Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

70.4K 2.8K 171

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 29 | Baju nikah

952 44 1
By Mademoiselle_Hawa

Baju nikah

*****

   DALAM masa tiga bulan itu, aku amat sibuk dengan kerja dan menguruskan persiapan untuk berkahwin.

   Selepas selesai menguruskan khusus kahwin, borang nikah dan baju nikah, aku dan Qash sudah tidak bertemu lagi. Itu permintaan aku. Aku hanya mahu bertemu dengannya sewaktu hari aku dan dia disatukan.

   Gemuruh? Semestinya! Agaknya, beginilah perasaan orang yang ingin berkahwin. Gembira dan dalam masa yang sama, gemuruh.

   Hari ini, Fiya menemani aku untuk pergi mengambil baju nikah di butik. Ya, baju nikah aku ditempah khas untuk aku. Itu pun selepas beberapa kali aku menghalang, tetapi Qash berkeras nak tempah jugak baju akad nikah mereka.

   Kalau ikutkan aku, nak je aku beli baju kurung yang sudah siap dijahit. Beli yang simple pun dah dikira cukup bagi aku.

   Tapi itu lah, kalau dah namanya Qash Anaqi, mana nak dengar dah cakap aku. Ikut kepala dia je!

   Selepas setengah jam, aku dan Fiya tiba di hadapan butik pengantin. Kali terakhir aku datang sini bersama Qash. Itu pun sebab nak ambil ukuran baju.

  Aku dan Fiya melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Dalam butik ni tak ramai sangat orang. Boleh dikira pakai jari sahaja.

   "Selamat datang Cik." sambut seorang pekerja di situ. Pekerja itu memberi senyuman mesra.

   Aku membalas dengan senyuman nipis.

   "Err... Saya datang ni nak ambil baju akad nikah yang dah tempah bulan lepas."

   "Oh, atas nama siapa ya?" soal pekerja itu.

   "Qash Anaqi." jawabku ringkas.

   "Oh! Encik Anaqi. Okay, Cik tunggu sekejap ya. Saya pergi ambilkan." kata pekerja itu menunduk sedikit kemudian, dia berlalu pergi.

   Aku pula berjalan di sekitar butik itu sambil memerhati setiap pasang baju yang sudah siap dijahit. Si Fiya tu pun dah merayap ke mana entah. Mungkin dia pergi tengok bahagian gaun pengantin kot.

   "Err... Cik...,"

   Aku terus berpaling ke arah suara tersebut. Pekerja tadi yang melayan aku.

   "Qaisara." jawabku apabila melihat wanita itu seperti bingung hendak memanggil aku.

   Pekerja wanita itu tersenyum manis.

   "Oh! Okay, ni baju Cik Qaisara. Kalau ada apa-apa yang kurang, Cik Qaisara boleh bagitahu dengan kami ya." pesannya.

   Aku mengangguk serta menghadiahkan senyuman mesra kepada pekerja tersebut. Baik betul layanan dia.

   "Awak, err... Encik Qash dah ambil ke baju nikah dia?" soalku.

   "Dah. Ibu Encik Qash, Puan Maya yang ambil dua hari lepas." jawabnya.

   Aku mengangguk faham. Kemudian senyuman aku berikan padanya.

   "Okay, terima kasih."

   Aku mula mencari kelibat Fiya. Eh, hilang pulak dia ni. Kena sorok bunian ke?

   Baru sahaja ingin mencari, Fiya muncul dari bahagian gaun-gaun pengantin.

   "Dah settle dah?" soalnya.

   Aku mengangguk seraya menunjukkan beg kertas yang berisi baju akad nikah.

   Kemudian, kami sama-sama keluar dari butik.










   "YA Allah Qai! Cantiknya!" Fiya menjerit teruja.

   Aku masih membelek diri aku di cermin. Aku sengaja mencuba baju akad nikah aku, takut-takut tak muat ke, terlonggar ke apa.

   "Okay ke ni Fiya? Kau rasa baju ni kena ke dengan aku?"  soalku masih ragu-ragu.

   "Okay sangat Qai! Kau nampak lain sangat! Macam, Qaisara yang beku dulu tu hilang sekelip mata!" kata Fiya cuba meyakinkan aku.

   Aku terus memandang Fiya yang sedang duduk di katil aku.

