Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 25 | Rombongan

819 57 6
By Mademoiselle_Hawa

Ni baju yang Qash pakai ⇧

*****

   "ASSALAMUALAIKUM!"

   Spontan kami bertiga tertoleh ke arah pintu utama.

   "Siapa pulak tu?" soal Fiya.

   "Mak ngah dengan Pak ngah kamu lah tu." tebak Maktok.

   Maktok berjalan menuju ke pintu utama. Aku dan Fiya juga menyibuk mengikut langkah Maktok. Nak tahu jugak, betul ke tu Pak ngah dan Mak ngah?

   "Waalaikumussalam..." jawab Maktok di muka pintu.

   Aku mengintai di celah-celah Maktok. Kemudian mata aku terbeliak. Okay ni bukan Pak ngah dengan Mak ngah.

   Tapi orang lain. Terdapat dua orang wanita dan dua orang lelaki. Tapi aku rasa macam familiar sangat dengan diorang ni. Siapa eh?

   Maktok bersalaman dengan seorang wanita berumur. Mereka saling berbalas senyuman. Kemudian muncul seorang wanita muda dari belakang. Dia juga turut bersalaman dengan Maktok.

   Oh tidak! Aku kenal perempuan ni. Dia Kak Sal!

   "Saya Maya, ibu kepada Qash." wanita tua itu memperkenalkan diri.

   "Oh! Ini lah orang tua Qash ya? Masya-allah, berjumpa jugak kita." sambut Maktok dengan gembira.

   "Ya saya. Ni anak perempuan saya, Salsabila. Ini suami saya, Adwa. Dan itu, Farizam, menantu saya." terang auntie Maya.

   "Oh... Eh, Qash mana? Tak datang?" soal Maktok.

   "Assalamualaikum Maktok." sapa satu suara garau.

   Mata aku pantas mencari tuan empunya suara. Kemudian mata aku terkaku pada satu susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan Maktok sambil mendukung seorang kanak-kanak perempuan.

   "Laaa Qash! Lamanya Maktok tak jumpa dengan kamu..."

   Qash tunduk bersalaman dengan Maktok. Senyuman manis dihadiahkan buat Maktok.

   "Qash minta maaf sebab dah lama tak datang jenguk Maktok. Maktok sihat?" soal Qash mesra.

   Maktok tersenyum lebar.

   "Alhamdulillah... Maktok sihat. Eh, mai lah masuk. Apa duduk dekat luar ni. Mai masuk dalam." ajak Maktok dengan senyuman tak lekang dari bibir.

   Aku dah Fiya saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya, ni rombongan Cik Kiah ke apa?












   KINI ruang tamu di rumah Maktok gamat dengan suara keluarga Qash, Maktok dan Pak ngah dan Mak ngah. Suasana pada raya pertama kali ni sangat meriah.

   Aku di dapur sedang sibuk membancuh air oren. Manakala Fiya pula sibuk menyediakan hidangan seperti ketupat palas, nasi impit, rendang daging, rendang ayam dan kuah kacang.

   Selepas selesai aku membancuh air oren, aku membantu Fiya pula.

   "Beb! Kau tak rasa pelik ke?" soal Fiya tiba-tiba.

   Aku mengerling sekilas ke arah Fiya.

   "Pelik apa?"

   "Pelik lah. Dah kenapa Qash bawak family dia jumpa Maktok?"

   Aku mengeluh kecil.

   "Fiya, dah nama pun raya. Tak ada yang peliknya. Biar lah dia nak bawak satu kampung ke apa ke..."

   Padahal sekarang ni hati aku rasa tak sedap. Entah kenapa. Jantung ni asyik nak berdebar je dari tadi.

   Fiya terdiam mendengar kata-kata aku tadi. Aku tahu, dia pun tengah rasa pelik.

   "Ehem!"

   Terhinjut bahu aku dan Fiya. Kami sama-sama menoleh ke arah suara tersebut.

   Okay, sekali lagi jantung aku berdegup kencang. Air liur ditelan beberapa kali.

   Tak, bukan sebab seram ke apa.

   Tapi sebab penampilan lelaki itu. Sangat menggetarkan hati yang memandang. Qash kelihatan sangat segak mengenakan baju Melayu berpotongan slim fit berwarna grey.

   Okay, kali ni aku betul-betul dah cair dengan mamat ni.

   "Ya Qash? Ada apa?" soal Fiya mesra.

   Qash mengukir senyuman kacak.

   "Tandas dekat mana?"

   "Oh! Dekat sana." balas Fiya sambil menunjukkan satu arah dimana terletaknya tandas.

   Qash memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Fiya. Kemudian dia mengangguk sebelum berlalu.

   Aku langsung tak pandang Qash. Entah lah. Hati rasa tak kuat nak pandang mata tajam milik lelaki itu.

   Aku bukan apa, risau ada yang pengsan dekat dapur ni karang!

