His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 53

68.8K 3.7K 1.5K
By irenicmia

SEHARI berlalu dengan pantas namun Inara masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedarkan diri. Adrian yang sentiasa berada di sisinya sejak dari petang kelmarin hanya berdoa agar Inara membuka mata.

"Ad, pergi office dulu. Biar Mummy yang tengokkan Inara."

"Tak apa, mummy.. Inara lebih penting dari kerja." Jawab Adrian enggan beralih dari tempatnya.

"Adrian masuk pejabat buat apa yang patut dahulu.. Dengar pesan mummy. Bila Inara dah sedar, mummy akan terus telefon Adrian. Jangan risau." Bahu Adrian yang tetap berdegil itu ditepuk perlahan.

Adrian mengangguk akhirnya. Eloklah juga dia balik bersihkan diri dan ke pejabat terlebih dahulu untuk memaklumkan kepada Black.

Dahi Inara dicium, "I balik dulu, love."

Kemudian dia bersalam dengan Puan Sri Frida yang berada di sisinya pula. Langkah dibawa keluar daripada wad yang menempatkan isterinya dan dia bergegas pulang ke rumah.

Sampai sahaja dirumahnya, pintu bilik utama dibuka dan dia melabuhkan punggung di atas katil. Keluhan berat dilepaskan.

Almari dibuka dan laci bawah yang terdapat banyak baju bayi yang sudah disusun kemas oleh isterinya itu dibuka. Baju yang baru sahaja dibeli beberapa hari lepas sebaik sahaja mereka pulang dari pemeriksaan.

Tangannya bergerak mengambil sehelai baju bayi tersebut dan dia mula menghamburkan tangisan untuk kesekian kalinya. Tubuhnya disandarkan di almari besar itu kemudian perlahan-lahan dia melorot jatuh.

"Maafkan daddy.." Bergetar suaranya. Air matanya mengalir dengan laju. Dia gagal..

Sekali lagi.. dia gagal lindungi Inara.

Sedangkan dia sudah berjanji untuk menjaga isterinya itu denga sepenuh hati. Namun dia tetap seorang yang gagal.

"Love.. I'm sorry.."

Dia tak kisah orang cakap dia lemah.

Dia gagal lindungi isteri dan juga kandungan isterinya.. Lelaki jenis apa dia ini?

Dia yang merupakan seorang lelaki, suami dan ketua keluarga juga tidak mampu menghadapi ujian ini, apatah lagi isterinya? Dia tahu, isterinya itu berkali ganda lebih sedih.

Air mata dilap dan dia melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.






MATA dicelikkan perlahan. Sinaran mentari mula menghiasi ruang mata. Sesekali matanya berkedip dek kerana sinaran yang memancar terus ke matanya.

"Inara!" Suara teruja mummynya mula kedengaran di deria pendengarannya.

"Inara dah sedar?Ada sakit kat mana-mana? Nara okay tak?" Tegur Puan Sri Frida bertubi-tubi disebelah. Kepala Inara diusap lembut kemudian dia mendaratkan sebuah ciuman disitu.

Inara menganggukkan kepalanya lalu dia tersenyum tipis.

"Adrian?" Tanya Inara.

"Adrian balik pejabat sekejap, sayang.." Tangan Inara diusap lembut..

"Mummy nak call Adrian, ya?" Puan Sri Frida terus mengeluarkan telefon bimbit daripada tas tangannya lalu nombor Adrian didail dengan perasaan teruja.

"Assalamualaikum, Ad.. Inara dah sedar." Ujar Puan Sri Frida kepada Adrian melalui panggilan telefon tersebut.

"Ad selesaikan apa yang patut dulu baru datang ye? Jangan tergesa-gesa."

"Waalaikumussalam." Panggilan telefon ditamatkan dan kini tumpuan Puan Sri Frida tertumpu sepenuhnya pada Inara yang berwajah pucat itu.

