His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

₊❏❜⛓⋮I N A R A ⌒⌒
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 49

61.2K 3.8K 4K
By irenicmia

PANGGILAN telefon daripada Adrian diangkat dengan senyuman tipis. Dua hari dia tidur di rumah keluarganya, dan sepanjang hari itu juga suaminya itu kerap menelefonnya bertanya khabar.

Nasib baik mertuanya itu langsung tidak bertanya lebih-lebih tentang keadaan dia dan Inara. Ada juga Adrian memujuknya untuk pulang tapi dia hanya menggelengkan kepala tidak mahu.

"Sayang, I tak boleh pergi dinner rumah ayah dengan ibu malam ni." Ujar Inara sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Kenapa ni? Suara you macam tak sihat je. Nak pergi klinik?" Risau pula dia dibuatnya.

"No, I'm okay.. I cuma pening sikit je. Don't worry, sayang."

"Sure? I risau lah, baby. Jangan lupa makan!" Inara tergelak kecil mendengar suara Adrian itu. Jelas benar kerisauannya berdasarkan nada suara itu.

"Ye.. Ni I nak turun makan lah."

"Kalau you dah bersedia nak balik rumah kita, call I terus. Duduk dengan Papa Bear boleh buat apa je?" Rungut Adrian.

Sakit pula hati Adrian apabila difikirkan tentang anak patung beruang hadiah pemberiannya itu. Dia bukan apa, dah dua hari dia tidur tanpa Inara dan anak patung itu seakan-akan mengejeknya sahaja.

Benci!

Kalau Inara ada, bolehlah cuddle..

"Alah okay apa. Anis dekat rumah tu boleh lah dia temankan you.." Sindir Inara.

"Love.. Tak suka lah cakap pasal ni." Tegas nada itu di pendengaran Inara.

"Ya lah. Tak sebut dah.. Mummy dah bising tu, I letak dulu. Muah!"

Tutt

Panggilan itu terus diletakkan tanpa sempat dia menjawab. Kepala digelengkan sambil tersenyum.


"ADRIAN, lama lagi ke? Turun lah cepat! Orang nak kena pergi rumah ayah kamu tu cepat-cepat.. Bolehlah tolong ibu kamu tu nanti." Bebel Hajah Khadijah.

Serentak itu Adrian yang segak berpakaian baju polo berwarna hitam itu turun ke bawah.

"Siap dah—" Berkerut dahi Adrian apabila terpandangkan Anis yang sudah bersiap memakai baju yang agak menyerlah.

"Anis ikut juga ke?" Baru sahaja Anis ingin membuka mulut bertanya, laju sahaja Hajah Khadijah menjawab bagi pihaknya,

"Ye lah! Takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah ni. Dia tu perempuan, kalau jadi apa-apa nanti susah.."

"Isteri kamu tu tak nak ikut ke?"

Adrian menggeleng.

"Aku tak faham betul perangai bini kamu tu, Adrian.. Sepatutnya tempat isteri ialah di sisi suami!"

"Biar lah, nek. Ad dah bagi keizinan pun jadi tak payah nak besarkan hal. Inara tidur rumah orang tua dia juga bukan rumah orang lain."

Wajah Anis yang menunduk itu dikerling. Sejak Anis meluahkan perasaannya di pejabat haritu, dia berasa agak janggal. Setiap hari memang dia akan pulang lewat dari kerja. Kadang-kadang solat maghrib dan isyak ditunaikan selalu di pejabat.

Memang langsung tidak mahu bertembung dengan Anis. Sudahlah Inara tiada di rumah..

"Ha cepatlah." Hajah Khadijah terus meluru masuk ke tempat penumpang dibelakang meninggalkan Adrian terpinga-pinga.

"Kenapa nenek duduk belakang pula?"

"Alah bagilah Anis yang duduk depan pula alang-alang isteri kamu tak ada ni.." Keluhan dilepaskan. Pasrah.

Anis tanpa segan silu terus duduk dibahagian penumpang di hadapan. Kereta Mercedez itu laju menuju ke arah lokasi rumah keluarganya.

Sampai sahaja di rumah keluarganya itu, Adrian terus mencium kedua-dua belah tangan orang tuanya itu.

