His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.2K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 17

23 10 0
By ___tzxreyl

«.......evening,darling.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Beg berton kelabu gelap itu, aku letak di bangku pondok pengawal. Shahirah, Izzah, A'watif, Diniy dan Ima turut serta untuk latihan petang Khamis ni.

"Kau suruh diorang isi botol air kau ke, Shahirah?" Ima bertanyakan Shahirah.

"Haah, tadi masa diorang nak balik asrama aku pass dekat Ama." Tudung sarung Adidasnya, dibetulkan.

Diorang mesti akan salin kepada tudung sarung kalau ada latihan waktu petang. Kebanyakkan pelajar perempuan juga begitu. Kalau aku memang tak lah, segan!

"Aduh, botol air aku nak kosong dah ni. Lupa pulak nak suruh diorang," Ima bergendang perlahan di permukaan kerusi batu.

"Nak aku suruh Ama isi? Aku pun nak pergi sana kejap." Diniy menawar diri. Sememangnya kawan kamceng dia Ama.

Senyap seketika sebelum dengan pantas Ima hulurkan dua botol airnya. Aku turut berbuat demikian. Sebotol air mana cukup beb!

"Izzah dengan Mira, botol diorang ni tak nak isi ke?" Botol air Izzah dan Amira yang tersadai di tepi beg masing-masing, aku pegang.

Ada la dalam separuh Izzah punya, Amira pulak tinggal suku. Amira ni bawak berliter air pun tak cukup dia!

"Bagi je lah, duduk dalam tandas tu kalau boleh lama pagi diorang tu. Ahli aktif Kak-kak Tandas betul!" kata A'watif. Bukan tak tahu dua orang tu, dalam ramai-ramai diorang lah paling lama.

Amira dengan cermin berpisah tiada. Izzah pula asyik-asyik 'weh nampak rambut tak?' 'nampak rambut tak?' Dalam sehari dalam kelas tu, ada dekat berpuluh kali dia tanya. Tak kira masa!

Aku menyerahkan botol air diorang kepada Diniy.

Berkerut keningku. "Kau boleh ke tak ni, Diniy?" Campur semua botol jadi tujuh secara total semuanya. Silap jalan sikit, bergolek masuk longkanglah botol-botol ni semua.

"Boleh, boleh..." Macam tak boleh je, namun melihatkan Diniy yang super genius masukkan semua botol dalam beg kain yang dibuat letak buku, aku biarkan saja.

Lagipun malas aku menapak ke aspuri. Jauh.

"Jumpa kat padang jap lagi," peace dilayangkan pada Diniy. Diniy gelak kecil. Haish, sopan betul anak Cikgu Hanizah ni.

❍☆❍〃

Dalam ramai-ramai ahli rumah Jentayu dan Garuda, aku tak habis-habis terteleng cari figura seseorang. Siapa lagi kalau bukan Luth, hmmm...

Tak sempat aku nak ucap terima kasih tadi.

Tulah kau Irel, gugup lagi!

Ergh, mahunya aku tak gugup, Luth nampak mengancam betul. Berdasarkan pemerhatian aku yang bertahun dah ni ke atas dia, jarang Luth datang sekolah dengan motosikal tapi sekarang ni makin kerap pulak.

"Cari Luth la tu, Rel..." Amanina atau short formnya Ama, cucuk pinggang aku yang elok duduk bersila atas jalan tar.

Aku terkejut. Malu betul tetiba kantoi ni. "Mana ada, aku cari kapten." Baik punya alasan aku bagi walhal Amin mana datang sekolah hari ni.

"Cari kapten ke cari kawan kapten tu..." Ama masih mengiat dengan senyuman usiknya.

"Kapten, ada hal nak cakap dengan dia." Kawan kapten, banyak benda nak cakap dengan dia.

Apakah daya, aku hanya mampu mengulum suara saja. Tahu dek diorang, lagilah digiatnya aku.

"Baru nak datang ke hero-hero Jentayu sekalian?" Meleret-leret serupa budak darjah satu bagi salam dekat cikgu. Penuh kesindiran dalam senyuman.

