His Eternal Love

By irenicmia

5.5M 300K 77K

[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shoppin... More

โ‚Šโโœโ›“โ‹ฎI N A R A โŒ’โŒ’
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Epilog
irenics
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

Bab 45

57.2K 3.2K 1.9K
By irenicmia

LANGKAH kakinya dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan besar yang serba mewah. Sesekali mata mengerling ke arah hiasan bangunan tersebut. Sangat cantik..

"Assalamualaikum.. Saya ada interview kerja dekat sini. Tingkat berapa ye?" Tanya gadis ayu tersebut kepada receptionist dihadapannya.

"Waalaikumussalam.. Interview?" Hairan pula receptionist yang bernama 'Zara' itu apabila seorang wanita datang kepadanya bertanya tentang temu duga.

Setahu dia, syarikat mereka tidak lagi membuka peluang untuk mana-mana pekerja baharu.

Wanita dihadapan Zara itu tadi menganggukkan kepala, "Sekejap ya.." Telefon diambil dan terus panggilan disambungkan kepada pembantu peribadi bos besar mereka.

"Tuan Black, bos ada buat apa-apa temu duga hari ini?" Tanya Zara apabila panggilan disambungkan. Dapat sahaja jawapan daripada Black terus kepala diangguk dan panggilan diputuskan.

"Cik Anis Syakila?" Perempuan dihadapannya mengangguk.

"Cik Anis boleh naik ke tingkat 45 ye. Sampai sahaja tingkat atas akan ada seorang lelaki bernama Black. Cik boleh tanya dia.."

"Black? Hitam mana?" Terhambur gelak Zara mendengar pertanyaan polos daripada Anis.

"Tak, Black tu hanya sekadar nama samaran. Black tu seorang yang berkulit cerah, tinggi dan dia sangat hensem. Dia salah seorang orang terpenting dalam syarikat ni." Jelas Zara mendapat anggukkan kepala daripada Anis.

Tidak menunggu masa yang lama, Anis terus masuk ke dalam sebuah lif dan punat yang tertulis Floor 45 ditekan.

Terbuka sahaja lif, Anis terus memegang dadanya terkejut dengan kehadiran seirang lelaki yang tinggi lampai dihadapannya. Inikah lelaki yang dipanggil Black tadi?

Dan dia baru teringat, Adrian ada menyebut 'black' beberapa hari lepas ketika mereka berbual di meja makan. Mungkin ini Black yang dimaksudkan.

"Anis Syakila?" Tanya Black tidak berperasaan.

Anis mengangguk gugup. "Follow me." Tergopoh-gopoh dia cuba mengikuti langkah kaki lelaki bernama Black itu tadi.

"Abang Adrian panggil saya ke pejabat dia hari ni nak temu duga saya. Dia tak sibuk ke? Awak tengok pakaian saya okay ke tak? Sesuai tak? Agak-agak saya diterima ke?" Celoteh Anis membuatkan Black serabut.

"Masuk." Ujar Black tidak menjawab sebarang pertanyaan Anis.

Anis mencebik sebal. Sombong!

"Jawapan untuk persoalan kau tadi.. Baju kau tak sesuai langsung untuk temu duga." Tubuh Anis yang dibaluti sebuah kebaya merah jambu itu ditilik dari atas hingga bawah.

Black hiraukan Anis dan dia terus melangkah kembali ke arah pejabatnya.

Anis menilik baju dibadannya. Tak sesuai ke? Bibir diketap malu. Macam mana dia boleh terfikir nak pakai baju kebaya ni?

Tidak menunggu masa, pintu besar hitam itu diketuk dan dia terus memulas tombol pintu. Adrian mengangkat kepalanya.

"Ada aku suruh kau masuk?" Tanya Adrian serius membuatkan Anis terus menapak keluar dan pintu pejabat itu kembali ditutup.

Pintu diketuk sekali lagi dengan lebih kuat. Suara Adrian yang seakan menyeru dia masuk itu membuatkan dia memulas pintu untuk masuk kembali.

"Duduk."

Resume yang dihulurkan oleh Anis diambil dan diteliti dengan fokus. 15 minit dia meneliti resume tersebut membuatkan Anis berasa tidak selesa. Sudahlah langsung tidak bersuara, Anis hanya boleh dengar bunyi angin yang kuat keluar dari mulut pendingin hawa.

Adrian menutup fail yang diteliti olehnya dan kini fokusnya kembali kepada Anis yang terkulat menundukkan kepala.

