Secret

By nurfiee

1.7K 8 0

Cinta, bahagia, dan kasih sayang itu hanya sekadar mimpi dan hayalan bagi seseorang yang berhati batu. Tengku... More

Secret 02
Secret 03
Secret 04
Secret 05
Secret 06
Secret 07
Secret 08

Secret 1

589 5 0
By nurfiee

Bunyi alarm semakin menguasai bilik tidur Ainur. Suara riuh rendah semakin kedengaran sehingga hampir memasuki ke dalam mimpi Ainur.

"ish, apa bising² ni. Orang nak tidur pun susah" keluh Ainur dan mengambil bantal untuk menutup telinganya.

Tiba² bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan Ainur terkejut dan cepat² bangun untuk membuka pintu.

"Nak apa?" soal Ainur geram. Tanpa sepatah jawapan terus dahinya di lastik kuatt. "Abang!!!" teriak Ainur.

***
Muhammad Afian Azwan lebih dikenali sebagai Afi iaitu abang kepada Ainur.
***

"Ish bangunlah. Tak ingat ke hari ni hari apa?" geram Afi. Ainur pula masih dalam keadaan mamai, dia menggosok matanya. "Hari ni ada apa ek?" ujar Ainur pelik.

"Pergi mandi sana, pakai baju yang dah di sediakan kat dalam almari tu. Sekarang!!!" arah Afi sedikit geram. Ainur pun berlari anak menuju ke bilik air.

Selepas beberapa minit, Ainur pun bersiap dan ingin memakai baju yang telah disediakan. Dia mula berfikir tentang apa yang istimewa hari ni.

"Ada apa hari ni? Nak kata abang kahwin, tak juga. Abang single." ujar Ainur perlahan. Dia pun menyelak baju dari dalam almarinya. Ainur terkejut rasa cam nak pengsan pun ada.

"Hari nikah aku!!!" teriak Ainur. Afi yang berada di luar bilik Ainur mula tergelak kecil. "Padan muka kau, lupa je tahu" ujar Afi dan terus beredar dari kawasan bilik Ainur.

....

"Ainur? Dah siap pakai baju ke?" soal seorang wanita dari luar pintu biliknya. "Dah, masuk je pintu tak kunci" balas Ainur lemah. Wanita tadi pun masuk, dan terus duduk di samping Ainur.

"Nape ni sayang?" ujar wanita itu lagi sambil tangannya memegang bahu Ainur. "Ummi, asal Ainur pula yang kena kahwin?" soal Ainur sedih.

***
Puan Faridah Ruhilah dikenali sebagai Puan Faridah iaitu Ummi kepada Ainur dan Afi.
***

"Maafkan Ummi sayang. Ni arahan abi, abi nak sangat kamu kahwin dengan anak kepada sahabat baik abi tu." terang Puan Faridah sambil mengusap kepala Ainur perlahan.

"Why me? Ainur tak nak kahwin. Jauh lagi perjalanan Ainur. Ummi..." suara Ainur kedengaran sedih.

"Ainur, jangan macam ni. Abi ngan ummi pun kahwin tanpa bercinta. Semua aturan keluarga. Ainur redha ya sayang?" balas Puan Faridah lagi. Ainur hanya mengangguk, dan makcik yang dandan Ainur pun masuk ke dalam bilik Ainur.

