[OG]Drowning Love | Mafia • D...

By fierose_

3.8K 394 19

[SLOW UPDATE] Cinta. Cinta itu datang tanpa di sangka. Cinta itu juga duduk di hati dan menghadirkan sesuatu... More

Prolog 👠
BAB 1|CINDERELLA
BAB 2|EYES TO HEART
BAB 3|HEARTBEAT
BAB 5|PLAY GAME
BAB 6|SOMEBODY TO LOVE
BAB 7|DIRGAHAYU
BAB 8|ROSE
BAB 9|SILENCE
BAB 10|PRETTY LIES
BAB 11|NIKAH
BAB 12|WIND OF LOVE
BAB 13|BROKEN HEART
BAB 14|PROMISE
BAB 15|SECRET
BAB 16|SAVE HER
BAB 17|MIDNIGHT
important

BAB 4|DARK WORLD

237 28 2
By fierose_

You are in my heart, I can feel the warmth of this love

🔱🔱🔱

Pada hari keesokannya...

Jam sudah menunjukkan tepat 12:00 tengah hari.

Adrian melangkah laju ke arah bilik Arya. Di ketuk kuat pula pada pintu bilik Arya itu.

"Boss tak nak turun bawah ke? " soal Adrian dari luar itu. Arya yang mendengarkan suara Adrian itu berhenti melakukan kerjanya. Beberapa keping gambar di selitkan bawah buku atas mejanya. Arya bangun dari duduk dan segera membuka pintu.

"Nak apa? " soal Arya setelah pintu di buka.

"Turun makan lah, Makcik Ejah dah masak lauk banyak dah tau. Rugi tak turun makan. Sedap pulak tu" balas Adrian.

Pakk!

"Aauu boss! " Adrian mengadu sakit saat badannya di hempuk.

"Kan aku dah kata jangan bagi Makcik Ejah masak. Dia sakit kan? Kenapa tak panggil aku masak? " marah Arya. Pintu segera ditutup dan Arya melangkah laju pergi ke arah dapur.

"Dah halang tapi Makcik Ejah nak masakkan juga. Lagipun Hayden lapar jadi-" Adrian berhenti bergerak saat Arya sudah pusing menghadapnya.

"Jadi apa? " soal Arya. Adrian tersengih kecil. Jari telunjuknya di angkat lalu di tuju ke arah seseorang. Arya memandang ke arah tersebut.

Kelihatan Hayden sedang menikmati makanan di hadapannya. Wajahnya sungguh bahagia sekali.

"Tch-" Arya berdesis kecil lalu pergi ke arah Hayden yang sedang makan masakkan dari Makcik Ejah.

"Sedap ye? " soal Arya sambil menyilangkan tangannya di dada. Adrian di belakang Arya hanya diam tidak berkata.

"Sedap lah, masakkan Makcik Ejah mana tak sedap " ujar Hayden selamba yang masih tidak sedar akan kehadiran Arya.

"Psstt- oi Hayden! " Adrian cuba memanggil Hayden dengan sedikit perlahan. Hayden perlahan-lahan mengangkat wajahnya apabila terdengar satu suara memanggilnya.

"Eh boss kenapa? " soal Hayden terkejut.

"Tak geti masak sendiri ke? Aku suruh tengokkan Makcik Ejah, bukan suruh dia masakkan" soal Arya.

"Eh? Ahh lu-lupa boss! " ujar Hayden lalu berhenti makan. Sungguh dia lupa yang Makcik Ejah masih sakit. Tapi Makcik Ejah lah yang pelawa nak masakkan. Lagipun Makcik Ejah dah boleh berjalan jadi tak apa kot?

"Banyak sangat makan semut kan-" balas Arya masih memandang tajam ke arah Hayden. Tidak boleh di harap betul. Ingatkan dia membawa Makcik Ejah ke rumahnya boleh ringankan beban sikit.

Rumah yang mereka sedang duduk sekarang ini ialah milik Arya tapi berkongsi dengan Adrian dan Hayden. Sebelum ni Adrian dan Hayden yang menjaga rumah banglo ini. Sedikit besar dari rumah tinggalan arwah ayahnya itu.

Kini Arya sudah boleh bebas, jadi dia akan tinggal di rumah banglonya bersama Makcik Ejah dan dua orang itu.

"Arya, Makcik Ejah dah boleh bergerak. Jadi janganlah risau. Lagipun si Hayden lapar, tu yang Makcik Ejah masakkan. Tak susah pun" Makcik Ejah sudah muncul di situ. Arya menghembus nafas lelah.

"Tapi Makcik Ejah kene banyak rehat, kalau jadi apa-apa kan susah" balas Arya. Makcik Ejah membalas senyuman.

"Arya jaga Makcik Ejah dah kira bersyukur dah rasanya. Jangan risau lah" jawab Makcik Ejah.

