His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 301K 77.1K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 46

56.6K 3.6K 1.8K
By irenicmia

FIRDAUS mengerling Inara yang sedang mengelamun disebelah dengan ekor mata. Sesekali bahu Inara dicucuk dengan pen yang berada ditangannya.

"I'm sorry, Puan Inara.. But I don't think we can continue our discussion." Inara masih senyap mengelamun di siang hari.

"Woi!" Bentak Firdaus disebelah Inara membuatkan Inara terus sedar dari lamunannya.

"I'm sorry what were you saying?" Tanya Inara kepada klien di hadapannya.

"I rasa kita patut postpone our discussion. You seems to have a really big problem. I minta diri dulu.." Kata wanita cantik dihadapannya itu.

Inara bangun dan dia segera meminta maaf atas kecuaiannya tadi. Entah mengapa dia berasa agak lega disebabkan klien kali ini agak memahami.

Hilang sahaja kelibat kliennya tadi terus Firdaus menjeling Inara tajam. Mata Firdaus menikam mata miliknya bagaikan semua pedang. Tajam mat..

"Kenapa?" Kening diangkat kearah Firdaus yang seakan-akan tidak puas hati dengannya.

"Eh perempuan? Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa. Kau tahu tak betapa pentingnya klien tadi? Kalau tiba-tiba dia berubah fikiran tak nak baju daripada butik kita untuk perkahwinan dia macam mana?! Kau tahu tak mak kau tu dah lah kaki membebel! Nanti dia bebel dekat aku, berdarah telinga nyah!" Luah Firdaus panjang lebar. Geram pula dengan Inara yang asyik mengelamun itu.

"Aku— aku ada problem lah. Not a big problem but it keeps bothering me. Dah hampir dua minggu aku tahan."

"Haih kau kenapa? Cuba bagitahu aku.. Mana tahu aku boleh tolong?"

"Anis."

"Anis? Minah mana tu?" Berkerut dahi Firdaus.

"Minah kepit asal pluto! Dah lah menumpang rumah aku, lepastu dia punya beria nak rapat dengan Adrian tu boleh pula offer nak basuhkan baju Adrian.. Sakit hati aku tahu tak?!"

"W-what?! Sejak bila dia tumpang rumah kau ni?"

"Dah dua minggu lah. Dia datang dengan nenek Adrian. Dia cakap dia nak tumpang rumah sementara cari kerja, jadi kita orang tumpangkan lah."

"Kau ni pun nyah! Bagi muka sangat dekat orang lain. Orang kalau buat jahat dekat kita, kita balas lah lagi jahat." Nasihat Firdaus agak negatif. Inara menjeling lelaki feminin disebelahnya. Tak membantu langsung!

"Dah nak habis waktu kerja kan? Aku balik dulu lah." pamit Inara dan dia terus bangun dari kerusi butik tersebut.

Langkah dibawa ke arah kereta Audi yang terparkir dihadapan butik, kereta dihidupkan namun hampa tidak berjaya.

"Fiffy! Sini jap!" Dia masuk semula ke dalam butik tersebut ingin meminta pertolongan Firdaus.

"Haish natang ni.." Keluh Firdaus perlahan lalu dia terus melangkah ke arah Inara.

"Kenapa?" Malas pula dia bertanya.

"Ni tak boleh start lah!" Bentak Inara. Kaki yang memakai kasut tumit tinggi berwarna nudes itu laju sahaja naik menyepak tayar keretanya.

Geram! Dah lah tengah tertekan, lepastu kereta pula buat hal!

"Tepi aku tengok." Tubuh Inara ditolak menjauhi kereta tersebut membuatkan wanita itu mendengus geram.

Firdaus menjeling Inara disebelah. Apa yang garang sangat perempuan ni?!

"So, apa masalah kereta ni?"

"Entah.." Mata Inara memandang geram wajah Firdaus. Tadi tolak dia bukan main macam orang pro!

"Aku tak tahu. Biar aku tumpangkan kau balik, nanti aku hantar kereta kau workshop." Ujar Firdaus dibalas anggukkan daripada Inara.

"Lunch tadi kau belum makan, kan? Kita singgah makan kafe Shah dulu."



