Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.1K 2.7K 165

[COMPLETEDโœ”] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 24 | Tetamu

777 42 3
By Mademoiselle_Hawa

Baju yang Qaisara pakai ⇧

*****

   AKU membetulkan baju kurung moden yang tersarung di badan. Grey menjadi tema baju raya aku tahun ini. Dan tahun ini, aku tidak sedondon dengan Maktok dan Fiya.

   Pagi ini aku bangun awal. Pukul enam tepat mata aku dah celik. Tak tahu lah, mungkin sebab excited nak raya kot.

   Aku mengerling ke arah jam di dinding, sudah menginjak pukul 7:30 pagi. Sekejap lagi aku, Maktok dan Fiya bakal pergi ke masjid untuk menyertai solat Raya Aidilfitri.

   Telekung aku sarungkan siap-siap. Senang, nanti sampai tinggal nak pakai kain solat je.

   Setelah puas hati dengan penampilan aku, aku terus berlalu keluar dari bilik.

   "Maktok! Fiya! Dah siap ke? Jom, nanti lambat sampai masjid. Penuh pulak orang." laungku.

   Fiya aku lihat terkocoh-kocoh keluar dari bilik. Dia juga sudah siap memakai telekung.

   "Haih, tak menyempat betul kau ni. Kalau aku tersungkur tadi macam mana?"

   Aku tayang muka beku.

   "Jom Sha, Fiya." tiba-tiba Maktok muncul dari dalam biliknya.

   Kami sama-sama menuju ke kereta. Kalau ikutkan, nak je jalan kaki. Masjid bukannya jauh. Tapi, takut tak sempat pulak nanti. Solat raya ni boleh tahan ramai orang yang datang nanti.

   Dengan lafaz bismillah, kereta bergerak keluar dari halaman rumah Maktok.












   PULANG sahaja dari masjid, aku terus menuju ke bilik. Oh! Tadi juga aku sempat menziarah kubur arwah ibu dengan abah. Telekung aku tanggalkan dan di lipat kemas.

   Kemudian aku menuju ke meja solek. Sikat rambut aku capai lalu di sisir rambut aku yang lurus melepasi bahu. Hari ni rasa macam malas nak conteng muka. Rimas pula rasanya nanti.

Tok! Tok! Tok!

   "Qai... Boleh aku masuk?" suara Fiya kedengaran dari luar.

   "Masuklah."

   Serentak itu, daun pintu dikuak perlahan. Muncul wajah Fiya di muka pintu.

   "Kenapa tak siap lagi?" soalnya pelik.

   Berkerut dahi aku.

   "Kau tak nampak ke aku dah siap ni?"

   Fiya tayang muka tidak percaya.

   "Macam ni kau kata dah siap?"

   Bertambah hairan aku. Apa? Nak suruh aku siap macam mana lagi?

   Fiya aku lihat sudah menggeleng kepala.

   "Haih Qai, Qai... Cuba lah melawa sikit. Ni muka tu pucat je. Baju dah lawa dah, muka tu kosong je aku tengok." bebel Fiya.

   Dia sudah menghampiri aku di meja solek. Di tangannya terdapat beg alat solek miliknya.

   Okay... Aku rasa aku tahu dia nak buat apa.

   "Fiya, tak payah lah nak conteng muka aku. Aku tak nak lah..."

   Fiya sudah menjegilkan biji mata.

   "Hah, kau tak payah nak mengada. Duduk diam-diam. Hari raya ni kena lah berseri sikit muka tu. Ni muka macam petai je aku tengok." kutuk Fiya.

   Terus aku menolak kepalanya. Suka hati je kata muka aku macam muka petai.

   "Alah, bukan ada sesiapa pun nak tengok aku ni Fiya. Tak payah lah..." kataku masih menolak.

   "Kau pilih, nak aku make-up muka kau elok-elok atau kau nak jadi badut hari ni?" ugut Fiya keras.

   Aku tayang muka kelat. Eee suka main ugut orang!

   Aku akhirnya pasrah.

   Fiya memulakan sesi nak 'mencantikkan' muka aku yang dah sedia cantik ni.

   Fiya mencapai foundation, dan dicalit sedikit di wajah aku. Kemudian dia sapukan rata di wajah aku.

