Unrequited Loveโœ“

Oleh ximuni_

934K 38.9K 1.9K

Highest Rangking - 1 #crush (28/10/2021) - 1 #onesidedlove (28/10/2021) ... Lebih Banyak

โ™ก๐“ค๐“ท๐“ป๐“ฎ๐“บ๐“พ๐“ฒ๐“ฝ๐“ฎ๐“ญ ๐“›๐“ธ๐“ฟ๐“ฎโ™ก
๐“‘๐“ช๐“ซ 1
๐“‘๐“ช๐“ซ 2
๐“‘๐“ช๐“ซ 3
๐“‘๐“ช๐“ซ 5
๐“‘๐“ช๐“ซ 6
๐“‘๐“ช๐“ซ 7
๐“‘๐“ช๐“ซ 8
๐“‘๐“ช๐“ซ 9
๐“‘๐“ช๐“ซ 10
๐“‘๐“ช๐“ซ 11
๐“‘๐“ช๐“ซ 12
๐“‘๐“ช๐“ซ 13
๐“‘๐“ช๐“ซ 14
๐“‘๐“ช๐“ซ 15
๐“‘๐“ช๐“ซ 16
๐“‘๐“ช๐“ซ 17
๐“‘๐“ช๐“ซ 18
๐“‘๐’ถ๐’ท 19
๐“‘๐“ช๐“ซ 20
๐“‘๐’ถ๐’ท 21
๐“‘๐“ช๐“ซ 22
๐“‘๐“ช๐“ซ 23
Little Talk With Authorโ™ก
๐“‘๐“ช๐“ซ 24
๐“‘๐“ช๐“ซ 25
๐“‘๐“ช๐“ซ 26
๐“‘๐“ช๐“ซ 27
๐“ฃ๐“ฎ๐“ช๐“ผ๐“ฎ๐“ป ๐Ÿ’
๐“‘๐“ช๐“ซ 28
๐“‘๐“ช๐“ซ 29
๐“‘๐“ช๐“ซ 30
๐“‘๐“ช๐“ซ 31
๐“‘๐“ช๐“ซ 32
๐“‘๐“ช๐“ซ 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
#Bab 53*
Bab 53
Bab 54
Bab 55
๐“‘๐“ช๐“ซ 56
๐“‘๐’ถ๐’ท 57
๐“‘๐’ถ๐’ท 58
๐“‘๐’ถ๐’ท 59
๐“‘๐“ช๐“ซ 60
๐“‘๐“ช๐“ซ 61
๐“›๐“ช๐“ผ๐“ฝ ๐“ฃ๐“ฎ๐“ช๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐Ÿ’
๐“‘๐“ช๐“ซ 62
๐“‘๐“ช๐“ซ 63
๐“‘๐“ช๐“ซ 64
๐“‘๐“ช๐“ซ 65
๐“‘๐“ช๐“ซ 66
๐“‘๐“ช๐“ซ 67
๐“‘๐“ช๐“ซ 68
๐“‘๐“ช๐“ซ 69
๐“‘๐“ช๐“ซ 70
๐“‘๐“ช๐“ซ 71
๐“‘๐“ช๐“ซ 72
๐“‘๐“ช๐“ซ 73
๐“‘๐“ช๐“ซ 74
๐“‘๐“ช๐“ซ 75
๐“‘๐“ช๐“ซ 76
๐“‘๐“ช๐“ซ 77
๐“‘๐“ช๐“ซ 78
๐“‘๐“ช๐“ซ 79
๐“‘๐“ช๐“ซ 80
๐“‘๐“ช๐“ซ 81
๐“ค๐“› -๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป 1
๐“ค๐“› - ๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป ๐“”๐“ท๐“ญ
EBOOK BERI AKU PELUANG

๐“‘๐“ช๐“ซ 4

9.7K 488 15
Oleh ximuni_

"Mama.." panggil lelaki itu sebaik sahaja menapak masuk ke ruang makan.

"Dah balik dah anak mama.."

Syed Faris memeluk Sharifah Safia dan mencium kedua-dua pipi. Bunga yang dibeli dihulurkan.

"Wow! Thank you..cantik. Mama suka." Dihidu bunga ros itu. Dipeluk erat.

"Sama-sama." Punggungnya dilabuhkan di kerusi hadapan Sharifah Safia.

"Dah lama Faris tak balik. Sibuk?"

"Haah ma..sibuk sikit. Banyak sangat projek masuk. Alhamdulillah." Kata Syed Faris. Letih tu letihla tapi nak buat macam mana. Cari rezeki kan..

"Samalah dengan papa awak tu, sibuk mengalahkan orang kerja. Bukannya nak melekat di rumah."

Syed Faris tergelak apabila Sharifah Safia membebelkan Syed Fakhrul. Papa dia tu memang suka keluar. Main golf . Tua-tua pun main lagi.

"Lamalah pulak Umaira ni? Jap mama panggil dia.."

Umaira? Syed Faris mengerutkan dahinya.

"Siapa ma?" Tanya Syed Faris.

