[OG]Drowning Love | Mafia • D...

By fierose_

3.8K 394 19

[SLOW UPDATE] Cinta. Cinta itu datang tanpa di sangka. Cinta itu juga duduk di hati dan menghadirkan sesuatu... More

Prolog 👠
BAB 1|CINDERELLA
BAB 2|EYES TO HEART
BAB 4|DARK WORLD
BAB 5|PLAY GAME
BAB 6|SOMEBODY TO LOVE
BAB 7|DIRGAHAYU
BAB 8|ROSE
BAB 9|SILENCE
BAB 10|PRETTY LIES
BAB 11|NIKAH
BAB 12|WIND OF LOVE
BAB 13|BROKEN HEART
BAB 14|PROMISE
BAB 15|SECRET
BAB 16|SAVE HER
BAB 17|MIDNIGHT
important

BAB 3|HEARTBEAT

265 29 0
By fierose_

Your name is written in my heart”

🔱🔱🔱

Mikael memandu kereta dalam keadaan tidak tenang. Air liur di telan.

Arya masih merenung tajam ke arah lelaki itu. Entah lelaki mana yang angkut dia sekarang ini.

"Encik ni siapa? Baik bagi tahu sebelum saya berkasar nanti" soal Arya geram. Banyak kali dia tanya dekat lelaki itu, lelaki itu hanya diam sahaja sehingga sekarang.

"Kau tak kenal aku, Arya? " soal Mikael Dameer.

"Tak pernah kenal langsung. Kita pernah berjumpa ke? " soal Arya pula.

"Pernah" balas Mikael ringkas.

"Bila tu wahai encik? " soal Arya yang sudah memusingkan badannya ke arah Mikael. Mikael yang perasan itu terus berdehem kecil. Dalam fikirannya pula, mereka berjumpa waktu kecil dulu. Mustahil kalau Arya masih ingat kecuali dirinya sahaja kerana waktu itulah dia jatuh suka pada Arya.

"Stop calling me encik, nama aku Mikael. Panggil sayang pun boleh" balas Mikael sedikit mengusik. Mata sebelahnya sempat dikenyitkan kepada Arya.

Krikk—

Krikk—

Kedengaran cengkerik berbunyi.

"Aaaa okey" balas Arya sambil membetulkan tubuhnya menghadap ke hadapan semula selepas melihat wink dari Mikael. Kenapa dia rasa seram sekarang ini?

"Boleh tak hantar saya tempat asal semula? Luka ni saya boleh rawat sendiri. Sikit je ni tak teruk pun" ujar Arya.

"Tak boleh. Lagipun dah nak sampai" balas Mikael mendatar. Dia kembali fokus memandu setelah Arya tidak menanyakan apa-apa soalan.

Setelah beberapa minit dalam perjalanan, akhirnya mereka telah sampai. Arya memandang di sekelilingnya. Kedua matanya tak henti melihat. Sekarang dia berada di hadapan sebuah rumah agam atau mansion milik lelaki itu. Kelihatan juga ada beberapa orang lelaki berpakaian suit hitam menjaga di sekeliling kawasan mansion ini.

Mikael sudah keluar dari kereta. Dia menuju ke arah Arya untuk membuka pintu kereta itu. Namun, Arya masih tidak sedar pintu kereta sudah dibuka untuknya. Mikael menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Arya. Wajah di dekatkan pada tepi wajah Arya yang masih memandang ke arah lain itu.

"Sayang? " bisik Mikael.

"Huh? " Arya terus memusingkan kepalanya dan tanpa sengaja, bibirnya terkena pada bibir Mikael. Kedua mata Arya membulat besar dan terus menjauhkan wajahnya kebelakang. Kini wajah Arya sudah memerah.

"Want to kiss me more? Boleh sambung dekat dalam" soal Mikael yang sudah tersenyum nakal. Dirinya juga sedikit terkejut apa yang terjadi. Tidak menyangka pula berlaku.

"Stay away encik Mikael! " ujar Arya sambil menolak dada lelaki itu kuat. Mikael terdorong ke belakang sedikit. Arya sudah keluar dari kereta itu. Rambutnya di betulkan sedikit.

