🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

550K 18.3K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 29

6.7K 267 63
By IeraRoselyn

TELEFON yang tidak henti berdering mengganggu tumpuan Naufal ketika sedang berbual dengan rakan-rakan serumahnya. Selepas saja dia dan rakan-rakan serumahnya disahkan telah tamat belajar pada dua hari lepas, mereka berpakat untuk menghabiskan masa bersama sebelum masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.

Telefon di atas meja dicapai dan Naufal meminta diri untuk masuk ke dalam bilik terlebih dahulu. Masuk saja ke dalam bilik, berkerut seribu dahinya melihat Puan Khadijah yang menghubunginya.

Punat hijau ditekan.

"Assalamualaikum, Fal."

"Waalaikumussalam, Ibu. Kenapa call, Fal?"

"Eh? Tak akan la Ibu nak call anak Ibu sendiri tak boleh. Kamu ni!'

Tergelak kecil Naufal bila sedar akan keterlanjurannya dengan menyoal begitu. Namun, memang betul dia hairan kerana Puan Khadijah jarang sekali akan menghubungi dia melainkan ada perkara yang penting dan mustahak. Jika sebelum ini dia sedang belajar pun dia saja yang kerap menghubungi orang tuanya.

"Bukan tak boleh. Tapi Ibu kan baru saja balik Raub tu. Baru sehari tak jumpa Fal."

"Ish dah la kamu ni. Ibu call ni sebab nak cakap sesuatu. Hampir lupa Ibu dibuatnya." Serius sekali suara Puan Khadijah dihujung talian. Mana tidaknya, ingatannya tidak kukuh. Nanti jika dibual benda lain mulalah tak ingat perkara utama yang hendak dia sampaikan.

Sudah Naufal agak. Tepat tekaannya.

"Apa dia, Ibu?"

"Macam ni. Kamu lama lagi ke dekat sana tu? Sebab, Ibu dengan Umi ada berpakat nak buat kesyukuran sempena kamu dengan Reen dan tamat belajar. Kami ingat nak buat hujung minggu ni."

"Hujung minggu ni?"

"Ya. Sebab, kalau buat hujung minggu nanti senang suami Reen nak balik sini. Kalau buat hari lain mustahil dia boleh balik."

Naufal terjeda. Setiap kali nama Aareen menyapa telinganya tentu dia akan berasa sedih dan kecewa. Sudah beberapa kali dia cuba terima dengan takdir bahawa Aareen sudah menjadi milik orang lain. Namun, tetap tidak boleh.

"Fal?"

"Ya, Bu?"

"Eh budak ni. Orang tanya dia boleh pula dia mengelamun."

Naufal mengeluh perlahan. "Kalau buat tanpa Fal boleh tak, Ibu?" 

Dia bukan tidak mahu balik ke sana dan buat kesyukuran sempena kejayaannya. Tetapi, bila saja Puan Khadijah mengatakan Haiyan turut pulang hilang terus rasa mahu pulangnya. Risau nanti dia tidak mampu menahan hatinya bila melihat kemesraan Aareen bersama Haiyan.

"Ya Allah, budak bertuah ni! Kita nak buat kesyukuran untuk dia, dia pula tak nak balik dah kenapa? Kamu dekat sana bukan buat apa pun kan? Kamu cakap nak luangkan masa dengan housemate tu dalam dua atau tiga hari saja kan? Ha cukup la tu. Hari Khamis tu terus bertolak balik sini." Mulalah Puan Khadijah membebel.

Belakang leher digaru.

"Err.. o.. okay Ibu. Fal balik."

"Kan senang kalau cakap macam tu. Tak payah nak berdalih sangat. Okay la Ibu letak dulu. Balik jangan tak balik. Assalamualaikum."

Seusai menjawab salam dan mematikan talian, Naufal duduk dibirai katil sambil termenung jauh memandang dinding dihadapannya. Kemudian, siku diletakkan di atas paha dan tangan menampung kepala yang tertunduk.

Kenapa sukar sangat untuk dia hapuskan rasa sayang dan cinta terhadap Aareen? Berkali-kali dia cuba tetapi masih lagi tidak mampu. Ketukan pada pintu bilik mematikan lamunannya. Segera kepala diangkat kembali memandang gerangan itu.

"Dan." Sapanya kepada Danial, rakan serumah merangkap kawan baiknya.

Danial bersandar pada daun pintu sambil berpeluk tubuh.

"Kau, okay? Nampak macam ada problem."