"Kawan mama. Sekejap."

Sharifah cuba bangun dari kerusi ingin memanggil Umaira. Namun dia terduduk kembali.

"Mama!"

Laju Syed Faris bangun mendekati Syarifah Safia. Terkejut dia melihat kaki yang berbalut itu.

"Kenapa ni mama?"

"Mama kena ragut tadi..nasib baik ada Umaira tolong mama. Sikit ja ni." Ujar Sharifah Safia apabila melihat wajah risau anaknya.

"Habis? Barang mama apa semua and yang penting sekali mama okay tak?"

Sharifah Safia tersenyum mendengar soalan bertubi-tubi anaknya. Ditepuk perlahan bahu tegap itu.

"Mama okay sayang..semua okay. Umaira yang tolong mama."

Bahunya yang tadi tegang kembali kendur. Risau kalau Sharifah Safia kenapa-napa. Pantang dirinya bila ada yang berani menyakiti orang yang dia sayang.

"Faris pergi tolong panggil Umaira kat luar eh? Mama rasa dia ada dekat kolam ikan."

"Okay mama. Mama duduk ja." Pesan Syed Faris sebelum pergi.

Semakin dia mendekati sliding door, sayup-sayup kedengaran suara seoarang gadis. Eh? Gadis? Kawan mama kan? Mesti tua.

Syed Faris menjengulkan kepalanya. Seorang gadis sedang berdiri membelakanginya. Dia berjalan dan berdiri betul-betul di belakang gadis itu. Jelas sekali dia dapat menghidu bau wangi dari rambut ikal itu.

"Alah..kau ni berkira sangatlah..bukan selalu pun kan..tengokkan lah kejap.." kata gadis itu mendatar.

Geram dia apabila Amir degil tidak mahu membiarkan dia bersenang-lenang harini.

"Yelah..yelah..aku pergi sekejap lagi and kurang-kurangkanlah membebel tu dah macam bapak orang dah. Bye." Kutuk Umaira.

Dia tergelak kecil apabila terdengar Amir memakinya di hujung panggilan. Umaira tersenyum.

"Gila.."

Syed Faris sembunyi senyum. Lawak pulak dengar gadis itu mengutuk kawannya.

"Ehem..ehem."

Umaira menoleh ke belakang apabila mendengar suara garau berdehem di belakangnya.

"Arghhh!!"

Laju Syed Faris menekup mulut Umaira apabila gadis itu menjerit kuat. Tanpa sedar dia sudah memeluk tubuh kecil itu.

"Kau dah kenapa jerit gila?!" Bisik lelaki itu keras di telinga Umaira.

Umaira menggigit tangan sasa itu sekuat hati. Terlepas pegangan di pinggang dan mulutnya. Laju dia menjauhkan diri dari Syed Faris. Semput dia mahu mencari nafas.

Sudahlah dia terkejut beruk melihat crush dia di depan mata pastu kena peluk lagi. Ya Allah! Sangat tak bagus aura bila dekat dengan Syed Faris ni.

"Kenapa tutup mulut saya?! Suka hati ja pegang anak dara orang!" Herdik Umaira.

Memang lah dia suka lelaki itu tapi tak bermakna dia suka-suka nak bagi lelaki itu pegang dia sesuka hati. Hell, NO!

"Kau jerit kenapa?" Tanya Syed Faris sambil mengibaskan tangannya yang masih sakit hasil kena gigit dengan cik ponti. Heh!

"Yang awak berdiri belakang saya senyap-senyap dah kenapa? Sudahla dekat tak ada halal gap.." bebel Umaira lagi.

Syed Faris menjulingkan matanya ke atas.

"Kau Umaira kan?" Tanya lelaki itu mengabaikan bebelan Umaira.

Umaira memandang lelaki itu tidak berpuas hati. Namun hati dia berbunga indah bila lelaki itu sebut nama dia. Macam nak lompat tapi sempat dia kawal riak wajah dia supaya tak nampak gedik sangat. Kena nampak mahal lah sikit kann.

"Haah sayalah."

"Mama aku panggil makan."

"Mama?" Bila pulak mama crush dia datang rumah Sharifah Safia ni?

"Yaaa..Sharifah Safia tu mama aku." Ujar Syed Faris mendatar. Geram pulak dia dengan gadis itu yang blur tiba-tiba.

Umaira menekup mulut. Ommo! Dia dah selamatkan mak mentua sendiri. Wah.

"Oi!?"

"Eh..haah ya..ok bye..terima kasih." Laju dia meninggalkan Syed Faris. Dia dah tak tahan nak senyum sangat-sangat dah ni. So lagi bagus dia lari sekarang.

Syed Faris menggeleng perlahan. Pelik-pelik perempuan zaman sekarang entah apa-apa.

Umaira tersenyum melihat Sharifah Safia duduk bersama seorang lelaki mungkin suaminya a.k.a papa Syed Faris bersamaan dengan Syed Fakhrul.

"Aunty..Tuan" tegur Umaira lembut.

