His Babygirl [๐‘ช]

By leesottt

397K 12.5K 349

[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Han... More

WARNINGโš ๏ธ
PROLOG
01 | BABYGIRL
02 | BABYGIRL
03 | BABYGIRL
04 | BABYGIRL
05 | BABYGIRL
06 | BABYGIRL
07 | BABYGIRL
08 | BABYGIRL
09 | BABYGIRL
10 | BABYGIRL
11 | BABYGIRL
12 | BABYGIRL
13 | BABYGIRL
14 | BABYGIRL
15 | BABYGIRL
16 | BABYGIRL
17 | BABYGIRL
18 | BABYGIRL
19 | BABYGIRL
20 | BABYGIRL
21 | BABYGIRL
22 | BABYGIRL
23 | BABYGIRL
24 | BABYGIRL
25 | BABYGIRL
26 | BABYGIRL
27 | BABYGIRL
28 | BABYGIRL
30 | BABYGIRL
31 | BABYGIRL
32 | BABYGIRL
33 | BABYGIRL
34 | BABYGIRL
35 | BABYGIRL
36 | BABYGIRL
37 | BABYGIRL
38 | BABYGIRL
39 | BABYGIRL
40 | BABYGIRL
41 | BABYGIRL
42 | BABYGIRL
43 | BABYGIRL
44 | BABYGIRL
45 | BABYGIRL
46 | BABYGIRL
47 | BABYGIRL
48 | BABYGIRL
49 | BABYGIRL
50 | BABYGIRL
51 | BABYGIRL
52 | BABYGIRL
53 | BABYGIRL
54 | BABYGIRL
55 | BABYGIRL
56 | BABYGIRL
57 | BABYGIRL
58 | BABYGIRL
59 | BABYGIRL
60 | BABYGIRL
61 | BABYGIRL
62 | BABYGIRL
63 | BABYGIRL
64 | BABYGIRL
65 | BABYGIRL
66 | BABYGIRL
ENDING
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER (LAST)
TUMPANG PROMOTE

29 | BABYGIRL

5.8K 166 7
By leesottt

TANGANNYA meramas jari-jemarinya di atas riba. Sesekali pandangannya melirik ke arah Datin Aderin yang setia duduk di sebelahnya.

Baju kurungnya di badannya membuatkan dirinya tidak berasa selesa. Hana menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Betul ke apa yang dia buat sekarang ni?

Nak menyesal sekarang pun dah tiada guna. Sebab majlis pun dah nak mula kejap lagi.

"Hana?"

Panggilan dari Datin Aderin membuatkan dia tersentak.

"Hah apa Ma?" terpinga-pinga Hana dibuatnya.

"Ish kamu ni mengelamun lagi" tangannya ditepuk lembut oleh Datin Aderin. Hanya sengihan kecil yang mampu Hana beri pada Datin Aderin untuk menutup rasa gelisah dalam dirinya.

"Jadi boleh kita mula sekarang sesi pertunangan" ujar seorang lelaki berusia memecah kesunyian. Semua yang berada di situ mengangguk mengizinkan.

Wanita elegan berusia yang nak dekat sebaya dengan Datin Aderin berjalan mendekati ke arahnya dan duduk bersimpuh. Hana menahan debaran yang semakin menggila dalam dirinya.

Ya Allah benarkah apa yang aku buat ni?

"Hana hulurkan tangan. Ibu mentua kamu nak sarung cincin tu" ujar Datin Aderin.

Dalam diam Datin Aderin menahan sebak di dada. Melihat muka anak perempuannya tahulah dia yang anaknya tidak bersedia. Tapi apa yang mampu dia buat majlis pertunangan pun dah bermula.

Tangannya yang dihulur pada wanita sebaya Mamanya itu terasa disentuh lembut. Menggigil-gigil badan kecilnya. Berdebar jantungnya berhadapan dengan bakal mentuanya.

Tergelak kecil wanita berusia di hadapannya.

"Kenapa sejuk sangat tangan Hana ni. Ibu bukan nak makan kamu pun nak sarung cincin je" jari manis yang sudah tersarung cincin pada tunang anaknya dielus lembut. Pandai anaknya memilih perempuan untuk dijadikan isteri. Cantik dan ayu!

Merah berona muka Hana dibuatnya. Terdengar gelakan kecil para kaum wanita yang berada di sekelilingnya. Malunya mana nak sorok muka ni!

"Ibu apa ni usik tunang angah" celah Izz. Bukan dia tidak perasan muka tunangnya berubah merah. Mesti terlampau malu dengan usikan dari ibunya.

"Alahai , anak teruna seorang ni. Nak usik tunang dia pun tak boleh. Nak pertahankan jugak" ujar Datin Maria. Sempat matanya menjeling manja pada anak keduanya.

"Biasalah Maria bila dah sayang. Semua dia nak pertahankan buah hati dia" usik Datin Aderin pula. Bahu anak daranya dicuit mengusik.

Menunduk kepala Hana. Malunya tak usah disebut. Rasa macam nak tanam kepala sahaja dalam tanah. Biar semua orang tak nampak pipinya yang merah menyala.