Perlahan-lahan soalan itu dibalas dengan anggukan dari Naufal. Tubuh dibaring ke atas katil.

Danial melangkah masuk dan segera melabuhkan punggung dihujung katil bersebelahan dengan Naufal. Danial mula perasan rakannya yang seorang itu bukan lagi seperti dulu. Naufal sekarang lebih banyak mendiamkan diri dan ketawa pun dibuat-buat saja. Seperti ada sesuatu yang mengganggu rakannya itu.

"Fal."

"Hmm?"

"Aku perasan sejak jumpa kau masa hari konvo hari tu kau macam dah lain."

"Lain macam mana?" Dengan bermalasan Naufal menyoal.

"Kau dah tak macam dulu."

"Aku sama saja la. Kau yang rasa lain."

"Tak, Fal. Kau lain. Kalau kau ada masalah cerita la dekat aku. Jangan pendam seorang diri. Aku kawan baik kau, kan?" Dengan prihatin sekali Danial mendesak Naufal bercerita.

Bersama keluhan, Naufal bangun semula dari baringan dan duduk disebelah Danial dengan riak wajah muram. Bukan Danial saja yang perasan dia sudah mulai berubah, Puan Khadijah juga mengatakan begitu. Dia sedar dia sudah banyak berubah. Diri dia sendiri tidak seceria seperti sebelum ini. Selepas saja Aareen selamat mendirikan rumah tangga, dia jadi seperti ini.

Danial menepuk perlahan bahu Naufal.

"Tengok. Ini kau kata kau tak berubah? Fal, dah hampir empat tahun aku berkawan dengan kau. Aku kenal kau macam mana. Cuba la cerita dekat aku kenapa kau jadi macam ni." Tidak senang hati Danial jika Naufal berterusan dengan sifat begitu.

Segaris senyuman hambar terukir dari bibir Naufal.

"Kau percaya tak kalau aku cakap aku jadi macam ni sebab perempuan?"

Berkerut seribu wajah Danial bila dia pula yang disoal oleh Naufal.

"Perempuan? Well, aku tak pernah tahu kalau kau ada girlfriend. Tapi kalau macam ni sekali la perubahan kau, aku percaya." Lagipula, Danial tahu Naufal itu bukan jenis yang suka berkongsi masalah yang dihadapi.

Sekali lagi Naufal mengeluh. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia meluahkan apa yang dia rasa. Dia memerlukan pendengar untuk mengurangkan sedikit rasa kecewanya.

"Reen." Satu nama itu meniti dibibirnya membuatkan dia tersenyum hambar.

"Reen? Cousin kau tu? Oh! Cousin yang kau suka tu kan?" Kuat Danial bertanya apabila dia dapat menangkap maksud sebelalik nama gadis tersebut. "Kenapa dengan dia?" Tidak ingin membuat ulasan sendiri, lebih baik dia bertanya kepada Naufal.

Dia tahu Naufal jatuh cinta dalam diam dengan sepupu rakannya itu. Banyak juga yang diceritakan Naufal tentang Aareen itu.

"Dia..." Naufal terjeda seketika. Terlalu sakit untuk dia teruskan kata-kata bahawa gadis pujaannya sudah pun berkahwin.

Danial masih lagi setia menanti.

"Dia dah kahwin."

"What?! Serious la, Fal? Bukan ke dia sebaya dengan kita?" Luas mata Danial memandang seraut wajah Naufal yang muram.

Perlahan Naufal mengangguk.

"Dah jodoh dia, Dan. Nak buat macam mana."

Sayu sekali jawapan Naufal menyapa pendengaran Danial. Dia juga turut mengeluh. Itu rupanya punca kenapa rakannya mudah berubah karakter. Bahu Naufal dipeluk.

"Sabar, Fal. Insha allah kau akan jumpa perempuan yang lagi baik daripada Reen. Lagipun, Reen tu cousin kau. Kita tak digalakkan untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Kan itu yang Ibu kau pesan? Ala, Fal. Ramai lagi perempuan dekat sana yang tengah tunggu kau. Now, kau perlahan-perlahan buang perasaan tu dekat Reen. Dia ada suami. Tak baik ada perasaan dekat isteri orang. Ingat tu. Tapi, kalau kau betul masih sayangkan dia kau doakan saja la kebahagiaan dia dengan suami dia."

Hanya dengan itu saja Danial dapat membantu. Dia tahu yang dia tidak akan dapat memahami perasaan Naufal tika ini. Tetapi dia sebagai seorang rakan haruslah sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Naufal.