"Umaira..eh kenapa panggil tuan..kalau aunty ni 'aunty' so panggillah suami aunty uncle. Duduk sayang. " Terang Sharifah Safia.

Umaira tersengih dan melabuhkan duduk di sebelah ibu mertuanya eh! Bakal. B.A.KA.L. Yakin kau nyah!

"Hai uncle, sihat?"

Syed Fakhrul tersenyum senang dengan sikap peramah gadis itu.

"Hai Umaira..uncle sihat. Terima kasih sebab dah tolong isteri kesanyangan uncle ni. Tak taulah apa yang jadi kalau tak ada Umaira." Ujar Syed Fakhrul. Dia mengerling wajah Sharifah Safia bersama senyum nipis.

Umaira mengerling sekilas lelaki kacak a.k.a Syed Faris yang baru melabuhkan duduk di hadapan mamanya.

"Tak ada apalah. Kalau orang lain kena macam tu pun saya akan tolong juga kalau saya mampu." Haih dah banyak kali dah rasanya orang cakap terima kasih harini.

Anugerah Terima Kasih Sedunia jatuh kepada jeng jeng jeng!!

"Umaira?"

Tersentak gadis itu. Dia memandang ketiga-tiga pasang mata di hadapannya terkebil-kebil.

"Er yaa aunty.."

Umaira tersenyum janggal. Malu. Macam manalah dia aboleh berangan masa-masa begini?

"Uncle tanya Umaira dah kahwin?" Ulang Sharifah Safia. Sejak tadi dia memanggil gadis itu tapi tak berjawab. Tergeleng-geleng kepalanya.

"Kahwin? Eh belum..lambat lagi aunty, uncle. Crush tak tahu lagi yang saya wujud."

Syed Fakhrul dan Sharifah Safia tergelak manakala Syed Faris hanya mengabaikan gadis itu. Banyak cakap! Macam burung kakak tua! Bising!

"Kena usaha lebihla sikit kalau macam tu."

"Tak pa lah uncle, tak usaha pun takpa sebab tak logik sangat kalau dia nak kat saya yang lemah ini." Ujar Umaira sayu. Matanya sekejap sekejap mengerling anak teruna pasangan itu.

"Macam-macamlah kamu ni. Kalau kamu nak kena usaha. Tak cuba tak tahu."

"Baik uncle, aunty.." takutlah saya nak try anak aunty dengan uncle. Muka ja handsome tapi kedekut dengan senyuman! Kutuk Umaira padahal dalam hati kembang bunga setaman.

"Lupa pulak aunty, ni kenalkan anak aunty Syed Faris."

"Anak saya jugaklah.." celah Syed Fakhrul apabila terasa seperti bapa tak dianggap oleh isteri sendiri.

"Ish abang ni tahulah.. Umaira, kenalkan Syed Faris. Angah ni Umaira Syafini. Orang yang dah tolong mama hari ini."

Syed Faris mendongak apabila namanya disebut. Umaira hanya tersenyum nipis memandang Syed Faris.

Taknakla tunjuk sangat yang dia dah tahu nama lelaki itu. Nanti tak sempat cakap apa-apa dah kena reject. Malu ja. Gatal ja mulut dia nak tanya 'anak aunty dengan uncle ni single ke?' tapi macam kena relax dulu.

"Jom makan. Angah, baca doa."

Umaira menadah tangan. Dia mengemam bibir menahan diri dari tersenyum apabila Syed Faris membaca doa. Sekali maksud sekali disebutnya. Baca doa pun merdu.

Sempurnanya..

"Aminn.."

Perlahan-lahan Umaira mengusap mukanya. Sempat senyuman kecil disembunyikan disebalik tangan.

Perut dia rasa sebu sangat. Rama-rama duk sibuk mainkan peranan. Malam ini memang dia boleh tidur lena. Tiba-tiba rasa kenyang.

"Eh, sikitnya makan nasi." Tegur Sharifah Safia. Ketiga-tiga pasang mata itu melihat pinggan yang hanya diisi dengan hujung senduk nasi sahaja Umaira makan.

"Kenyang aunty. Makanlah..abaikan saya." ujar Umaira tersenyum kekok. Mata Syed Faris yang sedang menikam matanya buat dia gerun.

Dah kenapa pandang macam nak makan aku pulak ni. Nasi tak cukup ke?

"Haih..kamu ni patutla sekeping." rungut Syed Fakhrul.

Umaira tergelak dengan komen lelaki itu. Jangan salahkan dia, salahkan Syed Faris. Siapa suruh muka dia tu mengenyangkan sangat.

.

.

.

To Be Continued...

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.2M 78.4K 57
โ” ๐‹ ๐ˆ ๐‹ ๐˜ ๐‘ ๐Ž ๐’ ๐„ โThe symbol of purity and refined beautyโž โ€ขโ€ขโ€ข Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, U...
641K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super clichรฉ Iskandar Zulkarnain โค๏ธ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
564K 21.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
50.4K 1.9K 65
[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 Ma...