[C] Stockholm + San ATEEZ

By borasaekbyeol

36.4K 5.1K 2.5K

《Sinopsis》San, seorang psychopath yang bekerjasama dengan Yunho dalam pasaran gelap menjual organ. Tugasnya a... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Stockholm
18
19
20
21
22
23
24
25
Dissaperance of Moon Hwari-26
an attack to u bestie<3
Seonghwa's Investigation-27
Reunion (pt.1)-28
Reunion pt.2: Sudden Confession -29
Seonghwa's Investigation 2 - 30
End of season one -31
Season 2 announcement!!!
3eason2?
33
34
35
36
37 - Spekulasi
39 - Feelings over Logic
40 - Save hwari pls #petition💀
41- ain't no 2 parts for this, here 2.8k words chapter
42
43
44 - Hwari, Yunho & San... Yujin?
45- Non-blood Related Brothers, Ends with Blood
46 - KARMA: Everything Circles Back (Finale)
EPILOG
Alternate Ending: Deleted scene #1
Extras: *Detective* Kang Yeo Sang
Extras: Yujin
Deleted scene #3: Lee Ren

38

423 86 35
By borasaekbyeol

"Wooyoung!" Yeosang berkata dengan nada yang cemas.

"Orang yang laporkan bukan San.."

Wooyoung memandang Yeosang sekilas dan mengangguk lalu mengambil kunci kereta peronda yang berada di atas mejanya yang dia belum simpan balik di pejabat ketua mereka.

Wooyoung berjalan dengan laju menuju ke pintu keluar, Yeosang pula melihat sekeliling di mejanya jika ada sesuatu yang dia perlu bawa, setelah itu Yeosang segera berlari keluar dengan fail kes di tangannya.

Mereka yang berada di stesen polis itu keliru dengan reaksi yang Yeosang dan Wooyoung berikan. Namun  ketua mereka tidak mengarahkan yang lain untuk menghentikan apa yang mereka lakukan.

Vroom vroommmm!

 Wooyoung memusingkan stereng. Mereka sampai dihadapan rumah San dan Wooyoung memarkirkannya di bahagian tepi kiri dinding tembok dan tanpa berlengah, mereka segera keluar daripada kereta dan memanjat tembok rumah San, tidak ingin membuka pintu pagar secara paksa kerana ia akan meng-alertkan San tentang kehadiran mereka.

"Macam mana kita nak masuk?" Wooyoung meamandang wajah Yeosang, mereka berdua duduk mencangkung dahulu sebelum masuk kedalam rumah.

Yeosang berfikir sekejap lalu teringat tentang kereta San.



*****

Yeosang pergi kembali ke luar dan mendekati kereta San dengan berhati-hati, kereta San mempunyai black box yang boleh merakam sesiapa sahaja yang melintas di hadapan.

Setelah pasti tiada sesiapa yang boleh tahu apa yang dia akan lakukan selepas ini, Yeosang dengan segera menendang kereta San berkali-kali dengan kuat.

Disebabkan itu, kereta San mengeluarkan bunyi siren yang kuat. Alarm kereta San dipasangkan.

Dengan itu Yeosang menunggu untuk San keluar supaya Wooyoung dapat memasuki ke dalam rumah secara senyap-senyap dan mencari Hwari sementara Yeosang menarik perhatian San.

Seperti yang dijangka...

San membuka pintu rumahnya, Wooyoung yang menyorok di satu sudut setelah memanjat tembok tadi nampak peluangnya untuk masuk ke dalam. Dia menunggu sehingga San keluar dari pintu pagar dan berlari masuk kedalam rumah.

Jantung Wooyoung berdegup dengan kencang, begitu juga Yeosang, berharap yang plan ini akan berjaya.

San menoleh ke belakang buat beberapa saat.

Lalu menoleh kembali kedepan.

Wooyoung menutup pintu dengan cepat lalu menyandarkan belakangnya, dia mengesot ke bawah kerana idea yang San menculik seseorang dihadapan matanya membuatkan dia loya. San yang dia kenal tidak mungkin akan buat perkara begini.

Setelah mencari nafas untuk melawan perasaan gementar, Wooyoung berdiri dan memukul pehanya.









Di luar;

"Ugh kenapa kereta ni? Kena langgar ke apa sampai alarm terpasang?" San mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar dan menekan butang, dengan itu alarm kereta tertutup dan tidak berbunyi lagi.

San kemudian mengelilingi keretanya untuk mencari punca kepada yang menyebabkan keretanya bising.

"Ah macam mana ni?" Yeosang bersuara dengan nada kesal, keningnya dia kerutkan. Memulakan lakonan.

San terkejut ternampak Yeosang yang tengah mencangkung dan melihat sumber bunyi bising yang keretanya buat. Yeosang menyentuh bahagian yang kelihatan sedikit kemek daripada tendangan dia.

"Y-Yeosang?! Oh my god, you scared me." San berkata sambil menyentuh dadanya.

'This time, my suspicion and judgment towards him will be true, I'll make sure of that.'  Yeosang.





*****





"I see... that's what happen." San berkata, dia memberikan Yeosang segelas air kosong.

