Secret

By nurfiee

1.7K 8 0

Cinta, bahagia, dan kasih sayang itu hanya sekadar mimpi dan hayalan bagi seseorang yang berhati batu. Tengku... More

Secret 1
Secret 03
Secret 04
Secret 05
Secret 06
Secret 07
Secret 08

Secret 02

241 2 0
By nurfiee

Keesokkan paginya, Ainur cuba untuk bangunkan Arfian dari lena. "Awak.." Ainur cuba memegang bahu Arfian. "Awak,bangun..solat subuh" ujar Ainur lagi. Untuk kali ketiga Ainur menggoyangkan badan Arfian hingga Arfian tersedar dari lenanya.

"Ish,apa sentuh sentuh ni?!" marah Arfian tiba² membuatkan Ainur terkejut. "Sa-saya nak kejutkan awak untuk solat subuh sama²". Ainur terus masuk ke bilik air untuk mandi sebelum solat subuh.

"Ish,semak betullah! " Sambung Arfian lagi. Ainur mampu menangis dalam bilik air je.
Selepas beberapa minit,Ainur keluar dari bilik air. Manakala Arfian pula masuk ke bilik air.

"Ya allah, kuatkan lah hati ku untuk berhadapan dengan semua masalah ini." Ujar Ainur dalam hati.

~~~

Selesai solat subuh, Ainur dan umminya terus menuju ke dapur. Arfian,Afi dan Encik Yusri duduk di ruang tamu.

"Ummi, Ainur takut lah." Ujar Ainur sedikit risau. "Nak takut tentang apa?" Soal Puan Faridah pelik selepas sahaja melihat wajah Ainur yg jelas kelihatan takut.

"Tak de apa lah ummi, jom buat sarapan" balas Ainur dan terus mula mencari bahan untuk di masak. Puan Faridah hanya menggeleng kepala.

Selepas beberapa minit, sarapan telah pun siap. Encik Yusri, Afi dan Arfian duduk di kerusi makan.

"Haa Arfian, semua ni Ainur yang masak. Makan lah, jangan segan-segan pula" ujar Puan Faridan . "Baik Ummi" balas Arfian.

"Adik, barang² dah siap kemas ke?" Soal Encik Yusri membuatkan Ainur sedikit terkejut. "Ha? Apa abi?" Soal Ainur pula. "Haa mengelamun time makan. Fikir bagus ke?" Bebel Afi. Ainur memandang Afi sinis "Diam lah abang!" Marah Ainur.

"Abi tanya, barang² dah siap kemas ke?" Ulang Encik Yusri lagi. "Haah, dah abi." Balas Ainur laju.

Dalam hati Ainur,dia langsung belum sedia untuk berjauhan dari familynya walaupun dia sebulan 3 kali sahaja balik kampung disebabkan dia seorang doktor yang kadang busy.

"Ainur?.." Panggil Puan Faridah. Namun tiada jawapan dari Ainur. "Ainur...." Panggil Puan Faridah lagi buat kali kedua sambil memegang bahu Ainur. "Ha ye ummi?" Terkejut Ainur.

"Kenapa tak makan lagi? Ainur sakit ke?" Soal Puan Faridah. "Eh tak de lah ummi, sihat je..dah cepat makan" balas Ainur ceria hanya untuk menutup segala rasa sedih,takut dan risau dalam hatinya.

...

"Ummi, Abi..kitorang gerak dulu tau. Assalamualaikum" ujar Arfian lalu menyalam tangan Encik Yusri dan Puan Faridah. Arfian pun menuju ke kereta BMW nya sambil membawa beg.

"Abang, jaga ummi dengan abi tau. Abang pun jangan lupa jaga kesihatan tu. Adik gerak dulu tau abi, ummi. Insyaallah nanti adik datang lagi. Assalamualaikum" pesan Ainur sambil memeluk Puan Faridah lembut.

"Wa alaikum salam, hati hati dekat sana. Dengar kata suami, jangan melawan tau. Jaga makan minum suami" pesan Puan Faridah pula. Ainur hanya tersenyum

"Hati² bila drive tu. Bagitahu Arfian, jangan laju sangat bawa kereta tu" pesan Encik Yusri pula. Ainur hanya mengangguk dan terus menuju ke kereta Arfian sambil melambai ke arah Ummi, Abi dengan abangnya.

"Abang.. Abang rasa anak kita tu okey tak kat sana nanti?" soal Puan Faridah. Encik Yusri dengan Afi mula pelik dengan soalan Puan Faridah tadi.