"Aku dah cuba, Dan. Tapi tak boleh. Hati aku ni makin rasa sakit bila kau nampak dia dengan suami dia depan mata aku. Aku... cemburu."

"Astaghfirullah, Fal. Kau tak boleh macam ni. Berdosa kau tahu tak? And one more thing, perasaan cemburu yang ada pada kau tu bahaya. Perasaan tu boleh mendorong kau buat apa saja untuk kau hilangkan rasa sakit tu. Kau fahamkan maksud aku?"

Danial mula rasa bimbang dengan kejujuran Naufal. Perasaan yang dilalui Naufal adalah salah satu penyebab dan punca untuk Naufal bertindak diluar jangka.

"Kau jangan buat kerja gila, Fal." Sambungnya lagi dalam nada risau.

"Aku masih waras lagi, Dan."

Naufal membalas lemah. Dia tidak putus akal mahu melakukan perkara yang boleh merosakkan rumah tangga orang. Ya. Dia tahu dia suka dan sayangkan Aareen. Tetapi dia tidak akan sesekali merosakkan kebahagiaan orang yang dia sayang. Andai melihat Aareen bahagia bersama Haiyan, maka dia juga akan bahagia.

Mendengar jawapan Naufal, Danial lega. Sekurang-kurangnya Naufal masih lagi berfikir waras.

"Aku tahu kau masih waras lagi. Tapi aku takut dikemudian hari. Sebab tu kau kena hapuskan perasaan kau pada Reen secepat mungkin. Bahaya nanti boleh makan diri sendiri." Dalam sekali kata-kata Danial.

Masing-masing mendiamkan diri. Danial memberi ruang kepada Naufal untuk memikirkan tentang kata-katanya. Dia tidak mahu disebabkan perasaan, Naufal buat perkara yang tidak diingini. Tindakan manusia tidak boleh dijangka. Semuanya bermula dengan dokongan perasaan dan nafsu semata-mata.

Aku akan buat kerja gila kalau Haiyan sakitkan hati Reen, Dan. Aku terlampau sayang dan cintakan dia walaupun dia sudah jadi isteri orang.

Kata-kata itu Naufal hanya diluahkan di dalam hati.

🍃🍃🍃

"HEIH! Boring la duduk rumah seorang diri ni." Keluh Aareen bosan sambil menghempaskan badan di atas sofa ruang tamu. Sekeliling ruang tamu itu ditenung. Rumah yang diduduki dia dan Haiyan terlampau luas dan besar baginya walaupun hanya banglo biasa.

"Iyan, Iyan. Buat apa la awak beli rumah besar macam ni kalau kita berdua saja yang tinggal. Membazir betul." Dia mula membebel sendiri. Kepala dihala memandang kipas yang berpusing. Cuba menghilangkan rasa bosannya.

"Ingat. Saya tak nak awak masuk dalam bilik hujung sana. Langkah awak hanya setakat depan bilik kita saja. Sebelah bilik kita jangan sesekali awak pergi."

Tiba-tiba akalnya teringat akan pesanan Haiyan ketika mereka berdua sedang mengemas rumah waktu pertama kali berpindah ke sini. Cepat-cepat Aareen bangun dari baringan dan berfikir sejenak.

"Kenapa dia tak nak bagi aku masuk dalam bilik tu, ya? Padahal dia sendiri cakap yang bilik tu hanya bilik tetamu. Tak akan bilik tetamu pun aku tak boleh masuk." Aareen bermonolog sendiri.

Dengan bersemangat, dia mula mendekati anak tangga dan mendaki ke atas menuju ke bilik tetamu yang dilarang Haiyan dari dia masuk ke dalam. Ingin juga dia tahu apa yang ada di dalam bilik itu sampaikan Haiyan tidak izinkan dia masuk ke dalam.

Sampai di hadapan pintu bilik itu, Aareen berdiri tegak. Berfikir sebelum betul-betul buat keputusan untuk masuk ke dalam. Bimbang jika dia masuk ke dalam boleh mengakibatkan Haiyan mengamuk tidak tentu fasal.

"Alah, Reen. Kau masuk saja la. Bukan ada pun dalam bilik ini. Maybe Iyan sengaja nak takut-takutkan kau padahal nothing." Sekali lagi dia bermonolog sendiri. Dengan bacaan bismillah, Aareen memulas tombol pintu.