"Let's go inside" ajak Mikael sambil menarik pergelangan Arya.

"For what? " soal Arya. Mikael menghentikan langkahnya.

"Nak sambung kiss kita tadi lah" balas Mikael. Arya pula sudah cuak. Mikael tergelak kecil.

"Kau luka, aku nak rawat kaulah" jawab Mikael kemudian menarik tangan Arya kembali. Arya sudah mengutuk dalam hati. Apakah yang sudah terjadi padanya sekarang ini?

Skip—

Mikael menampal hansaplast yang ada luka di dahi Arya. Arya pula hanya mendiamkan diri di atas sofa itu. Sekarang dia berada di ruang tamu. Suasana sedikit sepi.

"Okey dah. Lain kali jangan bergaduh. Kau tu perempuan " pesan Mikael sambil menutup kembali first aid kit yang sudah dibuka tadi. Dia kembali memandang wajah Arya yang ada di hadapannya. Arya masih menunduk wajahnya sambil jemarinya membalas chat dari Adrian.

"Look at me when I'm talking, sweetheart—" ujar Mikael sambil jari telunjuknya memegang dagu Arya untuk didongakkan agar memandangnya. Ibu jarinya pula diusap lembut pada dagu Arya. Kemudian di bibir munggil perempuan itu di usap lembut juga.

Arya terkaku. Entah kenapa dia tidak mampu bergerak atau menghalang akan perbuatan lelaki misteri di hadapannya. Arya masih memandang kedua mata lelaki itu. Mata lelaki itu masih melihatnya dengan satu renungan hangat.

Mereka berdua saling bertatapan lama. Mikael melihat wajah cantik Arya. Kulitnya putih mulus dan ianya sangat sempurna di matanya.

Manakala Arya, memandang wajah lelaki itu. Mikael mempunyai mata bewarna hazel. Arya jarang melihat warna mata itu. Dia seakan mula tertarik. Arya memandang pula pada hidung mancung lelaki itu. Kemudian turun pada bibir. Ianya kelihatan sempurna letaknya.

"Wahai Arya, adakah kau sedang gila sekarang ini? " bisik hati Arya.

Mikael tersenyum nipis sebelum dagu Arya ditarik dekat dengan wajahnya. Kini hembusan nafas lelaki itu terasa hangat sekali pada kulit wajah Arya. Mereka seakan berada dalam dunianya sendiri.

Tapp

Tapp

Kendengaran bunyi tapak kasut semakin mendekat.

"Amboi, nak buat pun janganlah dekat sini. Buatlah dekat bilik" tegur Olivia,adik perempuan kepada Mikael.

Mikael dan Arya tersentak hebat.

"Ehem! " Mikael terus berdiri sambil membetulkan tienya. Arya pula terus memandang ke arah lain.

"Kenapa terkejut? " soal Olivia sambil tergelak.

"Nak apa datang sini malam-malam Olivia? " soal Mikael sedikit geram. Terlepas sudah peluang tadi.

"Lah marah ke abang ku?. Nak cakap sikit lah pasal em kerja tu " balas Olivia sambil memandang ke arah Arya yang sedang pandang ke arah lain. Mikael melihat gelagat adiknya.

"Siapa tu? Tak pernah nampak pun" bisik Olivia.

"Jangan menyibuk boleh? Nak cakap pasal kerja tu je kan. Tunggu dekat atas" arah Mikael. Olivia memasamkan wajahnya. Namun dia tersenyum senget.

"Hi! girlfriend abang ke? Nama I Olivia" tegur Olivia sambil duduk di sebelah Arya. Mikael menghembus nafas keluh. Susah betul nak kawal perangai adiknya itu.

Arya memandang Olivia sambil memberikan senyuman. Sedikit awkward pula rasanya.

"Hii, saya Arya" balas Arya. Mereka berdua bersalaman. Olivia tak henti memandang wajah Arya. Perempuan itu sungguh cantik di matanya.

"Kenapa? " soal Arya hairan kerana Olivia asyik memandang wajahnya.

"Arya? " soal Olivia lagi. Arya angguk perlahan.

