His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 59

74.4K 3.8K 2.1K
By irenicmia

Tiga bulan kemudian,

Tubuh Adrian yang sedang fokus meneliti beberapa dokumen di meja itu didekati. Dokumen dan pen yang berada di tangan lelaki itu diambil dan diletakkan ke tepi lantas dia terus mendaratkan tubuh di atas riba Adrian.

Adrian menyandarkan badannya ke kerusi kerjanya.

"What's wrong, love? Hm?" Pinggang ramping Inara diusap olehnya.

"Abang, sayang rasa nak makan durian lah.." Adu Inara sambil hidungnya masih melekap pada kulit leher Adrian. Wangi!

"Out of sudden? Pukul 10 malam, love?"

"Esok kita balik kampung boleh tak? Nenek cakap dusun atuk berbuah banyak." Pujuk Inara.

"Esok?" Berkerut dahi Adrian. Inara menganggukkan kepalanya berkali-kali sambil matanya dipejam. Dia suka hidu bahu maskulin Adrian.

"Tapi, love—" Terus Inara menjauhkan diri daripada Adrian.

"Kalau tak boleh tak apa lah. I bukannya paksa pun." Dia ingin bangun daripada riba Adrian.

Adrian mencebikkan bibir. Halah! Merajuk lah tu? Dah tukar panggilan pula..

Pinggang Inara sekali lagi ditarik oleh Adrian membuatkan tubuhnya kembali mendarat di atas riba lelaki itu, "Bukan tak boleh. Tapi, kenapa sayang baru cakap malam ni? Kalau sayang cakap awal-awal, boleh lah abang inform Black terus.."

"Tak apa lah kalau tak boleh, I tak kisah pun." Inara masih dengan rajuknya. Tidak mahu paksa Adrian, lagipun dia tahu Adrian sangat mementingkan kerjanya.

"Boleh. Tengah hari esok kita balik kampung, ye?" Inara tersenyum lebar mendengar pernyataan tersebut.

"Serious? Aww thank you, baby daddy.." Leher Adrian dipeluk erat.

"Sayang, kenapa makin berat ni?" Topik ditukar. Sekali lagi, Inara menolak dada Adrian menjauhkan diri daripadanya.

"Abang kenapa? Tahu tak isu berat ni sensitif?" Sebelah tangan Adrian mengusap pinggang Inara manakala sebelah lagi berada di peha gebu tersebut.

"Lepaslah. I nak tidur.." Inara masih dengan rajuknya.

Boleh dia cakap kita makin gemuk?!

"No, sayang yang start dulu tadi." Kepala didaratkan di dada Inara.

"Sayang, your boobs getting bigger." Gumam Adrian di dalam pelukan membuatkan Inara terus menolak Adrian menjauh.

Tak senonoh!!

"Apa abang ni!"

"Betul lah, sayang. Abang tahu lah.." Ujar Adrian membuatkan wajah Inara terus merah membahang.

"Tak suka lah cakap pasal ni. Tadi cakap orang makin berat, lepastu dada makin besar pula. Abang nak cakap sayang makin gemuk kan?" Marah Inara kepada lelaki dihadapannya.

Adrian hanya diam membisu.

"Love.." Kedengaran amat menggoda suara Adrian pada pendengaran Inara. Tangan Adrian naik mengusap dan mengelus lembut pinggang Inara.

"What? Abang nak cakap pipi sayang bulat ke apa?"

"Are you pregnant?" Tebak Adrian.

Inara terus menjauhkan diri daripada Adrian, "Bencilah abang ni.. Baru nak surprise abang esok!"

Bibir dicebik lalu dada tegap Adrian ditepuk perlahan.

"Love.. Betul ke ni? Tak tipu? Sayang memang pregnant?" Wajah Adrian yang sedari tadi hanya menunjukkan kekeliruan akhirnya bersinar-sinar.

"Yes, baby daddy." Jawab Inara membuatkan Adrian terus mencium bibir munggilnya tersebut.

"Thank you, love." Ujar Adrian teruja dan dia mula mencium segenap wajah Inara dihadapannya.