Mereka berdua kini berada di dalam rumah San dan duduk di depan kaunter island dapur. San yang mempelawa Yeosang untuk masuk apabila Yeosang ingin memberitahu penipuan tentang perkara yang terjadi.

Sesampai di dalam rumah, Yeosang melihat sekeliling untuk mencari kelibat Wooyoung namun bayangnya pun tiada.

Yeosang menceritakan apa sahaja yang dia mampu reka dengan San yang memberikan respon sambil menganggukkan kepala.

Dari perspektif Yeosang, San seperti termakan umpan yang dia letakkan.

Tetapi daripada perspektif San...

Kesan kemek itu sungguh kecil untuk menjadi kejadian langgar dan lari oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Yeosang yang secara kebetulan ada dan juga kejadian di G**Market membuatkan San lebih sensitif dan peka terhadap persekitarannya kebelakangan ini.

Dan fakta di mana seorang pegawai polis dengan pangkat seperti Yeosang akan ada partnernya untuk laksanakan tugas...

Kejadian yang berlaku di mana Yeosang pecah masuk rumah San juga membuatkkan dia lebih curiga dengan kehadiran Yeosang.

Setelah Yeosang selesai bercakap, San bingkas bangun.

San kemudian menuju ke singki di mana terdapat bekas pisau, piring, mangkuk dan utensil lain-lain. San membuka paip air singki lalu menanggalkan sarung tangan hitamnya.

"But you know Yeosang... I'm really suspicious of something.." San meletakkan sarung tangannya ke tepi lalu dia menjeling pisau-pisau yang berada di dalam bekas itu.

"Hmm? What is it?"

San mengambil sebilah pisau dan melontarkannya ke arah Yeosang.

Mata Yeosang terbeliak memandang sebilah pisau terbang ke arahnya seperti malaikat maut yang memanggil, Yeosang statik, masih memproses perkara yang berlaku. Refleksnya tidak secepat seperti masa sebilah kapak hampir memecahkan kepalanya.

shing!

Pisau itu tepat-tepat...

tepat...

tepat...

persis..

melepasi pipi Yeosang, meninggalkan satu calar yang lurus. Sedikit daripada hujung rambutnya terpotong.

Kling Kling!

Pisau tersebut jatuh ke lantai setelah mengenai dinding yang jauh dan melantun ke lantai. 

Peluh sejuk menitis dari rahang Yeosang, "...huh?" Terkejut, keliru dan rasa terancam dapat dilihat daripada ekspresinya.

Daripada calar di pipinya itu mengalir darah.

San kemudian mengambil lagi sebilah pisau dan charge ke arah Yeosang yang defenseless.

Bukkk!! Bunyi hempapan kuat bergema ke seluruh rumah.

Yeosang dengan segera cuba berdiri dari duduk namun San yang berlari ke arahnya, membuatkan dia jatuh ke lantai secara baring. San mengenakan daya yang kuat dan memerangkap Yeosang di bawah dirinya.

San cuba menghunuskan pisau tersebut, tetapi Yeosang cepat-cepat memegang pergelangan tangan San dan menghalang pisau yang berada hanya beberapa inci dari muka Yeosang.

"Ughh!" Yeosang mengerang, dia tidak sangka San lebih kuat daripada sangkaannya.

Mata Yeosang tertarik kepada tangan kanan San, tangannya yang mempunyai kesan melecur yang teruk. Kemudian Yeosang sedar akan sesuatu dan teringat apa yang dia katakan tentang kes mayat muka dikerat bersama Wooyoung tadi.

"Yeosang, every single words you spat out earlier is just lies. I know." San menolak tangannya, memaksa diri.

Tangan Yeosang dan San bergegar, dua dua menggunakan kekuatan masing-masing untuk membunuh dan untuk tidak dibunuh.

" Why didn't you say so earlier so we can end this heh?" Yeosang mengerutkan keningnya dan tersenyum sinis.

San menaikkan keningnya, "I was trying to be polite, but since this happened, I'll make sure to treasure that head of yours somewhere in this house." 

"I don't understand why many people like you, I always felt like there's something behind your smile. Now I know why, kidnapping? Possibly.. a murder?" Yeosang memprovokasi San, hanya calar di muka sahaja tidak cukup, San mesti menyerang Yeosang, pegawai polis yang berkhidmat untuk negara dengan teruk. 

"Kidnapping? Murder? What makes you assume that? Do you have proof?" San menarik tangan kirinya dari menahan tangan Yeosang ke lantai dan menggenggam pisau dengan kedua tangannya untuk mendapatkan daya yang lebih kuat secara tiba-tiba.

Pisau tersebut berada lebih dekat dengan muka Yeosang.


*****

Beberapa minit sebelum kejadian...

 Selepas menutup pintu, Wooyoung mencari Hwari di setiap pisuk rumah.

Dia membuka pintu yang merupakan bilik San, namun tiada kelibat Hwari.

Wooyoung pergi ke dapur dan membuka kabinet-kabinet dapur di mana dia sangkakan boleh muat dengan tubuh kecil Hwari itu.