"Abang,  don't tell me that she—" Olivia sudah menutup mulutnya kerana sedikit terkejut. Arya sudah hairan. Apakah yang terjadi?

"Olivia, enough" Mikael sudah menarik adiknya agak menjauh dari Arya. Dia tidak mahu Arya berfikiran bukan-bukan.

"Hey, what's wrong? I like her!  Pandai abang pilih ye" jawab Olivia sambil menyiku perut Mikael.

"Stop it Olivia. Abang nak hantar dia balik. Tunggu kat bilik atas" pesan Mikael sebelum manarik tangan Arya untuk ikut keluar bersamanya.

"See you again sister-in-law! " jerit Olivia. Dia tersenyum suka. Perempuan itulah yang dia pernah nampak dalam gambar di bilik abangnya. Itupun dia tidak sengaja ternampak.

Skip—

Arya hanya diam di dalam kereta. Dalam fikirannya banyak persoalan. Mengapa mereka mengenalnya namun dia tidak?

Mikael memandang sekilas ke arah Arya.

"Are you okay? " soal Mikael.

"Okey" balas Arya ringkas.

Suasana sepi semula sehinggalah Mikael menghantar Arya ke kawasan perumahan setinggan semula. Kelihatan Adrian dan Hayden menunggu Arya tiba kerana Arya ada memberikan pesanan bahawa dia akan datang semula. Lagipun motornya masih di situ. Kunci pula padanya.

"Boss dating ke? " usik Hayden. Arya yang baru turun dari kereta memandang tajam ke arah Hayden.

"Arya–" panggil Mikael yang masih di dalam kereta. Cermin tingkap kereta sudah diturunkan oleh Mikael.

"Nak apa lagi? " jawab Arya malas sambil memusingkan tubuhnya menghadap Mikael.

"Uish jangan marah-marah nanti hati aku makin cair" balas Mikael sambil memegang dadanya. Arya menjulingkan matanya keatas.

"Nanti jumpa lagi. Bye sweetheart—" ujar Mikael lalu bagi wink lagi kepada Arya. Cermin tingkap kereta dinaikkan semula lalu kereta itu bergerak pergi.

Arya terdiam di situ malihat kereta yang dipandu oleh Mikael semakin menjauh. Apakah yang sudah terjadi pada dirinya? Macam-macam yang dia kena hadapi. Blur kejap.

"Amboi boss, tengok jodoh pergi ke tu? " usik Adrian pula. Arya tersenyum senget kepada mereka berdua. Kali ini dia sudah tidak boleh sabar. Kali ni dia perlu bagi makan dekat dua makhluk itu.

"Siap koranggg!!! " Arya sudah menjerit sambil berlari laju ke arah mereka berdua yang tidak jauh dengannya.

"Sorry boss!!! " Hayden dan Adrian sudah lari tidak cukup tanah. Nampaknya, boss mereka malam ini cukup marah sekali. Tamatlah riwayat hidup mereka berdua kali ini.

🔱🔱🔱

Pada hari esoknya, seperti biasa Arya dan Makcik Ejah menyiapkan sarapan untuk Ibu tiri dan adik beradik tirinya. Setelah mereka bertiga sudah turun untuk makan, Arya dan Makcik Ejah mengemas apa yang patut di dapur.

Tidak lama kemudian, kedengaran Rosy memanggil di meja makan.

Makcik Ejah bergegas ke arah Rosy. Arya masih di dapur kerana dia sedang mengelap pinggan dan cawan.

"Ada apa Rosy? " soal Makcik Ejah.

"Makcik Ejah, mana air susu aku? Aku nak minum macam mana kalau tak ada? " soal Rosy geram.

"Ouh Makcik Ejah lupa kejap ye" balas Makcik Ejah lalu bergegas ke dapur semula.

"Cepat sikit jangan lambat jalannya tu! " ujar Rosy lagi.

"Rosy, lembut sikit cakapnya tu tak boleh ke? " tegur Kashaf yang sedang makan itu.

"Rosy tak salah, orang tua tu yang salah" ujar Puan Mawar pula. Kashaf menggeleng perlahan. Tidak tahu membalas apa.