"Happy betul Adrian bila tahu isteri dia dah sedar. Terus nak batalkan mesyuarat." Ujar Puan Sri Frida. Rambut Inara diusap sayang..

"Baby?" Matanya memandang terus ke dalam anak mata Puan Sri Frida yang terkedip-kedip matanya.

"Baby Nara?" Gesa Inara apabila mummy nya hanya berdiam diri tidak menjawab persoalannya.

Dengan serba salah kepalanya digelengkan, wajah Inara terus bertukar mendung dan suram.

Puan Sri Frida hanya menggelengkan kepalanya bagi menjawab persoalan anaknya. Jemari Inara digenggam untuk menyalurkan kekuatan.

Inara menganggukkan kepalanya perlahan lalu dia menguntumkan sebuah senyuman tipis.

"Mummy tahu anak mummy kuat, kan? Sabar sayang.. Ini semua ujian daripada Allah.."

Inara mengangguk lemah, "Nara nak berehat."

Puan Sri Frida tersenyum, "Nara berehat, ya? Mummy nak pergi kafe bawah beli air."

Hilang sahaja kelibat Puan Sri Frida dari pandangannyanya, tangan Inara terus turun memegang perutnya yang kempis.

Tiada lagi satu nyawa di dalam perutnya..

Tangisannya ditahan. Kelopak mata ditutup cuba untuk menutup segala kesedihan dan kehampaan dalam diri. Kalau boleh, dia tidak mahu menangis..




USAPAN yang lembut dipipinya membuatkan matanya terus terbuka. Wajah kacak Adrian yang sedang memandangnya syahdu ditilik.

Adrian pasti kecewa dengannya.

Rambut Inara diusap oleh Adrian, "Hi, babygirl."

"I miss you, love." Inara hanya tersenyum tipis apabila Adrian mendaratkan sebuah ciuman di dahinya.

"Jom makan.. Mummy cakap you belum makan lagi selepas sedarkan diri tadi."

Bubur yang sudah disediakan di dalam sebuah bekas tupperware dibuka.

"I minta maaf sebab tak datang awal tadi. Lepas habis meeting pukul 11 terus I datang sini.." Inara mengangguk faham. Pukul 11 itu pun sudah dikira awal..

Sesudu bubur yang disua ke arahnya itu dipandang tanpa selera.

"You kena makan, love." Pujuk Adrian.

"You tak kerja?" Akhirnya suara Inara keluar juga.

Adrian menggelengkan kepala sambil tersenyum, "Tak. I cuti seminggu."

"You kena makan, sayang.. You need energy. Kalau tak ada tenaga, macam mana you nak gaduh dengan I?" Jari jemari Inara dipegang dan dicium lembut.

"Tak ada selera."

"Please, love.. I makan dengan you, ye? Sikit pun tak apa sekurang-kurangnya you makan. Selebihnya, biar I yang habiskan untuk you."

Sesudu bubur disua ke arah bibir munggil itu namun Inara seperti biasa hanya mendiamkan diri.

Ini tidak boleh jadi!

Sudu di pegangangannya itu terus diletakkan kembali ke dalam bekas lalu bibir Inara terus dikucup.

Inara terkejut lalu matanya memandang Adrian tidak puas hati.

"Apa? Makan sikit sebelum I cium you lagi." Dengan terpaksa Inara terus membuka mulutnya perlahan.

"That's my girl.." Rambut Inara diusap lembut seolah-olah memberi pujian.

"One more." Sesudu bubur disua kembali ke arah Inara yang sudah menayangkan wajah keruh.

Inara menggelengkan kepalanya tidak mahu. Demi tuhan, dia berasa teramat sedih untuk makan. Hilangnya bayi di dalam kandungan itu seolah-olah turut menghilangkan semangatnya untuk teruskan kehidupan seperti biasa.

"Love.." Meleret panggilannya membuatkan Inara segera membuka mulut. Tahu takut!