"Sudahlah tu usik anak awak tu. Jom kita tangkap gambar dekat pelamin sana" ajak Dato Adhwa yang sedari tadi menjadi penonton tidak berbayar. Dari tadi kepalanya menggeleng. Suka betul sakat anak sendiri.

"Jom jom saya pun dah rasa tak sabar nak tangkap gambar dengan bakal besan saya ni" tangan Datin Maria ditarik bangun sekali dengannya. Seperti majlis mereka pulak dibuatnya.

"Hana , awak boleh bangun tak. Jom kita tangkap gambar sekali" ajak Izz. Belum sempat tangannya menggapai lengan Hana tangannya sudah ditepuk awal-awal oleh Datin Maria.

"Gatal"

Tergaru kecil kepala Izz mendengar. Rasa malu mula ada. Sedar mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah. Keluhan lemah terkeluar dari seulas bibirnya. Bilalah nak halal?

"Jangan nak mengeluh. Tunggu sikit lagi masa" bisik Datin Maria pada telinga anak keduanya.

Tercengang Izz. Ibunya dengar ke dia mengeluh. Ni lah akibatnya tak pandang kiri kanan. Last-last kantoi dengan ibu sendiri.

"Angah cepatlah ke sini. Orang semua dah get ready ni. Tunggu dia mengelamun sampai ke esok tak dapat tangkap gambar kalau macam ni" sakat Dato Izham.

Cepat-cepat Izz mendekati keluarganya dan bakal mentuanya di atas pelamin. Kakinya berdiri jauh dari keberadaan Hana. Tak nak dekat-dekat nanti kena sakat lagi dengan ibunya.

"Kenapa jauh sangat tunang lelaki ni. Takut dengan cik cantik kat sebelah tu ke" ujar camera man di hadapan. Serius jauh satu jarak kot. Ni kes takut ke apa ni?

"Angah Allahu. Kejap ya saya betulkan kedudukan anak saya. Takut sangat kena usik agaknya" jawab Dato Maria bagi pihak anak lelakinya.

Terlepas gelakan kecil camera man itu. Sudah biasa mendengar kes macam ni. Berpuluh dia jumpa kes yang sama jugak. Takut kena sakat dengan sepupu sepapat biasalah darah muda.

Apabila selesai sahaja membetulkan kedudukan anak lelakinya. Datin Maria kembali mengambil tempat pada kedudukan asalnya di sebelah suaminya

Pelbagai gaya yang mereka buat untuk menangkap gambar. Dan last sekali gambar terakhir yang berjaya ditangkap ialah sewaktu Izz memandang tunak ke muka Hana yang sedang tersenyum manis di hadapan.







BARU sahaja Hayzack mahu memanaskan punggung di kerusi kedai makan mamak itu. Dia sudah diterjah dengan soalan dari Aysar.

"Kau ada dengar berita tentang pertunangan perempuan yang selalu ganggu kau tu?" soal Aysar. Kening sebelahnya diangkat.

"Perempuan mana pulak ni?" bingung Hayzack bertanya. Mindanya ligat berfikir. Perempuan selalu ganggu dia. Kejap seorang je yang berani ganggu dia. Tapi tak mungkinlah.

"Takkan perempuan tu kot?" ujar Hayzack pada Aysar di hadapannya.

Anggukan kepala dari Aysar membuatkan Hayzack bagai terdiam seribu bahasa.

"Kalau kau nak tanya bila waktunya. Baru pagi tadi dia bertunang. Kau tak tengok ke dalam surat khabar dah keluar berita tentang anak sulung Dato Adhwa bertunang dengan seorang doktor tampan yang terkenal. Takkan kau tak perasan? Dah tersebar tak silap aku" terang Aysar panjang lebar. Milo ais di hadapan dikacau-kacau dengan straw.

"Kenapa aku tak tahu?" soalnya bagai pada diri sendiri.

Bibir Aysar tersenyum sinis mendengar.

"Macam mana kau nak tahu Zack. Kau kan baru balik petang tadi dari China" tergeleng kepala Aysar. Amnesia ke apa kawan dia ni. Baru balik dah jadi pelupa!

"Siapa lelaki yang malang tu?" tanya Hayzack. Kedengaran sinis sahaja soalannya melempar.

Aysar sekadar mendiamkan diri. Nak marah pun member sendiri. Jangan last-last menyesal sudahlah. Waktu tu nak buat apa pun orang dah malas nak ambil tahu!

"Kejap , aku tunjuk gambar" telefonnya dikeluar dari kocek seluarnya. Ligat tangannya menekan-nekan paparan skrin yang bercahaya itu. Jumpa sahaja. Telefonnya terus ditolak ke arah hadapan Hayzack.

"Ni lelaki ni. Tak silap aku dia ni anak kedua IZ entertaiment. Tapi malangnya dia tak kendalikan pun syarikat ayah dia. Yang handle sekarang pun abang sulung dia sebab dia sekarang ni sekadar jadi doktor" kata Aysar.

Matanya meliar memandang sekeliling sambil bercakap. Tiba-tiba kepalanya terhenti memandang pada seorang perempuan yang berada di dalam kedai 7 eleven itu. Malam-malam pun sibuk nak keluar cinta hati dia ni!

