πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑�...

Autorstwa IeraRoselyn

567K 18.6K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... WiΔ™cej

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 13

6.3K 264 44
Autorstwa IeraRoselyn

"HANA. Mama mana?" Tiba sahaja di rumah terus dia menerpa ke arah Hana yang berada di taman mini milik rumah keluarganya. Tidak sabar dia nak tahu apa yang telah Mamanya sampaikan kepada Aareen sehingga gadis itu seperti menjauh dari dia.

Hana mengalihkan matanya dari laptop kepada memandang hairan Haiyan. Kenapa dengan abangnya itu? Baru sampai rumah terus tanya Mama mereka. Dengan kasut tidak dibuka lagi.

"Abang kenapa? Kut ya pun buka la dulu kasut tu. Mama ada dekat dapur tengah buat puding." Laptop kembali difokuskan. Siapkan assignment lagi bagus dari memikirkan tentang abangnya yang pelik.

Haitham yang turut berada disitu kehairanan melihat Haiyan seakan kalut begitu. Tidak sempat bertanya, Haiyan terlebih dahulu membuka langkah ke pintu utama.

Haiyan terus kembali ke pintu utama dan membuka kasut. Figura Puan Asiyah dicari di dapur.

"Mama."

Terkejut Puan Asiyah dengan suara Haiyan yang tiba-tiba masuk ke dapur. Dadanya digosok perlahan menghilangkan rasa terkejut. Ada anak lelaki pun boleh menyebabkan sakit jantung. Badan dipusingkan ke belakang.

"Terkejut la Mama. Baru balik terus cari Mama. Kenapa?"

Puan Asiyah didekati. "Iyan nak tanya."

"Tanya saja la."

"Mama ada cakap something dekat Aareen tak time dia datang sini?"

Puan Asiyah berfikir sejenak dengan dahi yang berkerut. "Kenapa?"

Lain yang dia nak tahu lain pula Mamanya jawab. Ingatkan diam sebab nak jawab soalannya tapi sebaliknya.

"Mama ada cakap dekat dia yang Iyan nak masuk meminang dia. Tapi dia cakap Iyan tak ada cakap pasal tu dekat dia." Selamba saja Puan Asiyah jawab tanpa tahu apa-apa.

"Kenapa Iyan tanya?"

Haiyan memejamkan mata dan meraup rambut. Lupa pula dia ingin memesan kepada Mamanya supaya tidak bercakap tentang isu itu kepada Aareen. Dia sengaja tidak memberi tahu kepada gadis itu kerana dia takut Aareen tidak setuju dan mula jauh darinya. Dan sekarang benda yang dia takut itulah sudah terjadi.

Hairan Puan Asiyah melihat Haiyan yang seperti tertekan saja. Adakah dia salah cakap? Tapi betul lah yang Haiyan pernah memberitahu dia supaya dia masuk meminang Aareen. Cuma tunggu masa yang sesuai saja.

"Mama ada salah cakap ke?"

Haiyan memandang Puan Asiyah. Hendak dimarah tidak boleh kerana itulah adalah syurganya. Hanya mampu terima dan bersabar.

"Aareen dah jauh dari Iyan lepas dia balik dari sini, Mama." Ujar Haiyan dengan suara mengendur. Kerusi meja makan dapur ditarik dan duduk disitu. Habis la rancangan dia lepas ini.

Perasaan bersalah meresap ke dalam hati seorang ibu. Sungguh dia tidak sangka disebabkan perkara itu menyebabkan Haiyan dan Aareen bergaduh. Kerusi bersebelahan Haiyan diambil.

"Iyan. Mama minta maaf. Mama tak tahu sampai boleh jadi macam ni." Belakang Haiyan digosok. Pasti Haiyan sedih dan risau sekarang. "Lagipun kenapa Iyan tak bagitahu dia Iyan nak masuk meminang dia?"

"Iyan sengaja tak bagitahu dia Mama. Mama kena tolong Iyan sekarang."

"Tolong apa? Iyan cakap."