Selepas 30 minit Ainur di dandan. Akhirnya pihak lelaki pun sampai. Rumah Ainur hanya rumah kampung tapi moden, Ainur gadis biasa tak seperti bakal suaminya yang kaya raya.

~~~

"

Aku terima nikahnya Ainur Batrisyah binti Muhammad Yusri dengan mas kahwin RM3000 tunai" suara garau Tengku Arfian kedengaran. "Sah?" soal Tok Kadi. Serentak wali dan saksi mengucapkan "sah"

Majlis masih di teruskan dengan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, Tengku Arfian menuju ke pelamin untuk menyarungkan cincin ke jari Ainur.

Ainur terdiam, tak tahu nak buat apa. Dia cuma senyum di hadapan semua orang namun dii sebaliknya Ainur rasa nak berteriak, meronta dengan majlis nikah ni. Jelas kelihatan bahawa Tengku Arfian pun tak suka dengan pernikahan itu. Wajah Tengku Arfian kelihatan serius tanpa secalit pun senyuman.

°°°
Akhirnya majlin nikah itu pun selesai. Ainur terus masuk ke dalam biliknya tanpa menunggu suami nya.

"Arfian.." panggil Encik Yusri iaitu abi kepada Ainur. "Ye?" balas Arfian. "Panggil Abi je." ujar Encik Yusri. "Baik Abi." balas Arfian.

"Abi cuma nak cakap, mulai hari ni.. Abi serahkan puteri kesayangan abi kepada kamu. Jaga dia elok², jangan pernah sakiti dia. Janji dengan abi" Ujar Encik Yusri dalam nada sedih.

Maklumlah sekarang ni, tinggal Arfian je. Family dia, semua dah balik. Penat Ainur layan, tu sebab Ainur terus masuk ke bilik.

"Insyaallah abi, saya janji saya akan jaga dia baik²" balas Arfian. Ainur sedang mendengar perbualan Encik Yusri dan Arfian dari dalam biliknya. Maklumlah, ruang tamu dekat dengan biliknya.

"Bagus lah tu, kalau Arfian nak tahu.. Ainur tu anak kesayangan Abi. Sampai Abang ni pun kena palau" gurau Afi. Encik Yusri memandang Afi dengan sinis. "Kamu jangan nak mengada" balas Encik Yusri. Arfian sedikit gelak begitu juga dengan Afi.

"Dah² lah tu borak, bagi lah menantu awak ni berehat, mandi apa semua. Ish Abang ni" Sampuk Puan Faridah.

"Haih yelah. Ha Arfian, sebelah kanan tu bilik Ainur. Masuk lah, rehatkan badan kamu tu dulu. Jangan pula tak keluar² bilik terus" gurau Encik Yusri. Arfian hanya senyum terpaksa.

"Ish abang ni.. Suka sangat sakat menantu dia tau." marah Puan Faridah.

Ainur yang sedang mendengar bualan pun terus cepat² duduk di atas katilnya sambil membetulkan tudungnya. Bunyi tombol pintu di kuak dari luar, jantung Ainur berdegup laju. Dia ternampak wajah Tengku Arfian di sebalik pintu.

"Mana tandas?" soal Arfian sinis. Bilik Ainur special, ada tandas sekali. Cepat² Ainur menunjuk ke arah tandas. Arfian mengangguk dan terus menuju ke tandas.

"Jap!" Ujar Ainur. Arfian memandang Ainur dengan kening ke atas. "Awak buat apa nak gi tandas?" soalan bodoh keluar. Ainur membuat muka jengkel dengan soalan sendiri. "Bodoh ke? Nak mandi lah." balas Arfian sinis.

"Ouh jap. Jangan masuk dulu" arah Ainur. "Kau nak buat apa?" soal Arfian. "Nah, tuala dan semua peralatan mandi awak. Saya dah sediakan semuanya." terang Ainur sambil menghulurkan barang mandian kepada Arfian. "Ok" balas Arfian dan terus masuk ke dalam tandas.