Dalam sekelip mata pintu terbuka luas membentangkan bilik yang hanya terdapat katil single, almari, meja solek dan sudut bilik yang diletak rak buku.

Aareen mencebik.

"Tengok. Bukan ada apa pun dalam ni. Iyan ni saja tau! Ish!"

Bersama hati yang sebal, Aareen melangkah masuk ke dalam. Diperhati sekeliling bilik itu. Pada matanya, tiada apa yang mencurigakan kerana bilik itu benar-benar seperti bilik tetamu saja. Dinding yang kosong tanpa sebarang gambar yang tergantung. Habis, apa yang menyebabkan suaminya tidak izinkan dia masuk ke sini?

Hairan!

Tiba-tiba akal Aareen terlintas akan sesuatu.

"Kalau bilik buat tempat aku baca novel best juga." Dia sudah mula membayangkan dia menghiasi bilik itu dengan cara dia tersendiri.

Rak buku yang dipenuhi dengan pelbagai buku menarik perhatiannya ke situ. Lalu, Aareen melangkah ke situ dengan perasaan teruja. Dia memang suka dengan buku. Tidak kira buku apa yang terbentang depan mata terus saja akan menarik minatnya.

Baru sahaja tangan mahu mencapai salah satu buku yang tersusun, Aareen dikejutkan dengan suara dingin menyapa telinganya. Takut-takut dia berpaling. Terlihat Haiyan merenung tajam ke arahnya. Pandangan lelaki itu menggerunkan dia.

Bila lelaki itu pulang?

"What are you doing dalam bilik ni?" Mendatar dan dingin sekali suara Haiyan menyoal Aareen yang kelihatan takut.

"Sa... sa..."

Tidak sempat Aareen menjawab, dia terkejut bila Haiyan mula mendekati dan segera menarik keluar dirinya dari terus berada di dalam bilik itu. Tarikan pada tangannya amat kuat dan menyebabkan pergelangannya terasa sakit.

"Awak, sakit la." Adunya perlahan. Sungguh, buat pertama kali Haiyan memegangnya dengan terasa sakit sebegini.

Dum!

Kuat sekali Haiyan menutup pintu bilik itu sejurus saja dia berjaya menarik Aareen keluar dari bilik itu. Dadanya berombak kuat menahan rasa amarah. Menyirap darahnya naik ketika nampak pintu bilik rahsianya terbuka luas.

"Saya dah pesan jangan masuk dalam bilik ni, kan?! Kenapa degil?!" Tengking Haiyan sehingga bergema suaranya di dalam rumah itu.

Terus terkedu Aareen apabila Haiyan menengkingnya sehingga sebegitu sekali. Tidak berkelip dia memandang Haiyan dihadapan dengan tidak percaya. Pertama kali. Pertama kali Haiyan bercakap dengannya dengan suara yang kuat seperti itu. Dan puncanya adalah kerana dia masuk ke dalam bilik tetamu itu saja.

Dia terasa sebak. Mahu menangis. Seumur hidupnya tidak pernah ditengking sebegitu rupa. Paling teruk, dia hanya dimarahi oleh Raif, abangnya. Bukan sehingga tengking sebegini.

"Jawab la saya tanya?!"

Terhinjut bahu Aareen kerana terkejut sekali lagi.

Mata Haiyan memerah sambil memandang Aareen. Rasa amarahnya tidak dapat ditahan lagi. Dia sejenis orang yang pantang bila apa yang dia katakan tetapi tidak diambil peduli.

Terketar-ketar bibir Aareen mahu menjawab.

"Sa... saya nak tahu apa yang ad..."

"Tak perlu tahu! Bila saya cakap jangan masuk maksudnya jangan masuk! Apa yang ada dalam bilik tu tak perlu sikit pun awak tahu! Awak kena ingat rumah ni rumah siapa! Bila saya cakap jangan awak kena ikut apa yang saya cakap! Jangan ingat mentang-mentang awak isteri saya sesuka hati saja nak buat apa dalam rumah ni!" Tanpa berlapis Haiyan menghemburkan amarahnya yang sedari tadi ditahan. Sudah dia tidak fikirkan apa yang dirasai Aareen.

Jatuh jua air mata yang di tahan oleh Aareen. Dia tidak kesah jika ingin memarahi dia kerana masuk ke dalam bilik itu. Tetapi tidak perlu rasanya untuk Haiyan mengungkit segalanya. Tercebik-cebik dia menahan dari terus mengeluarkan tangisan.