"Tolong pujuk Aareen. Please." Tangan Puan Asiyah dicapai. Merayu agar Mamanya dapat memujuk Aareen.

Puan Asiyah tersenyum. Sekarang, Haiyan yang ada dengannya bukan lagi Haiyan yang dulu. Haiyan yang dulu seorang yang tidak kesah dengan mana-mana perempuan selepas ditinggalkan arwah Tihani. Haiyan yang sekarang adalah Haiyan yang baru.

Ya. Sejak kemunculan gadis bernama Aareen di dalam hidup anak lelakinya itu dia perasan akan perubahan Haiyan. Jika dulu terlalu sukar untuk dia melihat senyuman dibibir itu. Tapi sekarang, walaupun senyuman nipis dia sungguh bersyukur kerana sekurang-kurangnya Haiyan masih ada perasaan ingin bahagia. Dan Puan Asiyah tahu, Aareen adalah kebahagiaan anaknya itu.

"Nampaknya anak Mama dah terlalu sayang dengan Reen."

Haiyan tercengang dan terdiam. Dia rasa dirinya telah banyak melakukandosa kerana menipu ibu sendiri. Dia tidak sayangkan Aareen. Tetapi disebabkan dianampak Mamanya itu seperti berkenan sangat dengan Aareen. Jadi, dia mengambilkeputusan untuk memikat gadis itu walaupun dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

Adakah dia sayang kepada Aareen? Jika suka, ya dia suka akan Aareen. Dia tertarik dengan sikap gadis itu. Tetapi sayang dan cinta belum lagi wujud untuk Aareen dan perasaan itu masih tersimpan untuk Tihani.

🍃🍃🍃

"MASUK la pintu tak kunci pun." Sahut Aareen dari dalam bilik bila pintu bilik diketuk. Kali ini itu bukan biliknya tetapi bilik tumpangannya setiap kali bermalam di rumah Bella.

Tombol pintu dari luar dipulas dan terpancul wajah Bella tersenyum mengejek. "Aku masuk eh?"

"Masuk je la Bella. Inikan rumah dan bilik kau. Kenapa nak minta izin aku bagai?" Ujar Aareen. Botol losyen Nivea dicapai dan disapu pada tangan dan kakinya. Itu adalah rutin dia setiap kali sebelum tidur. Wajib! Nanti tak lena.

Tersengih-sengih Bella melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup. "Memang la tapi kau tu kan guest, so aku kena hormat kau. Tak kan nak redah macam tu je. Dibuatnya time tu kau tengah pakai baju ke apa tak tentu pasal mata aku rabun."

"Banyak la kau rabun. Bukan ke kau dah semula jadi rabun?" Aareen memerli dengan gelak tawa. Bella itu seorang yang rabun tetapi tidak mengaku. Sengaja pakai lens ada power kerana tidak ingin memakai kaca mata.

Hujung katil Aaaren diduduk Bella. Bibirnya dicebih bila mendengar perlian dari sahabat sendiri.

"Abang kau bila balik?" Soalan memecahkan kesunyian dikeluarkan. Macam dah tak ada soalan lain saja. Abang Aareen juga jadi mangsa.

Aareen mula buat muka nakal. Matanya dikecilkan memandang Bella. "Kenapa tanya? Rindu abang aku ya?"

"Woi kau ni merepek la. Aku tanya tak kan tak boleh." Kelam-kabut Bella menyanggah soalan tidak masuk akal itu. Tapi ada la juga sikit. Jangan dia kantoi dengan Aareen sudah la kerana dalam diam dia meminati Raif. Sikit saja tak banyak pun.

"Yang kau gabra semacam kenapa? Aku tanya je. Mana la tahu kau rindu abang aku yang single tu. Boleh aku kenankan dia dengan kau." Datang idea gila Aareen untuk mengenakan Bella.

Tersipu-sipu Bella bila diusik Aareen begitu. Aareen ni nak tak tahu ke yang sekarang dia rasa wajahnya sudah mula membahang. Sekejap lagi kantoi masak la dia. Kantoi minat dekat abang kepada sahabat sendiri. Mana nak letak muka?