"Haih, Adrian.. Mana Inara?" Tanya Datin Aaliyah sambil mata galak memandang Anis yang berdiri di belakang Adrian.

"Nara tak sihat, ibu.."

Datin Aaliyah mengangguk faham.

"Aunty ada nak suruh Anis tolong apa-apa?" Tanya Anis ramah kepada Datin Aaliyah.

"Ha jom kita masuk dapur."

Hajah Khadijah menjeling Aariyan dan Arissa yang galak bermain telefon di ruang tamu. Yang perempuan tengah tersenyum macam kerang busuk, yang lelaki pula tengah terpekik terlolong macam orang tak ada iman.

"Weh revive aku dulu!"

Revive.. revive... Menatang apa pun dia tak tahu revive tu apa.

Adrian yang perasan akan mata Hajah Khadijah itu terus mengambil tempat di sebelah adiknya, Aariyan.

"Haih! Aku tak faham lah dengan budak zaman sekarang ni! Asyik melekat je dengan telefon dua puluh empat jam."

"Alah nenek.. Bukan dua puluh empat jam lagi ni. Yan main tak sampai dua jam pun ni." Rungut Aariyan apabila neneknya itu sudah mula membebel.

"Kau main lah telefon tu sampai pagi esok. Bukan boleh bawak masuk kubur pun!"

Hajah Khadijah menjeling cucu lelakinya itu dengan ekor mata.

"Sebab tak boleh bawak masuk kubur lah kita kena main puas-puas, nek.." Jawab Aariyan selamba sambil matanya masih melekat pada skrin telefonnya itu.

"Aariyan." Keras suara Adrian seakan memberi amaran.

"Sabar jap, long! Dah nak chicken dinner dah ni!"

"Aariyan."

"Fine!" Telefon ditutup dan diletakkan ditepi.

Arissa yang perasan akan pandangan Adrian terus menutup telefonnya.

"Along, kak Inara tak ikut ke?" Wajah Arissa dipandang dan dia menggelengkan kepala.

"Kak Inara tak sihat."

Arissa menganggukkan kepalanya.

"Ye ye lah tu.. Entah-entah sengaja nak mengelak tak nak jumpa aku!" Adrian mendiamkan diri. Sudah lali telinganya mendengar setiap sindiran Hajah Khadijah kepada isterinya.

Aariyan mencebikkan bibir. Membebel je kerja! Sumbat bomb karang!

"Jom makan! Ibu dah siap susun dah.."

"Mantap, bu.." Laju langkah Aariyan mendekati ibunya.

Makan malam dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Dato' Khuzairi. Bunyi sudu dan pinggan yangs aling berlaga itu mengisi kesunyian ruang makan tersebut.

"Inara teruk sangat ke sakitnya? Tak bawak jumpa doktor ke?" Tanya Dato' Khuzairi cuba menaikkan suasana.

"Dia cakap dia pening sikit je, ayah."

"Dah tu Inara seorang diri je ke dekat rumah?" Tanya Dato' Khuzairi sekali lagi.

"Ad hantar rumah daddy."

"Apa nya? Dah 2 malam Inara tu duduk rumah orang tua dia tinggal Adrian sendiri kat rumah." Hajah Khadijah menyampuk perbualan dua beranak tersebut.

"Nenek." Keras nada Adrian seakan memberi amaran kepada neneknya itu.

"Betul ke ni, Adrian? Ad ada gaduh dengan Inara ke?" Adrian menggelengkan kepala menjawab persoalan ayahnya.

"Aariyan rasa bukan sebab gaduh dengan along ni, ayah.. Ini mesti nenek yang kuat sangat membebel." Arissa menepuk peha adiknya itu. Mulut tak berlapik betul!

"Sakitlah!"

Anis dihadapan hanya berdiam diri. Nasi di dalam pinggan cuba ditelan habis walauapun dia berasa agak janggal.

"Alang-alang Aariyan dah salahkan nenek tu.. Nenek nak terus-terang sahaja lah ye?"

"Apa dia mak?" Berkerut dahi Datin Aaliyah memandang ibu mertuanya itu.