DENGAN perasaan yang teruja, Shah dan mangkuk hayun yang bernama Firdaus mula melangkah masuk ke dalam Hospital Swasta yang menempatkan Inara. Sampai sahaja dihadapan wad yang diberitahu oleh Adrian sebentar tadi, kening Firdaus naik bercantum.

Kelihatan ada seorang wanita yang sedang terhendap-hendap dihadapan pintu bilik wad tersebut.

"Siapa tu, weh?" Bahu Shah disebelah disenggol dengan kuat.

"Kau ingat aku tahu, setan? Kau pergi lah tanya dia." Bahu Firdaus disenggol dengan lebih kuat.

Firdaus berdehem, "Awak kenal ke pesakit dalam bilik ni?"

Anis berpaling ke arah belakang secara mengejut. Dada yang masih berdebar dek kerana sergahan lelaki dihadapannya itu diusap perlahan. Panahan mata dua orang lelaki dihadapannya itu langsung tidak dibalas.

"Sa— saya pergi dulu." Gadis itu meminta diri, dia tidak mahu keberadaannya di sini diketahui oleh Adrian.

Adrian masih marah dan tak akan maafkan dia.

Baru sahaja dia berjalan beberapa langkah, bahunya terasa seperti ditarik membuatkan dia terdorong ke arah belakang.

"Oh kau lah ye minah kepit nama Anis?" Tebak Firdaus sambil masih memegang bahu kanan Anis.

Dengan kuat pegangan tangan Firdaus ditepis kuat oleh Anis, "Awak salah orang."

"Aish tak akan lah.. Aku rasa memang betul kau lah! Kalau kau tak ada kena mengena dengan Inara, kenapa kau takut nak masuk tadi?"

"Awak salah orang! Awak memang tak faham bahasa ke?!" Marah Anis apabila Firdaus masih cuba meneka siapa dirinya.

"Woaa.. Rilek. Kenapa nak marah-marah ni?" Shah disebelah mula bersuara cuba menenangkan Anis.

"Saya pergi dulu." Seperti biasa, bahu Anis masih lagi disekat oleh Firdaus.

"Aku belum habis dengan kau. Kau kan penyebab Inara terlantar kat sini?! Kau buat apa dekat kawan aku?"

"Awak tak ada hak nak masuk campur!" Berang Anis apabila dituduh sedemikian rupa. Sudahlah mereka masih lagi berdiri dihadapan bilik ward yang menempatkan Inara.

Dia takut kerana Adrian boleh keluar pada bila-bila masa.

"Tak ada hak kau cakap?! Eh, Shah! Kau pegang tangan aku Shah! Pegang!" Lengannya dihulurkan ke arah Shah disebelah.

Shah dengan bodohnya mula memaut lengannya menghalang Firdaus berkasar dengan Anis. Kaki Firdaus sudah mula acah-acah mahu naik ke tubuh Anis. Padahal dia langsung tidak bergerak dari tempatnya tadi.

Sebodoh-bodoh dia, dia masih waras dan tidak memukul perempuan.

"Pegang aku, Shah! Pegang!" Dia berura-ura mahu menerpa ke arah Anis yang sudah berundur beberapa langkah.

"Aku pegang dah ni." Bersahaja ayat Shah, malas mahu melayan perangai bodoh Firdaus.

"Kenapa ni?"

Suara wanita tua yang amat dikenali itu membuatkan mereka bertiga mengangkat muka serentak.

"Aunty, ni Anis kan?!" Jarinya naik menunding ke arah Anis yang menundukkan kepala menekur lantai.

"Pegang aku, Shah!" Ujar Firdaus lagi kepada Shah padahal Shah masih belum melepaskan pegangannya.

Firdaus memang kaki drama.

"Sudah-sudah lah tu.. Anis, awak balik lah." Sarra dengan perut yang makin membuncit mula mengusap lengan Puan Sri Frida.

Dia tahu ibu mertuanya masih belum maafkan Anis..

"Tapi, saya nak jumpa Adrian dan Inara.." Takut-takut Anis menjawab.