"Sorry okay. Aku tak minat nak bercinta bagai ni. Bukan macam kau." Masih lagi dia menafikan kerana ingin menutup kebenaran.

"Bila masa aku bercinta?"

"Hek eleh. Haiyan tu apa? Bukan kau tengah hangat bercinta dengan dia ke sekarang?" Dagu Aareen dicuit Bella.

Aareen sudah meluahkan segala perasaan kepadanya. Aareen mengaku bahawa Aareen sudah mula jatuh hati dengan lelaki yang bernama Haiyan itu. Lega hati Bella bila tahu perkara sebenar dan tak ada la dia berfikiran yang bukan-bukan terhadap Sara.

Hilang mood Aareen bila Bella membuka cerita tentang dia dan Haiyan. Dia masih kecewa dengan sikap lelaki itu yang tidak berterus terang dengannya tentang lelaki itu ingin meminang dia. Dan buat masa ini kalau boleh dia tak nak bercakap tentang lelaki itu.

Bella perasan aka perubahan pada wajah Aareen. Tadi ceria sekarang muram pula. "Reen. Kau okay ke? Tiba-tiba saja muram kenapa?" Risau pula dia kalau dia ada tersalah cakap yang menyebabkan sahabatnya muram.

"Nothing. Aku just terfikir hubungan aku dengan dia."

"Kenapa? Kau gaduh dengan dia?"

Aareen diam memandang tangan yang bermain dengan hujung comforter. Tidak tahu ingin bercerita atau tidak kepada Bella.

"Reen." Tangan Aareen dipegang.

Pada mata Bella, dia melihat Aareen seperti ada masalah saja. "Kalau kau ada problem just share dengan aku. Jangan pendam seorang diri. Kalau kau tak nak share dengan aku, kau share la dengan Sab or Nad. Kita berempat kan sahabat."

Perlahan-lahan Aareen mengangguk. Dia tahu itu. Dia tahu sahabat-sahabatnya sentiasa ada untuknya disisi walaupun berat mana pun masalah yang ditanggung.

"Aku tahu. Tapi... aku belum ready untuk story dekat kau." Harap Bella tidak akan berkecil hatinya dengannya.

"Aku faham. Bukan semua masalah kita boleh share dengan semua orang. Ada masalah yang kita kena pendam. Tapi kau kena ingat yang aku, Sab and Nadia akan always stay your side. Okay?"

"Thanks." Ucap Aareen bersama senyuman kecil.

"Cuma satu aku nak pesan."

"Apa?"

"Kalau betul kau dengan Haiyan bercinta sekarang, kau kena jaga hubungan tu elok-elok. Jujur la aku cakap dengan kau Reen. Memang kau tak pernah bercinta sebelum ni but bila kau dengan dia, aku yakin yang dia jodoh kau." Kata Bella dengan wajah yakin.

Aareen berkerut dahi. "Maksud kau?"

"Maksud aku..." Bella bergerak ke hujung katil sedikit. Bersedia untuk lari. "Kau kena la cepat-cepat kahwin dengan dia." Terus dia mengangkat punggung dan berlari ke luar dari bilik. Pintu bilik ditutup rapat.

Terpinga-pinga Aareen di atas katil. Kenapa Bella lari? Dia tak ada rasa nak marah atau nak cubit Bella pun lepas Bella cakap macam tu. Dan dia tak ada rasa apa-apa kerana dia tidak terfikir sampai ke tahap tu.

"Aku dengan dia pun belum declare apa-apa, nak kahwin apa ke bendanya." Comforter ditarik sambil membebel sendiri. Kepala diletakkan di atas bantal.

Samsung yang berada di sebelah kanan dicapai dan key button ditekan. Berdebar dadanya secara mendadak bila nama Haiyan terpapar di notification bar menghantar pesanan Whatsapp kepadanya. Dan pesanan itu dihantar pada satu jam yang lepas.

"Sejam? Kenapa aku tak ada perasan pun." Pesanan itu ditekan.