Tanpa isyarat tubuhnya dibangunkan sebelum berlalu pergi menghilang ke dalam kedai 7 eleven di seberang jalan.

Hayzack sekadar membiarkan. Dia tahu apa yang kawannya nak buat. Tak lain tak bukan nak ganggu kekasih hatilah tu apa lagi. Biasalah orang bila dah tangkap cintun begitulah jadinya.

Telefon Aysar kembali diletak di atas meja. Lama matanya terpusat pada gambar yang masih terpapar pada skrin bercahaya itu. Maksudnya lelaki yang dia jumpa tempoh hari tu bakal tunang perempuan itu.

Rasa kelakar pulak. Dia macam orang bodoh pulak kacau tunang orang. Mula-mula dia fikir perempuan itu mahu menggoda lelaki itu seperti dirinya. Tapi rupanya bakal tunang. Kepalanya tergeleng kecil.

"Kau asal geleng-geleng kepala?" soal Aysar. Tempat duduknya kembali diambil di hadapan Hayzack.

"Aku rasa kelakar macam aku ni jadi orang ketiga pulak di antara diorang" ujar Hayzack. Tunak matanya memandang gambar perempuan itu yang tersarung dengan baju kurung tidak lepas. Cantik!

Tapi malangnya jadi cacat pulak bila ada lelaki sebelah perempuan tu. Kalau ada pisau dekat matanya rasanya kepala dan badan lelaki itu sudah terpisah. Ialah boleh pulak buat aksi romatik pandang tunang sendiri. Macam dia seorang je yang ada tunang dalam dunia ni. Geli-geliman huh!

"Maksud kau?"

"Tempoh hari aku ada jumpa perempuan ni dengan lelaki tu. Mula-mula aku ingat dia nak goda lelaki tu macam aku. Tapi rupanya bakal tunang. Patutlah nampak mesra semacam" jawab Hayzack dingin.

"Itu lah kau suka buat andaian buruk sendiri. Ni bila Rayyan nak bagi maklumat pasal anak perempuan Dato Adhwa?" tanya Aysar. Gayanya berkata bagai tiada apa-apa sahaja.

"Aku rasa aku tak ada cerita dekat kau. Macam mana kau tahu?" dingin dan beku nada Hayzack menyoal. Tajam pandangan matanya mencerun muka Aysar.

Tapi Aysar hanya tenang. Seolah sudah bersedia dengan kemarahan seorang Hayzack Iskandar!

"Rayyan" sepatah namun boleh membuatkan muka Hayzack merah padam.

"Damn , that bastard" mukanya merah menahan marah. Turun naik dadanya. Susah betul kalau ada kawan yang senang sangat bukak cerita dekat orang.

"Apa lagi dia cerita dekat kau?"

"Tu jelah mana ada yang lain. Ni bila Rayyan nak bagi?" soal Aysar sekali lagi. Kalau kena ulang lagi tak tahulah nak kena cakap apa.

Pekak maybe?

"Esok" kepala Hayzack sedikit menunduk. Dia tidak tahu mahu rasa apa sekarang ni. Kalau betul sekali pun perempuan itu gadis kecilnya sama sahaja. Dia tidak akan dapat apa-apa. Ialah perempuan tu kan dah jadi tunangan orang!

"Tutup topik ni. Sekarang ni aku nak bukak topik pasal kerja. Bila nak mula projek dekat Pahang tu?" kata Aysar mengalih topik perbualan.

Hayzack mengeluh perlahan. Dia baru balik dari China kot. Takkanlah kawannya tak ada belas kasihan. Oh lupa lelaki depan dia ni memang tak ada rasa kasihan? Rasanya hati dia yang baik tu dah mati. Maklumlah mafia kan?

"Kat rumah jelah bincang. Aku tak ada mood nak bahas pasal kerja sekarang ni" pandangannya dilempar ke sekeliling.

Mindanya ligat berfikir tentang gambar perempuan itu. Semua rasa bercampur baur dalam dirinya menjadi satu sebelum keluhan lemah dilepaskan Hayzack.

Bahu Aysar angkat. Fikir pasal perempuan tu lagi agaknya. Lebih baik dia tidak memanjangkan perbualan. Takut karang ada jugak berlaku aksi tumbuk-menumbuk.




Don't forget to vote and comment , thankies <3

Continue Reading

You'll Also Like

109K 3.2K 20
"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mam...
209K 9.5K 78
๐‘ด๐’š ๐‘ซ๐’†๐’‚๐’“ ๐‘น๐’†๐’Š๐’๐’‚ // ๐‘ฏ๐’Š๐’” ๐‘น๐’†๐’Š๐’๐’‚ ๐๐Ž๐€๐‡ ๐€๐‹๐„๐—๐€๐๐ƒ๐„๐‘ -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebo...
20.8K 983 69
Segala cacat cela harap dimaafkan. Story ini sedang dibaiki.
291K 20.1K 53
Under ๐“œ๐“ฒ๐“ท๐“ฎ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ: 2 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka...