His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 48

59.4K 3.5K 1.9K
By irenicmia

ANIS memandang jejaka kacak yang berdiri dihadapannya itu dengan pandangan yang tidak percaya. Terkedip-kedip matanya memandang seraut wajah tampan milik Adrian.

"I suka you juga."

"Be-betul ke ni? Awak tak main-main?" Air mata yang mengalir di pipi itu dikesat kemudian dia mengukirkan senyum.

"I like you too." Ujar Adrian sekali lagi dengan senyuman.

Wajah Adrian ditilik ingin mencari kejujuran. Dia ralit memandang bibir Adrian yang melorek senyuman manis itu dengan hati yang berbunga-bunga dan berdebar.

"Itu yang kau nak dengar?"  Wajah Adrian yang tersenyum tadi bertukar tegang dan satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.

Anis terkesima dan serta-merta wajahnya bertukar mendung.

"Apa maksud awak?"

"I like you too. Itu yang kau nak dengar dari mulut aku?" Keras nada itu menyebabkan Anis menggigil ketakutan.

"Saya- saya tak faham." Gagap seperti biasa.

"Aku dah ada isteri, Anis." Adrian duduk di atas kerusinya kembali.

"Dan tak mungkin aku akan duakan Inara macam itu sahaja."  Wajah Adrian dipandang dengan mata yang sudah kabur dengan air mata.

"Sampai hati awak. Selepas awak dah bagi saya harapan tadi, terus awak hancurkan?"

"Aku langsung tak pernah bagi kau harapan. Tolong, Anis. Jangan kacau aku dan Inara lagi."

"Tapi—"

Ayat gadis itu dipintas, "Aku beri kau tinggal dengan aku, tak bermaksud kau boleh aniaya isteri aku."

Anis mengangkat wajah.

"Saya cuma sukakan awak sahaja. Tak bolehkah saya cuba memiliki awak? Salah ke kalau saya sukakan awak?"  Tangisannya makin kedengaran. Tangan dibawa menekup muka.

"Aku tak halang kau suka aku. But please know your limit. Aku paling pantang kalau apa-apa terjadi pada Inara."

Dengar sahaja ayat Adrian itu Anis sudah tahu betapa berharganya Inara kepada lelaki itu.

"Maafkan saya. Saya patut sedar dari dulu lagi." Anis teresak-esak menuturkan kata.

"Tapi, tolong beri saya masa untuk tinggal dengan awak dan Inara. Selepas saya dah jumpa rumah sewa yang sesuai, saya sendiri yang akan keluar." Pinta Anis.

"Tolong, saya merayu.." Adrian mendengus perlahan.

Tapi Inara macam mana?

"Nanti aku bincang dengan Inara."

"Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih."

Sejurus itu dia terus keluar dari pejabat Adrian. Wajah Black yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya itu dijeling. Black memang melampau.

Lelaki itu licik.

Tapi Adrian silap mentafsirnya kerana dia tak akan putus asa macam tu sahaja. Lagipun, dia ada sokongan yang lebih kuat dan harapan yang tinggi.

Hajah Khadijah.

         

            

INARA memandang lelaki segak berpakaian korporat ditambah pula dengan kaca mata hitam yang sedang bersandar di kereta mewah itu dengan ekor mata. Di tangan lelaki itu ada sejambak bunga mawar.

Matanya menjeling lelaki itu dengan perasaan menyampah dan dia terus menyambung kerjanya yang ditangguhkan tadi.

"Inara, kau tak kesian ke dekat suami kau tu? Dah 30 minit dia berdiri kat luar berjemur tengah panas. Aku ajak dia masuk, dia tak nak." Ujar Syarifah.

"Biarlah dia! Yang rajin sangat nak berjemur tengah panas tu kenapa? Kereta ada tapi tak nak guna." Bebel Inara.

"Alahai kau merajuk ke ni?"

"Alololo comelnya." Dagu Inara dicuit dengan pandangan miang. Inara menepis jari-jemari Syarifah yang galak mengusiknya itu.

"Dia yang buat hal, bukan aku."

"Tak kisah lah tapi yang aku takutkan sekarang ni kalau mak kau—"

Betul tekaan Syarifah, Puan Sri Frida sudah berdiri dihadapan mereka sekarang.

