His Eternal Love

Da irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... Altro

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 54

65.4K 3.6K 330
Da irenicmia

TANGAN mulus Inara dipegang dan dipimpin manakala sebelah tangannya lagi memaut erat pinggang isterinya.

Inara tidak membantah, dia cukup faham dengan perangai Adrian yang sering mementingkan keselamatannya.

"Home sweet home." Ujar Adrian lalu tepi kepala Inara dicium kejap.

Inara tersenyum tipis namun senyumannya itu terus mati apabila matanya berhenti di hujung tangga. Tempat dia kehilangan anaknya.

Adrian yang perasan akan pandangan Inara itu terus berdehem cuba menarik perhatian Inara.

"Jom naik bilik." Tubuh Inara dicepung. Ah dia tak harap mahu biarkan Inara berjalan sendiri menaiki tangga.

Sampai sahaja didalam bilik, tubuh ramping Inara diletakkan perlahan-lahan di atas katil empuk tersebut.

Baju Inara disingkap perlahan namun dengan pantas Inara menghentikan perbuatannya.

"I mandikan ye, love?"  Ujar Adrian lembut. Inara ragu-ragu namun dia tetap menganggukkan kepala. Tangan Adrian mula bergerak membuka baju yang dipakai olehnya.

Tuala diambil dan disarungkan ke tubuh yang terdedah itu, "Jom."

Tubuh Inara dicempung masuk ke dalam tandas. Siap memandikan Inara, rambut isterinya itu dikeringkan menggunakan tuala kemudian disikat dengan lembut.

Rambut Inara yang sudah rapi disikat itu diusap dengan jemarinya lembut.

Selepas menyiapkan Inara, Adrian terus turun ke tingkat bawah dan dapur ditujui. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan sebuah dulang yang terdapat sepinggan nasi dan ikan bakar.

"I bakar sendiri tau ikan ni."

"Buka mulut, makan.." Ujar Adrian sambil menyua sesuap nasi ke mulut isterinya.

Inara menggelengkan kepalanya lagak orang bisu. Dia tak mahu makan.

"Love..." Panggilannya dileretkan cuba untuk menakutkan Inara namun isterinya itu masih keras disitu.

Kepala kembali digelengkan tanda tidak mahu manakala tangannya bertindak menolak perlahan tangan Adrian yang sedang menyua nasi ke arahnya.

Adrian melepaskan keluhan kemudian dia menguntumkan senyuman yang tawar. Sabar Adrian..

"Nak tidur." Tolak Inara perlahan membuatkan Adrian mengeluh sekali lagi.

"Tak apa lah kalau macam tu.. I bawa turun ke bawah dulu dulang ni.."

Ciuman didaratkan di dahi kemudian dia mengusap lembut rambut Inara yang sudah menutup mata itu.

Bunyi sahaja pintu bilik ditutup, Inara terus membuka matanya. Adrian sudah pergi..

Tubir matanya terasa hangat dan tangisannya pecah. Adrian pasti terasa dengan layanannya itu.







ADRIAN mengelamun sendiri. Baru 3 hari dia jaga Inara di rumah, namun dia sudah berada amat letih. Entah mengapa..

Mungkin kerana perangai Inara sudah berubah. Langsung tidak mahu bercakap, makanan langsung tidak disentuh. Dipaksa olehnya makan barulah Inara mahu buka mulut. Itupun hanya sesuap sahaja.

"Kau kenapa ni?" Harris dihadapan bertanya penuh prihatin.

"Inara."

"Kenapa dengan isteri kau? Setahu aku dia dah discharge tiga hari lepas kan?" 

Adrian mengangguk, "Aku buntu lah, Ris.. Sekarang ni, dia dah berubah. Bukan Inara yang aku kenal."

"Itu normal lah, bro.. Mana-mana ibu yang kehilangan anak pun aku rasa macam tu. Dia akan rasa yang dia gagal jadi ibu."

"Tapi aku pun gagal, Harris.. Gagal jaga isteri dengan anak aku." Luah Adrian.

Dia juga turut bersedih dengan kehilangan anak dalam kandungan isterinya itu. Itu anak pertama mereka, mustahil untuk tidak berasa sedih.

"Aku pun sedih kehilangan anak aku.. Dan yang paling sedih bila Inara pun perlahan-lahan jauhkan diri dari aku.."

Bahu Adrian ditepuk oleh Harris, "Aku faham perasaan kau. Tapi kau kena ingat juga Ad, kau kahwin dengan perempuan.."

"Maksud kau?"  Harris mengeluh. Erm dah kahwin pun bodoh..

"Lain, Ad.. Dia perempuan. Masa aku pergi melawat dia beberapa hari lepas, aku nampak dia sedaya upaya nak sorok yang dia sedih."