Sabar Reen. Jangan menangis. Abang Raif tak ada dekat sini nak pujuk kau.

"Saya min... minta maaf." Ujar Aareen perlahan seraya menundukkan kepala bila tahu yang dia tidak dapat menahan tangisan itu lagi. Dia takut. Takut bila melihat kemarahan Haiyan yang sebegitu rupa.

Perasan pergelangan tangan yang merah kerana dipegang dan ditarik Haiyan membuatkan dia menangis lagi. Sampai hati lelaki itu. Hanya disebabkan kesilapan kecilnya terus saja dia dimarahi.

"Maaf! Senang awak cakap. Kalau saya tahu degil dan keras kepala macam ni, saya tak akan jadikan awak isteri saya la!"

Zap!

Seperti pisau tajam yang menghiris hati Aareen apabila kata-kata itu dilemparkan kepadanya. Untuk dia mengangkat wajah memandang Haiyan tidak boleh kerana air mata semakin mengalir.

Besar sangat ke kesilapan dia sehingga sanggup Haiyan berkata begitu?

Tanpa memikirkan perasaan Aareen, Haiyan kembali menyambung.

"Sekali lagi awak masuk dalam bilik ni, siap awak!" Lalu dia segera berpusing dan melangkah masuk ke dalam bilik dengan hati yang panas. Panas dengan sikap Aareen yang tidak mendengar larangannya. Bila dia cakap jangan maka jangan. Bukan susah pun!

Hilang saja kelibat Haiyan, terus Aareen menghamburkan tangisannya. Tidak ingin didengari Haiyan, ditutup mulutnya dari mengeluarkan sebarang bunyi. Perasaan takut untuk mendekati Haiyan menghantui dirinya. Tidak berani dia mendekati Haiyan bila tahu apa yang akan jadi bila lelaki itu marah.

Bodoh kau, Reen! Kalau kau tak masuk dalam bilik tu, dia tak akan marah sampai macam tu!

🍃🍃🍃

HAIYAN meraut wajahnya kasar. Air yang membasahi tubuhnya tidak mampu menenangkan hati yang sarat dengan rasa bersalah selepas apa yang berlaku petang tadi. Selepas saja kejadian dia menengking dan memarahi Aareen dengan kuat sekali, dia tidak lagi keluar dari bilik. Rasa amarahnya sudah reda namun diganti pula dengan rasa serba salah yang mencengkam hati lelakinya.

Dia sedar, tidak sepatutnya dia memarahi dan menengking Aareen sebegitu. Tetapi disebabkan rasa marah yang tidak dapat ditahan, dia terpaksa lakukan begitu. Dia paling tidak suka apa yang dia larang tetapi sesuka hati saja Aareen lakukan.

Pili air ditutup dan tuala yang tergantung dicapai melilit pinggangnya. Dia melangkah keluar dari tandas. Waktu sudah pun menghampiri Maghrib, namun kelibat isterinya masih belum kelihatan di dalam bilik mereka.

Rasanya hampir setengah jam dia membersihkan diri. Namun, Aareen masih belum masuk ke dalam bilik. Tentu gadis itu terasa hati dengannya. Bukan dia tidak perasan riak Aareen ketika gadis itu dimarahi olehnya. Tetapi disebabkan rasa amarah lagi mengusai dirinya, tidak diendahkan perasaan Aareen ketika itu.

Bersama keluhan berat disertakan dengan rasa bersalah, Haiyan keluar dari bilik dan mencari kelibat isterinya. Bila memastikan kelibat Aareen tidak kelihatan di ruang tamu tingkat atas, dia turun ke bawah.

"Aareen?"

Senyap. Tiada sebarang sahutan dari tingkat bawah. Haiyan mengeluh sambil menyerabutkan rambutnya yang basah. Rasa bersalah semakin mencengkam jiwanya bila tidak melihat kelibat Aareen. Satu persatu bilik tetamu dibuka kerana ingin mencari dimana keberadaan isterinya. Namun hampa, kedua-dua bilik tetamu yang ada dibawah semuanya tidak dihuni isterinya.

Haiyan mengeluh kuat.

"Mungkin dekat atas."

Sejurus itu, dia terus berlari naik ke atas semula dan menghampiri bilik tetamu yang ada di tingkat atas. Perlahan pintu bilik itu dibuka. Disebabkan bilik itu terlalu besar, dia terpaksa membuka langkah masuk untuk melihat ke dalam. Ternyata tekaannya tepat. Sekujur tubuh yang terbaring di atas sofa bilik itu menarik perhatiannya.