"Apa jaminan yang I dapat kalau terima you kerja dekat sini? As you know, Quoré Holdings is by far the greatest companies that has ever existed and we don't take any new employees here."

"Saya teringin nak bekerja di sini." Ringkas jawapan yang diberi oleh Anis membuatkan kening Adrian naik bercantum lalu bibir dicebik.

"Okay." Bersinar mata Anis lalu dia terus mengangkat muka memandang seraut wajah kacak dihadapannya itu.

"Esok you dah boleh mula kerja." Mata Anis membulat teruja.

"Saya diterima ke? Terima kasih banyak-banyak abang Ad."  Gembira rasanya apabila dia diterima kerja semudah itu sahaja. Tidak sabar pula rasanya ingin mula bekerja di syarikat ini.

"Boss. This is my office. Be proffesional and don't mix your personal matters here. And—"

"Jangan berterima kasih dekat I. I hanya terima you disebabkan nenek sahaja." Wajah Anis yang teruja tadi terus berubah mengendur.

"Baik abang— maaf.. Maksud saya, baik bos."
Adrian menganggukkan kepalanya.

"Ah! one more thing—" Anis yang baru sahaja ingin bangun dari kerusi itu terus membantutkan niatnya.

"Jangan beritahu Inara yang you diterima kerja dekat sini. Dia tak perlu tahu. I tak nak dia fikir bukan-bukan." Ujar Adrian seakan-akan memberikan amaran.

Ya, dia tak mahu Inara tahu dan menimbulkan apa-apa salah faham. Dia tidak mahu bergaduh dengan Inara hanya disebabkan perkara-perkara kecil sebegini.

Anis mengangguk. Inara... Kenapa Abang Adrian tak pernah nampak Anis?

"Erm sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Bos tak nak pergi makan ke?" Takut-takut pula Anis ingin bertanya kepada Adrian.

"Tak apa. I ada banyak lagi kerja." Mendatar suara lelaki dihadapannya itu.

"Boleh tak awak teman saya makan? Saya tak tahu sangat selok-belok bandar ni.." Ujar Anis sambil matanya tidak berani diangkat membalas tatapan Adrian.

Adrian berdecit. Dia baru sahaja ingin makan tengah hari bersama Inara hari ini. Otak mula berfikir mahu temankan atau tidak.

"Sure." Entah apa yang merasuk fikiran Adrian, pelawaan wanita dihadapannya itu terus dipersetujui. Mata Anis yang dari tadi menunduk terus diangkat memandang majikannya.

Sampai sahaja di sebuah kafe, Adrian mula keluar dari perut kereta diikuti Anis disebelahnya.

"You order dulu. I nak pergi tandas." Ujar Adrian kepada Anis yang baru sahaja melabuhkan duduk di kerusi kafe tersebut. Anis mengangguk.

Hilang sahaja kelibat Adrian, Anis mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi media sosial discroll. Entah apa yang merasuknya, akaun Inara dicari. Setiap gambar Inara diperhatikan.

Inara sangat cantik.

Bukan.

Inara terlalu cantik jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Memang patut Abang Adrian pilih Inara..

Sedang elok dia mengelamun, tiba-tiba deringan telefon menghentikan lamunannya. Mata dialihkan ke arah telefon disebelah. Telefon siapa?

Lihat sahaja wallpaper di telefon itu cukup membuktikan bahawa itu telefon Adrian. Background wallpaper telefon juga diletakkan gambar isteri..

Mata dikerling ke arah si nama pemanggil.

Love.

Pasti Inara..

Dan tanpa teragak-agak panggilan itu dijawab olehnya.

"Hi, sayang. Nak lunch sekali tak?" Suara Inara kedengaran dan Anis terus terkulat-kulat. Mahu jawab soalan Inara atau tidak?

"Sayang?" Panggil Inara sekali lagi apabila tiada sebarang sahutan daripada si suami.

"Ye, hello.." Jawab Anis dan serentak itu panggil terus dimatikan oleh Inara. Anis terbungkam, tahu lah dia bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan..

"Kau jawab telefon aku?" Suara Adrian kedengaran dari arah belakang. Terangkat bahu Anis kerana terkejut disergah dari arah belakang.

"Aku tanya, kau jawab panggilan telefon aku?" Tanya Adrian sekali lagi sebaik sahaja dia melabuhkan duduk dihadapan Anis.

