His Eternal Love

De irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... Mai multe

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 50

71.5K 3.7K 2.4K
De irenicmia

ANIS memandang wajah Hajah Khadijah yang hanya mengendahkannya itu dengan perasaan sebal.

"Nenek! Nenek dengar tak apa Anis cakap ni? Nenek cakap nak tolong Anis dapatkan abang Adrian."

Hajah Khadijah mendengus geram. Kepala otak dia tersangatlah serabut sekarang, ditambah pula dengan perangai Anis yang sering menekannya.

Sudahlah cucu sulungnya itu sudah 2 hari 2 malam layan dia seperti halimunan. Kalau boleh, wajah tua dia ni langsung tidak dipandang oleh Adrian.

"Anis boleh senyap tak? Nenek ni dah buntu tak tahu nak buat apa! Kamu sendiri tengok kan macam mana Adrian layan nenek? Dia layan nenek macam tak wujud!"

Serabut! Serabut!

"Siapa suruh nenek mulakan dulu? Kan Anis dah cakap kita kena perlahan-lahan je.."

"Diamlah, Anis.. Nenek serabut betul dengan perangai kamu ni. Kalau kamu nak sangat jadi isteri Adrian, pandai-pandailah kamu usaha sendiri! Nenek tak nak masuk campur dah!" Membulat mata Anis memandang Hajah Khadijah dihadapannya itu.

Nenek sudah putus asa dengannya kah?

"Apa nenek cakap ni? Nenek kena tolong Anis juga!"

"Anis.. Tolonglah faham nenek. Nenek tak nak Adrian layan nenek macam ni. Nenek tak nak dia semakin benci nenek." Pujuk Hajah Khadijah.

"Tapi nenek dah janji nak tolong Anis pikat abang Adrian.." Wajah Anis menunduk.

"Macam ni lah, Anis.. Kita lupakan sahaja apa yang kita rancang dulu. Kamu nampak kan Adrian tu hanya sayangkan Inara dan tak mungkin dia akan berpaling tadah." Tangan gadis muda dihadapannya itu dipegang dan diusap.

Jujur dia sangat menginginkan Anis sebagai peneman hidup Adrian, namun sudah tertulis jodoh cucunya itu bersama Inara Mikaeyla.

Dia yang bodoh kerana cuba mengubah takdir dan cuba untuk meruntuhkan masjid yang dibina.

Tersebik-sebik bibir Anis, "Nenek..."

Dia sudah kehilangan harapan untuk bersama dengan Adrian.

"Anis.. Nenek minta tolong sangat dengan Anis supaya lupakan Adrian. Kamu dengan Adrian tak akan mungkin boleh bersama, Anis.." Air mata gadis dihadapannya itu diseka.

Alolo.. Kesiannya budak bertuah ni.

"Tapi, nenek.. Anis— Anis sayangkan Adrian lebih daripada nyawa Anis.." Tersedu-sedan dia dibuatnya.

"Nenek tahu.. Tapi cinta tak semestinya memiliki kan?" Makin kuat kedengaran tangisan Anis.

"Dah.. Kamu naik mandi dan solat. Tenangkan diri.. Malam nanti turun kat dapur lepastu kita berbincang lagi."

Tidak menunggu lama, air mata diseka olehnya dengan laju dan dia mula melangkah naik ke tingkat atas..

Tapi... tak salah kan kalau dia berusaha lebih gigih?

Hajah Khadijah kembali mengelamun. Kesian pula dengan Anis..

Bunyi pintu dibuka dari luar menghilangkan lamunannya. Wajah Adrian menyapa retina matanya diikuti oleh Inara dari arah belakang.

Selepas empat hari Inara menginap di rumah orang tuanya, akhirnya dia pulang ke rumah sendiri.

Cucunya itu terus melangkah naik ke tingkat atas. Adrian seperti biasa hanya mengendahkannya sahaja. Hajah Kadijah mengeluh apabila Adrian langsung tidak melihat wajahnya.

