πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

549K 18.3K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 26

6.4K 251 38
By IeraRoselyn

PINTU bilik ditutup rapat. Aareen menghela nafas lega kerana akhirnya dapat juga dia berehat. Tadi, setelah majlis akad nikah selesai dilangsung dengan lancar terus saja majlis persandingan diadakan. Tidak sempat dia berehat pun. Baju pengantin berwarna putih sudahpun ditukar dengan baju pengantin berwarna purple. Untung saja Puan Lathifah dan Puan Asiyah bijak dalam memilih tema.

Langkah diatur mendekati katil yang sudah dihiasi cantik. Cadar yang turut berwarna purple disertakan dengan bunga-bunga kecil yang berwarna putih dan purple menaikkan lagi seri di atas katil itu.

Aareen tersenyum kecil.

Benarkah dia sudah bergelar isteri orang sekarang? Isteri kepada Haiyan? Lelaki yang dia suka sejak pertama kali bertemu.

Aareen mengambil tempat di hujung katil untuk diduduk. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Hendak pula bila teringat akan kejadian ketika dia dan Haiyan di atas pelamin. Pelbagai gaya yang diarah oleh jurugambar untuk dia dan Haiyan lakukan. Dan sepanjang gaya-gaya mereka dirakam oleh jurugambar, jantungnya tidak berhenti bekerja keras mengepam darah. Dadanya tidak berhenti berdebar laju.

Masih terasa tangan kasar Haiyan di pinggangnya ketika lelaki itu diarahkan untuk memeluk dia. Pada masa itu juga jantung Aareen hampir terlompat keluar dari badan. Dia gementar.

Suasana bilik diperhati. Mulai hari ini, bilik ini bukan lagi bilik dia seorang saja. Bilik ini sudah menjadi milik Haiyan juga. Dia akan berkongsi bilik dengan lelaki yang baru saja menjadi ahli keluarganya. Bukan sahaja bilik, malah katil dan semua yang ada di dalam bilik ini.

Serta merta mulut Aareen ternganga.

"Start from today, aku dengan dia kena kongsi bilik. So, better aku mandi sekarang sebelum dia masuk sini. Aku tak ready nak tayang benda tak sepatutnya dekat mamat tu." Memikirkan soal itu, wajah Aareen membahang. Otak dia sudah mula membayang yang bukan-bukan.

Tanpa menunggu, shawl dan segala perhiasan di atas kepalanya segera ditanggalkan. Baju yang diperlukan di ambil dari dalam wardrobe dan tuala dicapai sebelum dia cepat memboloskan diri ke dalam tandas.

"Iyan."

Haiyan berpaling ke arah Raif setelah mendengar namanya dipanggil.

"Ya?"

"Jom kita duduk sana kejap. Abang ada something yang nak cakap dengan Iyan."

Pondok yang sering menjadi tempat utama keluarga Encik Azad berkumpul dituju mereka berdua. Raif melabuhkan punggung diatas pondok kayu itu. Matanya memandang suasana rumah yang diterangi dengan cahaya lampu memandangkan sudah masuk waktu Maghrib. Tetamu juga sudah berkurangan. Lega kerana majlis perkahwinan Aareen dan Haiyan berjalan lancar hari ini.

Tempat disisi Raif diduduki Haiyan.

"Abang nak cakap apa? Bunyi macam serius saja."

Raif mengangguk.

"Memang serius. Abang nak cakap tentang Reen."

Berubah wajah Haiyan. Dahi dikerutkan.

"Kenapa dengan Aareen? Ada something yang Iyan tak tahu tentang dia ke?" Dia bersoal hairan. Ada sedikit rasa curiga. Ada apa-apa yang disembunyikan dari pengetahuan dia?

Tergelak kecil Raif.

"Tak. Tak ada apa yang Iyan tak tahu tentang adik Abang tu. Cuma, Abang nak pesan dekat Iyan supaya Iyan jaga Reen tu elok-elok."

Lega! Haiyan mengeluh lega.