Anis terdiam.

"Maaf, saya— tadi telefon awak tak berhenti berbunyi jadi saya jawabkan.." Adrian memandang wajah Anis tajam.

"Lain kali jangan pandai-pandai sentuh barang aku." Amaran diberikan dan Anis terus menundukkan kepala. Wajah serius Adrian langsung tidak dipandang dek kerana takut.

Tangan diangkat ke atas dan dia membuat pesanan tanpa menghiraukan Anis dihadapan.



INARA segera mematikan panggilannya apabila suara seorang wanita menyahut disebalik corong telefon. Adrian bersama perempuan lain?

Tak.

Dia kenal pemilik suara itu.

Anis..

Telefon diletak diatas meja kasar dan dia menghempaskan punggung di atas sofa butik yang kian lenggang itu. Inara mendengus geram. Adrian tahu dia tidak suka akan Anis tapi masih lagi mahu dekat dengan perempuan itu.

"Mum, harini Nara balik awal tau?" Tanya Inara kepada Puan Sri Frida yang berada di pejabat miliknya.

"Kenapa? Ada hal apa?"

"Nothing. Cuma rasa agak letih.. Tak larat dan tak selesa. Boleh tak?" Sekali lagi dia bertanya. Puan Sri Frida mengerutkan kening memandang Inara.

"Are you sure you're okay? Nak mummy call Adrian?" Inara terus berubah cuak. Mummy dia tak tahu yang sekarang Adrian ialah punca kenapa dia tiada semangat ingin menyambung kerjanya.

"Mum, no.. Jangan call Adrian. Nara still larat nak drive balik rumah. Just—pening sikit je ni." Kata Inara memujuk Puan Sri Frida agar tidka menghubungi Adrian.

"Okay.." Putus si ibu. Tanpa berlengah Inara terus melangkah keluar dari butik. Mata sempat mengerling ke arah Firdaus dan Syarifah yang galak membuat Tik Tok di suatu sudut butik.

Asal kau bahagia Daus..

Sampai sahaja di rumah, Inara terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Sempat dia menyapa Hajah Khadijah didapur tadi, namun seperti biasa hanya diendahkan oleh si tua itu.

Dan tanpa banyak soal, terus dia naik ke tingkat atas. Malas mahu melayan karenah nenek yang seakan-akan tidak suka akan dirinya.

Sempat dia melelapkan mata sedikit bagi menenangkan gelora dihatinya. Suara Anis yang menjawab panggilannya tadi masih bermain di kotak mindanya. Huh!

Tepat pukul 5 petang, Inara turun ke bawah dan dia terus masuk ke ruang dapur. Dia ingin memasak makan malam untuk Adrian dan yang lain. Memang itu rutin hariannya setiap hari.

Usai menyiapkan juadah makan malam, langkah diatur pula ke tingkat atas. Bayangan Hajah Khadijah langsung tidak kelihatan. Tahu sangatlah dia bahawa si orang tua itu sengaja berkurung di dalam bilik mahu mengelak daripada bertemu mata dengannya. Haih! Sabarlah wahai Inara Mikaeyla..

Jam di dinding dikerling, sepatutnya Adrian sudah pulang di waktu begini.

Makin kuat pula rasa cemburu di hati apabila difikirkan bahawa kereta Myvi Anis masih tidak kelihatan di bawah.

Bunyi deruman enjin kedengaran dari bawah dan Inara terus menyelak langsir di biliknya. Betul jangkaannya bahawa Anis pulang dengan suaminya.

"Kenapa Anis balik dengan you?" Tanya Inara sebaik sahaja Adrian masuk ke dalam bilik tidur mereka.

"Not now, love.. Bagi I mandi dan solat dulu." Jawab Adrian cuba untuk menenangkan Inara.

"No! I nak sekarang. Kenapa dia boleh balik dengan you pula? Mana kereta dia?"

"Love, if you're picking a fight right now just stop it. I nak bersihkan diri dan solat dulu. Settle je semua tu baru kita gaduh, okay?" Pujuk Adrian lembut dan dia terus merungkaikan tali leher. Butang baju dibuka satu persatu tanpa segan dihadapan Inara membuatkan isterinya itu mendengus geram.

"Huh! Tak senonoh!" Kata Inara sebal dan dia terus memalingkan wajah ke arah lain.

"Macam lah tak pernah tengok." Jawab Adrian perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Inara. Mata naik menjeling tajam wajah Adrian yang sedang membuka baju dihadapannya.

