My Princess

By Nuru1_1man

478K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai πŸ‘‹
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 62 ( SPECIAL PART )

7.5K 195 5
By Nuru1_1man

"sayang dah ke?" risau Luth Zafran bertanya dengan tangan masih lagi mengusap perlahan belakang isterinya. Aisyah membasuh mulutnya. Sakit tekaknya.

"abang.. " lemah saja suaranya bersuara. Tubuh Luth Zafran di peluk. Wajahnya di sembamkan di leher suaminya.

"Aisyah tak larat lah asyik nak muntah je" rengeknya dengan badan di goyang-goyangkan tanda protes. Luth Zafran mengucup ubun-ubun Aisyah. Paha Aisyah di tarik rapat ke pinggangnya. Di gendong isterinya itu seolah-olah mengedong baby. Perlahan-lahan dia berjalan ke katil. Jam di dinding sempat di kerling. Baru menunjukkan pukul 2 malam.

"baring dulu.. " arahnya. Sedaya upaya dia menurunkan Aisyah tapi isterinya itu semakin kuat pula melilit kakinya di pinggang Luth Zafran. Pegangan di leher juga turut tidak di lepaskan. Kepala di geleng tanda tidak mahu.

"Aisyah nak abang.. " rengeknya lagi. Matanya mula berkaca. Luth Zafran kembali menegakkan tubuhnya. Tangan setia memegang bahu punggung Aisyah supaya tidak terjatuh. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Aisyah pula duduk di ribanya dengan pelukan tidak mahu lepas.

"nak minum air tak?" tanyanya. Rambut Aisyah di selit ke telinga. Aisyah mengeleng. Wajah di dalamkan lagi di leher Luth Zafran. Dia suka bau haruman tubuh suaminya. Terasa hilang mual. Terteleng sedikit kepala Luth Zafran dek wajah Aisyah yang mengasak lehernya.

"kesian isteri abang ni" bisiknya. Dia tahu isteri itu penat. Nak tidur je mesti muntah. Baru orang nak lena.

"kita tidur okey.. " Aisyah mengangguk. Luth Zafran membaringkan tubuh Aisyah semula ke katil. Terpaksa dia menahan tangannya di sisi kepala Aisyah di sebabkan tangan Aisyah yang masih erat memeluk lehernya.

"abang temanlah Aisyah.. " pintanya manja. Sejak mengandung ini isterinya sudah seperti budak-budak. Bertambah manja. Asyik nak melekat je.

"yalah... " dengan berhati-hati dia membaringkan tubuhnya di sebelah Aisyah. Tangan Aisyah yang tadinya di leher berpindah pula ke pinggangnya. Kepalanya elok saja berbantalkan lengan Luth Zafran.

"tidurlah.. " bisiknya perlahan. Di betulkan selimut menutupi tubuh mereka berdua. Aisyah merengek kecil.

"kenapa? Sayang nak apa-apa ke?" tanya Luth Zafran. Pipi Aisyah di belai lembut. Aisyah membuka matanya sebelum mendongak memandang Luth Zafran. Tangannya bermain-main di sekitar six pack suaminya.

"abang... "

"ye sayang.. Nak apa-apa ke?" sekali lagi Luth Zafran bertanya.

"nak.. "

"nak apa?"

"nak  tu.. " bulat mata Luth Zafran. Liur di telan kesat. Fikirannya sudah membayangkan ke arah yang lain.

"sayang jangan main-main tau... Tu perut dah besar dah. 6 bulan dah sayang... " ujarnya sambil mengusap perut Aisyah yang besar itu. Macam belon.

"alahhh... " hampa suaranya bila permintaannya di tolak. Wajahnya kembali cemberut.

"Aisyah nak hisap jari je pun.. " rungutnya. Terus Luth Zafran tertawa kecil.

"lahh.. Ingatkan nak apa je tadi?" tergeleng kepalanya. Otak kuning betul.

"boleh ye abang.. " pinta Aisyah. Tanpa sempat Luth Zafran membalas Aisyah terlebih dahulu mengambil ibu jari kanan Luth Zafran dan terus di masukkan ke dalam mulut. Di hisap seolah-olah memakan gula-gula.

"sayang.. Kotorlah.." luth Zafran menarik tangannya. Aisyah mencebik sembelum menarik semula ibu jari Luth zafran.

"ya allah.. Dia ni kan" terpaksalah juga Akhirnya dia mengalah. Aisyah tersenyum suka sambil mulutnya masih menghisap jari Suaminya. Matanya mula kuyu. Sekali tengo macam baby pula.

"ni mesti baby punya kerja ni kan.. Mengidam pelik-pelik" omel Luth Zafran sendiri. Syukur Aisyah tidak mengidam seperti ibu-ibu yang lain. Tapi mengidam dia luar biasa punya. Contoh macam sekarang setiap kali tidur mesti nak sumbat mulut dia guna jari Luth Zafran. Baru lena tidur katanya. Sama macam baby hisap puting. Mujur Aisyah tidak menghisap puting Luth Zafran.

"baby jangan nakal-nakal tau.. Kesian mama" bisiknya. Sengaja mereka tidak bertanya jantina anak mereka. Biar suprise. Aisyah yang sudah lena tidur itu di pandang dengan jarinya masih dalam mulut Aisyah. Bila di tarik saja jarinya laju Aisyah menahan. Melarangnya untuk berbuat demikian.