"Insha Allah. Iyan akan jaga dia."

Masing-masing mendiamkan diri sebelum Raif bersuara.

"Boleh Abang tanya Iyan sesuatu?"

"Sure."

"Iyan, ikhlas ke jadikan Reen tu isteri Iyan?"

Haiyan bungkam. Soalan itu menyentakkan hatinya. Ikhlaskah dia?

"Abang tanya ni sebab Abang nak pastikan yang Iyan tak akan kecewakan Reen one day. You know right yang Reen tu satu-satunya adik Abang dan anak perempuan Abah dengan Umi? So, I want to make sure you won't broke her heart. Abang sayangkan Reen tu." Sambung Raif lagi.

Perlahan-lahan Haiyan mengangguk.

"Iyan faham." Nafas ditarik. "Iyan... Iyan ikhlas jadikan Aareen sebagai isteri Iyan." Hati dan mulut tidak bertindak seiring.

Tersenyum nipis Raif mendengar soalan itu.

"Alhamdulillah. Bagus la kalau macam tu. Abang bukan apa, Abang risau kalau Iyan main-mainkan Reen. Sebab, Reen tu nampak sangat dia sayangkan Iyan."

Haiyan kaku. Agak tercengang dengan ayat terakhir abang iparnya itu. Dia tidak salah dengar bukan?

Ya. Dia tahu Aareen menyimpan perasaan terhadap dia. Tetapi dia cuma mengesyaki saja kerana Aareen sendiri tidak pernah meluahkan perasaan kepada dia. Dari tingkah laku gadis itu la yang dia syak Aareen sukakan dia. Namun, apabila Raif sendiri yang menyampaikan berita ini kepada dia, dia menjadi cangkung. Benarkah?

"And for information, Abang berani cakap yang Iyan very lucky to have her as a your wife. You're very lucky man. You know why?" Raif memadang adik ipar dia bersama senyuman lebar menghiasi bibir.

"Why?"

"Reen tu tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki pun sebelum ni. Since sekolah menengah sampai la dia ambil Ijazah, Reen memang tak pernah langsung pun bercinta. Usahkan bercinta, kawan dengan lelaki pun dia tak nak. Dia pernah cakap dengan Abang, kalau boleh dia nak elakkan dari ada apa-apa hubungan dengan lelaki. And she did it. She really did it until dia jumpa Iyan." Dengan penuh bangga Raif bercerita. Dia terlampau bangga dengan adiknya sendiri. Abang mana yang tak bangga ada adik seperti Aareen?

Haiyan setia mendengar. Tidak pernah pula Aareen menceritakan perkara ini dengan dia sebelum ini. Dalam diam, dia kagum dengan gadis itu. Zaman sekarang susah nak cari perempuan yang tidak pernah bercinta dan couple.

Dan dia... bertuah.

Melihat Haiyan yang hanya membisu, Raif tahu tentu lelaki itu tidak tahu akan perasaan Aareen. Bahu Haiyan dipegang.

"Apa-apa pun Abang nak say thanks sebab sudi jadikan Reen tu peneman hidup Iyan. Remember, please take care of her. Abang tak nak dengar Iyan dengan Reen gaduh-gaduh. Sayang dan cinta dia. Abang akan selalu doakan untuk adik-adik abang. Jaga Reen macam mana Abang jaga dia sebelum. Iyan tahu itu kan? Kalau boleh jaga dia lebih daripada Abang jaga dia. Okay?"

Haiyan senyum hambar disertakan dengan anggukan. Untuk dia menjaga gadis itu bukan masalah besar bagi dia. Tetapi untuk sayang dan cinta memerlukan masa yang sangat lama. Dia masih setia cintakan arwah Tihani.

Sekali lagi Raif lega. Harap sangat apa yang dikatakan kepada Haiyan itu masuk dan diserap dalam hati adik iparnya itu. Dia tidak mahu lelaki yang dia anggap baik itu mensia-siakan adik kesayangannya.