"Tak perlu.. Beri anak dan menantu saya masa. Kalau boleh, jangan munculkan diri awak dihadapan anak saya." Puan Sri Frida langsung tidak memandang ke arah Anis. Apabila teringatkan keadaan Inara sekarang, dia berasa amat sakit..

"Maaf.." Ujar Anis kemudian dia berlalu pergi dari situ.

"Aunty ni dah kenapa baik sangat dengan Anis? Orang kalau buat jahat, kita balaslah lebih jahat!"

"Tak baik.." Firdaus menjeling Puan Sri Frida dihadapannya itu sebal.

"Memang patut pun aunty jadi mak Inara tu." Cebiknya. Puan Sri Frida dihadapan masih menayangkan wajah tenang padahal dalam hati hanya dia sahaja tahu betapa geramnya dia terhadap Anis.

"Kalau saya jadi aunty lah kan, memang saya karate dia cukup-cukup!"

"Waca! waca!" Kakinya diangkat ke udara seolah-olah sedang menyepak kepala Anis.

"Alahai Ffy, tolonglah jangan tunjuk bangang dekat sini. Malu Aunty.." Kepalanya digelengkan lalu dia mula membuka pintu bilik yang menempatkanInara.

Sarra sudah menahan gelak.

"Kau kenapa gelak, mak buyung? Ada juga yang terberanak dekat sini!" Marah Firdaus.

Sarra mencebikkan bibir lalu bahunya diangkat ke atas dan dia juga turut masuk ke dalam bilik tersebut.

Kepala Firdaus ditunjal oleh Shah kuat, "Malu kau tahu tak?!"

"Alah! Sekali-sekala kau rasalah kemaluan besar.." Ujar Firdaus lalu dia menonong masuk.

Shah mejeling Firdaus yang sudah masuk ke dalam bilik tersebut dengan tajam. Mulut tak ada insurans!

Baru sahaja dia ingin menolak pintu, tiba-tiba Firdaus menjegulkan kembali kepalanya ke luar.

"Apahal diam? Besar lah tu!" Pintu wad ditutup kembali. Puas! Puas kenakan Shah yang sudah menayang riak tidak puas hati.

"Choi!"

Memang tak berlapik betul mulut Firdaus!





LENGAN Anis yang berlapikkan baju itu ditarik kasar oleh Black dengan wajah yang dingin. Anis terkaku di tempatnya. "Kenapa?"

"Siapa beri kebenaran kau datang?"

"Saya cuma datang nak minta maaf.." Anis menundukkan wajahnya. Pandangan tajam bak helang milik Black langsung tidak dibalas.

Black seorang yang menakutkan.

"Aku dah bagitahu kau banyak kali, jangan ganggu Adrian. Kau degil!"

"Saya tahu.." Dia sedar silap dia. Dia rasa sangat bersalah.

"Ikut aku." Anis tidak membantah malah dia hanya mengikuti langkah Black dihadapannya.

Anis terngadah apabila mereka berhenti betul-betul dihadapan sebuah pintu besar di dalam hospital tersebut.

Papan tanda di setiap arah hospital itu dibaca. Kini mereka berada di Jabatan Psikiatri.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?!" Tangannya cuba direntap daripada genggaman Black.

"Ikut aku!" Marah Black.

"Awak nak cakap saya gila?! Saya tak sakit!" Amuk Anis.

"You're sick, Anis! Aku tahu semua benda. I'm a Salvatore and I'll trace everything start from zero. You got nothing to lie!"

"Anis Syakila. Pernah mendapat nasihat dan rujukan daripada pakar psikiatri di Johor Bahru."

Anis menelan liur perit.

"Aku dah jumpa Doktor Fauzan. Dia cuma bagitahu kau untuk datang cari kebahagian di sini! Bukan musnahkan kebahagiaan orang!"

"Adrian kebahagian aku.." Jawab Anis berani.

Tubuh Anis ditolak rapat ke dinding putih hospital tersebut. Pandangan orang disekeliling langsung tidak dihiraukan.