"Nara, kenapa tak panggil Adrian masuk tu? Lama mummy perhati, tak ada lah pula tanda-tanda nak masuk."

"Biarkan dia, mummy.. Pandai bual hal, pandailah tanggung."  Kata Inara sebal.

"Mummy tak tahu apa masalah kamu berdua tapi kalau boleh selesaikanlah dengan cara yang elok, sayang.."

Syarifah disebelah menganggukkan kepala bersetuju.

"Betul tu, bos. Saya sokong seratus peratus!"

"Yang kamu ni tak ada kerja ke, Sya?" Tegur Puan Sri Frida ke arah Syarifah yang sedang menganggukkan kepala.

"Oh saya lupa. Saya pergi dulu, bos. Daus!" Kelibat Firdaus dicari.

Alahai tak siap lagi ke melabur?

"Nara tak nak jumpa dengan dia.. Mummy tolong lah cakap dekat Adrian tu. Please.." Rayu Inara.

"Nara.."

"Mum..." Rengek Inara sekali lagi dengan pakej bibir yang dicebikkan. Dia sumpah tidak mahu berjumpa dengan Adrian. Masih terasa sakit di hatinya disebabkan hal pagi tadi. Boleh pula Adrian backup Anis tu?

"Kejap lah mummy pergi dekat Adrian." Akhirnya Puan Sri Frida terpujuk. Langkah diatur ke arah menantunya yang masih bersandar di kereta mewah itu.

Dia mengintai dari dalam. Nampak macam seronok je orang tua itu berbual dengan menantunya itu.

Sesekali tangan Puan Sri Frida naik menepuk lengan sasa Adrian.

Fuh! Main tepuk lengan laki kita pula tu?? Ini tidak boleh jadi!

Beberapa minit selepas itu, Puan Sri Frida kembali melangkah masuk ke dalam butik itu. Inara berdehem dan berpura-pura menyusun pakaian yang tergantung di rak tersebut.

"Tak payah berlakon lah. Baik kau pergi jumpa laki kau sebelum aku heret keluar." Inara memuncungkan bibir.

Apa garang sangat orang tua ni?

"Mummy.. Tolonglah faham bahawa anak mummy yang cantik dan menawan ini tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu."

"Tak payah nak bermadah dekat sini. Kamu tak risau ke kalau tiba-tiba Adrian tu demam sebab berdiri tengah panas lama sangat?"

Inara mengeluh lalu kepala dianggukkan. Risau lah juga.

Sikit je.

Sebab dia masih marah dan merajuk!

"Ad cakap dia tak nak balik pejabat selagi tak jumpa kamu.."

Inara melopong dan terus matanya memandang Adrian yang masih setia menunggunya dari tadi.

Mahu atau tidak, dia perlu juga keluar.

Langkah dibawa ke arah Adrian dengan muka yang langsung tidak tercalit senyuman. Adrian tersenyum memandang wajah masam yang ditayangkan oleh isterinya.

"Ada apa?" Inara bertanya malas.

Bunga dihulurkan kepada isterinya. Nasib baik Inara sambut hulurannya. Takut juga kalau tiba-tiba dicampak atau dipijak. Perangai diva wanita itu bukan boleh dijangka.

"I minta maaf, sayang.. I dah melampau pagi tadi bila I cakap you selfish. I'm sorry, baby.."Tangan Inara dicapai dan dicium.

Inara menjeling.

"Malu lah orang tengok." Tangan ditarik perlahan-lahan.

"Kenapa nak malu? Cium tangan isteri je pun."

"Whatever. Itu sahaja ke yang you nak cakap?"

"You masih belum maafkan I, love?" Lengan Inara dipegang lembut.

"Entah."

"I minta maaf, sayang.. I sedar yang I memang melampau pagi tadi. Semua kerja I dekat office langsung tak bergerak sebab dalam kepala fikiran I hanya ada you je, love. I rasa bersalah sangat-sangat."

"You dah makan?"

Inara menggeleng, "Tak ada selera."

"Masuk kereta. Kita pergi makan.."

"I tak nak makan. I tak ada selera."

