Mrs Arshaq

By Applefake

1.2M 44.1K 2.1K

Hidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering m... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Penambahan Ilmu
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilog
One Weeks

Bab 32

22.2K 774 27
By Applefake

Sebulan kemudian

Buk! Buk! Buk!

Tumbukan demi tumbukan di berikan ke arah punching bag hitam itu. Terhuyung-hayang punching itu menerima hentaman yang bertubi-tubi daripada Arshaq.

Mikayla Sofea hanya melihat daripada jauh. Sesekali dia menggoyangkan kakinya. Inilah rutinnya setiap hari. Menemani suaminya ke shot house.

Peluh yang menitik di dahi, di lap sedikit kasar. Dia mula mendekati ke arah isterinya.

Mikayla Sofea terus berdiri dan menghulurkan sebotol air mineral ke arah suaminya. Peluh yang merinik di dahi Arshaq di lap lembut dengan tuala.

Selesai Arshaq meneguk air, tangan kirinya laju saja menangkap pergelangan tangan kecil isterinya.

Mikayla Sofea tersentak.

"Kau gatal kan"

"Eh! ". Mikayla Sofea tersedar dari kesilapannya. Dia baru perasan tangannya sekarang ini berada di perut suaminya. Atau lebih mendalam lagi di six pack suaminya.

Arshaq tersenyum sinis. Dahi isterinya diketuk perlahan.

"Pegang je la kalau nak pegang. Kau punya ". Katanya selamba.

Mikayla Sofea terus menarik lengannya. Wajahnya ditundukkan. Malu.

Arshaq tersenyum kecil. Comel betul lah isterinya sorang ini.

"Jom"

"Pergi mana? "

"Jumpa papa"

Mikayla Sofea hanya mengangguk. Dia hanya membuntuti langkah Arshaq. Sedang dia ralit tiba-tiba dahinya terlanggar belakang tubuh suaminya yang sudah berbaju itu. Menyeringai dahinya. Ni badan ke batu?

"Kau ni. Cuba jalan tu alert sikit"

Tercebik Mikayla Sofea. "Sorry la. Sakit"

Arshaq menundukkan sedikit tubuhnya. Dahi isterinya yang merah itu di usap perlahan. Kesan merah itu dicium lama.

Mikayla Sofea terkaku. Berkelip-kelip kelopak matanya.

Sekali lagi bibir Arshaq mengukirkan senyuman kecil. Tangan kekarnya muka merangkul bahu isterinya rapat ketubuhnya.

Mikayla Sofea hanya menurut. Peluh di tubuh suaminya langsung tidak mengganggunya. Senang cakap, dia langsung tidak kisah. Sebelum ini, sepanjang dia sakit senggugut, Arshaq siap basuh darah haidnya tanpa geli. Jadi setakat peluh suaminya ini, langsung dia tidak kisah.

"Jom"

"Jom". Sahut Mikayla Sofea ceria.

Agak-agak, Arshaq suka dia tak? Hehe

"Awak cakap tadi nak jumpa papa". Hairan Mikayla Sofea apabila mereka sekarang ini sudah tiba dirumah agam Arshaq.

Arshaq memuncungkan mulutnya ke arah hadapan. Mikayla Sofea terus memandang.

"Ouh. Ingt tadi pergi rumah papa"

"Tak. Papa nak datang sini. Ada benda nak bincang sikit"

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Setelah Kaiser membuka pintu kereta di bahagian Arshaq, Arshaq terus melangkah keluar dan diikuti Mikayla Sofea.

Arshaq menghulurkan tangannya ke arah isterinya. Mikayla Sofea menyambut senang hati. Eee suka betul la dia dengan kelakuan suaminya lately ni. Sweet. Rasa nak gigit je.

"Tan Sri Mokhtar ada dekat ofis tuan". Ucap Kiaser.

Arshaq sekadar mengangguk. Dia terus menarik lembut lengan isterinya untuk mengikutinya.

Kaiser menundukkan tubuhnya. Lepas sahaja pasangan itu melepasinya, bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Alahai, nampak dah perubahan pasangan itu . Tuannya juga sudah tidak berkasar dengan Mikayla Sofea.

"Papa! "

Panggil Mikayla Sofea teruja. Lengan tua itu laju saja dipeluk.

Arshaq terus berpeluk tubuh. Jumpa papa dis terus lepas tangan aku. Cis!

Tan Sri Mokhtar mengusap lembut kepala anaknya.