Cikgu Suriani tersenyum manis. Cikgu Suriani atau di belakang cikgu kami panggil Hajjah, huehuehue...

Aku rasa atmosfera beri lalauan seketika kepada satu, dua...

Hazwan, Rafli, Mawi, Izami, Izham, Luth dan... Amin? Tujuh orang mereka? Wah, daulat sangat harapan rumah Jentayu ni!

"Tu Luth kau." Aku jegil pada Ama. Dia ni tak habis-habis cuit pinggang aku! Izzah siku pinggang, Ama cuit pinggang.

Masalahnya yang jadi mangsa pinggang aku tahu?

"Tak nampak," aku balas acuh tak acuh.

Apasal lambat sangat diorang ni? Ke memang sengaja nak buat grand entrance? Almaklumlah nak buat kenangan last year, tak gituw?

"Nampak sangat Luth kau tu putera kayangan sampai tak nampak! Luth Arashy... Putera Bunian Irel Iralna, pergh headline dia..." Ama gelak dengan lawak sendiri.

Lawak? Celah mana lawaknya?

Moto diparking di bawah bumbung yang disediakan buat pelajar. Parking di padang atau pintu dewan besar ni khusus untuk pelajar form 6 dengan basikal je but who's care? Selagi tak park tempat cikgu, masih panjang lagi hayat kenderaan kau. Insyaallah.

Beg sukan jenama Quechua digalas sebelum Luth dan yang lain menapak. Mata aku tangkap si junior-junior yang sakan berbisik. Siap tuding jari lagi. Jangan risau, Luth aku low profile orangnya, tak ramai yang tahu tentang dia kalau bukan bab sukan.

Dan seperti aku sangka, junior berhampiran dengan aku tak tahu namanya. Bagus!

"Kenapa lambat? Pergi mana?" Sembur Teacher Lailawati.

Izham jadi tukang jawab. "Pergi SMKJ kejap teacher, coach diorang nak jumpa."

Berkerut kening Hajjah dengan teacher. "Sampai ke sana kamu pergi? Semua? Buat apa?"

Hazwan pula menjawab sebelum Izham buka mulut. "Ada deal untuk handball match after school break nanti. Perlawanan persahabatan, teacher."

Hajjah mengangguk. Teacher nampak masih tak berpuas hati. Ustaz Muzzamir yang baru tiba dengan anak lelakinya disamping, menyuruh mereka duduk.

Tempat paling hujung di tiang parking moto diorang, jadi port.

"Tandatangan dekat kertas yang cikgu edar untuk cikgu ambil kehadiran." Cikgu Suriati berbagi sehelai kertas yang dikepil dengan fail.

Aku kumpul batu-batu kecil sebesar biji cengkih yang ada atas jalan tar. Percayalah sekolah aku jalan yang kami duduk tiap-tiap hari dah macam jalan tar. Berturap hitam maka banyaklah batu-batu sesat.

Batu ni lah semua pakat kumpul lepastu tunggu lagi... Baling lah! Baru betul pepatah tercatat, baling batu sembunyi tangan.

Jangan buat main-main, boleh gaduh woo baling batu silap orang ni takpun silap waktu. Kalau time annual pendek waktu pagi, habisla kalau cikgu nampak.

Tak kena pergi depan, kau kutiplah batu sampai habis perhimpunan pendek.

"Yang mana tak hadir tu teacher tak cakap banyak dah, markah demerit akan diisi. Nama kamu akan naik ke PK Koko, esok kamu kumpul la dalam dewan tu. Cakap dekat kawan-kawan kamu yang tak hadir tu, pergi buat rumah sendiri dengan PK Koko!"

Seram aku tengok muka teacher. Macam pokok termutasi dengan asid, tunggu masa je nak telan orang.

Aku lambung batu yang dikutip macam batu seremban. Shahirah sembang apa entahla dengan A'watif di depan aku.

Satu batu muncul mengenai tangan aku. Aku timang sekali. Setelah itu, tak henti-henti batu muncul mengenai tangan aku. Mana yang sesat, mengenai tubuh.