Makcik Ejah kembali semula dengan membawa segelas air susu di tangannya. Tempat Rosy ditujunya. Namun, gara-gara gementar yang dirasakan oleh Makcik Ejah, susu itu telah tertumpah pada baju Rosy. Gelas yang di pegang oleh Makcik Ejah sudah mengigil.

"Apa ni orang tua! " marah Rosy. Puan Mawar dan Kashaf sedikit terkejut dengan jeritan Rosy itu.

"Maaf, Makcik Ejah tak sengaja–" ujar Makcik Ejah yang sudah cuak.

"Habis kotor baju aku lah" marah Rosy lagi lalu tanpa di duga tubuh Makcik Ejah di tolak oleh Rosy.

Bukk!!

"Rosy! " Kashaf sudah marah sambil bangun dari duduk. Kashaf membantu Makcik Ejah untuk bangun semula. Namun, Makcik Ejah susah untuk bangun kerana terasa sakit di punggungnya.

"Padan muka dia lah siapa suruh tumpahkan kat baju aku? Mahal tau! " jawab Rosy tanpa rasa serba salah. Puan Mawar hanya tersenyum sahaja.

"Kenapa ni? " soal Arya yang baru muncul itu. Di dapur dia sudah dengar bising-bising jadi dia bangun untuk melihat apa yang terjadi.

Namun kedua mata Arya melihat Makcik Ejah yang masih terduduk di atas lantai itu. Arya bergegas mendapatkan Makcik Ejah.

"Makcik kenapa ni? " soal Arya cemas. Kelihatan Makcik Ejah susah untuk bergerak. Mungkin terjatuh kuat tambah lagi sudah berusia. Kashaf dan Arya cuba membantu Makcik Ejah berdiri semula.

"Aku tolak dia. Ada masalah ke? " ujar Rosy sambil memandang wajah Arya tanpa rasa serba salah. Arya sedikit ternganga. Kenapa asyik orang sekelilingnya ingin buat dirinya marah?

"Kenapa tolak Makcik Ejah? Dia dah tua, dah tak larat. Tak ada rasa hormat ke dekat dalam diri kau tu?" jawab Arya geram. Dia sudah tidak pedulikan statusnya. Sungguh pantang kalau ada orang macam ni wujud.

"Amboi. Berani ye?  Ibu tengoklah perempuan ni sekarang " balas Rosy sambil bercekak pinggang.  Puan Mawar sudah bangun dari duduk lalu berdiri di sebelah Rosy.  Tubuh Arya di pandang atas bawah.

"Kau siapa nak cakap macam tu? Suka hati anak akulah nak buat apa pun. Dah memang salah orang tua tu. Tak boleh diharap lagipun. Oi orang tua, aku pecat kau. Jangan kerja lagi dekat sini. Faham?!" ujar Puan Mawar. Rosy tersenyum puas.

"Ibu! Tak perlu lah sampai nak pecat Makcik Ejah. Yang salahnya Rosy, mengada sangat nak susu bagai. Pergilah ambil sendiri" ujar Kashaf pula yang sudah tidak dapat menahan diri.

"Kashaf! " Puan Mawar terkejut akan percakapan anaknya itu. Selama ini, Kashaf selalu menuruti arahannya dan tidaklah melawan.

"Kau orang tua! Sebab kau lah anak aku dah pandai melawan tau! " Puan Mawar mendekati Makcik Ejah. Namun di tahan oleh Arya.

"Ibu, apa yang tak puas lagi? " soal Arya.

"Aku tak puas hati dengan kau juga perempuan! Masa ayah kau hidup, hanya kau sahaja yang dia pandang! Aku dan anak-anak aku hanya layan biasa sahaja dalam rumah ni. Apa yang kau nak semua ayah kau belikan!" bahu Arya di tolak banyak kali. Arya terundur ke belakang lalu tersenyum senget. Arya melangkah ke hadapan semula.

Puan Mawar dan Rosy terkejut akan perlakuan Arya.

"Ibu tak tahu ke maksudnya apa? " soal Arya. Puan Mawar mendiamkan diri.