Haiyan,

Esok saya nak jumpa awak dekat tempat biasa.

"Esok? Tiba-tiba saja mamat ni nak jumpa aku." Malas betul dia pergi berjumpa dengan lelaki itu buat sekarang. Tambahan pula abangnya tiada disini.

Malas la.

Samsung diletakkan kembali dan baru dia ingin memejam mata, Samsung berbunyi. Sudah dia agak pasti Haiyan yang membalas pesanan dia.

Please.

Saya tahu kenapa awak lari daripada saya.

Aareen terdiam sebentar. Adakah Haiyan tahu dia lari disebabkan lelaki itu tidak maklum kepada dia tentang ingin meminang dirinya? Ini bermaksud, esok Haiyan akan menjelaskan kepadanya tentang itu.

Hm pukul berapa?

Esok saya shift petang.

Kalau boleh sebelum saya pergi hospital

Tengok la macam mana. Saya tak boleh janji.

Okay. See you (love)

Tersenyum Aareen dengan emoji love yang diberikan oleh lelaki itu. Berbunga-bunga rasa hatinya. Terus terbang segala perasaan kecewa dan marahnya sebentar tadi. Rasanya emoji itu boleh bawa masuk sehingga ke dalam tidurnya kerana buat pertama kali lelaki itu berbuat begitu. Ah perempuan mudah sangat lentur dan cair walaupun hanya dengan emoji saja.

🍃🍃🍃

KERETA Aareen letak dengan elok di tempat letak kereta sebelum dia masuk ke dalam Pavilion. Seperti yang dijanji yang dia akan berjumpa dengan Haiyan di sini. Di sini la tempat biasa bagi mereka berdua untuk berjumpa kerana di sini la tempat di mana mereka pertama kali berjanji untuk berjumpa.

Kelibat Haiyan dicari setelah dia tiba dihadapan restoran biasa tetapi langsung tidak nampak batang hidung lelaki itu. Jam tangan dikerli. Rasanya dia tidak terlewat kerana lepas saja habis kelas dia terus datang ke sini.

"Mana la mamat ni per..."

"Mamat tu ada dekat sini."

Aareen menoleh ke belakang selepas dia yakin bahawa Haiyan lah yang memotong percakapannya itu. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu. Penampilan Haiyan dihadapannya diperhati. Kemeja berwarna hitam dipadankan dengan seluar hitam. Lengan kemeja itu pula dilipat sehingga ke paras siku itu hampir membuatkan Aareen lemah.

'Kenapa la mamat ni handsome sangat.' Kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hati.

Haiyan perasan akan renungan itu berdehem. "Semalam baru jumpa tak kan dah rindu kut sampai tak lepas pandang saya macam nak telan."

Dengan cepat Aareen berpaling ke arah lain menahan malu. Terasa membahang pada wajahnya sekarang. Ingin saja dikorek mata sendiri kerana tidak pandai mengawal pandangan. Tidak tentu pasal sudah termalu dengan Haiyan.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Aareen segara menukar topik. Tidak mahu lelaki itu terus mengusiknya sebentar lagi.

Senyuman nipis Haiyan coretkan pada wajah. Suka dia melihat Aareen yang malu-malu itu. "Jom la masuk dulu. Kita cakap dekat dalam."

Aareen mengangguk dan bersedia untuk masuk ke dalam restoran.

"Reen!"

Langkah terhenti bila namanya dipanggil seseorang. Ke kiri ke kanan kepalanya mencari gerangan yang memanggil itu. Begitu juga dengan Haiyan. Siapa saja yang terjerit-jerit memanggil nama gadis itu?

"Reen."

Aareen berpaling ke arah kanan dan ternampak Naufal yang mula mendekati dia. Mata dijulingkan ke atas. Kan sudah dia kata, ke mana saja dia pergi dan di mana dia berada pasti Naufal ada. Bukti sudah ada terang lagi bersuluh lagi. Kadang-kadang dia rasa Naufal seperti mengekori dia ke mana saja.

Haiyan turut memandang lelaki yang memanggil nama Aareen dengan hairan. Siapa pula lelaki itu?