"Mak ada tanya orang tua Anis kat kampung tu. Mereka dah bersetuju pun nak satukan anak dara mereka dengan—"

"Eh apa nenek ni? Aariyan masih muda lagi. Tak nak lah kahwin-kahwin ni." Potong Aariyan laju.

Hajah Khadijah menjeling tajam, "Mak dah bercadang nak pinangkan Anis ni jadi isteri Adrian."

Adrian yang sedari tadi hanya berdiam diri mengangkat wajah memandang neneknya yang suka-suka hati mengatur hidupnya.

"Apa mak ni? Adrian kan dah ada isteri." Dato' Khuzairi bersuara apabila terpandangkan wajah keruh anak sulungnya itu.

"Mak tak berkenan dengan Inara. Apa susahnya? Kahwin je lah dengan Anis. Pihak sebelah sana pun dah bersetuju."

"Dah kalau nenek berkenan sangat dengan Kak Anis ni, apa kata nenek kahwinkan je dengan atuk? Senanglah sikit, kan? Pihak sebelah sana kan dah setuju.." Sinis Aariyan di pendengaran Hajah Khadijah.

"Eh anak bongsu kamu ni sejak bila jadi kurang ajar dengan aku?"

"Nenek tu.. Along dah kahwin, kenapa sibuk sangat nak jodohkan dengan Kak Anis pula?" Pinggan makanannya itu ditolak menjauh. Arissa yang hanya mendiamkan diri disebelah itu dipandang. Kau tak nak backup aku ke setan?

Kaki Arissa disepak. Dia memang kenal dengan kakaknya yang satu ni. Memang tidak berani menyuarakan pendapat langsung!

"Betul lah apa Aariyan cakap tu. Mak janganlah paksa Ad macam tu." Sudahnya Dato' Khuzairi cuba memujuk Hajah Khadijah agar menghentikan hasratnya.

"Paksa apa nya? Aku suarakan pendapat je. Orang tua Anis pun dah bersetuju, jadi tunggu apa lagi?"

"Kak Anis tu bersetuju ke tak?" Anis mengangkat wajah apabila namanya diseru.

"Anis setuju kan?" Desak Hajah Khadijah kepada Anis yang masih membisu disebelahnya itu.

"Anis setuj—"

"Ayah dengan ibu pun tak pernah masuk campur hal rumah tangga Ad."

Adrian bersuara setelah beberapa lama dim menjadi pemerhati. Keadaan di dalam rumah itu terus dingin manakala oksigen bagaikan tidak cukup.

"Apa hak nenek nak atur hidup Ad?" Matanya naik menjamah wajah tua dihadapannya.

Aariyan mengusap lengannya. Pergh! Seram sejuk mat..

"Sampai hati Adrian cakap macam tu dekat nenek.. Hanya disebabkan isteri, Ad jadi kurang ajar dengan nenek?" Sayu suara tua itu memandang Adrian yang masih berwajah tegang.

Adrian menghempas sudu besi itu diatas meja menghasilkan dentuman yang kuat. Terhinjut bahu semua orang yang berada di situ.

"Cukuplah, nenek." Dia berdiri dari kerusinya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia amat berang dan marah dengan kelakuan Hajah Khadijah.

"Selama ni Ad sabar je dengan perangai nenek. Setiap malam!" Nada suara Adrian mula meninggi. Bias kemarahan terpancar di garis mukanya manakala bening mata pula mempamerkan kekecewaan.

"Adrian.." Tegur Dato' Khuzairi lembut tidak mahu Adrian meninggikan suara kepada neneknya itu.

Nafas ditarik cuba menenangkan hati yang membara.

"Setiap malam Ad dengar isteri Ad nangis! Ad tahu dia sedih tapi Ad tak boleh buat apa-apa.. Ad hanya diamkan sahaja sebab Ad masih ada rasa hormat pada nenek, yakin yang suatu hari nanti nenek boleh terima Inara."

"Inara langsung tak pernah burukkan nenek walaupun dah banyak kali nenek sindir dia, maki dia! Apa yang buat nenek tak boleh terima isteri Ad ni?" Raut wajahnya menunjukkan betapa kecewanya dia malam ini.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Nenek memang dah melampau." Hajah Khadijah diam tidak berkutik di tempatnya manakala Anis disebelahnya pula hanya menundukkan wajah.