"Ermm okey" balas Arya perlahan.

Ting!

Ting!

Adrian di belakang Arya sudah mengeluarkan telefonnya. Kedengaran ada chat baru masuk. Arya pula sudah mendekati Makcik Ejah untuk masuk ke bilik semula. Dia perlu pastikan Makcik Ejah duduk dalam bilik semula untuk banyakkan rehat.

"Arya-" Makcik Ejah bersuara lagi.

"Ye ye Arya tahu, Arya nak Makcik Ejah rehat dekat bilik. Nanti tak ada lah Arya rasa risau hehe" balas Arya yang sudah meletakkan kepalanya di bahu Makcik Ejah. Tangannya di pegang erat pada lengan Makcik Ejah. Baginya, Makcik Ejah sudah seperti Ibunya. Dia sangat sayang dan takut rasa kehilangan lagi.

"Err boss? " panggil Adrian. Arya menoleh kebelakang memandang wajah Adrian.

"Apa? " jawab Arya laju.

"Boss? Ha ni Makcik Ejah pelik. Diaorang bukan kawan kamu ke Arya? Jadi kenapa Makcik Ejah selalu dengar diaorang selalu panggil kamu boss? " soal Makcik Ejah hairan. Arya mengigit bibir. Rasanya dia tak bagitahu apa-apa tentang kerjanya lagi.

"Makcik Ejah jangan pelik. Kitaorang panggil Arya boss sebab arr- ha sebab rumah ni milik Arya jadi kirakan Arya boss lah kan dalam rumah ni hehe" selit Hayden yang sudah sambung makan itu. Sempat sahaja mencelah perbualan orang.

"Haaa betul-betul " balas Adrian sambil tersengih. Arya menangguk setuju.

"Ouh ingatkan apalah. Arya, Makcik Ejah boleh pergi bilik sendiri. Adrian panggil tu, pergi sana" ujar Makcik Ejah sambil menolak perlahan tubuh Arya itu. Makcik Ejah berjalan ke arah biliknya.

"Aaa okey-" balas Arya. Kemudian dia memandang semula ke arah Adrian lalu menuju ke arah Adrian yang sudah menunjukkan telefonnya.

"Ada meeting malam ni" ujar Adrian. Arya mengambil telefon di kocetnya lalu membuka whatsApp. Arya menekan chat dari group mereka lalu dibaca. Dahi Arya mula sedikit berkerut.

🔱🔱🔱

Bang!

Bang!

Kedengaran bunyi tembakkan itu sedikit bising. Bergema sudah di ruangan bilik khas menembak itu.

"Shit-" Olivia sudah mencarut. Dia cuba untuk fokus dalam tembakkanya namun semuanya tersasar dari titik merah di hadapannya.

"Do it again sampai kena sasaran tu. Kalau tak jangan keluar dari bilik ni" ujar Mikael sedikit dingin. Dia perlu buat Olivia lagi mahir dalam menembak agar tidak melakukan kesilapan lagi. Kalau tidak dia yang susah nanti.

Olivia mula membuat muka. Sudah 40 minit dia berada di dalam bilik itu sambil di awasi oleh abang 'kesayangannya' itu. Menyesal rasanya datang ke mansion milik abangnya ini. Sepatutnya dia sedang lepak dengan kawan-kawannya itu.

Peluru di isi semula. Pistol Glock-17 di gengam kuat. Slaid di tarik. Dia harus pastikan sasarannya mengena. Dia perlu keluar dari bilik itu dan shopping Bersama kawannya!

Bang!

Bang!

Bang!

"Come on Olivia! " bisik Olivia. Kedua matanya tajam melihat titik merah di papan petak yang berada tidak jauh dihadapannya. Mikael memerhatikan Olivia sambil tangannya di silang ke dada. Leo pula masih diam berdiri di tepi Mikael.

Bang!

Bang!

Bang!

"Yesh!! " Olivia sudah menjerit lega kerana sasaran kalini sudah mengena. Akhirnya dia dapat keluar dari bilik itu. Pistol di letak atas meja sebelahnya lalu memusingkan tubuhnya ke belakang. Wajah Mikael di pandang dengan senyuman manisnya.

"Boleh keluar kan? " ujar Olivia dengan santainya ingin berlalu pergi dari bilik itu.

"Siapa suruh keluar? " balas Mikael sambil menarik tubuh adiknya berdiri semula di hadapannya.

"Asal pulak!? Dah settle kot" balas Olivia.

"Abang tak habis bebel lagi. Dekat kepala ni jangan berangan ke arah lain je. Pesan kat otak, buat kerja tu biar betul-betul. Jangan asyik tersasar je. Faham? " ujar Mikael sambil banyak kali menepuk perlahan di atas kepala Olivia.