Aareen yang terlena di atas sofa itu didekati bersama perasaan bersalah yang amat. Lagi rasa bersalah bila ternampak kesan air mata dipipi gadis itu. Tentu sekali Aareen  menangis dengan kuat selepas dimarahi olehnya. Haiyan melutut disisi Aareen yang lena. Diperhati saja wajah yang polos ketiduran itu. Terbit satu senyuman nipis dibibirnya.

"I'm sorry." Bagai tidak keluar suaranya meminta maaf.

Terketar-ketar tangan kanannya naik ingin mengusap pipi yang masih dibasahi air mata itu. Aareen tertidur kerana penat menangis. Semakin rasa bersalah mencengkam tangkal hatinya. Mahu sekali dia menghamburkan kemarahan pada diri sendiri.

Buat pertama kali dia menengking dan memarahi isterinya sehingga sebegitu rupa. Walaupun selama ini dia hanya menayangkan wajah dingin dan sikap yang dingin kepada Aareen, namun tidak pernah dia memarahi isteri seperti apa yang berlaku petang tadi.

Tidak mahu meninggalkan Aareen di dalam bilik tetamu itu, dengan berhati-hati dia mengangkat tubuh wanita itu untuk dibawa masuk ke dalam bilik mereka berdua. Sampai di dalam bilik, Aareen diletakkan perlahan ke atas katil. Sedikit pun pergerakan dari Haiyan tidak mengganggu Aareen yang penat tertidur itu.

Haiyan melabuhkan punggung disisi Aareen yang sudah terbaring elok. Rambut yang menutup dahi wanita itu ditepis lembut menggunakan jari telunjuknya.

"I'm sorry again. Saya tak sengaja."

Kepala tertunduk bersama perasaan bersalah. Bukan sengaja dia memarahi Aareen. Namun disebabkan rasa bengang gadis itu tidak mendengar apa yang dia katakan tempoh hari. Sudah dia berpesan jangan sesekali gadis itu masuk ke dalam bilik tetamu yang satu itu.

Ya. Dari segi luaran dan pada pandangan kasar, bilik tersebut kelihatan seperti biasa saja. Namun dia risau jika Aareen semakin menggeledah bilik itu dan menemukan sesuatu yang dia sendiri tidak mahu Aareen tahu. Tentang hubungan dia bersama arwah Tihani dulu, Aareen tidak perlu tahu. Dan sebolehnya, dia tidak ingin Aareen tahu bahawa dia pernah bertunang. 

Baru sahaja dia ingin bangun, matanya secara tiba-tiba terhala pada pergelangan tangan Aareen yang kemerahan.

Haiyan mengeluh kesal. Makin kuat rasa serba salah meresap masuk ke dalam hatinya. Tiada niat sedikit pun dia mahu berkasar dengan isterinya itu.

🍁🍁🍁🍁🍁

𝑫𝒂𝒉 𝒔𝒕𝒂𝒓𝒕 𝒅𝒂𝒉 𝒔𝒊𝒌𝒊𝒕-𝒔𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒉𝒐𝒉𝒐. 𝑺𝒊𝒔𝒊 𝑯𝒂𝒊𝒚𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒉 𝒏𝒂𝒎𝒑𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒉. 𝑺𝒐, 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒚 𝒈𝒖𝒚𝒔? 𝑩𝒂𝒘𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒃𝒂𝒓 𝒚𝒂.

𝓘𝓮𝓻𝓪𝓡𝓸𝓼𝓮𝓵𝔂𝓷💜

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 9.8K 7
[terbit -- versi novel tersedia di shopee penerbit @Gente.official] [Selesai-Tidak revisi-banyak typo mohon maaf] 1821 harap bijak dalam memilih ceri...
775K 35.8K 65
Follow ig author: @wp.gulajawa TikTok author :Gula Jawa . Budidayakan vote dan komen Ziva Atau Aziva Shani Zulfan adalah gadis kecil berusia 16 tah...
43.8M 2.3M 96
SERIES SUDAH TAYANG DI VIDIO! COMPLETED! Alexandra Heaton adalah salah satu pewaris Heaton Airlines, tetapi tanpa sepengetahuan keluarganya , dia men...
7.8M 652K 71
Kanesa Alfira hanya berencana berlibur usai resign dari Tano Group setelah bekerja selama 6 tahun. Memilih pulau Komodo sebagai destinasi liburan 2 m...