"Dan satu lagi." Agak sukar untuk dia mengeluarkan nasihat yang satu ini. Namun, demi kebaikan masa akan datang dan tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi.

Nafas ditarik dalam. Bukan meminta, tetapi hanya ingin memberi peringatan kepada Haiyan.

"Hati kita Allah yang pegang. Dia yang Maha membolak balikkan hati kita. Abang harap, jika suatu hari nanti Iyan dan... maksud abang, Reen dah tak ada dihati Iyan, tolong kembalikan dan serahkan Reen semula pada Abah, Umi dan Abang dengan cara yang baik. Jangan tinggal Reen terombang-ambing sendiri. Macam mana Iyan ambil dia dari kami, dengan cara tu juga lah Iyan kena kembalikan dia pada kami bila hati Iyan dan tertutup buat Reen. Dan, bila dah kembalikan Reen pada kami, Iyan jangan ingat senang-senang kami semua akan serahkan Reen semula pada Iyan. Ingat."

Penuh mendalam peringatan yang Raif berikan kepada Haiyan. Dia benar-benar maksudkan apa yang diperkatakan. Bahu adik iparnya itu ditepuk-tepuk perlahan sebelum dia berlalu meninggalkan Haiyan yang seakan tergamam. Lelaki itu diam membisu. Tersentap mungkin.

Beberapa saat, barulah Haiyan dapat menarik nafas yang dirasakan tersekat kerana begitu tersentap dengan peringatan Raif. Nafas ditarik dalam seiring dengan getaran di dada. Terlalu menusuk kata-kata Raif ke dalam hatinya.

"Bila dah kembalikan Reen pada kami, Iyan jangan ingat senang-senang kami semua akan serahkan Reen semula pada Iyan."

Seolah berulang-ulang ayat terakhir Raif dipendangarannya. Entah kenapa hatinya rasa begitu seperti diperah-perah. Sakit dan pedih. Hatinya juga seakan ditusuk dengan benda tajam berkali-kali.

🍃🍃🍃

"AWAK dah solat Maghrib ke?" Tanya Haiyan apabila dia melihat kelibat Aareen di dalam bilik bersama telekung di tangan. Selepas sahaja selesai bercakap dengan Raif, dia segera masuk ke dalam bilik. Teringat yang Maghrib belum lagi dia kerjakan.

"Oh mak kau terkejut!" Aareen melatah kerana terkejut dengan suara yang tiba-tiba saja muncul di dalam bilik dia. Dada diurut perlahan menghilangkah rasa terkejut. Tuala diatas kepala yang hampir jatuh ditarik semula menutupi rambutnya. Dia belum bersedia lagi okey!

Laju kepala digeleng.

"Belum lagi. Saya baru siap mandi." Kata dia sambil menunduk. Tidak berani bertentangan dengan lelaki itu. Bilik yang sunyi dihuni oleh mereka berdua menjadikan Aareen awkward. Jantungnya kembali berdetak laju.

Haiyan tersenyum saja melihat Aareen kelam kabut melindungi kepala dari pandangannya.

"Tunggu saya mandi dulu and then kita solat sama-sama."

Beg pakaian yang dibawa dihampiri dan dibuka. Dahi berkerut memikirkan sesuatu. Seperti ada saja yang tertinggal. Beg pakaian itu diselongkar dan sehelai tuala dikeluarkan. Sebelum dia melangkah ke tandas, sempat dia memanggil Aareen.

"Aareen." Seru Haiyan. "I think awak tak payah la nak tutup kepala tu. Kita dah halal kan." Dia tahu Aareen tidak selesa.

Aareen ketap bibir. Termalu dengan kata-kata lelaki itu. Hati dia juga sudah berlonjak gembira mendengar ayat terakhir Haiyan. Tanpa menoleh, Aareen hanya menganggukkan kepala. Risau jika dia menoleh akan kuatkan lagi paluan jantungnya.