Tangannya mula masuk ke dalam baju tidur satin yang dipakai oleh Inara. Perut kempis itu diusap olehnya dengan kasih sayang manakala bibir tidak henti mengoyakkan senyuman lebar.

"Esok pagi kita terus balik kampung. Sayang cakap je sayang nak makan apa. Name it, baby."

Jari runcing dimainkan di dagunya, "Ermm- For now sayang cuma rasa nak makan durian je. Tapi, manalah tahu kut-kut nanti teringin nak makan telur ostrich?"

"Anything for you. Sayang nak makan ostrich pun abang terus belikan."

"Sayang pegang kata-kata abang ni.. Jangan menyesal!"

Adrian menganggukkan kepalanya yakin manakala bibirnya masih mengoyakkan satu senyuman lebar.

"I love you, sayang."

"Aww love you more." Pipi Adrian dikucup beberapa kali. Comelnya laki kita ni..


    

DUA buah kereta mewah masuk ke dalam kawasan kampung dan kemudian berhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah kampung moden.

Ternganga mulut Inara melihat reka bentuk rumah kampung moden ini. Fikirnya rumah Haji Ibrahim dan Hajah Khadijah merupakan rumah kampung biasa.

Namun sangkaannya meleset seratus peratus apabila melihat rumah yang terpapar dihadapannya kini.

"Oh Atukku!" Aariyan terus keluar dari kereta lalu dia berlari ke arah Haji Ibrahim yang sedang duduk bersila di atas pondok dengan perasaan yang teruja.

Haji Ibrahim mendepakan tangannya luas, "Cucuku!!"

"Atuk!" Aariyan berlari dan dia terus mendapatkan beruk disebelah atuknya tersebut.

Mencuka wajah Haji Ibrahim. Cis! Tak guna punya cucu!

"Makin gemuk eh kau ni, Pak Yok?" Pipi beruk itu dicubit geram membuatkan beruk yang diberi nama Pak Yok terus menepis tangan Aariyan.

"Sombong mu, beruk!" Marah Aariyan. Baru tak jumpa beberapa bulan dah sombong! Nate beghuk!

Dato' Khuzairi dan Datin Aaliyah menggelengkan kepala.

"Berseri muka Inara.. Isteri kamu mengandung ke Adrian?" Tanya Haji Ibrahim sambil menyisip secawan teh panas.

Adrian tersenyum lebar dan menganggukkan kepala.

Semua yang berada di pondok itu terus menguntumkan senyuman lebar, "Alhamdulillah.."

"Nenek risau betul lah dengan Inara tu.."

"Kenapa pula?"

"Tu! Dia tengah bergurau dengan Pak Yok.."Sejurus itu semua memandang ke arah Inara dan Aariyan yang sedang bermain cikucak dengan beruk peliharaan Haji Ibrahim.

"Baa cak!" Inara ber-cikucak dengan beruk peliharaan Haji Ibrahim.

Adrian menggelengkan kepala melihat telatah Inara.

Aariyan disebelah Inara pula sedang gelak terbahak-bahak melihat kakak iparnya yang satu itu. Dia sebenarnya yang suruh Inara buat macam tu, tak tahu lah pula Inara pergi buat betul-betul..

"Eh kau cakap baik sikit, Jah! Beruk aku baik, tau?!"

Hajah Khadijah menjeling suaminya.

"Menangkan lah beruk kau tu.. Baik kahwin je dengan Pak Yok!"

"Nak buat macam mana, aku jumpa kau dulu.." Seloroh Haji Ibrahim mendapat jelingan dari isterinya itu.

"Eh siapa pula datang ni?" Tanya Hajah Khadijah apabila sebuah kereta besar mula masuk ke perkarangan rumah kampung moden tersebut.

Membulat matanya apabila memandang susuk tubuh yang amat dirindui. Tubir matanya bergenang dan dia terus menghampiri anak lelakinya tersebut.

"Khairi, anak mak.." Tubuh anak lelakinya yang sudah hampir 25 tahun tidak dijumpai itu dipeluk erat.

Tuan Khairi sudah melepaskan tangisan. Sungguh.. Dia rindukan pelukan hangat dari maknya..