"Insyaallah dia okey.. Menantu awak tu dah janji akan jaga Ainur elok² takkan dia nak menipu pula" jelas Encik Yusri.

"dah jom masuk. Diorang dah jauh tu" sampuk Afi. Diorang bertiga pun masuk ke dalam rumah.

°°°

Lebih kurang 30 minit diorang senyap dalam kereta tanpa sebarang percakapan pun. Tiba-tiba..

"Sampai kat rumah daddy dengan mummy aku, aku tak nak kau buat muka macam kena tampar malaikat tu. Aku nak kau senyum, dan nampakkan yang kita ni Happy je selepas kahwin" Ujar Arfian sedikit sinis.

Ainur terkejut dengan apa yang Arfian katakan tadi. Nak tak nak dia kena juga ikut apa yg Arfian katakan tadi. Ainur hanya mengangguk.

"Kau ni ada mulut ke tak de? Jawab lah!" geram. "ye.." balas Ainur perlahan. Arfian langsung tak memandang wajah Ainur sejak dari dia menyarungkan cincin ke jari Ainur. Kalau dia tengok wajah Ainur pun hanya terpaksa.

"Aku ada buat salah ke? Asal dia marah² je dengan aku?" soal Ainur dalam hati.

Selepas beberapa minit, akhirnya diorang sampai di rumah parents Arfian. "Cepat lah keluar, ingat kau tuan puteri ke. Nak di bukakan pintu baru nak keluar?" geram.

"Ye, saya nak keluar lah ni" balas Ainur perlahan. Dia pun keluar dari perut kereta. Terkedu, terpesona melihat keindahan rumah parents Arfian yang penuh dengan bunga.

"Woi perempuan!" panggil Arfian kasar. Ainur cepat² berlari anak menuju ke arah Arfian. "Lembab betul lah kau ni" geram. "Ma-maaf" balas Ainur. Diorang pun masuk ke dalam rumah.

"Eh, menantu mummy dah sampai. Jemput masuk" pelawa Datin Rohayu. Ainur terangguk-angguk dan hanya mengikut Datin Rohayu. Arfian pula terus duduk di sebelah daddynya iaitu Tengku Arman.

"Haa, Ainur.. Hari ni korang tinggal dekat sini lah dulu. Sebab mummy dengan daddy nak buat majlis untuk kamu berdua malam ni. Lagi satu, petang nanti teman mummy jalan tau" Terang Datin Rohayu. "Baik lah Datin" balas Ainur sedikit gugup.

"Eh nape pula Datin, panggil mummy je." balas Datin Rohayu. "Baik mummy" kekok.

°°°

"Ha Arfian, macam mana dekat sana?" soal Tengku Arman. "okey je daddy. Nothing special" balas Arfian selamba. "Ohh, btw Ainur tu baik, rajin, penyayang,lemah lembut. Jangan pula kamu layan dia tak elok." pesan Tengku Arman.

"Daddy, i never love her. I can't.." jujur Arfian. "Kamu jangan nak buat hal Arfian. Daddy aturkan semua ni untuk kebaikan kamu. Daripada kamu asyik menyendiri, pastu enjoy, keluar dengan perempuan lain. Fikir Daddy ni suka tengok kamu macam tu?!" Geram.

"Daddy pun tahu, cinta, sayang, tu semua fake daddy. I don't believe it anymore" balas Arfian lagi. Tengku Arman memandang ke arah Arfian sinis.

"Daddy tak kisah apa kamu nak kata, yang daddy tahu kamu mesti jaga Ainur baik². She's a good girl for u, walaupun dia hanya sekadar gadis kampung. But she still knows her self-purity. Not the kind of girl you play with." Tengku Arman pun beredar meninggalkan Arfian di ruang tamu dan terus menuju ke dapur untuk bertemu menantu kesayangannya.

"Sejak perempuan tu jadi salah satu family ni, semua yang aku buat semua salah!" geram Arfian dan terus menuju ke biliknya di tingkat atas.

...

"Ainur, Happy tak dapat jumpa daddy dengan mummy?" soal Tengku Arman. "Ofcourse i'm Happy daddy." balas Ainur gembira.

"Bagus lah macam tu, daddy tak nak kamu sediih²." sambung Tengku Arman lagi. "Ish abang ni, nape pula Ainur nak sedih²." sampuk Datin Rohayu.