"Sepanjang kau jaga dia, kau pernah nampak dia nangis?"  Tanya Harris ingin tahu.

Adrian menggelengkan kepala. Memang betul, dia langsung tidak pernah lihat isterinya itu menangis.

Padahal, dia yang lelaki sudah pun menangis terlebih dahulu..

Harris menganggukkan kepala, "Dia tak nak kau rasa bersalah, itu sahaja..Trust me, lama-lama dia akan baik. Kau cuma perlu follow the flow sahaja." Nasihat Harris.

"Sekarang ni apa yang aku perlu buat?"

"Jangan pernah tunjuk yang kau sedih, jangan mengeluh dan yang paling penting ialah layan dia macam permaisuri."

"Macam mana?"

"Kau bawa lah dia pergi mana-mana untuk tenangkan fikiran. How about a picnic? Aku dengar perempuan memang suka berkelah tepi tasik.."

Adrian tersenyum lebar mendengar cadangan Harris. Memang patut Harris digelar womanizer..

Jam dipergelangan tangannya ditilik, "Ya Allah, lama sangat dah aku keluar ni. Inara masih belum makan apa-apa.."

"Anyways, thanks Harris." Bahu rakannya itu ditepuk.

"Jangan lupa bayar gaji aku untuk sesi kaunseling hari ni!"  Harris tersenyum bangga.

Function juga hidup aku ni. Mesti sejuk perut omak masa mengandungkan aku kan..

"Harris.." Mati senyuman Harris apabila disapa oleh perempuan tidak cukup kain tersebut.

Haih.. Bala dah datang. Omak tolong Harris, omak..





WAJAH cantik Inara yang masih diulit mimpi dielus lembut. Ciuman didaratkan di pipi lembut tersebut cuba mengusik isterinya yang masih tidur.

Beberapa kucupan dihadiahkan membuatkan wajah Inara berkerut. Adrian tersengih lebar yakin bahawa Inara pasti sudah terganggu dengannya.

Lama menunggu, akhirnya Inara membuka juga matanya secara perlahan.

"Morning, love." Rambut yang menutupi wajah isterinya itu diselitkan ke telinga. Inara hanya beriak biasa, senyum tipis dihadiahkan membalas sapaan Adrian.

"Tak kerja?" Adrian tersenyum mendengar pertanyaan Inara. Sejak di hospital lagi memang itu yang ditanya oleh isterinya.

"No, sayang.. I nak spend time dengan you."

Inara memandang Adrian dengan perasaan sebal. Dia tidak suka Adrian tinggalkan kerja semata-mata untuk dia.

"Pergilah kerja." Bingkas Inara bangun dari pembaringannya.

Belum sempat kakinya mahu mencecah lantai bilik tersebut, pergelangan tangannya ditarik oleh Adrian menyebabkan dia terus jatuh ke dalam pelukan hangat lelaki itu.

"Love.. Apa yang you tak faham bila ulang kali I cakap yang you adalah keutamaan I? Hal kerja I boleh tolak tepi but not you, love.." Lembut suara Adrian bertanya tidak mahu Inara terasa dengannya.

Inara diam di dalam pelukan hangat suaminya. Tidak tahu apa yang hendak dijawab.

"I tak nak you susahkan diri." Bibir diketap selepas menuturkan ayat tersebut. Kepalanya masih melekap di dada tegap Adrian, tidak mahu memandang lelaki tersebut. Takut jika Adrian marah..

"Love. You keutamaan I. Faham tak?" Terselit nada tegas dalam bicara tersebut. Perlahan-lahan Inara menganggukkan kepalanya. Tidak ada gunanya jika dia membantah.

Bibir diturunkan ke bawah mencium ubun-ubun Inara, "You ada nak pergi mana-mana tak?"

Inara menggelengkan kepala.

"Hmm.. How about shopping?"

Sekali lagi kepala digelengkan tanda tidak mahu. Adrian menggaru dahi.. Aik? Selalunya hantu shopping..

"Kita pergi jalan-jalan nak?" Inara mengangkat wajah memandang Adrian.

"Ke mana?"

"Picnic? Nak tak?" Lambat laun Inara menganggukkan kepalanya perlahan.

"Kalau macamtu.. Petang nanti kita pergi tau, love.." Inara mengangguk sekali lagi bersetuju dengan suaminya.

Bibir isterinya dicium sekilas, "Morning kiss.."

Lantas Adrian terus turun daripada katil, "Biar I yang buat breakfast."

Inara menghantar tubuh Adrian dengan ekor mata. Bagaimana Adrian masih boleh bertahan dengan perangainya? Sudah lima hari berlalu sejak kejadian itu, semangatnya untuk teruskan hidup seperti kebiasaannya juga turut direntap pergi.

Pergi bersama janin yang pernah dibawa olehnya.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

1.2M 55.5K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
173K 6.9K 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the...
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...