TANGANNYA naik menepuk meja kafe itu dengan kuat. Sesekali dia menjeling semua pelanggan di dalam kafe tersebut.

"Ini tidak boleh jadi!" Bentak Firdaus geram.

"Maaf, encik.. Tapi kafe kami memang betul-betul tak ada jual kimchi.." Ujar pelayan yang berdiri disebelah meja yang menempatkan Firdaus dan Inara.

"Kenapa tak ada kimchi?!" Tanya Firdaus geram sambil mata mencerlung memandang pekerja baharu kafe tersebut.

Tawa ditahan apabila memandang wajah terkulat-kulat pekerja baharu itu. Tahu pun cuak?

Sebenarnya, dia perasan bahawa perempuan itu masih belum pernah dilihatnya sebelum ini jadi apa salahnya kalau dia mengusik? Muahahaha..

Inara disebelah menundukkan kepala dan mukanya ditutup dengan rambut berombaknya. Firdaus ni memang suka buat hal!

"Ma-maaf. Kafe ni memang tak ada kimc—.."

"Pembohong! Aku pernah makan kimchi dekat sini.."

"Be-betul lah encik! Siapa yang buat kimchi tu? Kafe ni memang tak ada kimchi dalam menu." Jelas pekerja kafe itu lagi.

"Mak aku yang buat." Jawab Firdaus ringkas membuatkan semua pekerja kafe yang sedang memerhatikan di dapur melepaskan gelak terbahak-bahak.

Sememangnya semua pekerja kafe disana sudah tahu perangai bebal Firdaus. Jadi mereka hanya diamkan sahaja.

"Ffy, dah lah tu. Kesian dia.." Tegur Inara apabila memandang wajah mahu menangis pekerja itu.

Dapat dilihat pekerja itu sedang menahan tangisannya yang bila-bila sahaja mahu keluar. Dia kena tipu kan tadi? Huwaaa..

Firdaus membetulkan kerongkongnya, belum sempat dia ingin bertanya lebih, terasa belakang kepalanya ditepuk kuat dari arah belakang.

"Kau kenapa buli pekerja aku?" Tanya Shah serius tanpa secalit senyuman.

Inara sudah menahan tawa melihat wajah terkebil-kebil Firdaus. Mungkin otak Firdaus masih tidak dapat berfungsi dek kerana kepalanya yang ditepuk kuat itu.

"Sakitlah, bangang!"

"Awak boleh masuk sambung buat kerja. Kalau lelaki ni datang lagi dekat sini, jangan layan.." Pesan Shah kepada pekerja baharunya itu.

Tidak menunggu lama, terus pekerja itu melangkah ke arah dapur.

Shah melabuhkan duduk di hadapan Inara.

"Hai, si cantik.." Tegur Shah kepada Inara.

"Stop it, Shah." Berbahang pula wajah Inara apabila ditegur begitu oleh Shah. Lelaki itu hanya tergelak lucu melihat wajah merah Inara.

"Kau tahu tak yang si Shah ni dalam proses mengenali seorang hamba Allah ni?" Inara memandang Shah dengan reaksi yang terkejut.

"Seriously, Shah?" Shah mengangguk..

"Is she someone I know?" Tanya Inara lagi dan kemudian Shah menggeleng.

"Dia selalu datang sini mengurat I." Lehernya digosok malu. Inara memandang Shah dengan pandangan yang penuh makna

Manakala Firdaus sudah berdiri dihadapan sebuah tong sampah. Tubuh dibongkokkan dan dia berpura-pura mengeluarkan isi perut. Geli!!

"Bestfriend you lah tu.."

"I tak mengaku kawan." Ketawa mereka berdua bergabung. Apa nak jadi lah dengan Firdaus tu..




INARA membuka tali pinggang keselamatan yang membaluti tubuhnya. Pintu kereta dibuka dan dia keluar dari perut kereta Firdaus.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam rumah, tiba-tiba Anis datang dari arah belakang menegurnya.

"Awak balik dengan siapa tu?" Sergah Anis dari arah belakang. Dada diurut perlahan lalu di melepaskan keluhan lega.