Hampir 15 minit menunggu suaminya membersihkan diri, Aareen akhirnya mengeluh seraya menompang dagu memandang pintu tandas yang tertutup rapat. Lama betul suaminya itu mandi.

"Dia ni macam perempuan la pula."

Kalau tidak memikirkan pahala dan ganjaran yang dia dapat kerana solat berjemaah bersama suami, sudah lama dia dirikan solat. Ditambah pula dengan mata yang layu dan tubuh letih.

Mata dipejamkan. Lelap 1 minit pun jadi la.

Haiyan keluar bersama tuala yang dililit kemas dipinggang. Rambut yang basah digosok-gosok. Terpandang Aareen yang sudah pun terlelap sambil duduk itu menimbulkan gelak tawa kecil dari dia. Isteri yang baru dinikahinya dihampiri. Badan dibongkok menyamai wajah dia dan wajah gadis itu.

"Aareen."

Dengan sekali panggil saja Aareen terus buka luas matanya. Berganjak sedikit tubuh dia ke belakangan apabila tersedar dengan kedudukan wajah dia yang dekat dengan Haiyan.

Astaghfirullah!

Jerit dia di dalam hati dan segera menekup keseluruhan wajah dengan kedua tapak tangan. Mana tidaknya, Haiyan selamba saja tidak berbaju didepan dia. Sudah la terlalu dekat dengan pandangan dia.

"Awak! Pakai la baju!"

Haiyan yang baru mengerti itu segera memandang tubuhnya. Waduh! Lupa pula yang dia sedang bertuala saja. Bikin malu saja la! Baju elok terlipat diatas katil menarik perhatian.

"Itu baju saya kan?"

Aareen mengangguk dengan tangan yang masih menekup wajah. Berharap lelaki itu cepat-cepat pakai baju. Dia pula yang naik segan. Tubuh Raif tanpa baju pun dia tidak pernah tengok walaupun abang sendiri.

Berubah air muka Haiyan. Itu baju dia? Tadi ada ke dia keluarkan baju itu sebelum masuk ke dalam tandas? Rasanya tidak ada. Tapi, macam mana baju itu boleh ada dekat luar?

"Awak? Dah pakai baju ke belum?" Terlalu lama Aareen rasa dia menekup muka.

"Macam mana baju saya boleh ada dekat luar? Saya tak bawa keluar pun."

Serba salah Aareen untuk membalas pertanyaan itu. Mungkinkah Haiyan akan memarahi dia kerana dia telah menyelongkar beg pakaian lelaki itu? Dia bertindak sebegitu rupa pun kerana teringat akan pesanan Puan Lathifah agar dia menjadi isteri yang soleh dan bertanggungjawab dalam urusan rumah tangga. Disebabkan itu dia beranikan diri untuk membawa keluar baju Haiyan.

"Sa... saya yang bawa keluar." Takut-takut Aareen membalas.

Terbuntang biji mata Haiyan mendengar jawapan Aareen. Segera beg pakaian dia dilihat.

"Awak selongkar beg saya ke?" Suaranya berubah keras dan tegas. Pantang bila ada orang lain yang berani menyentuh barangnya. Hendak pula dengan tanpa kebenaran dan pengetahuan dari dia.

Terhinjut bahu Aareen.

Tercengang.

Benarkah itu suara Haiyan?

Kenapa lain sangat dengan sebelum ini?

"So...sorry. Saya cuma nak..."

"Saya tak suka orang lain sentuh barang saya. Start from today, jangan berani sentuh barang saya kecuali dengan keizinan saya." Tegas Haiyan memberi amaran sebelum baju yang disediakan oleh Aareen dicapai kasar.

Terdiam kaku Aareen. Terasa dengan amarah suami sendiri. Tak salah kan kalau dia nak sediakan pakaian lelaki itu? Lagipun itu lah adalah salah satu tugas dan tanggungjawab dia.

Sabar, Reen. Mungkin dia tak biasa lagi. Kau pun satu. Sebelum selongkar barang dia, minta la izin dulu. Jangan main redah saja. Kan Iyan sudah marah. Marah dia pada diri sendiri.