   "Tak nampak macam aku? Habis tu? Kiranya aku ni nampak macam orang lain lah?" soalku kalut.

   Aku lihat Fiya menepuk dahi.

   "Ish bukan macam tu lah! Maksud aku tu, bila kau berpakaian macam ni, karakter kau yang selama ni yang tak ada perasaan tu terus hilang! Faham tak? But, it's still you okay. Tak ada yang berubah."

   Aku menghembuskan nafas lega. Fuh! Mati-mati aku ingat diri aku ni dah jadi orang lain!

   Aku berjalan duduk di birai katil  di sebelah Fiya. Aku menunduk memandang baju kurung yang tersarung di tubuh aku.

   Jujur aku cakap, baju ni sumpah cantik. Dan aku tak sangka kesudahannya baju ni akan jadi cantik macam ni. Still simple but stunning.

   "Aku tak sangka, taste kau ni boleh tahan jugak eh? Kau minta diorang buat design macam ni." ujar Fiya. Dia juga tak puas membelek baju kurung yang aku pakai.

   "Bukan aku yang pilih design ni..."

   Terus berkerut wajah Fiya. Dia memandang aku dengan pandangan penuh tanda tanya. 

   "What do you mean by bukan kau yang pilih?"

   Aku memandangnya sekilas sebelum menjawab.

   "Qash yang pilih."

   Spontan Fiya menekup mulutnya. Matanya terbeliak memandang aku.

   "Beb! Kau serius lah?"

   Kening aku berkerut sebelum mengangguk mengiakan.

   "Ya... Why? Apasal kau terkejut sangat ni?"

   "Macam mana aku tak terkejut? Aku betul-betul tak expect dia yang pilih design baju kau ni!" balasnya masih terperanjat.

   "What? Normal lah tu. Tak, aku tak faham sekarang ni. Kenapa kau terkejut beruk ni?" soalku tidak puas hati.

   "Sebab taste dia lagi better dari kau beb!" jawabnya seraya menepuk peha aku.

   Aku memandang Fiya dengan pandangan maut. Oh? Jadinya, dia nak kata cita rasa aku ni teruk lah? Hampeh betul!

   Aku menunjal kepala Fiya.

   "Dah, tak payah nak kutuk aku sangat!"

   Fiya terkekeh-kekeh ketawa.

   "Oh ya! Kau balik kampung hari apa?" soalnya.

   Aku diam sejenak.

   "Lagi empat hari sebelum hari akad nikah aku balik lah."

   Fiya angguk mengerti.

   Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Kening aku mula berkerut.

   "Eh, kau ikut aku balik jugak kan?" soalku.

   Fiya diam memandang aku.

   "Err... Kalau aku ikut awal-awal, studio macam mana?"

   Mulut aku sedikit terlopong.

   "Lah, cuti jelah. Bukannya ada orang book apa-apa kan minggu tu? Tu, dua ketul tu pun kena datang kampung awal jugak. Kan aku minta diorang yang jadi photographer masa hari akad aku?"

   Fiya menggaru kepalanya. Dia tersengih memandang aku.

   "Err... Aku lupa lah Qai... Hehehe, peace," katanya sambil menunjukkan simbol peace.

   Aku menepuk dahi. Ya Allah... Dia boleh lupa benda penting macam tu?

   "Astaghfirullahalazim... Fiya? Serius lah? Benda macam ni pun kau boleh lupa?"

   Fiya hanya tayang giginya yang tersusun cantik. Aku pula sudah menggelengkan kepala. Dah nyanyuk agaknya kawan aku ni!

   Suasana di bilik itu tiba-tiba sunyi. Fiya sudah menekur memandang telefon pintarnya. Manakala aku pula sekejap-sekejap pandang orang sebelah.

   "Err... Fiya?" panggilku perlahan.

   "Yes?" sahutnya. Matanya masih tidak beralih daripada telefon.

   Aku pula teragak-agak ingin mengatakan sesuatu.

   "Err... Kau rasa kan, err... Kalau aku...pakai tudung masa akad nikah tu... Okay tak?"

   Sepantas kilat kepala Fiya terteleng memandang aku. Matanya terbuka luas.

   Aku masih menunggu jawapan dari Fiya. Memang aku dah pasang niat dari dulu lagi, aku akan mula bertudung bila dah pegang status sebagai isteri orang.