"Siapa tu?" Soalnya kepada Aareen tanpa berfikir panjang. Dengan secara tidak sengaja seperti ada sesuatu yang buat di rasa sakit hati. Cemburukah?

"My cousin." Malas-malas Aareen menjawab. Kalau boleh sudah lama dia menarik lengan kemeja Haiyan supaya beredar dari situ bersama dia.

Naufal berhenti dihadapan Aareen dengan senyuman walaupun gadis itu tidak tersenyum kepadanya. Tidak disangka pula boleh terserempak dengan sepupunya dekat sini. Dekat kampus pula payah nak terserempak.

"Buat apa dekat sini? Seorang je ke?" Lelaki di sebelah Aareen masih lagi dia tidak peduli kerana dia rasa lelaki itu bukan bersama Aareen.

"Saja."

"Oh. Eh jom la join aku then kita balik kampus sama-sama."

Haiyan yang berpeluk tubuh itu mengerutkan dahi. Budak lelaki itu tidak nampak ke dia yang sedang berdiri di sebelah Aareen ini? Rabun ke apa?

Aareen menggeleng tanda menolak. "Thanks but no thanks. Aku bukan seorang dekat sini." Haiyan disebelah dipandang.

Naufal juga memandang Haiyan dengan penuh tanda tanya. "Then? Dengan lelaki ni?"

"Yes. Kenalkan, Haiyan ka..."

"Boyfriend Aareen."

Terus terpolong mulut Aareen kerana Haiyan memotong bicaranya dan mengaku sebagai boyfriend dia. Apakah?! Bila masa mereka berdua officially couple?

"What? Bo... boyfriend?" Adakah lelaki yang bernama Haiyan itu sedang bergurau dengan dia. Naufal tidak percaya Haiyan itu boyfriend Aareen. Dia kenal Aareen dan Aareen tidak ada kekasih. Tapi...

"Yes. I'm Haiyan, boyfriend Aareen. And you..." Tangan Haiyan hulur untuk berjabat tangan dengan sepupu Aareen itu.

Walaupun dalam keadaan terkejut, Naufal tetap menyambut untuk bersalam. "Naufal. Cousin Reen." Aareen disebelah lelaki bernama Haiyan itu dipandang hairan.

"Oh..." Iphone milik Haiyan berdering di dalam kocek menghentikan dia dari membalas kata-kata Naufal. Iphone diambil dan tertera nombor hospital.

"Excuse me." Pintanya sebelum bergerak jauh sedikit dari Aareen dan Naufal.

Haiyan diperhati Naufal sebelum dia berpaling ke arah Aareen yang turut memerhati lelaki itu. "Betul ke kau couple dengan mamat tu?"

Sebenarnya dia kurang percaya bila lelaki itu mengaku sebagai boyfriend kepada Aareen. Sukar untuk dia percaya kerana dia kenal siapa Aareen.

Kelu lidah Aareen tidak tahu ingin jawab ya atau tidak. Ini Haiyan punya pasal yang pandai-pandai mengaku sebagai boyfriend dia. Dibuatnya si Naufal ni sampaikan kepada Uminya habislah dia kena bebel.

"Reen aku tanya ni betul ke?" Naufal mendesak.

"Erm." Kesudahannya terpaksa Aareen menipu. Malas ingin jawab panjang-panjang. Jawab 'erm' sudah la.

Tidak berkelip mata Naufal memandang Aareen. Aareen ada kekasih? Tapi sejak bila sepupunya itu pandai bercinta bagai? Setahunya, Aareen itu jenis perempuan yang tidak ambil peduli langsung tentang lelaki inikan pula nak bercinta. Adakah dia sudah melepas?

Keluhan dilepaskan. "Oh. Tak apa la macam tu. Aku pergi dulu. Kirim salam dekat boyfriend kau tu." Hampa sekali dia berasa bila dapat tahu sepupunya itu sudah ada yang berpunya.

Aareen hanya mengangguk tanpa memandang Naufal. Tidak ada tanda-tanda dia mahu menghalang. Mengalu-alukan itu ada.