Ainur menghela nafas lega. "Fuhhh, asal aku takut pula?" soal Ainur. "Ni mimpi ke apa ek? Eishh.." geram.

Selepas beberapa minit, Tengku Arfian keluar dari bilik mandi. Kali ni Ainur pula yang ingin mandi.

Tiba²..

"Kau nak buat apa pula?" soal Arfian pelik. "Nak santau awak. Nak mandi lah, nak buat apa lagi?!" balas Ainur sambil memandang tajam ke arah Arfian. Dalam masa yg sama Ainur ternampak sixpack Arfian, terpesona Ainur.

"Woi!!" teriak Arfian membuatkan Ainur tersedar dari pesona sixpack Tengku Arfian. Dia pun terus masuk ke dalam bilik mandi.

"Entah gila dah budak kampung ni. Eishh, kenapa lah dia jadi isteri aku." keluh Arfian dan terus mencari pakaiannya di dalam almari Ainur.

"Mana baju aku? Semua baju perempuan. Takkan aku tak de baju langsung." ujar Arfian sedikit geram.

Akhirnya Ainur pun keluar dari bilik mandi. "Awak, awak keluar dulu boleh tak? Saya nak pakai baju" suara Ainur kedengaran dari arah belakang Arfian.

"Mana baju saya?!!" marah Arfian dan terus memusingkan badannya memandang ke arah Ainur. Kali ni, Arfian pula yang terpesona dengan Ainur. Cepat² Ainur masuk semula ke bilik mandi.

"Awak!! Baju awak kat almari satu tu. Tu almari saya.." teriak Ainur. Arfian pun cepat² mencari bajunya, dia terus bersiap.

"Keluar lah, saya dah siap" ujar Arfian sebelum keluar dari bilik Ainur.

Ainur pun keluar dari bilik mandi dan terus menuju ke almari untuk mencari pakaian untuk di pakai.

"Tadi guna aku, sekarang saya pulak. Lelaki ni dahh kenapa? Sakit?" bebel Ainur.

Selepas 20 minit Ainur bersiap. Dia pun keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.

"Ummi, malam nanti nak masak apa?" soal Ainur. "Malam ni Ummi nakk masak udang masak merah dan ayam goreng." balas Puan Faridah yang sedang seronok mengupas kulit bawang untuk di masak.

"Biar Ainur je lah masak udang dan ayam tu. Ummi duduk je tau." arah Ainur. "Amboi, mentang² dah ada suami makin rajin ek anak Ummi ni". Ainur hanya tergelak kecil.

"Ish ummi ni, Ainur nak masak hari² tau sebab lepas ni Ainur dah tak boleh tinggal kat rumah ni macam dulu. Ainur dah kena ikut suami Ainur. Nanti ummi rindu masakan Ainur padan muka" Balas Ainur sambil menahan air matanya dari mengalir

"Yelah, betul juga apa yang Ainur kata tu. Lepas ni tinggal ummi, abi dengan abang je lah. My Princess dah kahwin, kena ikut her Prince" kata Puan Faridah sedih.

"Tak yah sedih ummi. Sebab tu Ainur nak masak setiap hari selagi Ainur kat sini" balas Ainur lagi.

"Ha yelah, dah gi masak. Sian suami kamu tu, lapar. Sehari layan tetamu, dah lah pengantin tetap sibuk layan tetamu" arah Puan Faridah.  Ainur hanya mengangguk.

...

Tengku Arfian berada di bawah rumah dengan Encik Yusri dan Afi. Tengah borak².

"Abang kerja apa sekarang?" soal Arfian. Afi tergamam, tetiber ke adik ipar dia soal pasal kerja. "Abang kerja cikgu je dekat kawasan kampung ni" jawab Afi.