Sejadah yang sudah sedia dihampar oleh Aareen dihampiri Haiyan. Mukanya masam mencuka. Dia bukan marah, cuma dia tidak suka bila barang dia diselongkar sesuka hati.

"Cepat. Dah nak masuk waktu Isyak ni. Nanti terlepas Maghrib pula."

Tangan yang menekup muka dialihkan. Lalu Aareen segera bangun dan berdiri dibelakang Haiyan. Jelas pada pendengarannya, suara Haiyan berubah tegang. Namun disedapkan saja hati agar tidak terlalu terguris dengan Haiyan.

Ini adalah satu permulaan dia untuk hidup sebagai isteri lelaki itu. Dia kena banyak bersabar mulai detik ini. Mungkin selepas ini lagi banyak cabaran yang dia perlu tempuh untuk mengenali Haiyan dengan lebih dekat lagi.

🍃🍃🍃

RAMBUT dikuak ke belakang dan dia berpeluk tubuh sambil memandang langit yang gelap. Perasaannya kucar kacir sekarang. Resah dan gelisah. Tidak senang duduk apabila memikirkan gadis yang dia cinta dalam diam sudah sah menjadi isteri lelaki lain. Dan dia tidak pernah akan mempunyai ruang langsung untuk memiliki gadis itu. Tidak akan pernah.

"Kenapa tak datang kenduri Reen petang tadi?"

Puan Khadijah disebelah dipandang. Kemudian, mata kembali memandang langit. Keluhan dilepaskan.

"Malas. Fal rasa tak sihat tadi."

Tersenyum hambar Puan Khadijah dengan jawapan tidak ikhlas dan jujur dari anak lelakinya itu. Jika Naufal tidak menjawab pun dia sudah tahu jawapannya. Sudah tentu Naufal tidak ke sana kerana kecewa dengan perkahwinan Aareen. Lenguh juga mulut dia ingin menjawab pertanyaan setiap tetamu yang pergi bila bertanyakan soal Naufal.

"Fal. Sudah la tu. Reen dah sah jadi isteri orang. Tak elok Fal terus ingatkan dia. Berdosa."

Kesian dia melihat Naufal. Tapi, apa boleh buat? Benda dah jadi dan masa tak akan dapat diundur semula. Naufal harus terima dengan hati yang terbuka luas.

Tiada sebarang balasan dari Naufal. Tidak mampu untuk dia membalas kerana hatinya sudah kecewa. Dia menyesal kerana tidak terlebih dahulu meluahkan perasaan sayang dan cinta dia kepada Aareen. Dan sekarang dia hanya dapat berputih mata melihat gadis itu dimilik lelaki lain yang jauh lebih bagus dan baik darinya.

"Dalam dunia ni bunga bukan sekuntum, Fal. Ramai lagi yang jauh lebih baik dari Reen tu. Lagipun kalau ditakdirkan Reen tu tak kahwin buat masa sekarang ni, tak ada guna Fal taruh perasaan tu. Sebab kamu berdua tak akan dapat bersatu. Ingat pesan arwah atuk. Dia tak anak keturunan dia bernikah sesama keluarga."

Biarpun terpaksa mengecewakan anak sendiri, dia sanggup demi mempertahankan pegangan arwah ayahnya. Berbesan sesama adik beradik sama sekali dilarang oleh ayahnya. Kerana, sepupu juga dianggap seperti adik-beradik. Jadi, perkahwinan adik-beradik tidak boleh terjadi.

Naufal mengeluh kuat. Kenapa dalam keluarganya harus ada larangan sebegitu? Sedangkan dekat luar sana ramai lagi yang berkahwin sesama sepupu. Berlainan pula dengan keluarga dia.

Dia mengangguk perlahan.

"Fal cuba, Ibu. Walaupun sukar." Pada hujung ayat dia memperlahan suara.

