Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

61.9K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 23 | Takbir Raya

783 44 2
By Mademoiselle_Hawa

     MALAM Jumaat itu, rumah Maktok riuh dengan suara jiran tetangga yang datang pada malam raya. Anak-anak jiran pula riang sedang berlari-lari sambil bermain mercun.

   Sememangnya, halaman rumah Maktok ini luas. Kalau nak buat kenduri, kau nak cacak tiga khemah besar tu pun muat!

   Pelita buluh yang sudah siap dipasang di sekeliling rumah Maktok menambahkan lagi suasana meriah pada malam raya ini.

    Maktok, Fiya dan aku sudah siap memasak rendang daging, rendang ayam dan pelbagai juadah lagi lah. Senang, masak malam ni. Esoknya, panaskan sahaja.

    Jiran-jiran juga tidak putus memberi hidangan yang mereka masak. Begitu juga dengan Maktok.

    Aku pula sedang duduk di pangkin sambil memerhati keletah anak jiran yang sedang bermain. Indah betul suasana malam raya.

   "Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... Laa ilaaha illallahu wallahu akbar... Allaahu akbar walillaahil hamd'"

    Terasa sayu hati mendengar takbir raya pada malam ini. Sekali lagi Ramadhan tinggalkan kita. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.

    Suasana malam ini membuatkan aku tiba-tiba teringatkan dua insan yang paling aku sayang.

   Ibu, abah... Sha rindu. Sha rindu nak beraya dengan ibu dan abah. Sha rindu nak cium tangan ibu dan abah. Rindu nak peluk ibu dengan abah. Sha rindu semua tu...

   Aku masih ingat waktu dulu dimana apabila hari raya sudah hampir. Aku lah orang yang paling teruja nak beli baju raya. Ibu dengan abah aku turut berasa teruja.

   Aku tersenyum hambar. Sekarang, aku dah tak dapat nak rasa semua tu. Semua hanya tinggal kenangan.

Tap!

   Setitis air mata jatuh di tapak tangan aku. Ya, aku rindukan semua kenangan bersama orang tua aku. Hati aku rasa sebak sangat pada malam ini.

   "Qai..."

   Spontan aku mendongak memandang Fiya. Dan pantas aku menyeka sisa air mata yang mengalir di pipi.

  Aku mengukir senyuman nipis.

  "Ada apa Fiya?"

   Fiya aku lihat sedang merenung aku dengan pandangan simpati. Dia mula melabuhkan punggung di sebelah aku.

  "Aku faham apa yang kau rasa Qai..." ujar Fiya dengan senyuman hambar.

   Aku juga turut mengukir senyuman hambar. Ya, aku dan dia mempunyai nasib yang sama.

  "Aku okay lah Fiya..."

   Fiya terus menyandarkan kepalanya di bahu aku. Tubuh aku juga dipeluk dari arah tepi.

   "Aku rindu ibu dengan walid..." ujar Fiya dengan nada sebak.

   Aku juga tidak dapat menahan rasa sebak di dada. Air mata mula mengalir. Aku membalas pelukan Fiya dengan lebih erat.

   "Aku pun... Aku rindu ibu dengan abah aku..."

   Fiya sudah teresak-esak menangis.

  "Aku sunyi Qai bila diorang tak ada... Aku rindu nak beraya dengan diorang. Rindu nak dengar suara diorang..." rintih Fiya.

   Aku mengusap bahu Fiya perlahan. Cuba menenangkan gadis itu. Aku faham perasaan Fiya saat ini. Memang hidup kami takkan lengkap tanpa ibu dan ayah.

   "Yang dah pergi tu, biarkan diorang tenang di sana. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan hidup. Kita doakan mereka. Kita kena kuat Fiya. Aku pun cuba untuk kuatkan diri. Walaupun dah lama berlalu, tapi aku tetap rasa sedih. Lagi-lagi malam raya ni..." ujarku sebak.

   Dulu, aku selalu rasa Allah tak adil. Kerana ambil mereka dari aku. Kenapa sekejap sangat Allah pinjamkan mereka untuk aku? Kenapa?

   Dan sekarang, aku dah dapat terima qada' dan qadar Nya. Aku redha. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.

   Fiya mengangguk perlahan. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Sama juga seperti aku.