Dia tahu Inara sangat marah dengannya. Buktinya, kes buka baju pun dijadikan isu. Selama ini, tak ada lah pula Inara cakap tak senonoh malah dikatakan seksi lagi.

Usai membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib, Adrian terus melabuhkan duduk disebelah Inara yang sedang menunggunya untuk bergaduh.

"Okay, jom gaduh.." Inara berpeluk tubuh dan wajah Adrian yang seakan-akan menyindirnya itu terus dijeling tajam.

"Kenapa Anis balik dengan you?"

"Kereta dia rosak jadi I tumpangkan lah dia." Ringkas jawapan yang diberikan oleh Adrian.

"Yeah whatever." Mata digulingkan ke atas.

"Kenapa dia yang angkat telefon you masa I call tadi?" Tanya Inara sebal. Masih marah bila teringatkan yang Anis suka-suka hati jawab panggilannya.

"She did?" Soalan berbalas soalan.

Telefon diambil dan log panggilan dibuka.

"I'm sorry I tak tahu you call I, jadi I tak call you balik.." Jelas Adrian. Demi tuhan, dia langsung tidak pedulikan telefon bimbitnya seharian ini. Dia ingatkan Anis hanya menjawab panggilan yang tidak penting, jadi dia tidak periksa lah pula..

"I tanya kenapa dia yang jawab?"

"I keluar lunch dengan dia tadi, love.. I pergi toilet jadi dia yang tolong angkatkan." Tangan Inara dipegang olehnya cuba memujuk. Berharap Inara dapat maafkan dia.

"Macam mana you boleh keluar dengan dia pula? No! Kenapa you perlu keluar dengan dia?"

Banyaklah pula soalan yang ditanya oleh Inara. Nafas panjang ditarik dan dilepaskan.

"I terserempak dengan dia.. It's a coincidence.." Tipu Adrian.

Great, Adrian! Kau baru sahaja tipu isteri kau..
Dia bukan apa, cuma tak mahu Inara tahu yang Anis akan mula bekerja di syarikatnya esok.

"You tak—" Ketukkan di pintu membantutkan percakapan Inara.

Adrian bangkit dari duduknya dan pintu bilik dibuka.

"Jom turun makan, abang Ad.. Anis dah sediakan meja." Pelawa Anis sebaik sahaja pintu dibuka oleh Adrian.

Inara menggulingkan mata ke atas menyampah. Ajak Adrian je? Aku ni siapa nak ajak?

Bila fikirkan Anis, bagaikan ada sebuah mentol yang cerah menyala di dalam kepala otak Inara.

"Baby, cepatlah sini.. Tadi kata nak tu.." Rengek Inara dengan suara yang lunak dan manja.

Anis terkulat-kulat dihadapan Adrian.

Nak tu? Dia ganggu Inara dan Adrian bersama kah?

"Maaf mengganggu—saya pergi dulu.." Pamit Anis sambil menunduk malu apabila dia mula berasa tidak selesa.

"Nanti I turun." Kata Adrian dan terus pintu biliknya itu ditutup rapat. Inara yang sedang meniarap di atas katil itu didekati.

Adrian memandangnya dengan wajah yang penuh makna. Faham akan pandangan wajah gatal si suaminya itu, terus Inara bangkit dari pembaringannya dan dia terus bersila di atas katil.

Adrian dihadapannya itu dijeling sebal. Masih sakit hati!

"Nakal ye? Tadi cakap nak apa? Nak tu?" Kening diangkat tinggi sambil mata masih melekat pada wajah Inara yang sudah merah menahan malu.

"Tak ada! Jom turun, adik Anis dah menunggu Abang Ad." Jawab Inara sebal lalu terus dia melompat turun dari katil bersaiz king itu.

"Eh nak pergi mana? Jom lah sambung buat tu.." Pinggang Inara dipegang dan leher jinjang itu dicium berkali-kali.

"Nenek dah tunggu tu." Kata Inara membuatkan Adrian melepaskan keluhan.

"Ye, jom. Tapi malam ni jadi eh?"

"Ish dia ni!" Rungut Inara. Tahu lah maksud Adrian itu!

"Nak juga lah tu..." Adrian mengusik Inara yang sudah membahang malu, "Diam lah!"

Continue Reading

You'll Also Like

231K 9.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
36.2K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
452K 22.2K 71
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
4.2M 250K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...