Inara pula berjalan ke arah Hajah Khadijah lalu badannya dibongkokkan sedikit dan tangannya dihulur ke arah wanita tua tersebut.

Hajah Khadijah tidak membantah lantas dia menyambur huluran tangan cucu menantu yang tidak diiktiraf itu.

"Nara naik atas dulu."

Hajah Khadijah menganggukkan kepalanya. Aduhai...



INARA turun ke tingkat bawah ingin membasahkan tekaknya dengan segelas air kosong. Jam di dinding dikerling olehnya. Sudah masuk pukul 12 malam. Kepala dijengukkan sedikit ke arah dapur. Lampu dapur masih terbuka dan terang benderang.

Sama ada Anis atau Hajah Khadijah..

"Nak masuk ke tak?" Bibirnya digigit.

Beberapa minit dia berdiri tegak disitu berfikir sama ada mahu masuk atau tidak. Ah lantaklah!

Dengan lafaz basmallah dia masuk ke ruang dapur. Terkejut dibuatnya dengan kelibat Hajah Khadijah yang sedang bertinggung di Kitchen Island itu. Sudahlah berselubung dalam kain sembahyang. Huh! Kus semangat..

"Nenek tak boleh tidur ke?" Sengaja dia beramah mesra.

"Hmm.. Tak boleh." Seperti biasa, nada yang digunakan Hajah Khadijah masih dingin mambuatkan Inara melepaskan keluhan kecil.

Sebuah mug berwarna putih diambil dan dia mula mengisi air sejuk dengannya kemudian dia duduk disebelah Hajah Khadijah.

Air di dalam mug itu diteguk, "Kamu tak payah nak sorokkan lah daripada nenek."

Tersedak Inara dibuatnya.. Sorok apa?

"Maksud nenek?" Dia bangun dari duduknya dan kemudian langkah dibawa ke arah singki. Mug yang digunakan tadi dicuci dan diletakkan di atas kabinet.

"Nenek ni lagi banyak makan garam daripada kamu. Kalau letak nenek kat tengah-tengah laut, memang nenek boleh bezakan yang mana ikan paus dan yang mana jerung.."

Inara mencebikkan bibir.. Eleh! Budak tadika pun boleh beza..

"Sini!" Ajak Hajah Khadijah kepada Inara yang masih berdiri statik dihadapan singki.

Inara terus mengambil tempat disebelah Hajah Khadijah.

Makin terkejut dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja Hajah Khadijah menyentuh dan mengusap perutnya yang dilapisi baju tidur itu.

"Erm ada lah dalam 6 minggu macam tu." Hajah Khadijah sembunyikan senyum. Riak wajahnya dikawal ketat sebaik mungkin. Dia tidak mahu menunjukkan yang dia gembira..

"Apa yang 6 minggu ni, nenek?" Berkerut dahinya memandang orang tua dihadapan. Gilo ko?

"Kamu mengandung takkan tak tahu?"

"Hah? Betul ke?" Wajahnya menunjukkan bertapa terujanya dia sekarang.

"Takkan lah tak perasan Inara oi.. Dah berapa bulan tak datang haid?"

"Erk— Dua bulan kut.. Eh tapi tak pelik pun sebab kitaran haid Nara memang tak teratur." Dia seakan tidak percaya bahawa dalam perutnya itu telah wujud satu nyawa.

"Esok ajak Adrian pergi klinik untuk pemeriksaan."

"Baik. Nara naik atas dulu!" Tangan Hajah Khadijah dicium dan dia terus naik ke biliknya dengan teruja..

Hilang sahaja kelibat Inara, Hajah Khadijah terus menguntum senyum.. Senyumannya sekarang memang tidak boleh disorokkan langsung.

"Nenek.." Tegur Anis menyebabkan senyuman di bibir Hajah Khadijah terus pudar.



"Morning, baby daddy!" Senyuman Inara melebar.. Wajah Adrian yang baru sahaja sedar daripada lena itu ditilik olehnya penuh minat.