   Seterusnya, eyeshadow diambilnya. Aku lihat Fiya memilih warna yang agak light sikit. Tak terlalu menonjol gitu. Kemudian mascara dicapai.

   "Aduh, perlu ke benda tu? Macam over je." sampukku.

   "Perlu. Aku nak mata kau nampak bundar walaupun aku tahu mata kau memang sedia bundar. Baru cantik." jawabnya.

   Aku sudah menggaru kepala. Haih, serabutnya aku duduk lama-lama ni...

   Fiya mencapai pula blusher, kemudian berus itu diratakan di pipi putih aku. Akhir sekali, bibir. Fiya mengambil lipmate yang berwarna lebih kurang macam bibir aku. Dioleskan di bibir aku. Tak terlalu terang. Just nice.

   "Okay done!" jerit Fiya teruja.

   Aku meneliti wajah aku di cermin. Terkedu aku seketika. Okay seumur hidup aku, aku tak pernah nak bersolek macam ni.

   Hmm, cantik jugak aku ni rupanya.

   Okay, jangan muntah.

   "Haa.... Macam ni lah baru cantik. Confirm! Bila jejaka-jejaka kat kampung ni nampak, mesti diorang berebut nak masuk meminang kau!" sakat Fiya.

   "Kepala otak kau." bidasku.

   Merepek je minah sengal ni. Tu kalau diorang tahu perangai aku macam mana, mahu lari tak cukup tanah nanti.

   "Dah lah, jom keluar." ajakku seraya bangun.

   Aku dan Fiya berlalu ke ruang tamu. Maktok aku lihat baru selesai menyapu lantai.

   "Amboi Maktok... Bukan main cun lagi hari ni! Nak mengorat siapa ni?" usik Fiya.

   Aku juga turut tersenyum lebar.

   "Banyak lah hang punya cun. Lemak Maktok ni dah terlondeh-londeh dah. Nak mengorat sapa pulak?" bangkang Maktok.

   Aku dan Fiya terkekeh-kekeh ketawa.

   "Manisnya cucu-cucu Maktok hari ni... Ni Sha ni, sejak bila pandai bersolek?" tegur Maktok.

   Aku mencebik bibir.

   "Fiya ni lah Maktok, paksa Sha pakai make-up." adu aku.

   Fiya buat muka tidak bersalah.

   Maktok mengukir senyuman nipis.

   "Bagus lah Fiya buat lagu tu. Baru cantik sikit cucu Maktok ni. Manis ja Maktok tengok." puji Maktok.

   "Oh? Selama ni Sha tak cantik lah?" soalku pura-pura merajuk.

   Maktok ketawa kecil.

   "Dak aih... Cucu Maktok ni memang dah semulajadi cantik. Dah bersolek, lagi nampak cantik."

   Aku tersipu malu apabila dipuji oleh Maktok. Arh! Over je kau ni Qai!

   "Maktok, bila boleh salam Maktok ni?" soal Fiya sudah muncung sedepa.

   "Allah! Lupa dah Maktok. Jom duduk dekat sofa tu." ajak Maktok.

   Maktok duduk di sofa manakala aku dan Fiya berdiri di hadapan Maktok. Beratur nak salam raya lah!

   Aku melutut di hadapan Maktok. Tangan berkedut Maktok di dicapai lalu dikucup.

   "Selamat hari raya Maktok. Sha minta maaf kalau selama Maktok jaga Sha ni, Sha dah banyak susahkan Maktok. Sha minta maaf kalau Sha ada terkasar bahasa dengan Maktok. Tak dengar cakap Maktok. Ampunkan Sha. Terima kasih sebab Maktok sudi jaga Sha lepas ibu dengan abah dah tak ada. Terima kasih sebab sayang Sha. Terima kasih untuk semua yang Maktok dah buat untuk Sha. Sha sayang Maktok. Sha minta maaf tau. Kosong-kosong eh?"

   Sekali lagi tangan Maktok aku cium. Maktok menarik aku ke dalam pelukannya.

   "Maktok pun sayangkan Sha. Maktok dah maafkan Sha. Dah, jangan sedih-sedih." balas Maktok.

   Dia meraup rambut aku ke belakang. Dahi aku dikucupnya.