"Maksud dia, Ibu jealous. Ibu tak rasa bersyukur ke sebab ayah dah jadikan Ibu isteri ayah? Semuanya ayah tanggung. Apa yang tak puas hati lagi?" jelas Arya.

"Kau perempuan baik tutup mulut kau. Aku benci tengok muka kau! " marah Puan Mawar.

"Aku nak kau keluar dari rumah ni. Orang tua tu pun sama, berambus dari sini! " arah Puan Mawar yang sudah tidak tahan.

"Ibu, apa Ibu cakap ni? " soal Kashaf tidak puas hati.

"Kashaf cukup. Arya boleh bawa Makcik Ejah keluar dari rumah ni. Arya boleh hidup sendiri dekat luar" balas Arya.

"Bagus. Kau jangan jejak kaki dekat sini lagi" ujar Puan Mawar tanpa bayak fikir lagi. Sakit mata sudah melihat orang tua dan perempuan itu.
"Tapi satu je Arya nak pesan. Jangan lupa punca kematian ayah. Ingat baik-baik sebab Arya ada bukti. Ibu tunggu sampai masanya nanti, Ibu akan kehilangan semuanya—" ujar Arya sambil tersenyum lebar.

"Makcik Ejah, jom Arya bawakkan ke bilik. Kemas apa yang patut. Arya akan jaga Makcik Ejah nanti" arah Arya sambil melangkah pergi. Makcik Ejah sudah tidak boleh berkata apa lagi. Dia hanya menuruti kata Arya.

Puan Mawar sudah membulat matanya. Wajah Arya yang  sedang melangkah pergi di pandang tajam. Dirinya tidak mampu untuk melawan kata-kata itu. Kashaf dan Rosy memandang wajah Ibunya. Mereka berdua tidak tahu apa yang sudah berlaku.

"Ibu apa Arya maksudkan? " soal Kashaf. Rosy juga menanti akan jawapan dari Ibunya.

"Perempuan tu cuma bohong. Tak perlu percaya. Tak ada apa yang terjadi. Sudah tak perlu pedulikan diaorang" ujar Puan Mawar lalu duduk kembali di meja makan. Rosy ikut duduk semula. Kashaf mengikuti mereka semula membantu apa yang patut. Dia sudah tidak boleh melakukan apa-apa kerana dia tiada hak.

Puan Mawar terdiam di meja makan itu. Dalam fikirannya sudah berfikir macam-macam. Kalau boleh dia tidak mahu mengingati semula. Tapi, Arya mengungkit semula kisah itu.

Apa yang terjadi atas kematian Encik Malik? Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Manakala, Kashaf membantu Makcik Ejah mengemas pakaian dan barang yang lain. Arya pula mengemas barang di biliknya. Arya mengemas apa yang perlu sahaja seperti pakaian dan keperluan hariannya. Segala perabot di biarkan sahaja.

Telefon di ambil lalu mendail nombor Adrian. Dia meminta Adrian untuk mengambilnya menggunakan kereta. Adrian yang pelik ingin menanyakan lebih lagi. Namun Arya membalas ianya urgent. Dan Adrian pun setuju tanpa banyak soalan.

Arya masuk ke bilik rahsianya lalu mencabut kertas yang terkandung maklumat di situ. Dia menghilangkan bukti yang ada tentang kerja keduanya itu. Kertas itu di koyakkan lalu di buang dalam tong sampah. Setelah puas, dia keluar dari bilik itu yang tersambung dengan almari bajunya. Pintu itu dikunci.

"Arya? " panggil Kashaf yang sudah masuk ke dalam bilik Arya. Pintu terbuka sebab itu lah dia masuk.

"Huh? Err nak apa? " soal Arya.

"Kenapa kunci almari baju tu? " soal Kashaf pelik.

"Ada barang yang Arya tak bawa. Nanti tengokkan lah bilik ni. Mana tau Rosy buat hal dalam bilik ni" balas Arya sambil tersengih kekok. Dalam hati Arya janganlah lelaki itu tau.