"Hey, perempuan. You're messing with the wrong person. Kau cari pasal dengan Adrian dan isteri dia sama juga macam mengejutkan harimau yang sedang tidur."

"Atau kau memang betul-betul nak tengok apa yang harimau tu boleh buat?" Jaket kulit hitam yang dipakai olehnya itu diselak sedikit menampakkan sepucuk pistol yang terselit di pinggangnya.

Mata Anis membulat dan dia terus menjerit nyaring. Black terus bertindak menekup mulut Anis.

"Kau nak jumpa doktor atau jumpa Adrian?"

Anis menggelengkan kepala, "Jum-jumpa doktor."

Dia lebih rela berjumpa doktor daripada Adrian. Dia takutkan amarah lelaki itu.

Black tergelak kecil, "Tapi Adrian ada kat belakang kau." Bibirnya dimuncungkan ke arah Adrian dibelakang.

Tangan yang menekup mulut Anis dilepas dan Black terus mengangkat tangan ke udara tanda dia sudah siapkan kerja dia.

Adrian menganggukkan kepala dan dia pula berjalan mendekati Anis.

Anis gerun melihat wajah Adrian. Jujur, dia sangat takut jika Adrian menaikkan tangan kepadanya.

"Aku dah call mak kau dan cerita semua benda." Ujar Adrian senada. Matanya naik menikam mata Anis dihadapan.

"Awak tak boleh buat macam tu!"

"Really? Tapi kau boleh buat isteri aku?" Dia mara selangkah ke arah Anis.

Anis mengundur beberapa tapak ke belakang. Walaupun dia cintakan Adrian, dia masih takut dengan lelaki ini.

"Kau ada hak untuk buat isteri aku macam tu? Ada?!" Jerkah Adrian. Anis menggelengkan kepalanya dengan air mata yang mula menitis.

"Tapi kau buat, Anis.." Nada Adrian meluntur.

"Saya tak ada niat.." Suara Anis bergetar. Emosinya yang tidak waras ketika itu membuatkan dia bertindak sebegitu rupa.

"Liar!" Dinding putih itu ditumbuk Adrian dengan kuat beberapa kali.

Menggeletar Anis apabila melihat Adrian yang sudah dikawal kemarahan.

Darah yang mula menitis dari buku limanya itu dihiraukan, pandangannya bersabung pula dengan mata Anis.

"Jangan tunjuk muka kau depan Inara sebab kau tahu apa akan jadi kalau ingkar arahan aku.." Mata Adrian naik memandang Black yang sedang menyandarkan tubuh di hujung bahagian tersebut.

Anis turut memandang ke arah yang sama. Black bersiul sambil menunjukkan sepucuk pistol di pinggangnya.

"Kenapa?! Awak boleh sahaja masukkan saya dalam penjara!"

"Tak ada guna aku masukkan kau dalam lokap, sebab kau sakit."

Anis menggelengkan kepalanya, "Saya tak sakit.." Telinganya ditekup dengan kuat.

Kau sakit, Anis..

Telinga ditekup dan dia mula meracau disitu.

"Aku tak sakit lah!"  Beberapa jururawat yang lalu-lalang di kawasan tersebut terus mendapatkan Anis yang bagaikan dirasuk.

Adrian terus meninggalkan kawasan tersebut. Buku lima yang berdenyut itu dihiraukan. Kesakitan di tangannya tak tertanding sakit hatinya.

Inara sudah mula menjauhkan diri dari dia.

Itu yang dia takutkan..

Continue Reading

You'll Also Like

593K 20.3K 54
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
16.1K 1.8K 4
[Ongoing] 4th romance "The truth doesn't need any words but lies can never had enough." - HANZ MARTIN "I hate my scars.." "I l...
23.5K 2.8K 124
Dibuka untuk cuci mata sahaja.
14.9K 744 11
2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubungan. Keahliannya dirahsiakan dan kesemuany...