Wooyoung menggigit ibu jarinya apabila tiada sesiapa pun di aras pertama rumah ini, dia perlu cepat.

"Hwari... where are you..?" keluh Wooyoung, agak gementar.

Wooyoung menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Terdapat empat pintu, apabila Wooyoung memusingkan tombol, dua daripadanya berkunci, pintu seterusnya pula membawa Wooyoung kepada sebuah bilik stor yang gelap dan kelam.

Wooyoung mula rasa lebih gementar, takut yang jika tiada Hwari di sini, bermakna yang Hwari...

Wooyoung menampar pipinya, dia tidak sepatutnya berlagak seperti begini sekarang, dia menolehkan kepalanya ke pintu terakhir.

Wooyoung menghela nafas berat, ya, dia adalah pegawai polis yang akan berhadapan dengan situasi seperti ini dan banyak lagi namun, jika ianya adalah seseorang yang dia kenal walaupun hanya buat beberapa jam, semua ini terasa seperti suatu mimpi yang tidak mempunyai tujuan yang jelas. Wooyoung sentiasa mempunyai hati yang lembut dan empati yang tinggi.

Fikiran Wooyoung kosong, tangannya diangkat dan dia mengetuk pintu, berharap yang orang dia fikirkan berada di dalam.

Segala imej melintas di dalam minda tentang keadaan mangsa, diikat, digari dan sebagainya. Wooyoung memandang ke lantai dan menutup matanya buat beberapa saat sebelum memusingkan tombol.

"San?"

Mata Wooyoung terbuka semula. Suara itu...

Dia menaikkan sedikit kepalanya yang tertunduk, di hadapannya ialah...

Hwari.

Hwari menggosok matanya seperti dia baru bangun daripada tidur.

Kaki Wooyoung terasa lemah melihat Hwari di hadapannya, dia mengeluh lega dan mencari nafas kerana perasaan gementar itu sedikit demi sedikit mula hilang.

"Thank...god." Wooyoung menggenggam kedua bahu Hwari.

Mata Hwari masih kabur, menyangka yang mengetuk itu ialah San, tetapi apabila pandangannya makin jelas dia terkejut melihat Wooyoung.

"Hu-!" Hwari ingin mengeluarkan suara kerana terkejut namun Wooyoung segera menutup mulutnya.

"Shh! We're here to save you." Bisik Wooyoung.

Hwari yang tidak tahu apa-apa hanya mengerutkan kening, kenapa polis di sini...?!

Satu idea terlintas di minda Hwari, adakah Seonghwa..?

Bukk!!!

 Bunyi hempapan kuat dari aras bawah mengejutkan Hwari dan Wooyoung.

Apa yang tengah berlaku di bawah sana?



"Yeosang?!" Wooyoung segera berlari menuruni tangga sambil membawa Hwari bersama.

Disebabkan kelajuan Wooyoung secara tiba-tiba, Hwari hampir sahaja terpelanting jatuh ke bawah tangga tetapi dia sempat menstabilkan diri.

Dihadapan mereka ialah suatu senario, pisau yang San pegang semakin dekat untuk menikam muka Yeosang.

Tapak kaki yang berat itu mengalih perhatian San dan membuatkan dia menoleh ke belakang.

Yeosang pula menggerakkan anak matanya kerana jika dia bergerak sedikit pun, mukanya akan ditikam.

Melihat wajah Wooyoung dan Hwari membuatkan Yeosang rasa lega manakala melihat wajah Hwari dan Wooyoung membuatkan San rasa jengkel.

"Hwari!" San menjerit ke arah Hwari.

Yeosang nampak peluang, lalu memusingkan tangan San membuatkan pisau tersebut terpelanting ke tepi.  Kemudian Yeosang menumbuk wajah San supaya San tertolak ke tepi dari menindih badan Yeosang. Yeosang berdiri dengan cepat.

"Ugh!" San tertolak ke tepi dengan kasar oleh tumbukan Yeosang, namun bukan itu prioriti dia sekarang. San memandang ke arah Wooyoung sambil mengelap pipinya yang merah, mata San seperti membara dengan amarah apabila melihat Hwari disentuh oleh Wooyoung.

Dengan segera San berdiri lalu berlari ke arah Hwari dan Wooyoung.

"Hwari come to me..!" San mengerutkan keningnya ke atas, suaranya kedengaran sedih. San memanjangkan tangannya ke arah Hwari.

Kemudian, dunia San menjadi gelap. Badannya rebah ke lantai menunjukkan Yeosang yang berdiri di belakang dengan alat perenjat elektrik di dalam tangannya.








Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 395 15
Sape pernah tengok satu anime ni dia tau jalan ceritanya. Tapi saya tukar kepada ff. Mungkin saya tukar sikit sikit. Kim Dahyun,seorang yeoja yang bo...
1.5K 285 10
Kami menghitung hari... Biarpun memakan masa, Kami akan terus menunggu.
30.3K 5.2K 80
" you're the most dangerous drug of mine ". other people are addicted to drugs while he is only addicted to his sweetheart. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK...
5.2K 217 20
Sofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia berte...