   Selesai meletakkan piring yang berisi lauk pauk di atas dulang, aku mengambil lagi satu dulang kosong untuk mengisi gelas.

   "Dah siap belum?" soal Fiya. Di tangannya sudah menatang dulang berisi lauk.

   "Almost. Kau pergi hantar dulu." arahku.

   Fiya tidak membantah. Dia terus berjalan pergi ke ruang tamu.

   Setelah selesai menyusun gelas, aku mengangkat perlahan-lahan dulang berisi gelas itu manakala sebelah tangan lagi memegang jag air.

   Serentak itu, pintu tandas dibuka dari dalam. Mata aku dan si dia bertembung. Kemudian aku cepat-cepat larikan pandangan.

  "Nak aku tolong?" soalnya yang sudah tercongok di hadapan aku. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Qash menusuk ke dalam rongga hidung aku.

    Ya Allah, sukanya aku dengan bau minyak wangi dia.

   Eh?

   Ah sudah! Apa benda yang kau mengarut ni Qai? Mohon sedar!

   Aku menggeleng.

   "Tak apa. Aku boleh bawak sendiri." tolakku.

   Tak, sebenarnya aku rasa awkward gila sekarang ni. Jantung aku kembali menari-nari.

   Qash jeda. Dengan selambanya dia mengambil dulang di tangan aku. Aku terkaku.

   "Dah tak boleh bawak tu, tak payah lah nak berlagak." sindir Qash pedas.

   Okay, kalau tadi aku cakap aku berdebar bila dengan dia. Sekarang ni aku rasa sakit hati pulak.

   Aku mendengus kasar. Terus aku jalan menonong ke arah ruang tamu dengan membawa jag air di tangan.

   Qash menggeleng kepalanya. Keras kepala betul minah ni.

   Qash membuntuti aku dari belakang.

   "Haa... Dah sampai pun air. Letak dekat sini Sha." arah Maktok.

   Aku hanya menurut. Aku melutut di hadapan meja kecil di tengah-tengah ruang tamu. Jag, aku letakkan di atas meja.

   Kemudian Qash menghulurkan dulang berisi gelas kepada aku. Aku menyambut tanpa memandang wajah kacak lelaki itu.

   Tangan aku mula menuangkan air oren itu di setiap gelas. Jujur aku cakap, aku rasa gemuruh sekarang ni. Aku cuba kawal tangan aku yang sedari tadi asyik menggigil.

   Mana aku tak gemuruh? Sebaik sahaja aku tiba di ruang tamu, semua diam. Dah tu, aku perasan diorang tenung muka aku yang sedia cantik ni. (Muntah lah dah tak kisah dah)

   "Fiya, pinggannya mana sayang?" soal Maktok.

   Spontan Fiya menepuk dahi.

   "Alamak, Fiya lupa. Kejap, Fiya pergi ambil." Fiya terus bangun dan berlalu ke dapur.

   Aku pula sudah duduk di sebelah Maktok. Kepala aku menekur lantai.

   Beberapa minit kemudian, Fiya kembali semula bersama piring dan sudu di tangan.

   "Jadi, ini lah Qaisara yang Qash selalu sebutkan tu ya?" soal auntie Maya.

   Aku mengangkat kepala memandang auntie Maya. Aku tersenyum nipis kemudian mengangguk.

   Apa mak dia cakap tadi? Aku yang Qash selalu sebutkan? Mamat tu cerita apa dekat mak dia? Nak kena dia ni!

   Wanita itu tersenyum manis.

   "Manis orangnya... Pandai Nek Yah jaga cucu." puji auntie Maya.

   Okay, boleh tak aku nak kembang sikit?

   Maktok tergelak kecil. Dia mengusap rambut aku.

   "Alhamdulillah Maya... Eh, makan lah. Jangan asyik bersembang ja. Nanti sejuk, tak sedap." pelawa Maktok.

   "Ha iya lah. Terima kasih." ucap auntie Maya.

   Tiba-tiba Wawa bangun dan mencapai piring kecil.

   "Auntie nak makan apa? Wawa cedukkan." tawar Wawa dengan sopan.

   Aku dah tayang muka bosan.

   Hmm... Dia dah mula dah. Ni tak lain tak bukan, mesti Mak ngah yang suruh.

   "Aish! Tak apa lah. Tak payah susah-susah..." tolak auntie Maya lembut.

   "Maya, biar lah Wawa nak tolong cedukkan. Tak apa, dia boleh. Kan sayang?" halang Mak ngah.

   Wawa mengangguk laju.

   "Betul auntie. Wawa boleh buat. Bagitahu ja nak makan apa?"

   Aku memutarkan bebola mata ke atas. Dah mula dah drama.

   Tiba-tiba aku terasa lengan baju kurung aku ditarik seseorang. Aku menoleh.

   Seorang kanak-kanak perempuan di sebelah tersengih memandang aku.