   Aku tersenyum nipis sebelum memeluk Maktok sekali lagi.

   "Oit! Sikit-sikit sudah lah. Aku pun nak salam Maktok jugak." tegur Fiya di belakang.

   Aku memutarkan bebola mata.

   "Ish! Kacau daun lah kau ni!" rungut aku. Baru nak berdrama sikit.

   "Kisah? Dah! Tepi!" halau Fiya.

   Gilirannya pula melutut dia hadapan Maktok. Tangan Maktok dicapainya kemudian dicium penuh hormat.

   "Selamat hari raya aidilfitri Maktok. Fiya pun nak minta maaf kalau Fiya ada buat salah dengan Maktok. Fiya melawan cakap Maktok ke apa ke kan? Yelah Fiya kan becok sikit mulut ni. So mesti ada terlepas cakap apa-apa. Fiya minta maaf tau."

   "Sedar pun diri tu mulut becok." sampukku.

   Fiya menjeling aku tajam. Aku hanya buat bodoh.

   "Ha lepas tu kan Maktok, Fiya nak ucapkan terima kasih sangat dekat Maktok sebab sudi terima Fiya. Sudi anggap Fiya ni macam cucu Maktok. Walaupun Fiya ni orang luar, tapi Maktok tak pernah anggap Fiya orang luar. Terima kasih banyak-banyak. Fiya sayang sangat dekat Maktok!" ucap Fiya panjang lebar.

   Maktok tersenyum manis.

   "Tak apa, Maktok dah maafkan Fiya. Dan Fiya jangan sesekali kata Fiya orang luar. Fiya tetap cucu Maktok. Ingat tu." pesan Maktok.

   Fiya senyum manja, pantas dia mendakap tubuh Maktok dengan erat.

   Aku yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tersenyum kecil. Itulah Maktok. Tak pernah pilih kasih.

   "Okay, dah lah tu. Jom kita pi makan. Sat lagi Mak ngah dengan Pak ngah hang mesti mai." ajak Maktok.

   Hmm, bercakap tentang mereka. Aku tak tahu lah macam mana nak hadap diorang kejap lagi. Nak beraya dengan diorang pun fikir banyak kali.

   Sebab apa?

   Sebab setiap kali hari raya, aku nak bersalam dengan mereka, mereka buat-buat tak nampak. Malah mereka menghina aku. Katanya aku tak layak sentuh mereka. Jijik katanya.

   Tak mengapa, aku sudah terbiasa. Dan aku redha. Lama kelamaan, mesti hati diorang terbuka untuk menerima aku semula.

   Aku, Fiya dan Maktok mula melangkah menuju ke dapur.

   "Assalamualaikum!"



<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hah! Siapa pulak yang datang tu? Hue hue hue...

Jangan lupa vote okay!

Update : 20 August 2021


Continue Reading

You'll Also Like

87.3K 5K 21
แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธแ€”แ€พแ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€Ÿแ€ฌแ€”แ€พแ€…แ€บแ€–แ€€แ€บแ€™แ€ญแ€˜แ€แ€ฝแ€ฑแ€›แ€ฒแ€ทแ€€แ€แ€ญแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€ทแ€บแ€แ€…แ€บแ€แ€ปแ€ญแ€”แ€บแ€™แ€พแ€ฌแ€œแ€€แ€บแ€‘แ€•แ€บแ€›แ€”แ€บแ€กแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€ธแ€–แ€”แ€บแ€œแ€ฌแ€žแ€ฑแ€ฌแ€กแ€แ€ซ................ แ€”แ€‚แ€ญแ€ฏแ€™แ€ฝแ€ฑแ€ธแ€›แ€ฌแ€•แ€ซแ€”แ€พแ€œแ€ฏแ€ถแ€ธแ€›แ€ฑแ€ฌแ€‚แ€ซแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€ทแ€บแ€€แ€ปแ€”แ€บแ€ธแ€™แ€ฌแ€›แ€ฑแ€ธแ€แ€ปแ€ฐแ€แ€ปแ€ฌแ€แ€ฒ...
2.5K 97 10
//Jiminjeong Fanfic// One-Shot Collection. Short Stories/Scenes.
25.2K 1.4K 60
Aisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya...
4M 168K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally โฃ๏ธ Cover credit...