yang penuh makna terselirat.

"Apa mereka bincangkan sebenarnya? " bisik benaknya sendiri.

Oleh kerana, dia hanya sempat memincing perbualan mereka ketika masing masing tengah buat muka blurr sambil hadap robot kuning tu.

Beberapa saat memrhati,  akhirnya gadis itu pun membuka langkah segera beredar dari situ menuju ke kelasnya sendiri. Hanya satu persoalan yang merangsang rasa curiga dan sifat ingin tahunya.

"TAPOPS tu... apa? "



















Bersambung...

Haha!  I will just leave this here and dissapier!  Sorry guys really!  I sumpah busy gilerrrrrrrrr gilerrrrrrrr bulan ni!  For fact,  I dah siap for some chap aww tapi I tak boleh nak pulish coz tak siap sepenuhnya!
٩(●˙—˙●)۶

So thank you soooo muchh for yang masih stay  tune  dengan buku ni.  ヾ(〃^∇^)ノSiyes!  I baca semua komen yualls and I reaally love you guys!  Thanks for your support and please stay tune for the next update. ฅ'ω'ฅ

Voteee and Comments!










Continue Reading

You'll Also Like

18.3K 379 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina Pertemuan yang tk...
7K 612 46
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
403K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
120K 3.6K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...