"My friend." Ringkas jawapan yang diberikan oleh Inara.

"Kawan lelaki ke perempuan?" Tanya Anis lagi seakan-akan ragu dengan jawapan Inara.

Inara menggulingkan matanya ke atas. Jujur dia beritahu, sejak dua mingggu Anis tinggal disini, dia berasa amat menyampah. Terlalu menyampah!

Sudahlah dengan nenek yang langsung tidak mahu melayannya, ditambah pula dengan perangai Anis yang asyik-asyik mahu menempel disebelah Adrian. Hesy!

"Kawan lelaki or perempuan, it's none of your bussiness."

"Abang Adrian kerja untuk awak, awak boleh pula keluar dengan lelaki lain?" Inara memandang Anis dengan pandangan yang tidak percaya. Sampai macam tu sekali? Dia ingat aku ni perempuan jenis apa?

"Maaf- saya tak patut cakap macamtu.."

Tanpa menghiraukan Anis, Inara terus melangkah masuk ke dalam rumah dan bilik tidurnya ditujui.

"Balik dengan siapa tadi?" Tanya Hajah Khadijah sebaik sahaja Inara turun ke dapur.

Inara melepaskan keluhan berat. Tadi dengan Anis, sekarang dengan Hajah Khadijah pula.

"Kawan, nenek.." Jawab Inara perlahan.

"Anis cakap dia nampak kamu pergi makan dengan lelaki." Terus mata Inara naik memandang Anis yang masih menundukkan pandangan. Mengadu?

"Ye, dengan kawan Inara."

"Adrian tahu?" Tanya Hajah Khadijah

"Adrian kenal kawan Nara tu.."

"Nenek tanya, Adrian tahu ke tak?" Keras nada yang digunakan kali ini, Inara hanya mampu menggelengkan kepala.

"Elok sangat lah tu! Suami sibuk bekerja, isteri pula duk layan jantan lain. Apa punya perangai lah!" Luah Hajah Khadijah kegeraman.

Inara membalas tatapan mata Hajah Khadijah.

"Nenek ni kenapa? Kan Nara dah cakap, Adrian kenal kawan Nara tu." Selama ini dia hanya berdiam diri sahaja, namun bukan untuk kali ini.

"Menjawab! Inilah sebabnya kenapa aku tak suka dengan budak bandar. Tak layak jadi cucu menantu aku. Ni-" Jari telunjuk Hajah Khadijah ditunjuk ke arah Anis yang berada disebelahnya.

"Ni ciri-ciri cucu menantu aku.. Yang berpakaian sopan, hormat orang tua dan lemah lembut." Menggigil tubuh Inara apabila dikatakan sedemikian oleh Hajah Khadijah.

"Apa yang nenek tak suka sangat dengan Nara ni? Nara dah cuba macam-macam nak puaskan hati nenek! Apa yang istimewa sangat Anis ni di mata nenek?"

"Anis? Aku dah lama nak bercucu menantukan Anis Syakila. Dari dulu lagi! Kalau boleh, sekarang juga aku nak suruh Adrian ceraikan kau."

"Kita orang kahwin belum sampai setahun, tapi nenek dah cakap tentang cerai? Tak pernah terlintas pun dalam fikiran Nara nak berpisah dengan Adrian."

"Aku tak kira! Setuju atau tak, perkahwinan Adrian dengan Anis akan berlaku juga."

Inara menggelengkan kepala perlahan sambil air matanya ditahan daripada menitis. Apa yang dia tak ada, dan Anis ada?

Mata naik memandang wajah Anis yang sedang tersenyum memandang Hajah Khadijah. Hipokrit!

Terus langkahnya dihayunkan ke tingkat atas.



"INARA." Keras nada suara yang digunakan oleh Adrian membuatkan Inara terus memalingkan wajah memandang lelaki tersebut.

"Yup?"

"You pergi mana hari ni?"

"Nothing much. Balik butik I terus balik rumah."

"Really?" Adrian menjungkitkan kening ke atas. Inara mengangguk laju kepalanya. Buat apa nak tipu?

"Nenek cakap you keluar dengan lelaki lain."
Berderau darah Inara. Nada Adrian seakan-akan tidak mempercayainya sahaja.