"Maafkan mak, nak.." Makin kuat tangisan Hajah Khadijah apabila melihat ada dua orang yang tidak dikenalinya sedang berdiri dibelakang.

Pasti itu cucunya..

"Lea.." Tangan Lea diambil dan diusap. "Maafkan, mak.."

Puan Lea menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa. Dia langsung tidak ambil hati.

"Ini Lukas? Laura?" Hajah Khadijah mula memeluk pula dua orang cucunya yang langsung tidak pernah ditemuinya itu.

Haji Ibrahim menggelengkan kepala melihat isterinya itu. Baru nak menyesal!

Tengok aku.. Steady je setiap minggu video call dengan cucu yang dekat Perancis di belakang pondok.

Takut kantoi punya pasal.

"Oh Lukas!!!" Aariyan seperti biasa mula buat drama. Tangan didepakan dan dia berlari ke arah Lukas yang sedang tersenyum teruja.

"Aariyannn!!" Tubuh mereka melekap antara satu sama lain. Rindunya!

"Laura ku!!!" Aariyan mula menapak mendekati Laura cuba untuk memeluk sepupu perempuannya itu.

Lukas dengan pantas menarik bahu Aariyan menjauhi adiknya dan sebuah jelingan tajam diberikan. Ada hati nak peluk adik aku?!

"Hi Aariyan." Laura tersenyum. Malu lah pula..

"Hai." Kukunya digigit sambil tersenyum malu.

"Woi, Arissa! Kau keluar sekarang!" Pekik Aariyan memanggil Arissa di dalam rumah. Balik kampung tapi asyik melekat dengan telefon je!

"Rindunya Nara dekat Aunty.." Inara tunduk mencium tangan Puan Lea dan mereka melagakan pipi masing-masing.


       

INARA menjeling Aariyan, Arissa dan Laura dihadapannya yang sedang melantak durian dengan perasaan yang geram.

Lukas pula terlebih dahulu lagi sudah masuk ke dalam biliknya. Katanya pening, nak muntah sebab bau durian terlalu kuat..

"Hah, apa kak? Nak sikit?" Sebiji durian dihulur ke arah Inara yang sedang menelan air liur.

Belum sempat Inara ingin mencapai durian tersebut, dengan laju Aariyan menarik kembali tangannya, "Sike! Too late! HA HA!"

Bibir dijelir ke arah Inara sengaja mahu mengusik. Terkekek-kekek dia ketawa apabila melihat wajah mencuka Inara.

"Sakitlah!" Kepala yang terasa berdenyut itu diusap banyak kali. Penangan kena pukul dengan Adrian.

"Usik isteri aku kenapa?" Dingin suara itu bertanya.

Aariyan mencebik, "Usik sikit je."

"Abang...." Bahu Adrian dicuit lalu bibirnya dicebik.

"Nak juga." Pujuk Inara.

"Tadi kan dah makan." Inara rasa seperti hendak menangis sahaja.

Memang lah tadi dia dah makan, tapi itu tadi.. Sekarang dia belum makan durian lagi.

"Nenek cakap sayang dah bedal banyak tadi. Tak elok makan durian banyak nanti badan panas, love."

"Please.." Mata dikerdip kearah Adrian dengan penuh harapan.

Dengan pantas Adrian mengalihkan pandangan, kepala didongakkan ke atas dan dia menarik nafas sedalam mungkin.

Tidak mahu terpujuk dengan pujuk rayu Inara! Tak akan!

"Bagi je lah, Ad. Nenek kamu tak ada kat sini." Haji Ibrahim yang sedari tadi hanya mendiamkan diri akhirnya bersuara.

"Eh tak boleh, tok.. Allah nampak!" Aariyan sedaya upaya tidak mahu benarkan Inara makan durian.

"Kau tu tak mengandung, kau apa tahu?" Bidas Haji Ibrahim membuatkan Aariyan tersedak. Biji durian di tangannya itu diangkat tinggi bersedia untuk dibaling ke kepala benak Aariyan.

"Kita pulak yang kena?" Kepala yang tidak gatal digaru olehnya.

Bahu diangkat. Ah lantaklah!