"Abang jujur, perangai anak kite tu macam mana. Ainur, daddy harap kamu kuat untuk layan perangai Arfian tu. Dia memang kasar tapi jauh dalam sudut hati dia, tak seperti yang Ainur fikirkan. Lagi satu, ego dia memang kalah gunung. Tapi daddy dengan mummy yakin, Ainur pasti boleh turunkan ego Arfian tu. Daddy ngan mummy percayakan kamu" Teranng Tengku Arman membuatkan Ainur takk tahu nak kata apa.

"Insyaallah daddy, mummy." balas Ainur. Datin Rohayu mengangguk "Dah, jom makan. Ainur, panggil Arfian dekat bilik dia." arah Datin Rohayu. "Bilik? Bilik dia dekat mana?" soal Ainur.

"Kamu naik je kat tingkat atas, kalau kamu nampak pintu no 1..tu lah bilik dia." ujar Tengku Arman.

Ainur pun terus menuju ke tingkat atas.

...

(tok, tok, tok)

"Nak apa?" teriak Arfian dari dalam bilik.

"Mummy suruh awak turun makan" balas Ainur perlahan.

Tiba² pintu bilik di buka laju, Ainur di tarik ke dalam bilik.

"Awak!!" terkejut Ainur.

"Kau memang bawa malang en dekat hidup aku?!" jari telunjuk Arfian berada di hadapan wajah Ainur.

"Kenapa pula awak kata macam tu?" soal Ainur pelik. "Semua sayangkan kau, apa yang aku buat semua salah. Ni semua sebab kau lah perempuan!" Terang Arfian.

"Awak, boleh tak awak terima semua yang telah berlaku? Jangan asyik nak salahkan saya je." geram Ainur.

"Oh, kau dahh pandai menjawab.. Baru dua hari kahwin dah pandai tunjuk belang" geram Arfian sambil sedikit gelak terpaksa di hujung ayatnya.

"Awak, saya bukan nak menjawab. Saya sebagai isteri awak, saya patut tegur awak. Untuk kebaikan awak." sambung Ainur.

"Eh, kau dengar sini.. Tak payah nak tunjuk baik dengan aku lah. Sebab kat mata aku ni, kau tu sama je dengan perempuan yang dekat club tu. Tak de beza, dua² murah!" Arfian keluar dari biliknya dan meninggalkan Ainur sendirian.

"Ya Allah, apa yang patut aku lakukan untuk buang semua perasaan benci dalam diri suami aku. Ya Allah" Ainur terduduk di atas katil Arfian, air matanya mengalir sedikit demi sedikit.

Selang beberapa minit, Ainur turun semula ke dapur.

...

Arfian dan Ainur berada di dalam bilik. Nak dikatakan diorang nak berehat, penat lah katakan. Ainur duduk di sofa yang ada di dalam bilik Arfian, Arfian pula baring di atas katilnya sambil melihat handphonenya.

"Kau guna baju yang ada kat dalam almari tu, semua dah disediakan." ujar Arfia tanpa memandang Ainur. "Kenapa pula?" soal Ainur.

"Nanti mummy nak kau teman dia jalan. So, pakai yang lawa sikit. Jangan nak malukan aku" nada sedikit geram.

"Baiklah awak.." balas Ainur perlahan. "Aku nak keluar kejap, kau diam² kat rumah ni." ujar Arfian dan terus mencari baju t-shirt, seluar jeans hitam, serta jacket warna hitam dan terus keluar. Ainur hanya mampu melihat dari tingkap bilik. Arfian menaiki motor.

"Dia nak pergi mana? Smart je dari atas sampai bawah. Ke dia ada girlfriend?" soal Ainur dalam hati.

Continue Reading

You'll Also Like

27.9K 1.4K 8
မိထွေးရဲ့သားကို ချစ်မိသွားပြီ BL Fiction shorts stories လေးပါ။
115K 2.6K 52
Alissa Iris De León the daughter of both the Spanish and Italian Mafia. A week after she was born she was sent away from her 2 brothers to live with...
131K 5.5K 49
A fire incident at his(Kim Jae-soo) husband's home while he (Baek Ji-Hu )was away made Kim Jae-soo return to his third year of university (he was reb...
24.3K 1.5K 44
စာမေးပွဲဖြေတုန်းကအခန်းစောင့်တဲ့ဆရာမကလည်း ကိုယ့်အချစ်ဆုံးလူသားဖြစ်လာနိုင်ပါတယ် တီချယ်ကိုလေသမီးအရမ်းချစ်တာ ...