"Morning, love.."  Suara serak basah itu membalas sapaan disebelahnya. Mata dicelikkan sedikit dan bibirnya terus mencium pipi Inara.

"Cepat bersiap! Harini kita nak pergi klinik." Terus terbangun Adrian apabila mendengar perkataan 'klinik'.

"What happened? You sakit?" Wajah Inara dibelek dan diperiksa dengan kerutan didahi. Risau betul kalau ada apa-apa jadi pada isterinya.

Inara menggelengkan kepala.

Sedar akan kesan merah yang terdapat di sekeliling leher Inara itu, terus Adrian tersenyum bangga.

"Uh.. So sexy." Kesan gigitan itu dibelek membuatkan Inara terus berdecit geram. Main-main pula!

"Sayang! Cepatlah bersiap.."

"Ye.." Adrian menolak comforter yang menutupi tubuhnya dan dia bangun menuju ke arah tandas tanpa baju ditubuh.

Inara memandang belakang tubuh Adrian dengan penuh minat. Dari belakang pun seksi.. Rawr..

Beberapa minit selepas itu, Adrian keluar dari tandas dengan hanya bertuala separas pinggang.

"Cepatlah pakai baju!" Geram pula dia dengan Adrian yang sengaja melambatkan pergerakkan.

"Ye sayang, nak pakai baju lah ni.. Kenapa you tak sabar-sabar nak pergi klinik ni? Teruk sangat ke you sakit?" Baju diambil dan terus disarungkan ke tubuh tegapnya itu.

"Banyak tanya betul orang tua ni." Rumgut Inara perlahan. Adrian yang sempat menangkap kata-kata itu terus menerkam tubuh langsing isterinya.

Setiap pelosok wajah Inara dicium olehnya dengan geram, "You cakap I tua?"

Dia yang umur 27 tahun dipanggil tua?

"Orang tua hot." Jawab Inara nakal lalu dia mendaratkan sebuah cium di leher Adrian.

"You nak pergi klinik atau nak jalankan tanggungjawab?" Ugut Adrian.

Inara terus menolak tubuh suaminya itu menjauh. Tak menggatal memang tak sah!

"Laju buat kerja conceal lovebite." Usik Adrian apabila terpandangkan sudah tiada kesan merah di leher jinjang isterinya itu.

Tahu lah bahawa isterinya itu sudah menutup kesan merah itu dengan concealer.

"Sayang!" Lengan Adrian dipukul geram.

"Conceal lah yang I juga, love.."

Tidak menunggu lama, Inara terus mencapai sebuah concealer di atas meja soleknya lalu dia mencalitkan sedikit concealer tersebut ke leher Adrian yang berbekas merah. Kemudian, leher itu ditiup.

"Ini nak tutup ke nak tambah?" Tanya Adrian apabila kelakuan Inara seakan-akan ingin menggodanya.

Inara mendengus geram, "Sayang! Nak tutup lah ni. Duduk diam-diam boleh?!"

Geram pula dia dengan Adrian yang sedang mengucup pipinya berkali-kali.

"Dah kering dah!" Concealer di leher Adrian itu dirata menggunakan jari runcingnya.

Memang tak nampak langsung kesan merah keunguan itu.



PINTU bilik klinik swasta yang terpapar nama 'Dr. Maryam' itu dibuka dari dalam dan seorang jururawat keluar dari bilik tersebut.

"Puan Inara Mikaeyla? Boleh masuk sekarang." Ujar jururawat tersebut dengan senyuman.

"Jom, masuk." Ajak Inara kepada Adrian disebelahnya.

Dahi Adrian berkerut, "Boleh masuk dua orang ke?"

"Boleh lah! Jom, sayang!"

Inara tersenyum teruja. Teringat pula pregnancy test yang diuji semalam. Selepas sahaja Hajah Khadijah syak bahawa dia mengandung, terus dia buat pemeriksaan menggunakan alat pengesan tersebut. Nasib baik dia ada simpan alat itu.

