Mrs Arshaq

By Applefake

1.2M 43K 2K

Hidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering m... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Penambahan Ilmu
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilog
One Weeks

Bab 35

21.5K 816 74
By Applefake

Kaki Mikayla Sofea hanya mengekori langkah Arshaq. Sesekali dia berlari kecil mengejar langkah suaminya.

"Slow la sikit awak". Rengeknya sebal. Penat tau kejar suaminya ini. Dah la kaki panjang!

Arshaq terus menggengam erat tangan isterinya. Kakinya sudah melangkah perlahan. Kasihan pula dia melihat isterinya.

"Assalamualaikum tuan". Sapa pekerjanya sambil menundukkan sedikit tubuh. Kemudian mereka mula keluar dari lif itu.

Arshaq sekadar mengangguk kecil. Mikayla Sofea pula turut membalas tundukan pekerja suaminya. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

Arshaq yang melihat kelakuan isterinya terus menarik tubuh isterinya rapat ke arahnya. Dia menundukkan sedikit wajahnya bagi menyamai telinganya Mikayla Sofea.

"Tak payah tunduk "

Laju Mikayla Sofea menegakkan badannya semula. Kaiser yang berwajah serius itu turut dijelingnya sekilas. Garangnya cik abang ni.

Arshaq menolak perlahan belakang isterinya untuk masuk ke dalam lif itu. Hari ini dia malas nak guna lif VVIP.

Wajah Mikayla Sofea muka memandang ke arah luar lift cermin itu. Jakun betul dia. Ini first time dia masuk lift yang lut sinar. Tingginya.

Arshaq tersenyum sinis melihat gelagat isterinya. Kepalanya menggeleng perlahan.

Ting!

Butang open ditahan oleh Kaiser suapaya pintu lif itu tidak tertutup cepat. Dia mula memberi laluan kepada majikannya untuk keluar dahulu. Kemudian baru dia mengekori langkah majikannya.

Mata Mikayla Sofea sudah melilau memandang hiasan ofis milik suaminya. Mewah betul.

"Wau. Cantiknya". Pujinya sambil teruja melihat sekeliling. Tema office yang ala-ala urban ini sangat menarik perhatiannya.

Arshaq menggelengkan kepalanya. Tubuh kecik isterinya terus ditolak perlahan untuk duduk di atas sofa.

Tuk~tuk

Serentak kepala Arshaq dan Mikayla Sofea tertoleh ke arah pintu yang memang sudah dibuka itu.

"Tuan"

Wajah Arshaq sudah berubah tgeas di hadapan PAnya. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Puan". Sebut PA Arshaq sambil menundukkan wajahnya.

Mikayla Sofea turut membalas tundukan itu sambil tersenyum lebar. Apabila matanya bertentangan dengan mata Arshaq, laju saja senyumannya mati. Ey nak senyum pun tak boleh!

"Tuan pagi ni ada meeting dengan M.R Holding. Diorang dah ada di meeting room".

Arshaq sekadar mengangguk. Matanya sekadar menghantar PAnya keluar daripada bilik officenya. Kemudian dia terus memandang ke arah isterinya.

"Aku ada meeting. Kau duduk sini dengan Kaiser"

Mikayla Sofea sekadar mengangguk perlahan. Bosan betul.

"Kaiser, jaga isteri aku. Kalau nak ronda-ronda dekat bawah pun boleh". Pesannya kearah orang kanannya.

Kaiser sekadar mengangguk. Tubuhnya ditundukkan sedikit apabila majikannya mahu beredar.

Mata Mikayla Sofea mula terarah ke arah Kaiser. Lama dia merenung wajah kacak Kaiser.

Kaiser mengerutkan dahi. Kepalanya diangkat sedikit sebagai tanda 'kenapa'.

"Bawak saya ronda-ronda boleh?". Matanya dikelip beberapa kali sambil tersenyum manis.

"Jom"

Mikayla Sofea sudah menepuk-nepuk tangannya. Suka. Laju saja dia bangun. Kaiser hanya membontoti isteri majikannya.