"Jangan degil boleh tak? Nak I dukung you dulu ke baru you nak masuk?" Adrian sudah acah mahu mencempung Inara membuatkan Inara terus berundur ke belakang.

"Ye lah!" Pintu kereta yang terletak disebelah kiri dihadapan itu terus dibuka dan laju sahaja dia memboloskan diri ke dalam perut kereta itu.

Adrian menggaru dahinya. Haih! Orang belum sempat nak tolong bukakan pintu lagi dah masuk!

Lapar lah tu!

Adrian cuba menceriakan suasana. Radio di dalam kereta itu dipasang untuk menarik perhatian isterinya yang masih tidak senyum.

Melihatkan tiada tanda-tanda Inara untuk bercakap dengannya, jari Adrian mula menguatkan lagi volume radio itu.

Walaupun dia bukan jenis yang suka memasang radio semasa pemanduan, tapi semata-mata untuk pujuk Inara dia sanggup..

Inara berdecit geram. Jari runcingnya menakan punat 'off' radio kereta tersebut dan kemudian lengan Adrian dicubit geram.

"Aw sakitlah." Tipu je. Tak sakit pun.

Rasa macam kena gigit semut.

Tangan Inara yang berada di atas peha itu  cuba diraih. Adrian melepaskan nafas lega apabila Inara tidak menolak pegangannya.

"Sayang..."

"I minta maaf. Percayalah I langsung tak ada niat nak sakitkan hati you. I rahsiakan pasal Anis tu sebab I tak nak gaduh dengan you, love.."

"I tak pernah terfikir pun untuk duakan you, sayang."

"Tapi you tahu I tak suka Anis dekat-dekat dengan you. But, you still ambil dia bekerja. Suka lah dia sebab setiap hari boleh berkepit dengan you." Akhirnya Inara bersuara jua.

Jemari Inara disulamkan dengan jari miliknya kemudian kekura isterinya itu dicium.

"I'm sorry again, love.. I janji tak rahsiakan apa-apa lagi daripada you."

"You cakap I selfish.." Tersebik bibir Inara. Dia masih terasa dengan Adrian.

"You tak tahu bila masa you belum balik dari kerja, I kena—" Bibirnya diketap. Ah dia tak mahu mengadu pada Adrian tentang Hajah Khadijah yang sentiasa menyindir dan mencacinya.

"I know, love.. I know everything.." Kekura Inara dicium sekali lagi.

"You know?" Adrian yang fokus pada pemanduan itu dipandang.

"I know.. But please, bertahan.. Demi I? Can you? I promise nenek akan suka you lama-lama nanti. I yang akan yakinkan nenek sendiri."

Inara mengangguk.

"I tak nak berpisah dengan you." Lengan Adrian dipeluk dan dia mendaratkan kepala di situ.

"Me too."

"Tapi you betul kan tak catch feelings dekat Anis tu? Benci!"

Adrian tersengih, "Mana ada. I saja je diam nak tengok you marah. Comel!"

Inara menyumpah Adrian dalam hati.

"Tengah maki orang dalam hati lah tu." Matanya masih fokus pada pemanduan.

"Memang pun." Gumam Inara. Memang layak pun kena maki. Readers pun maki Adrian berbakul, padan lah dengan muka jantan ni!

"Sayang.."  Panggil Inara lembut.

"Hmm?"

"Biar I tinggal rumah daddy dulu?" Lengan Adrian diusap berharap Adrian memberi kebenaran agar dia tidur rumah keluarganya.

"Kenapa? You masih marah dekat I?" Adrian mengerutkan kening. Wajah Inara yang masih bersandar di lengannya itu dikerling.

"Please? Give me some space?" Adrian menganggukkan kepala akur dengan permintaan Inara.

"Take your time, love.."

Continue Reading

You'll Also Like

47.1K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
76K 6.6K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
Leal ยฉ By farah

Teen Fiction

15K 2.8K 30
2021 UA Highschool series leal /liหl/ โ€ข loyal and honest. "You betrayed everyone." [Kisah Farhah, seorang ejen berpotensi tinggi dan abang kembar...
6.8K 1K 66
We're back again! HAHAHA Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop kedua aku ni! โœจ...