   "Hmm tak silap kakak, nama awak Mayra kan?" soal aku meminta kepastian.

   Laju Mayra mengangguk.

   Aku tersenyum kecil.

   "Kenapa Mayra panggil kakak?"

   Dia tersengih lagi. Eee comel!

   "Mayra nak makan dengan kakak boleh?" pintanya dengan wajah comel.

   Aku tersenyum lagi. Kepala si kecil itu aku usap.

   "Boleh sayang. Mayra nak makan apa? Akak ambilkan."

   Mayra diam memikirkan apa yang mahu dimakan. Jari telunjuknya diletakkan di dagu.

   Haih... Apasal comel sangat dia ni?

   "Mayra nak... nasi impit dengan kuah kacang lah!" katanya.

   Aku segera melutut di hadapan meja kecil di tengah-tengah ruang tamu itu. Piring kecil di ambil. Kemudian nasi impit diceduk bersama kuah kacang.

   Tiba-tiba ada satu tangan menghulur pinggan di hadapan aku. Aku mendongak memandang gerangan yang suakan pinggan di depan muka aku.

   "Tolong tambahkan kuah kacang please?" pinta Qash sambil tersengih.

   Aku tayang muka menyampah. Eee masa ni lah kau nak tunjuk mengada kau kan? Rasa nak debik je.

   "Eh! Tak apa abang Qash, biar Wawa buatkan eh?" laju Wawa menyampuk.

   Aku dan Qash saling berpandangan. Qash jadi serba salah nak hulurkan pinggan ke arah Wawa.

   Aku mula bangun dari melutut dan duduk di atas sofa semula. Malas aku nak layan sesi bodek si Wawa ni. Menyampah!

   Qash pula hanya pasrah memberikan pinggangnya kepada Wawa. Baru ingat nak mengada-ngada dengan Qaisara!

   Wawa menyambut pinggan Qash dengan perasaan gembira. Peluang ingin mendekati lelaki itu seperti cerah sahaja.

   "Okay Mayra duduk sebelah Kak Qai... Kakak suapkan." arahku.

   Mayra hanya menurut. Dia duduk di sebelah aku.

   Aku mula menyuap Mayra. Sesekali aku mengesat mulutnya yang comot dengan kuah kacang.

   "Manjanya Mayra dengan Kak Qaisara tu..." tegur Kak Sal.

   Yang lain sudah tertumpu perhatian ke arah aku.

   Ah! Ni yang aku rasa nak jadi semut ni!

   "Jarang nak tengok Mayra ni rapat dengan orang yang baru kenal. Nampaknya Mayra ni suka betul dengan Kak Qaisara ya?" kata auntie Maya pula.

   Aku di situ hanya tersenyum janggal. Segan oit!

   Dan aku perasan wajah Pak ngah, Mak ngah dan Wawa sudah berubah menjadi kelat. Tahu lah aku mereka sudah menyampah dengan aku.

   Tiba-tiba aku terdengar uncle Adwa berdehem. Pandangan aku terus tertumpu ke arahnya.

   "Nek Yah, saya ada sesuatu yang nak katakan pada Nek Yah. Kami semua datang ni bukan sekadar nak beraya. Kami datang ada hajat." kata uncle Adwa.

   Air liur aku ditelan kesat. Okay, kenapa aku tiba-tiba rasa tak sedap hati ni?

   "Ada hajat? Hajat apa tu nak?" soal Maktok hairan.

   Uncle Adwa diam sebentar. Matanya melirik ke arah isterinya di sebelah.

   "Kami nak minta izin Nek Yah, kalau boleh kami nak satukan anak kami dengan cucu Nek Yah." pintanya.

   Spontan tiga kepala cucu Hajah Waffiyah mendongak memandang uncle Adwa.

   Aku semakin resah. Fiya di sebelah aku dikerling. Dia juga memandang aku dengan penuh tanda tanya.

   Maktok tersenyum nipis.

  "Adwa, Nek Yah ni ada tiga orang cucu. Cucu yang mana satu yang Qash berkenan tu?" soal Maktok dengan senyuman.

   Aku menunduk menggengam kuat tangan aku. Tapak tangan mula berpeluh. Tolong lah cakap apa yang aku fikirkan sekarang ni salah. Tolong lah!

   Uncle Adwa mengerling ke arah anak terunanya di sisi. Peha anak muda itu ditepuk perlahan. Memberi jejaka itu peluang untuk bercakap.

   Qash berdehem kecil sebelum bersuara.

   "Qaisara Alysha."


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

WAAA KAU NUH JELA AKU!😭✋🏻hagsvsgxhahahsgsjfahs

JANGAN LUPA VOTE OKAY!

Update : 22 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

5.6K 182 23
Karya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perka...
2.4K 97 10
//Jiminjeong Fanfic// One-Shot Collection. Short Stories/Scenes.
40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...
7.6K 354 33
Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai seseorang yang berjantina lelaki tak pern...