"Awak... Saya nak tanya boleh? ". Soal Mikayla Sofea sambail menoleh ke arah Kaiser yang sudah berjalan di sebelahnya.

Kaiser mengangguk. "Apa dia? ".

Butang lif ditekannya.

"Arshaq dia CEO? "

"Yep"

"Dia buat bisness apa? ". Sudah lama dia mahu menanyakan soalan ini, tapi dia tidak berani.

Kaiser mengerutkan dahinya sambil melangkah masuk ke dalam perut lif. Kedua-dua tangannya sudah bersilang di dada.

"Puan tak tahu? "

Tergeleng-geleng kepala Mikayla Sofea untuk menidakkan soalan itu. Terukkan dia. Kerja suami sendiri pun dia tak tahu. Yela, selama 5 bulan dia berkahwin dengan Arshaq, ini kali pertama suaminya membawanya ke office. Sebelum ini dia terperap saja di rumah.

"Kenapa puan tak tanya tuan sendiri je? ". Soal Kaiser dengan pelik.

"Tak nak la. Nanti dia marah saya. Sebelum ni dia warning saya tau"

"Tuan kata apa? ". Soal Kaiser ingin tahu. Dahinya sedikit berkerut.

Mikayla Sofea sudah berdehem bagi membetulkan kotak suaranya.

"Ehem... Kau jangan nak sibuk hal aku". Ajuknya dengan suara yang sedikit garau.

"Sebab tu la saya tak tanya dia. Takut nanti dia marah saya"

Kaiser sudah bantai mentertawakan isteri majikannya. Kelakar sungguh la.

Ting!

Kaiser dan Mikayla Sofea mula melangkah keluar dengan serentak dari lif itu. Kaiser tidak lekang dari tersenyum lebar.

"Awak ni, saya tak buat lawak tau. Tuan awak tu serius memanjang. Takut saya". Celotehnya tidak berpuas hati.

Kaiser sekadar mengangguk bersetuju dengan kata-kata Mikayla Sofea.

"Kalau puan nak tahu, tuan ada bisness hotel mewah dekat malaysia ni. Buat masa sekarang tuan ada 20 buah hotel dekat Malaysia ni. Itu tak termasuk dekat luar negara lagi"

Mikayla Sofea dengar dengan teliti sambil kepalanya diangguk kecil. Mulutnya bulat. "Ooo"

"Kalau puan nak tahu lagi, dekat France tuan ada 5 buah hotel dekat sana"

Melopong mulut Mikayla Sofea. Mak ai banyaknya.

"Patut kaya". Omelnya perlahan, namum masih boleh didengari Kaiser.

"Ye memang tuan jutawan muda. Lagi satu Tuan Shaq bukan calang-calang orang tau"

Dahi Mikayla Sofea sudah berkerut sedikit. Tubuhnya terus dipusingkan menghadap Kaiser. Sekarang ini mereka berdua berhenti di lobby. Orang yang lalu lalang langsung tidak dihiraukan.

"Maksud awak? "

"Tuan Shaq kan banyak bisness. So biasa la musuh bisness dia ramai"

Sekali lagi Mikayla Sofea sekadar mengangguk kecil sambil mencebikkan bibir. Matanya pula mula terhala ke arah dinding lobby yang begitu besar.

'A.R.H.Q Office'.  Sebutnya didalam hati.

"Office ni macam tempat meeting je la? ". Soal Mikayla Sofea lagi.

"Yep. Tapi sini merupakan center semua A.R.H.Q Hotel yang ada dekat Malaysia dan France. Kiranya kalau mana-mana hotel ada masalah, diorang akan derect sini terus. Data duit keluar masuk semua A.R.H.Q  office ni tahu. Kalau ada customer tak puas hati dengan layanan di hotel, mereka akan derect calk terus dekat sini. Semua pasal hotel, office akan handle ". Panjang lebar Kaiser terangkan.

Mikayla Sofea sekadar mengangguk.
"No wonder semua orang kenal tuan awak"

"Yes. Pengaruh tuan pun kuat tau"

"Pengaruh apa tu? "

"Tu puan sendiri kena tanya tuan. Saya tak boleh bagitahu"

Mikayla Sofea terus melepaskan keluhan kasar.