   "Aku bersyukur sebab Maktok sudi terima orang luar macam aku ni dalam keluarga kau. Dan aku bersyukur, Maktok sayang aku macam cucu dia sendiri... Aku memang dah tak ada sesiapa. Terima kasih Qai."

   Aku memaut bahu Fiya.

  "Jangan cakap macam tu Fiya. Aku tak pernah anggap kau orang luar. Kau, aku dah anggap macam adik beradik aku sendiri. Aku ni anak tunggal. Sama macam kau. Kita dah macam adik beradik. Susah senang sama-sama." pujukku.

   Aku mengesat air mata aku yang sedari tadi asyik mengalir di pipi. Perasaan pada malam raya ni memang lain betul.

   Fiya tersenyum nipis sebelum menarik aku dalam pelukannya. Aku hanya membiarkan.

   Setelah agak lama kami berkeadaan begitu, Fiya meleraikan pelukan.

   Dia mengesat sisa air mata di pipi. Hidungnya dikesat.

   "Arh! Cengengnya aku hari ni!"

   Aku tergelak kecil.

  "Itulah. Aku pun join sekali drama sinetron kau malam-malam macam ni."

  "Kau lah yang mula dulu!" tuduh Fiya.

  "Siapa suruh kau ikut aku menangis sekali?"

   Fiya mendengus perlahan.

  "Dah tu? Aku pun nak sedih-sedih dengan kau jugak."

   Sekali lagi aku ketawa. Haih... Ada saja jawapan dia ni.

   "Dah lah, jom masuk. Aku rasa Maktok nak buat ketupat palas kejap lagi. Nanti kita tak tolong, mahu tiga jam kena berleter. Sanggup?"

   Laju Fiya menggeleng.

   "Tak sanggup aku! Dia membebel lima minit pun aku dah rasa taik telinga dah mula cair."

   Aku ketawa geli hati. Semua tak sanggup bila Hajah Waffiyah dah mula berleter.

    Baru sahaja ingin berlalu, aku dan Fiya ditahan oleh seorang kanak-kanak lelaki.

   "Eh! Kak Sha nak pi mana?"

   Terjongket sebelah kening aku.

   "Nak masuk dalam lah. Awat?"

   Aku dengar dia berdecit.

  "Ala, awal lagi. Jom lah main meriam buluh dengan Mael. Kawan Mael dah siapkan dah tu. Jom lah."

   Aku menggeleng kepala.

  "Tak kuasa akak nak layan hang. Baik akak masuk dalam, tolong Maktok." tolakku.

   "Alah, boring lah Kak Sha ni!" rungut Mael dan dia terus berlari ke arah rakan-rakannya.

   Eh eh si botak ni. Pandai dah nak kata aku boring lah apa lah. Nasib baik rambut kau tak ada. Kalau tak, aku cukur sampai berkilat!

   "Anak toyol mana tu? Cakap serupa samseng sangat." soal Fiya tidak puas hati.

   Terus terhambur tawaku. Anak toyol dia panggil?

   "Tu Mael. Anak jiran sebelah. Dia tu memang samseng. Tak padan dengan baru darjah empat. Rasa nak siat-siat je kepala dia yang botak tu."

   "Itu lah pasal! Tu kalau adik aku tu, aku dah sesah dia. Umur baru setahun jagung dah sibuk main meriam buluh. Bersepai tangan tu baru tahu." sahut Fiya.

   Aku tergelak kecil. Aku mengorak langkah menuju ke muka pintu.

   "Haa... Baru nampak batang hidung dua budak bertuah ni. Buat apa dekat luar tu? Hangpa pi main mercun dengan budak-budak tu sekali ka?" Maktok bersuara.

   Aku dan Fiya cuma tersengih di muka pintu.

  "Mana ada Maktok. Saja ambil angin dekat luar sekejap." ujarku.

  Maktok menggelengkan kepala.

  "Macam-macam lah hangpa ni. Dah, jom kita ke dapur."

  Aku berjalan membuntuti Maktok menuju ke dapur. Diikuti Fiya.

   Masih ada kawan-kawan Maktok di rumah. Masing-masing sibuk berbual sambil membantu.

   Pandangan mata aku terarah pada Mak ngah yang juga turut berada di situ.

   Dan oh! Minah bimbo tapi acah ayu tu pun ada sekali.

  Siapa?