"Satu je. Tak kesian ke dekat baby dalam perut? Baby kita nak makan durian lagi lah, abang."

"Abang.." Suara dileretkan sambil mengusap perutnya yang kempis itu cuba untuk memujuk Adrian.

"Eleh! Cakap baby, padahal akak yang nak!" Sindir Aariyan kepada Inara. Arissa dan Laura disebelahnya hanya mampu ketawa apabila Aariyan tidak habis-habis mengusik Inara.

Inara menjeling Aariyan. Mulut budak ni sama pedas dengan abang dia!

"Abang.. Baby yang nak.." Pujuk Inara lagi.

"Tutup mata, long." Arah Aariyan kepada abang sulungnya. Kita orang lelaki, mental kena kuat!

"Aariyan! Geramlah akak!"

"No, kak.. Nenek tua dekat dalam tu dah la kuat membebel." Sempat dia mengutuk neneknya.

"Betul tu, akak. Nenek tu dah lah kuat bebel. Akak tak penat ke asyik dengar dia pok pek pok pek?" Arissa menyokong pernyataan adiknya tadi.

"Alah tak apa. Telinga akak kebal." Memang betul pun telinga dia kebal. Kalau tidak, tak adanya dia mampu tahan 3 minggu tinggal bersama Hajah Khadijah sebelum ni.

"Abang, please..."

Akhirnya Adrian kalah juga dengan pujuk rayu isterinya. Seulas durian berwarna kuning itu dihulurkan kepada Inara, "Satu je."

"Thank you, sayang.."

"Inara!" Terhinjut bahu Inara apabila Hajah Khadijah menyergahnya dari arah belakang.

Durian yang berada di tangannya itu terus disumbat masuk ke dalam mulut Adrian. Terbatuk-batuk Adrian dibuatnya.

"Ye, nenek?"

"Masuk kejap. Nenek nak ajar benda ni." Ajak Hajah Khadijah.

"Ha okay."

"Abang, are you okay? Sorry.." Tumpuannya kini beralih kepala Adrian yang sedang terbatuk-batuk lalu belakang badan lelaki itu diusap lembut olehnya. Tak sengaja tersumbat durian dalam mulut suami kita.

"Jom, Nara." Panggil Datin Aaliyah.

"Pergi dulu." Dia hanya mampu akur sahaja dengan kelakuan neneknya itu. Nak ajar apa entah.

"Malam ni Ad nak pergi dusun kutip durian tak?" Haji Ibrahim bertanya.

Adrian menganggukkan kepala, "Boleh juga. Inara pun cakap dia nak pergi dusun."

"Ha elok lah tu. Tapi, minta izin dengan nenek tu takut dia lah pula yang tak bagi."

"Kamu nak pergi tak, Aariyan."

"Uuu se'eh doh ambe. Masuk dalam dulu ah!" Aariyan berura-ura bangun dari duduknya.

Haji Ibrahim menjeling Aariyan yang bangang itu kemudian dia mengerling pula ke arah Arissa yang sedang melantak disebelahnya.

"Kamu? Tak nak?"

"Err— Ada pacat tak, tok?"

"Tak ada. Ada babi." Gurau Haji Ibrahim.

"Hah? Babi? Nak ikut!!" Mata Aariyan membulat tanda teruja. Uuu.. Dia tak pernah jumpa haiwan tu, nak lah juga sekali-sekala tengok depan-depan.

"Lukas! Kau nak ikut pergi dusun tak nanti? Atuk cakap dekat dusun ada oink oink!!" Jerit Aariyan sambil berlari mendapatkan Lukas didalam biliknya.

Haji Ibrahim menggaru belakang kepalanya, "Aku yakin kau kutip budak ni, Khuz."

Dato' Khuzairi dan adiknya menggelengkan kepala dengan perangai Aariyan yang tidak semenggah itu.

"Ikut perangai ayahlah!" ujar Dato' Khuzairi.

Hahi Ibrahim menggaru lehernya yang tidak gatal. Ye tak ye jugak.

Continue Reading

You'll Also Like

873K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
594K 20.3K 54
Completedโˆš Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.2M 54.9K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...