Arfian hanya mengangguk. "Kalau boleh, nanti abang bawa saya gi sekolah tu boleh? Saje nak tengok suasana sekolah dekat kampung ni" sambung Arfian lagi.

"Eh boleh je, gila ke tak boleh. Bila kamu nak pergi?" soal Afi. "Insyaallah nanti, saya pun tak pasti lagi bila. Sebab esok saya kena balik KL dah." terang Arfian.

"Laa, awal sangat balik tu. Tak nak tinggal sini seminggu ke?" sampuk Encik Yusri. Wajah Arfian sedikit terkejut.

"seminggu? Kat kampung? Omg, ofcourse not. Aku kena juga balik KL." ujar Arfian dalam hati.

"Arfian?" panggil Afi membuatkan dia tersedar dari hayalan. "Okey tak?" soal Afi lagi. "Okey je. Tapi abi, saya kena balik KL juga, ada hal kat syarikat kena uruskan." jawab Arfian.

"Kalau macam tu, tak pe lah. Esok nak gerak pukul berapa?" soal Encik Yusri lagi. "Lepas solat subuh macam tu, kami kena gerak dah." balas Arfian.

"Ha yelah, dah jom naik. Abi nak tengok apa yang ummi kamu masak tu. Macam sedap je bau masakan tu. Jom." ajak Encik Yusri. Arfian dan Afi pun naik ke atas dan terus menuju ke dapur.

"hmmm wanginya adik abang masak ni." Puji Afi. "ikhlas ke tak puji tu? Nanti tak sedap masakan adik." Ujar Ainur sedikit marah.

"Amboi,mesti lah ikhlas." Balas Afi laju. Takut kena marah oleh Ainur. "Abi mana?" Soal Ainur.

"Abi kat bilik. Tengah bersiap nak gi surau kut" balas Afi. "Ish kamu ni Ainur, sepatutnya ummi yg tanya abi kamu dekat manaa. Ni tak, kamu pula tanya abi." Bebel puan Faridah.

Ainur memuncungkan bibirnya. Afi pula tengah syok mengejek adiknya. Arfian hanya tersenyum melihat gelagat family Ainur.

"Ala ummi, abi kan penting. Mestilah adik tanya." Jawab Puan Faridah. "Kamu tu dah ada suami. Jangan lupa pula " balas Puan Faridah pula. Ainur terbatuk , memang sah dia lupa yang dia dah berkahwin.

"Astaghfirullah ummi...adik terlupa" ujar Ainur.  "Haa tengok lah perangai isteri kamu ni Arfian. Banyak sangat makan semut tu lah asyik lupa" . Ainur cepat² memandang wajah Arfian yang sedang memandang ke arahnya juga.

"HAHAHA, tak pe lah ummi. Baru sehari kahwin, tu yg lupa." Balas Arfian.

Selang beberapa minit,Encik Yusri pun duduk di meja makan.

"Dah masak ke? Siapa yg masak?" Soal Encik Yusri. "Adik yang masak. Adik tak nak ummi yg masak hari ni." Terang Ainur. "Haa bagus lah tu, dah..jom makan. Jangan segan² ya Arfian?" Ujar Encik Yusri. Arfian hanya mengangguk.



















































Jangan lupa vote ye 🤧

Btw, best tak part 1 ni? Kalau best ,cuba komen sikit😂


Continue Reading

You'll Also Like

18.3K 478 5
စိတ်ကူးယဥ်အပြာစာ Noel GL Top ကဒွိလိင်ပါ
42.9K 2.9K 35
« ហឹក អ្ហឹក ៗ ខ្ញុំមិនចង់បានបែបនិងទេ ខ្ញុំចង់ឲ្យប៉ាស្រឡាញ់ខ្ញុំក្នុងនាមស្នេហាមិនមែនរវាងប៉ាកូន » « រវាងយើងទៅមិនរួចទេជុងគុក ប៉ាមិនបានគិតលើឯងលើសពីចំណងប៉...
206K 729 26
18+ ပါ။ စောက်ပတ်ထဲလိုးမသွင်းခင် လုပ်မယ့်ဟာတွေ ရေးမှာ။ ညစ်ညမ်းစာတွေပါ။
24.3K 1.5K 44
စာမေးပွဲဖြေတုန်းကအခန်းစောင့်တဲ့ဆရာမကလည်း ကိုယ့်အချစ်ဆုံးလူသားဖြစ်လာနိုင်ပါတယ် တီချယ်ကိုလေသမီးအရမ်းချစ်တာ ...