✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
53 | SURAT, BUKTI LAYANG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

44 | MISS UR SCENTS

44.9K 2.1K 165
By Drizellla

LEMAH, Mawar sekadar mampu menyelak kelopak mata yang layu. Pandangan yang kelam serta kabur tadi jelas dan semakin jelas apabila cahaya matahari menerobos sikit ke dalam bilik kosong bercat putih itu.

Wad. Ya, itulah telahan pertama apabila otak sudah berhibernasi dengan keadaan sekeliling. Sunyi dan hening menghempas koklea telinga sesekali bersaing juga dengan dendangan syahdu penghawa dingin.

Krekkk—rengekan bunyi pintu wad privasi itu mengaburkan lamunan Mawar yang telah lama bermula. Sekujur tubuh sasa, berjaket hitam dan berseluar jeans hitam masuk ke dalam tanpa butir bicara dilepaskan. Sekadar mendekati Mawar yang telah beranjak ke tepi seolah-olah dalam cubaan tidak mahu bersua muka dengan pemuda tersebut.

Saat tangan lelaki itu selamba melerai ikatan scrunchie rambutnya, nafas Mawar naik membara. Kembang kemcup hidungnya tahan geram. Kepala segera dilarikan sikit dari Hayden.

"Jangan sentuh saya, Hayden."Pinta Mawar perlahan tapi menyengat ulu hati Hayden.

"Kenapa tak boleh sentuh isteri sendiri? Aku rindu kau. Rindukan kau sangat-sangat." Ucap Hayden. Rambut Mawar dicium, sesekali bibirnya mengucup pangkal leher isterinya.

"I miss your scents, Mawar. So do you.  Aku tahu rindu dengan aku serta sentuhan aku."Hayden panggung dagu pada bahu Mawar. Dihidang berjuta jenis wangi sekalipun di depan mukanya, Hayden tetap juga memilih bau rambut dan bau wangi badan Mawar.

Mawar pejam mata. Terbuai dengan belaian Hayden yang lebih sensual berbanding biasa. Berperang dengan perasaanya sendiri. Mawar sukar membantah setiap kali tangan Hayden menyajikan sentuhan lembut seperti itu.

"Malam tu, aku mengaku itu memang salah aku seratus-peratus. Aku tak dapat kawal diri aku. Aku tak dapat kawal marah aku. Aku tak dapat tahan ego aku. Aku dah janji dengan kau yang aku akan berubah dan turunkan ego aku demi kau tapi kenapa kau buat aku macam ni?  Kenapa tinggalkan aku? Kenapa masih nak tak nak dengar kata-kata aku?"

"Hayden—" Mawar terjaga bila rayapan tangan Hayden semakin jauh berlayar dan dalam cubaan ingin menyeluk ke dalam blaus miliknya.

"Kenapa tinggalkan aku sendirian malam tu? Kau tahu tak macam mana perasaan aku bila kau tak ada disisi aku bila aku celikkan mata pagi tu?"

"Apa yang awak merepek ni, Hayden?" Mawar meronta sedikit dalam rangkulan kemas suaminya. Rimas.

"Rasa nak mati." Bisik Hayden.

Mawar terus membatu. Nada suara Hayden pecah bergetar seperti sedang menahan dada yang penuh rasa sebak serta kekecewaan. Tapi disini, dia mangsa atau Hayden yang jadi mangsa? Sepatutnya Hayden juga peka dengan perasaan dan maruahnya telah hancur setelah peristiwa hitam itu berlaku.

"Don't play as a victim,  Hayden. Dalam situasi ni, saya yang kena aniaya. Awak buat saya macam tu sebab tu nak jaga nama awak dalam Gambino. Sekarang awak nak salahkan saya kenapa saya tinggalkan awak malam tu? Sebab saya dah tak tahan hidup dengan lelaki yang menakutkan macam awak. You scare me!" Mawar membentak nyaring dalam wad.

"Aku bukan acah mangsa tapi aku nak kau peka dengan keselamatan anak dalam kandungan kau. Tinggal dalam rumah setinggan dengan jantan macam tu lepas tu, cuba lari dari suami sendiri hingga hampir nak jatuh dari tangga? Kalau aku tak cepat selamatkan kau tadi, kau rasa anak ni boleh selamat tak? Hah?" Serius,  Hayden sudah tercabar dengan kedegilan Mawar.