   Fiya masih tayang riak tercengang. Aku dapat lihat matanya mula berkaca. Bibirnya tersungging senyuman lebar.

   "Qai... Ya Allah, akhirnya doa aku dah termakbul!" luahnya. Tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya.

   Aku juga turut membalas pelukannya dengan lebih erat. Aku juga turut merasa sebak. Bukan kerana sedih. Tapi, kerana gembira.

   Setelah agak lama kami berpelukan, pelukan dileraikan. Senyuman Fiya pula masih tidak lekang dari bibir. Begitu juga dengan aku.

   "Jadi, lepas kahwin ni... Kau akan bertudung?" soal Fiya.

   Aku mengangguk yakin.

   "Memang itu niat aku. Bila aku dah kahwin, aku akan bertudung."

   Senyuman Fiya semakin melebar. Tangan aku digenggam erat oleh Fiya.

   "Qai, aku tumpang gembira dengan kau. Aku happy sangat, Allah dah makbulkan doa aku selama ni." luahnya dengan penuh perasaan.

   Aku mengukir senyuman nipis. Rasa terharu, kerana ada sahabat yang tak pernah berhenti berdoa untuk aku. Dan selalu sokong aku dari belakang.

   "Terima kasih Fiya... Sebab selalu ada dengan aku. Tak pernah bosan dengan aku walaupun aku ni... Tak macam perempuan lain kat luar sana tu. Aku tak masuk air, lepas tu suka tayang muka tak ada perasaan tu." kataku diselangi dengan ketawa.

   Fiya turut ketawa bersama dengan aku.

   "Tak, kau kawan yang paling best yang pernah aku jumpa! Kau tak mengada macam perempuan yang pernah aku jumpa. Kau tak berlagak. Dan sebeku-beku kau pun, kau still ambil berat tentang orang sekeliling kau. Serius, aku bersyukur sangat sebab ada kawan macam kau dalam hidup aku." luahnya.

   Aku tak dapat nak halang bibir aku dari terus senyum. Ya, aku bahagia bila ada kawan-kawan yang baik disekeliling aku. Hanya ada mereka, dah cukup buatkan hidup aku lebih lengkap.

   "Qash tahu ke pasal ni?" soal Fiya.

   Aku senyum nipis lalu menggeleng. Biarlah dia tak tahu. Sampai masa majlis akad nanti, baru dia tahu.

   Fiya sudah tersenyum lebar.

   "Aku yakin dia akan terkejut beruk nanti. Eee tak sabarnya nak tengok reaction dia!"

   Aku tergelak kecil. Tapi aku mengakuinya, aku pun tak sabar nak tengok reaksi dia nanti.

   "Haih... Dah lah. Boleh pulak kita bersinetron malam-malam buta ni. Eee apa ni... Aku bukan cengeng macam ni argh!" ujarku dengan sisa tawa.

   Fiya juga turut ketawa sama.

   "Alah, bukan selalu nak tengok kau cengeng macam ni. Limited edition tahu!"

   Aku tergelak kecil. Kepala Fiya jadi mangsa tolakan aku.

   "Banyak lah kau punya limited edition!"

    Kami sama-sama ketawa.

   "Lepas ni, aku tak keseorangan lah kalau nak shopping tudung. Kau dah ada sekali!" kata Fiya.

   Aku ketawa kecil. Ya, selama ni Fiya kalau nak beli tudung, dia sorang je. Sebab dia je yang pakai tudung. Sekarang dah ada aku, bertambah seronok lah makcik ni.

   "Eh, dah lah. Aku nak tukar baju. Lama pulak aku pakai baju ni."

   Fiya tiba-tiba tersengih-sengih.

   "Aku tahu lah kau excited nak kahwin..." usiknya.

   Aku tayang muka beku.

   "Dah jangan nak mengarut. Keluar. Aku nak tidur." halauku.

   Bibir Fiya muncung sedepa. Dia berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik aku. Aku menukar pakaian dan suis lampu bilik, aku tutup.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Don't forget to VOTE & SHARE!

#ToBeContinue

Update : 28 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

23K 565 23
In which a girl is forced to go to a party to meet new people and meets a boy
4.3M 287K 61
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
4.4K 219 13
You keep seeing him in your dreams, imaginations, thoughts.... ,but you don't know him He doesn't show you himself and whenever you see him ,you can...
734K 105K 39
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...