"Mikayla sihat? "

Mikayla Sofea laju menganggukkan kepalanya. "Sihat. Papa sihat? "

"Alhamdulillah sihat"

Mikayla Sofea sekadar mengangguk kecil. Dia terus memandang ke arah suaminya.

"Kitten masuk bilik dulu boleh? Ada benda sikit nak bincang dengan papa". Kata Arshaq lembut.

"Okey"
"Bye papa". Tangan kecilnya mula melambai ke arah Tan Sri Mokhtar.

Tan Sri Mokhtar menyambut lambaian itu.

"Bye"

Klak!

Setelah pintu bilik ofis itu ditutuo, Arshaq terus menoleh ke arah Tan Sri Mokhtar.

"Jemput duduk pa". Pelawanya.

Tan Sri Mokhtar mula melabuhkan punggungnya di atas sofa dan diikuti Arshaq.

"Ada apa papa nak bincangkan? ". Soal Arshaq senada. Nampak serius gaya papanya.

Tan Sri Mokhtar mengurut pelipisnya sebelum dia mengeluh kecil. Wajah Arshaq dipandang. Tangan anak angkatnya itu digenggam lembut.

"Papa nak cakap pasal Mikayla"

Arshaq mula mengerutkan dahi. Kepalanya dianggukkan.

"Kenapa denga dia pa? "

"Papa nak jujur dengan dia yang papa ni papa dia"

Arshaq terdiam. Baru dia mahu membalas tiba-tiba pintu bilik ofis mereka dibukak daripada luar. Terus pandangan mereka berdua terarah ke arah figure yang masuk itu.

Terkebil-kebil Mikayla Sofea. Senyuma paksa di koyakkan di bibirnya. Dulang yang ada dua gelas itu perlahan-lahan dia bawa di hadapan meja. Selesai dia meletakkan gelas itu, dia terus memusingkan tubuhnya memandang Tan Sri Mokhtar dan Arshaq .

"Hehehe. Mikayla nak bagi air je. Sorry ganggu"

Tan Sri Mokhtar mengangguk sambil tersenyum kecil. Wajahnya ditundukkan memandang pehanya. Jiwanya meronta-ronta ingin berkata jujur ke arah Mikayla.

Arshaq menayangkan wajah garang. Kedua-dua keningnya hampir bercantum kerana menahan debaran dan amarah. Isterinya dengar ke tadi?

"Lepas ni nak masuk tolong ketuk pintu". Dingin suara itu berkata.

Mikayla Sofea mengangguk perlahan.
"Sorry. Sambung la balik. Saya keluar dulu" . Pamitnya perlahan.

Sebelum dia keluar dia sempat menjeling ke arah Arshaq yang merenungnya tajam. Ye la salah dia jugak main redah je tanpa ketuk. Wajahnya terus ditundukkan. Jangan la marah. Hiks.

Setelah dia melangkah keluar, dia mula menarik pintu. Tapi tidak rapat sangat. Telinganya pula mula dirapatkan di celahan pintu itu. Apa la yang serius sangat tu. Aku nak la dengar jugak. Hehe.

Arshaq menggelengkan kepalanya. Nafas lega terlepas dari mulutnya. Dia terus menoleh ke arah Tan Sri Mokhtar.

"Boleh Shaq tahu kenapa papa terburu-buru? "

"Papa takut Medina cari Mikayla, Shaq. Papa takut Medina cerita semuanya dekat Mikayla. Lately ni papa selalu ingatkan Medina. Papa berdosa dengan dia Shaq. Papa takut kalau nanti Mikayla dah tahu hal sebenar, Mikayla bencikan papa". Sayu Tan Sri Mokhtar berkata. Nada suaranya juga sebak.

Arshaq sudah mengurut pelipisnya.
"Mikayla takkan salahkan papa. Mikayla mesti takkan sukakan ibu dia. Ibu dia buat benda kotor pa"

"Disebalik pekerjaan Medina, ada kisah dia Shaq. Papa tak mampu nak jujur dengan kamu. Papa takut nak jujur. Papa tak kuat Shaq"

"Sampai bila papa nak rahsiakan? "

"Sampai papa bersedia nak cerita. Tapi sekarang, papa nak jujur dengan Mikayla, Shaq. Papa nak anak papa"

Arshaq mengetap rahangnya. Matanya dipejam sekejap sebelum di bukak semula.

"Terpulang pada papa. Jujur jalah. Tapi Shaq tak jamin kalau Mikayla dapat terima berita mengejut tu. Dia dah lama pa nak tahu papa dan ibu dia. At the end, umur dia dah 20 tahun baru papa nak cari dia"

"Papa buat bersebab Shaq". Balas Tan Sri Mokhtar dengan nada yang sedikit keras.