"Jadi, kenapa awak nak selamatkan saya? Bukan ke dari dulu awak memang benci dengan keturunan kami? Keturunan pembawa sial dalam organisasi Gambino? Kenapa tak biarkan saya dan anak saya mati jatuh dari tangga tu?"

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Awak buat-buat tak faham."

"Aku memang tak faham. Aku memang tak faham jenis perempuan macam kau ni. Kau sedar tak apa yang kau dah cakap tadi? Kau bercakap macam orang dah hilang akal sekarang ni."

"Saya memang dah hilang akal. Jika maut yang boleh lenyapkan diri saya dari manusia seperti awak, saya rela."

Penjelasan Mawar membuatkan Hayden tarik nafas dengan dalam. Muka dibenamkan dalam tengkuk Mawar untuk meredakan amarah yang mahu meledak sekarang ini. Mencari ketenangan dan kesejukan dengan memeluk lebih erat tubuh Mawar.

"Hari ni, aku tak nak bertekak dengan orang. Tak nak marah orang. Tak nak pukul orang. Aku dah letih. Aku harap kau faham diri aku dengan jaga sikit tutur kata kau."

"Saya dah selalu jaga hati orang. Tapi orang sedikitpun tak ada rasa nak balik hati saya. Saya mangsa. Saya dan anak saya bukan alat untuk menjaga kesejahteraan sesebuah organisasi. Saya harap awak faham, Hayden Raja Behzad,"

"Ini anak aku. Anak aku manusia bukan batu. Kau cakaplah apa kau nak cakap tapi jangan ketepikan keselamatan dia. Kalau jadi apa-apa dengan dia, aku tak akan diam diri."

"Ini anak saya bukan anak awak. Saya yang mengandungkan dia. Saya yang jaga dia selama ni! Saya akan selamatkan dia dari manusia tamak haloba macam awak! Tak kira saya kena berkorban atau saya kena korbankan dia demi kepentingan dia! Tak kira dia atau Nathan, saya kena selamatkan mereka. Awak faham tak?!" Tengking Mawar bengis di depan raut wajah Hayden.

"Shhhh—" Hayden bisik pujukan menuju cuping telinga Mawar.

"Lepaskan pinggang saya!" Mawar memberontak ganas. Penggera kecemasan cuba ditekan tapi tangan Hayden lebih lincah menghalang sekaligus mengunci kedua-dua belah tangannya ke dalam pelukan semula.

"Lepaslah!"

"Jangan degil sangat. Mawar balik, okay?"

"Saya tak nak balik! Saya tak nak balik apartment-apartment awak. Saya tak nak balik Villa Salmonacreeks! Saya tak nak hidup lagi dengan suami macam awak."

"Kau tak rindukan Nathan ke? Nathan selalu sebut nama kau. Kita balik, okey?"

"Saya tak rindu Nathan. Nathan bukan anak saya. Dia anak awak, Hades dengan Rossa. Saya tak ada hak ke atas Nathan. Saya tak layak jaga Nathan. Nathan bukan anak saya! Anak saya adalah anak yang membesar dalam perut saya sekarang ni!"

"Shhhh—"

"Awak tak payah pujuk saya balik dengan menggunakan nama Nathan. Saya tak kemaruk dengan Nathan! Saya tak hingin pun!" Mawar menjerkah dengan empangan mutiara yang mahu labuh. Lancang kata-katanya keluar meski lidahnya perit menyangkal dia tidak merindui Nathan.

"Cukup. Keadaan kau masih lemah dan masih dipantau doktor sekarang ni." Tegur Hayden. Tubuh Mawar yang melingkang minta dilepaskan dicekup erat-erat sehingga dia ruang lagi untuk wanita itu bergerak.

"Mawar balik okey?"

"Saya dah cakap saya tak akan balik!"

"Shhh—Mawar balik. Mawar ikut abang balik. James dah on the way jemput kita."Ubun-ubun Mawar dielus perlahan.

"Saya tak nak balik..."

Lima belas minit mereka berkeadaan begitu, tak ada pergerakan lagi dari Mawar. Cuma dengkuran halusnya membuai halwa telinga Hayden. Lena dalam dakapan Hayden.

"That's my lovely wife. Tak melawan macam ni kan bagus." Ubun-ubun Mawar dikucup berkali-kali.

*****
14. 08. 2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

2.7K 333 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
68.1K 3K 27
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
796K 32.2K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...