"Ouh sebab tu. Em Arya dah siap kemas ke? Arya nak duduk mana nanti? " soal Kashaf. Arya mengambil beberapa beg di atas katil lalu di angkat.

"Don't worry, Arya boleh tumpang dekat rumah kawan" tipu Arya lalu bergegas keluar.

"Err kawan Arya yang mana? " soal Kashaf lagi.

"Kashaf jangan risau. Arya boleh jaga diri" balas Arya lalu turun dari tangga sedikit laju. Tidak mau Kashaf menyoal banyak lagi. Kelihatan Makcik Ejah sedang duduk di kerusi bersama beberapa begnya. Arya tersenyum melihat Makcik Ejah. Sekurangnya dia boleh jagakan Makcik Ejah sekali. Orang tua itu sudah tiada siapa-siapa.

"Makcik Ejah, jom? " panggil Arya. Tangan Makcik Ejah di pegang. Kashaf pula membantu mengangkat beberapa beg milik Makcik Ejah.

"Kita nak kemana Arya? " soal Makcik Ejah.

"Adalah. Makcik Ejah ikut Arya" balas Arya. Mereka bertiga berjalan ke luar. Kelihatan Adrian sudah menunggu di luar pagar bersama kereta yang dia bawa.

Arya meletakkan barang di boot belakang kereta.

"Makcik Ejah masuk dulu dalam kereta. Kawan Arya bawakkan. Arya kena bawak motor kesayangan Arya tu hehe" ujar Arya. Makcik Ejah menangguk setuju.

"Boss kenapa ni? " bisik Adrian. Kashaf pula sudah pandang pelik. Siapakah lelaki itu?

"Kau bawak Makcik Ejah ke rumah kita. Aku nak bawak motor aku" arah Arya.

"O-okey" balas Adrian lalu masuk kembali dalam kereta. 'Rumah kita' yang dikatakan oleh Arya ditujunya.

Arya kembali ke arah motornya yang terparking di garaj kereta itu. Motor itu dibeli guna duitnya sendiri, memang tidak lah dia mahu tinggalkan di sini. Kashaf mengikuti Arya dari belakang.

"Arya betul ke nak tinggalkan rumah ni? Arya dah fikir masak-masak. Inikan rumah peninggalan arwah ayah Arya? " ujar Kashaf. Arya sudah memakai helmet di kepalanya. Enjin motor sudah di hidupkan. Wajah Kashaf di pandang.

"Kashaf tengokkanlah rumah ni. Arya tahu Kashaf berbeza orangnya. Jangan risau. Arya dah 25 tahun, dah besar dah. Kashaf kerja elok-elok okey dan jaga diri"ujar Arya.

"Jaga diri juga, Arya. Kalau ada apa-apa telefon Kashaf. Okey? " pesan Kashaf yang masih berat melepaskan Arya pergi.

"Iya. Arya pergi dulu" jawab Arya. Visor iaitu cermin helmet diturunkan. Arya akhirnya bergerak pergi meninggalkan rumah ini yang banyak memori untuknya.

Tapi tak mengapa kerana satu hari nanti dia akan datang semula. Menuntut semula hak dia. Hari ni dia membiarkan sahaja apa yang terjadi.

Kashaf menghantar pandangan Arya hingga menjauh pergi. Sungguh tidak sangka apa yang berlaku pada hari ini. Dia perlu teruskan hidupnya tanpa Arya yang selalu Membuatnya gembira dalam diam. Namun tiada lagi.

.
.
.

p/s: thanks vote💙

Continue Reading

You'll Also Like

34.4K 1.2K 82
Coming Into Your World I Fell In Love With You| "I'm...In love with someone who's in a TV show?! And he's not even in the show he's supposed to be a...
75.4K 2.7K 61
His lessons on hiding the truth were from the Japanese Government itself who asked a bunch of middle schoolers not to even tell their parents that th...
34.5K 998 15
As Y/N, you work with the equipment in Task Force 141. You handle the Walkie Talkies, you try out the new guns to see if they are manageable, you cre...
9.4M 264K 36
"Don't touch me" He said through gritted teeth, "I don't know what I'll do if you touch me" My heart dropped. "I don't want to see you like this" I...