"Terpulang. Bila papa nak reveal? ". Soal Arshaq senada. Dia tahu isterinya macam mana. Walaupun nampak saja lembut, tapi degil nak mampus.

Tan Sri Mokhtar hanya diam.

"Kalau papa nak cakap sekarang, Shaq boleh panggilkan dia"

Mata Tan Sri Mokhtar sudah memandang ke arah Arshaq. Hatinya kuat mahu mengatakan ya tapi mulutnya berat ingin menyampaikan hasrat di hati.

Lama-kelamaan dia anggukkan kepalanya.

Tanpa berlengah Arshaq terus menuju ke arah pintu ofis. Baru dia membuka daun pintu, matanya sudah membesar sedikit. Terkejut melihat figure isterinya berdiri tegak di hadapan pintu. Wajah isterinya sudah merah kerana menangis. Isterinya menangis?

Matanya terpejam rapat. Pintu bilik ofise sedikit renggang. Macam mana dia tak perasan? Kalau pintu tertutup rapat, pasti isterinya tak dengar. Shit!

"Kitten"
"Mikayla". Sebut Tan Sri Mokhtar dan Arshaq serentak.

Kepala Mikayla Sofea tergeleng perlahan. Hatinya sakit. Dadanya sebak. Dia dengar apa yang dikatakan oleh dua orang lelaki itu.

Matanya mula memandang ke arah Arshaq, kemudian beralih pula ka arah Tan Sri Mokhtar. Semakin Arshaq cuba mendekatinya, dia mula menjauhkan diri.

Apabila Tan Sri Mokhtar mendekatinya laju saja dia melarikan diri masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci.

"Hiks hiks... Isk isk". Tangisannya mula pecah. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh ke lantai.

Tok~tok!

"Kitten bukak pintu ni". Panggil Arshaq lembut. Esakan isterinya jelas kedengaran. Tombol pintu dibuka beberapa kali.

"Kitten bukak pintu ni please. Aku tahu kau marahkan aku kan? "

Diam

Tok~tok

"Kitten... "

Tan Sri Mokhtar terus berdiri di sebelah anak angkatnya. Dia mula mengambil alih untuk memujuk anaknya.

"Mikayla. Papa ni. Papa mintak maaf sebab tak munculkan diri depan kamu Mikayla. Tapi percayalah papa jaga kamu daripada jauh. Papa mintak maaf... "

Air mata yang mengalir di pipinya di biarkan. Arshaq yang daripada tadi berdiri di tepi hanya mampu melihat adegan ini. Dia tahu isterinya pasti kecewa.

Disebalik pintu itu Mikayla Sofea sudah teresak-esak menangis. Lututnya ditarik rapat ke dada. Wajahnya disembamkan di celahan lutut.

"Isk isk... Kenapa baru sekarang pa?"

"Kalau kamu pelik kenapa kamu ber bintikan Abdullah, kamu sebenarnya anak tak setaraf papa... "

Dang!

Makin berkecai hatinya. Tiba-tiba dia terasa jijik dengan diri sendiri. Patutla dulu dia dimomokkan oleh kawan-kawan dan guru di sekolahnya yang mengatakan dia anak luar nikah. Tapi tidak sangka betul. Selama ini dia fikirkan nama Abdullah itu memang benar-benar nama bapanya. Tapi dia silap. Ya Allah. Jijiknya aku. Isk isk.

"Isk...isk... Jijiknya aku ya Allah. Aku hasil penzina isk isk isk"

Continue Reading

You'll Also Like

374K 8.7K 35
Semuanya bermula daripada satu permintaan yang membawa kepada pertemuan yang tak dijangkakan. "Aunty harap sangat Irine boleh tolong aunty...
567K 14.9K 53
❝𝑩𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑯𝒂𝒓𝒓𝒊𝒔.❞ "Tengku Adam Harris!Lepaskan saya!"-ketus Sarah "In your dream!Aku takkan pernah lepaskan kau...
5.4M 213K 76
[ 4th BOOK = ARS ] BOOK 2 : BE MY BABY GIRL STATUS : COMPLETED ✔ ____________________________ "Aku nak kau menyamar jadi kekasih aku merangkap tunang...
309K 15.2K 75
DEROZ UZAISYAH - Jejaka yang memiliki rupa paras yang tampan. Merupakan anak tunggal dan kehilangan orang tua nya sejak berumur 12 tahun. Mempunyai d...