"You tak percayakan I?"

"Answer me. You keluar—"

"No! I'm questioning you.. You tak percayakan I ke?"

"It's not like that. I trust you, love.. Cuma I nak tahu betul atau tak apa yang nenek cakap."

"Kereta I rosak. Fiffy tumpangkan dan sebelum tu kita orang ada singgah kafe Shah." Jawab Inara mendatar malas mahu melayan Adrian.

"Kereta you rosak? And you tak bagitahu I?"

"It's nothing serious. I tak nak kacau you kerja." Adrian memandang Inara serius.

Inara tahu maksud pandangan itu. Memang setiap kali dia dengan Adrian bergaduh, ia pasti melibatkan keselamatannya.

"Tolonglah, sayang.. I tak nak bergaduh dengan you disebabkan perkara kecil macam ni. Kebetulan tadi Fiffy memang nak balik kerja, I suruh dia tumpangkan I terus.."

Tubuh Adrian yang tidak berbaju itu dipeluk. Dia tak mahu bergaduh dengan Adrian. Dia sudah cukup serabut dengan nenek dan Anis petang tadi.

"Kenapa ni, love?" Tanya Adrian lembut apabila melihatkan wajah Inara yang seakan-akan tidak bermaya.

"I cuma penat.." Pelukan dilepaskan dan dia bergerak ke arah katil untuk berehat.

"Are you sure? Nak pergi klinik?"

Inara menggelengkan kepalanya perlahan. Adrian yang sudah berbaring disebelahnya itu dipandang.

"Pinjam lengan."  Tangan Adrian diambil dan melabuhkan kepalanya disitu. Adrian memeluk pinggang Inara erat dan mereka sama-sama berlayar ke alam mimpi.

Mata dibuka dan jam disebelahnya dikerling. 3:00 pagi.. Tangan Adrian yang setia memeluk pinggangnya erat itu dirungkaikan perlahan tidak mahu mengejutkan lelaki itu dari tidur.

Sedar akan ada pergerakkan disebelah, terus Adrian membuka matanya.

"Where are you going, love?" Tanya Adrian dengan suara yang serak selepas bangun tidur.

"Nak turun minum air kejap."

"Jom. I pun sama.." Tangan Inara dipegang dan mereka berdua sama-sama melangkah turun ke dapur.

Sampai sahaja didapur, mereka berdua terus membasahkan tekak dengan air masak. Tubuh Inara diangkat dan diletakkan di atas kitchen island. Terjerit kecil Inara dibuatnya.

"Sekarang I dah tak rasa mengantuk." Kata Adrian di leher Inara dan bibirnya dibenamkan di leher jinjang milik isterinya.

"Stop it, sayang.. I geli la."

"Shh.." Bibirnya terus mengerjakan leher jinjang isterinya tanpa henti sehingga meninggalkan beberapa kesan.

Tangan Inara juga naik mengusap rambut hitam pekat milik Adrian. Dia sukakan rambut Adrian..

"Erk—" Adrian terus mengangkat wajahnya apabila satu suara kedengaran.

Kelihatan Anis yang sedang berdiri dengan sebuah botol minuman ditangannya. Anis menundukkan wajah apabila sedar bahawa dia baru sahaja mengganggu kemesraan pasangan itu.

Adrian berdehem dan perlahan-lahan dia menurunkan Inara dari atas meja tersebut.

"I tunggu kat atas."  Kata Adrian meninggalkan Inara dan Anis didapur. Kantoi buat kerja kat dapur.

Tak menunggu lama, Inara terus beralih ke arah singki dan cawan yang digunakan olehnya tadi dibasuh.

"Erm—"

"Yup kenapa Anis?" Tanya Inara apabila melihat wajah Anis yang berubah merah itu..

"Dekat leher awak.."

"Oh ni?" Kesan merah di lehernya itu ditunjuk ke arah Anis.

"Ni Adrian yang buat."

Continue Reading

You'll Also Like

6.8K 1K 66
We're back again! HAHAHA Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop kedua aku ni! โœจ...
4.2M 250K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
47.1K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
277K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...