"sweet dream.. " di kucup dahi Aisyah lama. Ibu jarinya di biarkan di dalam mulut Aisyah. Matanya di pejam dengan bibir masih melekat di dahi isterinya.








🌹🌹🌹🌹🌹










Luth Zafran membalas senyuman ibu mentuanya sebelum menarik kerusi lalu di jatuhkan punggungnya.

"Aisyah mana?" tanya daut yang turut berada di situ.

"ehmm.. Tidur lagi pa. Tadi lepas solat subuh terus tertidur" beritahu Luth Zafran.

"penat sangatlah tu bawa perut besar dia" perli Kadijah yang datang dengan seteko minuman. Serentak Luth Zafran dan Daut tertawa.

"tak pe kan ma.. Kalau Aisyah tinggal sini buat sementara. Luth risaulah nanti bila Luth pergi kerja dia seorang ke kat rumah" kadijah mengeleng dengan pantas.

"apa pula.. Tak pe lah.. Mama tak kisah pun" ujarnya. Senang hati Luth Zafran mendengar. Baru saja dia mahu menghirup kopi namanya tiba-tiba di panggil. Tak lain tak bukan Aisyahlah yang memanggil.

"abang.. " jerit Aisyah dengan air mata membasahi pipi. Laju Luth Zafran berdiri. Dia berjalan ke arah Aisyah yang menangis di tangga itu.

"heii.. Sayang" di dakap tubuh yang teresak itu ke dalam pelukan. Ubun-ubun Aisyah di kucup sayang.

"kenapa ni?"

"abang pergi mana?" teresak Aisyah bertanya. Dia mendongak memandang wajah Luth Zafran dengan dahi berkerut.

"ya allah dia ni.. Orang kat bawah je pun" tergeleng kepala Luth Zafran. Dengan berhati-hati dia membantu Aisyah turun beberapa tapak lagi tangga. Di bawa tubuh itu ke dapur.

"dahlah abang tak ke mana pun" pujuknya. Aisyah mencebik. Lengan Luth Zafran di peluk erat.

"jangan tinggalkan Aisyah" bisiknya manja. Daut dan kadijah tertawa kecil. Alahai maklumlah ibu mengandung ni fell dia lain sikit.

"meh.. Makan" di tarik kerusi buat Aisyah. Mee goreng yanh di buat oleh ibu mentuanya di letakkan di pinggan Aisyah sebelum dia juga turut melabuhkan punggung bersebalahan isterinya.

"makanlah.. "

"mengada je anak papa ni" sindir Daut selamba. Aisyah yang sudah berhenti teresak itu kembali menangis. Tercebik-cebik bibirnya melawan esakan.

"ya allah budak bertuah ni. Tak boleh nak usik sikit.. " kadijah mengeleng kecil. Luth Zafran pula mengeluh.

"dah.. Jom abang kita tinggalkan budak manja ni dengan suami dia" ajak Kadijah. Daut juga turut berdiri. Dia berjalan mendekati Aisyah. Di usap lembut kepala anaknya itu.

"manja sangat anak papa ni" usiknya. Dia memandang pula ke arah Luth Zafran.

"nasib Luthlah dapat isteri manja terlebih ni" perli Daut sebelum meninggalkan mereka berdua.

Hilang Saja kelibatan mentuanya. Luth Zafran kembali fokus ke arah isterinya.

"makanlah sayang.. "

"Aisyah manja ke abang.. ?" tanya Aisyah.

"hurmm.. Memang pun" selamba badak Luth Zafran mengiyakan. Aisyah mendengus. Kaki menghentak lantai.

"mana ada" naifnya.

"yalah tak ada.. " terpaksa juga Luth Zafran mengalah. Suapan mii nya yang terganggu tadi di teruskan. Aisyah masih terkebil-kebil memandang Luth Zafran memandang suaminya dengan bibir masih lagi tercebik.

"makanlah.. "

"suapankan" pintanya sebelum bangun dan duduk di atas riba Luth Zafran. Mulut sudah sedia buka menanti suapan dari Luth Zafran.

"manja.. " omel Luth Zafran. Duduknya di betulkan.

"tak nak pakai sudu nak Guna tangan.. " dia mengeleng bila Luth Zafran menyuapnya mengunakan sudu.

"yalah sayang.. " mii tadi di suap ke mulut Aisyah mengunakan tangan. Sempat dia membacakan doa makan.

"sedap.. " terangguk-angguk Aisyah memuji. Luth Zafran tertawa kecil.

"tadi beria sangat menangis" usiknya.

"abanglah tinggalkan Aisyah sendiri." bebel Aisyah. Luth Zafran hanya diam mendengar cerita dan bebelan Aisyah. Layankan Saja ibu mengandung ini. Nanti tak di layan merajuklah. Menangislah.











Vote 🌟

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
576K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
5.4K 408 20
Β°3 RD BORNΒ° Siti Azalea Binti Darius merupakan seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya, Puan Sakinah tanpa suami di sisi. Sehinggalah suatu...
489K 20.2K 76
Β°1 ST BORNΒ° TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat sep...