Mahu digunakan sebelum ini dia tak berapa yakin kerana takut kecewa. Tapi apabila nenek sendiri yang telah menegurnya, terus dia memberanikan diri.

Dan ya, keputusan yang diterima ialah positif.

Positif cantik dan positif hamil. Ehek..

"Congratulation! Ms. Mikaeyla is pregnant!" Ujar doktor muda yang dinamakan Maryam itu.

"W-what?! My wife is pregnant?" Adrian memandang Inara tidak percaya. Isterinya disebelah pula sudah tersenyum teruja dan kepala dianggukkan.

Tangan Inara digenggam dan ubun-ubunnya dicium syahdu.

"Alhamdulillah, setakat ni kandungan Puan Mikaeyla sihat. Kandungan awal ni memang agak susah untuk dijaga tapi InshaAllah kalau Puan Mikaeyla jaga pemakanan semuanya akan baik."

"Saya akan berikan vitamin dan beberapa lagi jenis ubat untuk awak amalkan sepanjang first trimester ni." Inara mengangguk faham.

"Kandungan Puan sudah masuk minggu ke 6 jadi saya sangat berharap sangat puan jangan skip ubat yang saya beri dan jangan skip makan."

Adrian mengangguk. Kalau Inara tak nak makan ubat, aku sendiri yang sumbat masuk mulut dia!

"Boleh ambil di kaunter hadapan ya?"

Adrian dan Inara keluar dari klinik swasta itu sambil berpegangan tangan. Perasaan Adrian usah dikata memang sangat teruja. First time nak jadi bapak budak!

Masuk sahaja ke dalam kereta, Adrian terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi kalendar dibuka dan dia ligat mengira sesuatu di dalam otak.

"Sayang, buat apa?" Tanya Inara apabila Adrian masih tidak menghidupkan enjin kereta.

"Sekejap. Doktor cakap 6 minggu kan?" Inara mengangguk.

Membulat mata Adrian apabila terpandangkan tarikh di kalendar tersebut.

"Dah kenapa?"

"Baby made in Paris." Adrian tersenyum gatal lalu perut kempis Inara diusap lembut.

"Sayang!" Geram pula dia dengan perangai Adrian ni.

"Adrian Khalaf the sharp shooter."

"Sayang! Malu lah!" Lengan Adrian ditepuk geram dan dia menekup mukanya. Dasar suami mulut tak berlapik!

Boleh pula dia pergi periksa tarikh mereka ke Paris dan umur kandungannya. Memang betul-betul baby made in Paris lah!

"Jom pergi shopping baju baby.." Tangan Inara dihala ke arah bibir lalu dikucup seperti selalu.

Inara mengangguk teruja. Yeay shopping!

Adrian memandu keretanya dengan sangat perlahan sesekali matanya mengerling Inara disebelah. Kena hati-hati..

Kereta yang tersedia perlahan itu diperlahan lagi apabila terdapat sebuah bonggol dihadapan. Tangan kirinya didepakan dihadapan Inara manakala sebelah lagi mengawal stereng.

Tingkap dibuka dan kepala dijegulkan ke luar, memastikan bonggol itu dilepasi dengan berhati-hati. Dia tak mahu berlaku apa-apa hentakkan yang kuat pada kandungan isterinya.

Inara tergelak melihat perangai Adrian yang tersangat protective tersebut.

"Over lah dia ni.." Gumam Inara dengan tawa kecil.

Ponnn!!

Bunyi hon dari kereta belakang membuatkan Adrian mendengus kasar. Sabar lah! Bini aku mengandung!

Continuă lectura

O să-ți placă și

Lovedestroyer.co De farah

Ficțiune adolescenți

14.9K 744 11
2021 "I'm stronger than all of you." [Lovedestroyer.co, syarikat yang menyediakan khidmat memusnahkan hubungan. Keahliannya dirahsiakan dan kesemuany...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
593K 20.3K 54
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...