Aku ketap bibir. Geram nih. Jebon betul, aku duduk diam pun kena kacau!

Aku kumpul semua batu yang sesat tadi. Campur dengan batu aku, ada dalam setengah genggam. Jadilah ni, kecik-kecik banyak batunya.

Aku angkat pandangan. Mata meliar mencari. Satu batu mengenai batang hidung aku, aku pejam mata erat.

Wah, melampau!

Buka je mata, peace yang dilayangnya menyapa retina. Aku bulatkan mata pada dia di hujung sana. Diorang yang lain sibuk bincang apa entah la, dia sibuk cari batu lagi.

Nak baling lagi lah tu! Kan aku kata, dia baling lagi! Kena dahi aku!

Sengih je dia tayang. Kali ni belum sempat dia baling, aku aim  genggaman batu di tanganku. Confirm sekali baling, bintang bertaburan terus dunia dia. I bet!

Batu-batu dibaling setaraf aku baling bola keranjang yang keras kedekung tu. Nampak senyuman sengetnya yang naik di sudut bibir. Aku tayang senyum kemenangan.

"Kamu yang pakai cap hitam tu! Kamu buat apa?!" Suara Teacher Lailawati melengking kuat.

Serasa aku latihan kawad di dataran dan tempat lain, tergendala seketika. Punya kuat suara teacher sampai terjatuh botol air Ustaz Muzzamir yang sedang minum. Terkesima beliau dibuatnya. Hajjah urut dada, muka pucat habis.

I can bet all my organs dried like a raisin, like a fig, like a leaves, like a desert in Arab countries or even somewhere in the Africa. I can feel it.

❍☆❍〃

"Kau lah punya pasal ni!" Irel jeling Luth sekilas.

Luth tanpa riak. Selamba dengan tangan dalam kocek seluar Adidasnya. Dia perhati Irel yang jalan hentak-hentak kaki.

"Mana ada. Kau yang kantoi baling dekat aku," Luth jungkit bahu. Tak mengaku salah dia padahal memang salah dia pun.

Kalau tak dijolok sarang tebuan masakan dapat balasan?

Irel berhenti mendadak. "Eh tolong sikit, kau yang mula dulu!" Irel sambung jalan.

Luth senyum cuma. Bibirnya menjuih pandang Irel. "Dah aku panggil kau tak dengar,"

"Dah masa bilanya?" Irel menderam geram.

"Dah berlalu pun, jangan tanya dah!"

"Dah kau yang cari pasal tu kenapa? Dah tak ada orang lain?" Muka Irel memerah. Dah la panas, mamat ni pulak cari pasal!

"Dah kau aje yang aku rapat... I guess?" Luth buat muka yang sukar Irel tafsirkan.

Riaknya persis menduga.

"Dahla, malas aku cakap dengan kau." Irel beralah. Tak ada guna cakap dengan mamat tak guna ni.

Putar belit cerita sampai boleh terbalik alam ni gamaknya!

"Dah tu, aku nak cakap dengan siapa? Kau je lah." Luth menghampiri Irel yang lajunya jalan bagai punya kenduri kahwin tapi dia terlambat sampai.

Irel tarik momentum, hampir nak tumbuk Luth namun sempat dia berhenti seinci dari tampang pucat itu.

"Kau..." Menderam dalam suara Irel.

Luth yang mulanya terkejut dengan tindakan spontan Irel kemudiannya senyum lebar. Penumbuk Irel yang hanya tulang itu, ditolak lembut.

"Jaga..." Luth sepetkan mata. Timbul eye smile dia.

Irel mendengus. Ikutkan hati memang dia nak bagi je Luth sedas penumbuk tapi demi teringatkan hadiah yang Luth beri, dia tarik balik keinginan yang satu tu.

Irel sambung langkah.

Pasal kena denda sebab buat 'hujan' batu tadi, dia dikehendaki cari bendera rumah Jentayu. Entah macam mana boleh hilang, dari pertama kali latihan sukan diadakan, rumah Jentayu tak punya bendera.