Leo menahan ketawa melihat wajah cemberut Olivia. Nampak comel-

"Ye ye faham lah" balas Olivia sambil memegang kepalanya agar tidak di sentuh lagi oleh Mikael. Wajah Leo sempat di jeling kerana dia tahu Leo ketawakan dirinya. Manakala Leo kembali memasang wajah seriusnya saat di jeling maut oleh Olivia.

Olivia cepat-cepat keluar dari bilik itu. Dia tahu sudah membuat abangnya sedikit berangin setelah dia bagi tahu masalah yang terjadi beberapa hari lalu. Nak buat macam mana, dia tidak sengaja melakukan kesilapan. Mikael memandang adiknya itu hingga hilang bayang. Di geleng perlahan.

"Tuan nak buat apa sekarang? " soal Leo. Mikael diam seketika. Benda sudah terjadi. Salahnya juga bagi kerja dekat adiknya.

"Nantilah aku fikirkan. Aku lapar sebab budak tu haih-" Mikael melangkah keluar dari bilik tembak itu. Perutnya sudah berbunyi mintak di isi. Leo mengikuti belakang Mikael ke arah dapur.

"Ada apa-apa info tentang Arya? " soal Mikael yang masih berjalan itu.

"Lepas Arya keluar dari rumah tu, Arya dengan pembantu rumah dia dah duduk dekat rumah lain. Dua orang lelaki tu duduk serumah juga dengan Arya" balas Leo. Itupun maklumat yang diberikan oleh budak bawahannya.

"Lagi? " soal Mikael lagi.

"Arya tak de keluar rumah, kecuali budak dua orang lelaki tu je" balas Leo.

"Okey-" balas Mikael. Dia ingin berjumpa dengan Arya lagi tapi ada kerja lain pula yang datang. Terpaksa dia menahan diri sahaja.

Tanpa sedar Mikael tersenyum kecil saat mengingati Arya. Wajah cantik Arya cukup membuat dirinya gila. Dia masih tidak boleh lupa akan renungan mata Arya dan bibir mungil itu. Dia mahukan Arya dalam hidupnya, yah dia perlu pastikan Arya menjadi miliknya.

🔱🔱🔱

Pada malamnya pula, kelihatan sebuah kereta BMW telah bergerak keluar dari pekarangan rumah banglo itu.

Arya, Adrian dan Hayden sudah bergerak menuju ke lokasinya. Adrian fokus dalam pemanduannya. Arya di sebelah Adrian masih diam kerana sibuk memikirkan tentang perjumpaan kali ni. Nampak penting sahaja.

"Boss dah bagi tahu Makcik Ejah ke yang kita nak keluar kejap?" soal Hayden yang berada di belakang.

"Dah" balas Arya sepatah yang masih memandang ke arah luar tingkap kereta. Mereka bertiga diam semula.

skip­-

Kereta BMW yang di pandu oleh Adrian sudah berhenti di sebuah tempat. Mereka bertiga turun dari kereta. Arya memandang sebuah villa di hadapannya atau lebih tepat markas Red Phoenix.

Beberapa orang lelaki yang menjaga di kawasan situ menunduk hormat kepada Arya saat Arya berjalan memasuki markas itu. Adrian dan Hayden memasang wajah serius di markas ini kerana mereka berdua tahu siapa yang akan berjumpa nanti.

krek-

Pintu di tolak perlahan oleh Arya. Kini, Arya sudah sampai ke bilik meeting mereka. Di dalam bilik itu ada beberapa orang yang sedang menunggu kehadiran ketua kedua mereka iaitu Arya Qalisha.

Kerusi di tarik dan Arya duduk di bahagian kosong itu. Sebelah tangannya di letakkan atas meja lalu menongkat dagunya sambal memandang seorang lelaki yang ada di hadapan mejanya.

Arya memberikan senyuman kepada lelaki berbadan sado itu saat kedua mata mereka bertembung.

"Long time no see Arya" ujar Dragon lalu membalas senyuman Arya. Dia berpuas hati kerana dapat bertemu dengan Arya kerana baginya Arya merupakan sayap Red Phoenix. Walaupun dia ketua, dia tetap perlukan Arya kerana Arya berbeza di matanya, Arya sangat membantu dalam group Red Phoenix ini.

"So ada apa nak jumpa aku Dragon? kenapa tak jumpa budak lain je?" soal Arya. Hayden dan Adrian yang duduk di sebelah Arya, hanya diam memberikan ruang ketua mereka untuk bercakap.

"Aku perlukan kau untuk selesaikan kerja baru ni " balas Dragon.

"Kerja apa?" soal Arya.

Dragon mengeluarkan beberapa keping kertas lalu di berikan pada anak buahnya yang ada di sebelahnya. Anak buahnya itu berdiri lalu bergerak ke arah Arya untuk memberikan beberapa keping kertas itu.