"Yela. Jom ronda"

"Jom"

Hampir sejam Mikayla Sofea dan Kaiser duduk di dalam cafe. Malas Mikayla Sofea naik ke atas semula. Sebab itu, mereka berdua duduk di cafe.

Cafe di office pun macam dekat restoran lima bintang.

Kek strawberi laici yang terhidang di hadapannya dijamah. Boleh gemuk dia berada di office suaminya. Sebab apa? Sebab makam free. Hehe. Isteri boss kan. Jeles la tu.

Dah la semua makanan sedap-sedap. Sebelum dia makam dessert, dia makan chicken chop. Lepastu spageti bolognese. Ni dessert pula.

"Kenyang la awak". Adu Mikayla Sofea sambil menyumbat kek itu ke dalam mulutnya.

Kaiser yang melihat kerenah Mikayla Sofea hanya mampu menggeleng. Ini sudah masuk kali ke 15 wanita ini merungut kenyang. Tapi disumbat lagi kek itu ke dalam mulut. Perempuan.

"Tak boleh membazir. Nanti Allah marah". Kata Mikayla Sofea tiba-tiba. Kemudian disuap lagi kek itu ke dalam mulutnya.

Kaiser tergelak kecil. Comel betul lah isterinya majikannya ini.

"Satu sudu je lagi tu. Sumbat semua". Kata Kaiser senada.

Mikayla Sofea mengangguk. Setelah kek di dalam mulutnya dikunyah lumat dan ditelan, dia terus menyumbat kek yang berada di atas sudu itu ke dalam mulut. Mengembong pipinya. Perlahan-lahan dia kunyah sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi. Perutnya diusap.

"Puan nak dessert lagi? ". Soal Kaiser sekadar melawak. Ketawa kecilnya mula kedengaran.

Tergeleng-geleng kepala Mikayla Sofea. Kek yang penuh di dalam mulutnya menyukarkannya untuk bercakap.

"Nah air". Air oren yang berada di atas meja ditolak ke arah Mikayla Sofea.

Laju saja wanita itu menyambut dan menyedut air. Kemudian dia kembali menyambung kunyahan.

Ruangan cafe yang tadi sunyi kini sudah jelas kedengaran bising gelak ketawa dari seseorang.

Mata Mikayla Sofea dan Kaiser terus terarah ke arah gerangan yang sedang membuka pintu cafe itu.

Terbuntang mata Mikayla Sofea. Kaiser laju bangun dan berdiri di belakang isteri majikannya. Kepalanya ditundukkan apabila tuannya dan Tan Sri Mokhtar menuju ke arah mereka.

Jelas riak wajah Mikayla Sofea berubah. Wajah Tan Sri Mokhtar laju dijeling. Dia kembali menyambung kunyahan kek di dalam mulutnya dan ditelan secara perlahan. Segelas air oren dicapai dan disedut. Wajah 'papanya' langsung tidak dipandang.

Kaiser menarik kerusi Tan Sri Mokhtar dan Arshaq. Mata tajam Arshaq laju menikam setiap pergerakkan isterinya. Dua butang kodnya di bukak satu persatu. Matanya masih tertumpu ke arah isterinya. Selalunya isterinya akan menyapa Tan Sri Mokhtar. Kali ini tidak pula.

Tan Sri Mokhtar tersenyum hambar ketika melihat gelagat anaknya.

"Mikayla makan apa?". Soalnya lembut.

Diam.

Kaiser yang melihat Mikayla Sofea diam itu laju saja menjawab.

"Macam-macam dia makan Tan Sri. Tadi chicken chop, lepastu spageti. Last sekali dessert. Banyak dia makan Tan Sri, sampai kembung pipi dia tadi". Jawabnya bersahaja.

Mata Arshaq mengerling orang kanannya sekilas. Kemudian matanya masih tajam menikam wajah isterinya.

Tan Sri Mokhtar ketawa kecil mendengar kata-kata Kaiser. Wajah anaknya yang langsung tidak memandangnya itu di pandang lembut.

"Sedap tak Mikayla ?"

Diam.

Kaiser mengerutkan dahinya. Baru dia ingin menjawab lagi tiba-tiba kerlingan tajam dari tuannya membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Pelik sungguh dia dengan isteri majikannya. Tadi okey saja. Ni tiba-tiba diam.

"Dah bisu ke kitten? Hmm? ". Soal Arshaq dengan suara yang tegas. Keningnya hampir bercantum. Garang.

Mikayla Sofea menggigit bibir bawahnya. Takut-takut dia ingin memandang suaminya.

Tasya yang baru tiba saja di cafe itu sudah mengerutkan dahi melihat suasana di meja makan yang agak tegang itu. Kerusi yang berada di sebelah Arshaq ditarik. Baru dia ingin duduk tiba-tiba bahunya sudah terangkat kerana terkejut dengan tindakan Arshaq yang menepuk kuat meja itu.

Puk!

Mikayla Sofea turut terkejut. Matanya memandang bawah meja.

"Shaq. Dah. Pekerja kamu tengok nanti". Tegur Tan Sri Mokhtar lembut.   Dia kembali menumpukan perhatiannya ke arah Mikayla Sofea.

"Mikayla nak makan lagi? ". Soalnya.

Tubir mata Mikayla Sofea yang sudah panas itu mengerling sekilas ke arah suaminya yang masih merenung ke arahnya. Perlahan-lahan dia menggeleng.

"Suara kau mana? Dah bisu?!". Kata Arshaq dengan sedikit kasar. Intonasinya dinaikkan sedikit. Sesekali dia memandang sekilingnya. Risau kalau ada pekerja cafe dengar.

Mikayla Sofea masih diam. Makin kuat dia mengetap bibirnya. Dia masih berkecil hati dengan papanya. Dia masih tidak boleh terima kenyataan papanya yang lepas.

"Shaq, stop it. Makan dulu okey". Celah Tasya lembut. Kesian pula dia melihat Mikayla Sofea.

Arshaq melepaskan keluhan kasar. Kepalanya mengangguk kecil. Namun matanya masih kekal merenung isterinya. Tadi okey, ni tiba-tiba isterinya buat perangai.

Tasya terus mengangkat tangan untuk memanggil waiter. Dia mula membuat pesanan makanannya bersama Tan Sri Mokhtar dan Arshaq.

"Mi... Mikayla tunggu dekat lobby". Ucap Mikayla Sofea laju. Bingkas dia bangun dan berjalan keluar dari cafe itu diikuti Kaiser.

Arshaq terus memejamkan matanya bagi menenangkan dirinya.

"Bagi dia masa Shaq. Dia tak boleh terima papa lagi tu. Bagi dia masa"


_______________________
Sinopsis!


"Buat Mikayla jadi milik kamu sepenuhnya Shaq" - Tan Sri Mokhtar

_________

"Kenapa awak tak bagi saya cari ibu saya? Sebab apa?! Awak jeles kalau ibu saya layan saya lebih baik dari mama awak layan awak? Macam tu?!"

Pang!

"Kau jangan biadap Mikayla Sofea! "

______________________
Holla. Are you ready for next bab?

Keep vote and komen okey 🥰

Continue Reading

You'll Also Like

202K 5K 51
๐“Šˆ๐’†œ๐•ณ๐–š๐–˜๐–‡๐–†๐–“๐–‰ ๐•พ๐–Š๐–—๐–Ž๐–Š๐–˜ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ๐’†œ๐“Š‰ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐†๐ข๐ซ๐ฅ "๐ˆ๐Ÿ ๐ข๐ญ'๐ฌ ๐ฆ๐ž๐š๐ง๐ญ ๐ญ๐จ ๐›๐ž, ๐ข๐ญ'๐ฅ๐ฅ ๐›๐ž" Their story without yo...
585K 23.6K 32
Xavia Intan anak bongsu kepada pasangan Dato' Sri Paduka Putera Rayqal dan Datin Sri Paduka Xendra Aira yang masih dalam usia remaja sudah mengetuai...
144K 5.6K 58
[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan pel...
109K 3.2K 20
"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mam...