Entah ceruk mana lah terperosok bendera tu.

Oh ya, Luth sekali ikut kena denda sebab dia diam je masa teacher tanya tadi! Sepatah pun dia tak jawab, muka tak ada riak je ditayang.

Irel yang disebelah nak je lempang Luth. Biar lidah Luth tu nampak sikit jalan keluar bila dia lempang. Bila ternganga luas mulut dia lepas kena lempang mungkin la mungkin lidah dia nak beri kerjasama.

Tak cuba tak tahu, kan? Bila dah cuba dapat la pengetahuan sikit.

Sedar tak sedar, sampai juga ke stor sukan yang letaknya paling tepi dan jarang dikunjungi kalau tak ada ujian SEGAK takpun sebab nak ambil peralatan sukan.

Irel tolak daun pintu selepas gril ditarik. Seketika nafas beratnya terbit.

"Kunci ke?" soal Luth. Dia dari tadi tak buat apa, melenggang je.

Irel tak menjawab. Dicubanya lagi tolak dengan kuat. Pintu digegar-gegar beberapa kali. Kalau Luth diganti dengan Boboiboy Gempa kan bagus.

Ada jugak function dari mamat stoned ni.

"Dahla, kalau nak mengamuk pun jangan lepas kat pintu. Pintu tu tak bersalah. Lekang pintu tu, kau nak jawab apa nanti?" Makin ganas Luth tengok Irel, dia bersuara.

Macam bertukar jadi Mama Zilla.

Sekali lagi tolak dengan kuat dek geramnya pada Luth, pintu terbuka. Hampir tersembam Irel akibat terdorong ke depan. Nasib ada tombol pintu.

"Eh, eh Iralna..." Luth yang tenang berubah kalut.

Irel menjeling. Luth urut dada. Terkejut dia bukan kepalang, kuat betul Cik Zilla sorang ni.

"Ya Allah Iralna, bangga aku ada kawan macam kau ni. Tak macam tipikal perempuan luar sana, sotong sotong macam lembut sangat badan. Bagus, bagus...hamba tabik tuan puteri." Luth tepuk tangan sambil melangkah masuk. Suara serupa mak nyah habis.

Matanya meliar sekeliling.

Irel tahan nak termuntah. "Kau tak payah nak menganjing!"

"Eh mana ada menganjingnya, kita lahir tahun ayam okey!" selar Luth.

Irel malas ambil pusing, dia berlalu masuk ke dalam salah satu bilik. Beg beg hoki, badminton dan ping pong berselerak tanpa spesifik susunan.

Irel menggeleng.

Apa nak jadi lahai...

Luth bagai Perdana Menteri tengah adakan lawatan sambil tangan dikepal di belakang. Terangguk-angguk kepalanya memerhati satu per satu peralatan.

Irel malas menegur.

Macam bengong je Luth ni. Depan orang lain behave bukan main, depan dia macam Malayan rare baboons!

Irel buka pula pintu bilik lain. Macam tadi, menggeleng dia tengok bilik berselerak dengan pelbagai jenis lembing, galah lompat tinggi dan alat ukur tinggi dan berat.

Macam mana nak cari ni?

"Tanya cikgu je lah,"

Irel tutup pintu. Berlalu dia ke depan dimana Luth tak habis habis bajet pengerusi UMNO.

"Nak pergi mana?" Luth soal tatkala kelibat Irel melintasinya.

"Tak yah ikut," pendek jawapan diberi Irel.

Sememangnya Luth sangat sangatlah mereng justeru itu dia harus jauhkan diri seboleh mungkin agar virus mereng Luth tak mendekati dia sekaligus menjakitinya.

Power ayat BM Irel, thumbs up!

"Haa pergila,"

Irel berkerut kening namun dibiarkan saja. Ingatkan akan ada adegan di mana dia tarik rambut Luth lantas dikurung Luth dalam salah satu bilik.

Nampaknya Alhamdulillah tak ada.

|.↗✉↘.|

🌝🌚

270921
1608.
-2017

👧👦,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...
27.2K 1.2K 33
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
33.6K 2.3K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...