Arya menyambut kertas itu dengan keadaan tertanya-tanya. Arya melihat kandungan di dalam kertas itu. Adrian dan Hayden menyelit untuk tengok juga. Mereka bertiga membaca perlahan beberapa maklumat yang diberikan oleh Dragon.

"Aku pasti yang kau boleh buat kerja tu Arya. Kau boleh bawak budak kau tu, Adrian dan Hayden" ujar Dragon.

Arya diam seketika memikirkan sesuatu. Boleh ke dia handle benda ni? Nampak sedikit berisiko.

"Boss aku tak de hal lah buat kerja ni" bisik Hayden.

"Aku ok je boss" bisik Adrian pula.

"korang sure? Kalau korang gagal aku sunat korang buat kali kedua" gertak Arya serius.

Adrian dan Hayden menelan air liur.

"Err ok boss, demi boss kan" balas Hayden perlahan. Adrian hanya menangguk setuju.

"Emm okey aku handle bahagian ni. Ada benda lain ke? " soal Arya kepada Dragon.

"Pastikan semuanya berjalan lancar, jangan ada sesiapa yang tahu bila korang buat kerja tu" balas Dragon.

"No problem" jawab Arya.

"Nak tambah budak kau buat kerja tu ke? " soal Dragon.

"Tak perlu, ada dua ekor ni dah cukup untuk aku jaga" balas Arya lalu bangun dari duduk. Kertas tadi di ambil oleh Adrian lalu di simpan.

"Aku pergi dulu. Dah tak ada apa-apa kan? " soal Arya.

"Tak ada. Kalau kau ada masalah bagitahu aku" pesan Dragon.

"Okey-" balas Arya lalu keluar dari bilik itu, diikuti Adrian dan Hayden.

Dragon kembali senyap. Dalam fikirannya pula mengharapkan Arya dapat lakukan tanpa sebarang masalah. Dia perlu pastikan orang-orang yang mengganggu kerjanya akan terima balasan.

Skip-

Mereka bertiga sudah sampai ke rumah. Arya berjalan laju masuk ke dalam rumahnya. Adrian dan Hayden memandang pelik. Ketika perjalanan pulang, Arya hanya diam sahaja. Macam ada yang tak kena.

"Oi cepatlah ikut Arya" ujar Hayden yang sudah pun ingin mengejar Arya. Adrian mengikuti Hayden dari belakang.

Beberapa minit kemudian, Adrian dan Hayden menemukan Arya di ruang bilik tanah. Bilik rahsia mereka yang dah lama tak masuk.

"Err boss buat apa dekat sini? " soal Adrian.

"Follow aku lah tu " balas Arya. Adrian dan Hayden mula tersengih.

"Aku nak pastikan barang aku cukup" jawab Arya.

"Barang apa lagi? Bukan kita dah tak pakai bende ni ke? " balas Adrian sambil memandang beberapa senjata yang tergantung di dinging bilik tanah itu.

Arya memberikan senyuman sambil memandang beberapa barang yang ada.

"Kerja yang kita dapat mungkin sesuai dengan barang dalam bilik ni" ujar Arya.

"Huh? " Adrian dan Hayden memandang satu sama lain.

"Korang tak nak try barang baru pulak ke? Aku bagi korang guna kali ni untuk kerja kita yang baru dapat tadi" ujar Arya yang sudah memandang Adrian dan Hayden.

"Serius lah boss? Gile ah" balas Hayden.

"Uishh dah lama tak try nih" balas Adrian pula.

"Jangan pilih bom, bising nanti" ujar Arya serius saat melihat Hayden sudah tersengih memegang bom tangan itu.

"Ehh halaa" balas Hayden lalu meletakkan semula bom tangan itu. Kalau boss kata jangan maka janganlah lawan. Silap-silap nyawa sendiri yang melayang kene baling bom oleh boss sendiri.

Mereka bertiga tidak sabar untuk menggunakan beberapa barang yang ada di bilik itu. Senjata seperti pistol, sniper dan benda berbahaya di dalam bilik itu di pandang oleh mereka. Tidak sabar tunggu masa tibanya.

.
.
.

p/s:thanks vote and comment 💙

Continue Reading

You'll Also Like

83.5K 18.3K 59
Arc(9)-Arc(14)+Real World+Extra အာဏာရှင်ကုန်းvsနတ်ဘုရားရှို့
128K 5.9K 23
"မောင် မဆိုးစမ်းနဲ့ကွယ်" "ကျုပ်ကိုမချုပ်ခြယ်နဲ့"
400K 9.6K 36
The Giovanni's are the Italian Mafia. It is the most powerful mafia. For 8 generations the family have been trying to have a princess in the family b...
172K 17.5K 95
The universe gave me another chance after life screwed me over. My second life brought me to a world where people breath fire, walk on water and some...