Bagaimana dia mahu melupakan perasaan cinta dan sayang kepada Aareen jika mereka berdua adalah satu keluarga. Bila-bila masa saja akan bertenteng mata. Dan mungkin bila saja dia bertemu dengan Aareen, perasaan itu semakin bercambah. Untuk mengelak dari bertemu dengan gadis itu amat mustahil.

Lega Puan Khadijah mendengar. Sekurang-kurangnya Naufal akan cuba. Dia sebagai seorang ibu percaya akan ada suatu hari nanti seorang gadis yang bakal menjadi peneman hidup anak lelakinya itu.

"Bagus la macam tu. Ibu harap Fal berjaya lupakan perasaan tu pada Reen. Ingat, Reen tu isteri orang. Jangan Fal buat benda yang tak masuk akal pula. Ibu tak suka. Ibu tak nak disebabkan Fal tak dapat nak hapus perasaan tu, Fal sanggup runtuhkan masjid orang. Ingat pesan Ibu dan jangan malukan keluarga kita." Tegas Puan Khadijah berpesan.

Zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Ramai saja yang telah meruntuhkan rumah tangga orang lain semata-mata ikut kehendak hati dan nafsu yang buruk. Rela melihat kebahagiaan orang hancur untuk kepentingan diri sendiri. Dan dia tak hendak satu-satunya anak lelaki itu berbuat begitu.

Naufal terkedu. Puan Khadijah disebelah dipandang bersama kerutan dahi. Sampai ke situ Ibu dia berfikir? Sumpah! Dia tidak pernah pun terlintas untuk buat begitu. Runtuhkan masjid orang? Nauzubillah, harap dia dijauhi dengan sikap sebegitu.

"Ibu. Fal tak pernah fikir sampai nak buat macam tu."

"Zaman sekarang bukan boleh percaya Fal."

"Ibu nak cakap Fal jenis macam tu la?"

Puan Khadijah menggeleng. "Tak. Ibu kenal anak Ibu macam mana dan Ibu tahu Fal bukan macam tu. Ibu cuma nak bagi peringatan dekat Fal saja. Ibu tak nak Fal terlalu ikutkan hati. Bila hati dah mula sayangkan seseorang, tak mustahil semua benda dia sanggup buat, Fal. Dan, Ibu tak nak Fal tergolong dalam orang yang macam tu."

Jawapan Puan Khadijah mendiamkan Naufal. Semua yang dikatakan itu betul. Tetapi dia tidak akan pernah sesekali bertindak sebegitu. Dia masih waras dan masih tahu hukum hakam seseorang bila meruntuhkan rumah tangga orang lain. Ayah dan Ibu dia sudah memberikan didikan agama yang cukup. Dia tidak akan sia-siakan didikan yang diberi.

🍁🍁🍁🍁

𝑶𝒌𝒂𝒚 𝒅𝒐𝒏𝒆! 𝑳𝒂𝒔𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒏𝒊. 3 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝒅𝒂𝒉 𝒖𝒑𝒅𝒂𝒕𝒆😅.

𝓘𝓮𝓻𝓪𝓡𝓸𝓼𝔀𝓵𝔂𝓷💜

Continue Reading

You'll Also Like

42.8K 5.7K 41
Irene awalnya tidak pernah menyangka jika kepulangannya ke Korea akan mengubah banyak hal. Rencana pernikahan Jisoo dan mantan kekasihnya membuat Ire...
3.6M 26.8K 28
REYNA LARASATI adalah seorang gadis yang memiliki kecantikan yang di idamkan oleh banyak pria ,, dia sangat santun , baik dan juga ramah kepada siap...
43.3K 3.2K 15
Semua orang itu 'Fake'. Semua orang itu 'Evil'. Semua orang itu 'Pretend' this world is really 'rotten' and I hate everything including this world. C...
186K 4.5K 33
Alex Akhyaruddin. - Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mempunyai kacukan Inggeris.Cukup lengkap untuk menjadikannya antara lelaki yang digilai oleh...