Wajah tegang Adrian itu langsung tidak dipandang. Dia takut..

"Ad balik dulu." Tangan ibu dan ayahnya dikucup. Tidak lupa juga Hajah Khadijah..

"Ha ye lah. Pandu kereta elok-elok.." Pesan Datin Aaliyah kepada anaknya itu.

Kunci kereta dicapai, "Habistu nenek dengan Anis nak balik dengan siapa?!"

"Ad tidur rumah mertua Ad malam ni. Nenek tidur lah dekat sini." Dia mula mengatur langkah ke arah keretanya.

Hilang sahaja kelibat Adrian itu, Aariyan melepaskan nafas lega. Rasa seperti baru ada oksigen..

Abangnya itu kalau marah memang gerun!

"Nek, Aariyan naik main telefon dulu ya? Nanti dekat kubur tak boleh main dah.." Sempat dia menyindir neneknya itu sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

Arissa pula hanya mengikuti langkah adiknya yang bangang lagi bebal itu.

"Mak.. Mak nak benda sama jadi macam Khairi ke?" Dato' Khuzairi menggelengkan kepalanya kecewa dan dia juga turut beredar.

"Mak tidur sini, ye? Saya siapkan bilik nanti."

Anis disebelah menunduk langsung tidak berani mengangkat wajah memandang Datin Aaliyah. Hajah Khadijah pula hanya mendiamkan diri.

Kata-kata Adrian bagai menusuk dan terhunus tajam ke kalbunya. Salah dia kah?




AMINA yang sedang mencuci segala pinggan dan mangkuk itu terus bergegas ke arah pintu besar rumah agam itu apabila loceng rumah berbunyi.

"Haih mangkuk hayun mana lah datang masa ni.."

Pintu dibuka dan serentak itu mulutnya dikemam. Oh Adrian rupanya..

"Oh Adrian ke.. Kak Min ingat siapa lah datang waktu macam ni. Masuk lah!" Amina menjemput menantu keluarga itu masuk. Adrian menganggukkan kepalanya lalu mula melangkah masuk ke rumah agam tersebut.

"Eh Adrian?! Tidur sini ke malam ni?" Sergah Puan Sri Frida.

Adrian menganggukkan kepalanya lalu tangan ibu mertuanya itu dikucup, "Haah, mummy. Daddy dengan Inara dah tidur?"

"Daddy belum tidur, ada tengah buat kerja dalam bilik bacaan dia.. Isteri kamu tu pula lepas makan malam tadi terus masuk bilik. Penat sangat lah tu.."

"Ad naik jumpa daddy dulu lah kalau macamtu.."

Habis berbual dengan ayah mertuanya itu, Adrian masuk ke dalam bilik isterinya. Pintu ditutup dan dia melangkah ke arah Inara yang nyenyak diulit mimpi. Awal betul tidurnya..
Baru pukul 9 malam.

Tak menunggu lama, dia terus masuk ke dalam tandas dan mula membersihkan tubuhnya.

Beberapa minit kemudian, baju dicapai dan dipakai lalu dia membaringkan diri di sebelah Inara. Tubuh Inara ditarik ke dalam pelukan dan pipi itu dikucup lembut.

"Sayang?" Tanya Inara dalam mamai. Dia tidak salah nampak kan? Kenapa Adrian boleh ada di sini pula?

"You tidur sini?" Adrian menganggukkan kepalanya.

"I miss you."

"I miss you too.."

"How's dinner?" Mata Adrian turun menatap Inara yang sedang mendongakkan kepala memandangnya.

Comel.. Macam anak kucing.

"Shh.. Just sleep, love.." Kini bibir munggil isterinya itu pula dicium lembut.

Inara membalas pelukkan Adrian dan wajahnya disembamkan di dada tegap lelaki itu. Nyaman...

Dia rindukan Adrian.

Continue Reading

You'll Also Like

250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
2.5M 78.4K 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust m...
3.3M 293K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
173K 6.9K 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the...