  Ah pandai-pandai korang agak lah.

  "Ha Alysha. Baru nampak. Dari mana?" soal Mak Jah, jiran Maktok.

   Aku duduk bersila di lantai. Fiya duduk di sebelah aku.

   Aku bersalam dengan Mak Jah dan beberapa orang yang agak berumur.

   "Dari luar. Tadi Sha saja duduk dekat pangkin tu dengan Fiya. Ambil angin." terangku sedikit mesra.

   Mak Jah mengangguk.

  "Lama tak jumpa hang Sha. Dah makin cantik Mak Jah tengok. Manis ja bila berbaju kurung macam ni." puji Mak Jah.

   Aku tersenyum malu campur janggal.

   Ya, malam ini aku mengambil keputusan untuk memakai baju kurung. Sama juga seperti Fiya.

  "Tak ada lah Mak Jah... Biasa je." balasku merendah diri.

   "Err... Maktok, nak Fiya dengan Sha tolong apa-apa?" soal Fiya yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.

   Maktok menghulurkan daun palas kepada Fiya.

  "Nah, tolong lah sekali buat ketupat palas ni. Buat lebih pun tak apa. Boleh bagi dekat jiran-jiran esok." arah Maktok.

   Aku dan Fiya hanya menurut.

   Aku menyelitkan rambut yang sengaja dilepaskan di celah telinga dan memulakan tugas membalut ketupat. Alah, bukan susah mana pun nak buat. Si Mael botak tu pun pandai buat.

  "Sha kerja macam mana?" soal Che Som.

   Aku senyum sebelum bersuara.

  "Alhamdulillah, Che Som. Okay je."

  "Ni cucu angkat Nek Yah tu kan?" soalnya pada Fiya yang hanya menunduk.

   Aku menyiku Fiya di sebelah. Fiya jadi terpinga-pinga.

   "Hah? Apa dia?"

   Terlepas tawa makcik-makcik di situ.

   "Lah... Berangan apa tu anak dara oi! Teringat boipren ka?" seloroh Che Som.

   Fiya tersenyum malu.

  "Eh, mana ada Che Som..." sangkal Fiya.

   Che Som tersenyum lebar memandang Fiya.

   "Segak-segak noh cucu hang ni Yah. Boleh lah aku nak ambik satu buat menantu." ujar Che Som.

   Fiya aku perasan sudah merona merah wajahnya. Aku tersenyum senget. Malu lah tu!

   "Hah, mau yang mana satu? Tiga-tiga tu belum berpunya lagi. Kalau mau, hantaq rombongan cepat-cepat. Takut orang kebas nanti!" sahut Maktok.

   Bertambah tersipu malu lah cucu-cucu Hajah Waffiyah ni! Boleh pulak diorang bukak topik cari jodoh malam raya ni.

   "Kak Som, kalau nak cari menantu. Kena cari betul-betul. Bukan apa, tak mau lah nanti dapat menantu yang tak pandai masak, berkemas, tak pandai jaga diri. Apa-apa jadi nanti, kita yang malu!" tiba-tiba Mak ngah bersuara.

   Aku terdiam di situ. Aku tahu Mak ngah tujukan semua tu pada aku. Dah kenal sangat dengan perangai Mak ngah ni.

   "Betul tu! Tapi Kak Som tengok, cucu-cucu Yah ni macam elok ja semua."

  "Eh! Tak semua Kak Som! Jangan tertipu!" cucuk Mak ngah.

  "Leha, jangan nak mula." tegur Maktok.

   Masa ni lah nak buat onar anaknya itu. Bukan dia tak tahu apa yang nak dikatakan oleh anak perempuannya itu.

   Aku perasan Mak ngah mencebik menyampah.

   Malas nak ambil pusing, aku hanya tumpukan perhatian kepada ketupat palas di tangan. Lagi cantik ketupat palas ni dari orang yang berhati busuk.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Alah sedih lah pulak part ni...

Jangan lupa VOTE okay!

Update : 19 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

5.5K 182 23
Karya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perka...
46.8K 1.8K 16
After that one mission, it change Boboiboy's life to a whole new world. He was force to face the greatest enemy of his life, himself. Commission: @f...
2.4M 138K 46
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
25.6K 1K 24
[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula terpaut dan terjalin satu kasih sewaktu m...