"Jangan la dia bagitahu Umi." Gerutunya sendiri selepas Naufal beredar dari situ.

Haiyan kembali kepada Aareen dengan kelam kabut. Dia baru saja terima panggilan dari hospital bahawa dia ada kes kecemasan yang perlu bantuan dari dia.

"Aareen. I'm really sorry. I've got to go now. Ada kes accident and saya kena handle patient tu. I'm really sorry."

Bersungguh dia meminta maaf dengan riak wajah bersalah ditambah dengan cemas. Cemas kerana dia tidak yakin sama ada dia boleh sampai ke sana dengan secepat mungkin ataupun tidak. Jarang sekali kes kecemasan berlaku ketika dia diluar hospital.

"Ha?! O.. okay. It's okay. Awak pergi la. Ada nyawa awak perlu selamatkan. I'm fine here. Just go." Aareen juga turut cemas. Ini pertama kali dia lihat Haiyan cemas begitu.

"Sure?"

Aareen mengangguk yakin. Dia kena faham kerja dan tugas lelaki itu yang memerlukan langkah persediaan pada bila-bila masa dan dimana. "Ya, betul. Saya tak kesah. Tapi awak jangan lah cemas sangat and drive carefully."

Risau pula dia kalau jadi apa-apa pada Haiyan kerana lelaki itu kelihatan sangat cemas. Bimbang kalau Haiyan tidak fokus ketika memandu.

"Thank you and I'm really sorry again. Lain kali kita jumpa lagi. Assalamualaikum and take care balik nanti." Pantas Haiyan berlari kecil keluar dari Pavilion dan terus mendapatkan keretanya untuk segera menuju ke hospital.

"Waalaikumussalam." Pemergian Haiyan dihantar dengan ekoran mata Aareen. Tubuh dipeluk sambil mengeluh. Kalau la Naufal tak muncul tadi mesti dia sudah tahu apa yang ingin dibincangkan lelaki itu.

"Saya doakan awak selamat sampai hospital." Doa untuk Haiyan dititipkan. Dia tidak mahu apa-apa perkara buruk terjadi pada lelaki itu. Dia sayangkan Haiyan.

Sesaat, bibir menguntum senyuman bila terngiang pesanan lelaki itu supaya dia jaga diri. Tak pernah rasa bahagia seperti ini.

🍁🍁🍁🍁🍁

𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒊𝒆𝒓𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖, 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌-𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒂𝒈𝒂𝒌 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝑯𝒂𝒊𝒚𝒂𝒏&𝑨𝒂𝒓𝒆𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒏𝒂𝒏𝒕𝒊? 𝑵𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒆𝒓𝒔 𝒏𝒊🤪.

20 𝒌𝒐𝒎𝒆𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒖𝒏𝒍𝒐𝒄𝒌 𝒏𝒆𝒙𝒕 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓. 𝑴𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒕𝒖 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉? 😅.

𝑳𝒐𝒗𝒆,
𝓘𝓮𝓻𝓪𝓡𝓸𝓼𝓮𝓵𝔂𝓷💜.

Czytaj Dalej

To TeΕΌ Polubisz

3.2M 176K 38
Siapa yang tak mengenal Gideon Leviero. Pengusaha sukses dengan beribu pencapaiannya. Jangan ditanyakan berapa jumlah kekayaannya. Nyatanya banyak pe...
3.6K 177 15
5 ketua geng motor yang berpindah ke dalam film yang mereka tonton,dan menjadi pemeran utama disana. Setelah kecelakaan mereka koma dan jiwa mereka b...
104K 3.4K 33
ALGARA VARDESH RAGASWARA Seorang cowok yang harus dikejar kejar oleh seorang gadis yang bernama sheila gadis yang banyak omong itu selalu mengganguny...
5.4K 757 9
Ini punya Sastra Ardea. Beberapa kata yang dia tuangkan di dalamanya. Semoga yang membaca menjadi terpikat, ikut hanyut dalam kalimatnya. βœ’ 16 02 24