πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

552K 18.3K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 8

7K 291 14
By IeraRoselyn

LAJU Haiyan menuruni anak tangga sambil tangan lincah melipat lengan baju kemeja berjenama Polo sehingga ke siku. Dia sudah terlewat ingin berjumpa dengan seseorang pada hari ini. Kasut berjenama Adidas diambil dari almari rak kasut yang tersedia disebelah pintu rumah. Cepat-cepat kaki disarung pada kasut itu.

"Iyan nak pergi mana? Kenapa kelam kabut semacam Mama tengok?" Tegur Puan Asiyah apabila perasan gerak geri Haiyan yang sedikit kelam kabut ketika turun dari tingkat atas.  Dahinya berkerut. Nak kata anaknya itu ada kecemasan di hospital tak mungkin kerana dari pakaian Haiyan dia sudah tahu pasti Haiyan bukan ingin ke hospital.

Haiyan berpaling memandang Puan Asiyah di muka pintu. "Iyan nak pergi jumpa kawan kejap. Dah lambat ni Ma. Iyan pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan wanita itu disalam sebelum BMW miliknya dihampiri.

Tergeleng Puan Asiyah melihat Haiyan yang kalut itu. Salam dijawab sambil menghantar pemergian Haiyan yang keluar dari perkarangan rumah.

BMW Haiyan pandu dengan penuh berhati-hati membelah jalan raya yang kesesakan. Tambahan pula hari ini merupakan hari minggu. Setelah sampai di tempat yang telah dijanjikan dia keluar dari perut kereta dan terus menuju ke arah orang yang janji untuk berjumpa.

"Assalamualaikum."

Raif mengangkat wajah kemudian tersenyum melihat Haiyan yang berdiri dihadapannya. "Waalaikumussalam. Duduk la." Pelawanya.

"Sorry lambat. Saya hampir terlupa yang Encik Raif nak jumpa dengan saya."

"Tak perlu minta maaf. Saya pun baru sampai." Bohong Raif biarpun sebenarnya hampir setengah jam dia menunggu Haiyan di kedai makan itu.

Haiyan tersenyum serba salah. Terlalu banyak perkara yang dia harus fikir sehinggakan terlupa yang Raif ingin berjumpa dengannya. Pada awalnya dia cukup hairan bila Raif menghubunginya dan terus mengatakan lelaki itu ingin berjumpa dengannya. Tertanya-tanya juga dirinya atas sebab apa ingin berjumpa denganya.

Sejak peristiwa dia selamatkan Aareen, Raif tidak pernah menghubunginya selepas dari kejadian itu. Dan bila buat pertama kalinya Raif menghubunginya dia benar-benar berasa hairan.

"Kenapa Encik Raif nak jumpa saya?"

"Eh tak payah la Encik bagai. Panggil nama dah cukup." Tegah Raif. Dia tidak suka bila orang memanggilnya dengan sebegitu. Terlalu formal baginya.

"Tak nak order dulu?"

"It's okay. Dah makan dah dekat rumah tadi."

Raif mengangguk faham. Niatnya ingin berjumpa dengan Haiyan adalah satu. Ingin bertanya tentang hubungan lelaki itu dengan adiknya, Aareen. Dan kali ini dia berharap dia menjawab jawapan yang tepat dan jujur dari Haiyan.

Kedudukan dibetulkan terlebih dahulu. Tangan diletakkan di atas meja dan dicantumkan. Wajah Haiyan dipandang.

"Saya ada something nak tanya and please jawab dengan jujur." Kata Raif berharap.

Dahi Haiyan berkerut. Lain benar bunyi itu. Adakah Raif ingin bertanya soal dia dan Aareen? Tapi setahunya Aareen tidak pernah memberitahu apa-apa kepada Raif tentang mereka berdua. Lagipun antara mereka berdua tiada yang serius.

"Lain macam je bunyi. Insha Allah saya jawab dengan jujur. Apa dia?"

"Haiyan dengan Reen ada apa-apa ke?" Tanpa menunggu dan berfikir terus soalan itu terpancul keluar. Tidak perlu berfikir kerana Raif sudah lama memikirkan soalan itu. Sudah tersemat kemas dalam otaknya.

Haiyan tercengang. Benarlah tekaannya sebentar tadi. Resah dia ingin menjawab soalan itu. Ketawa kecil dilepaskan.

"Oh pasal tu. Kita orang berdua just kawan."

Mata dikecilkan memandang Haiyan yang duduk bertentangan dengannya. Jawapan yang sama dari adiknya. Berpakat ke apa?

"Sure? Jawapan yang paling jujur la tu?"

Kali ini Haiyan terdiam. Memang dia dan Aareen berkawan. Namun disebalik berkawan itu ada perkara lain dia inginkan.

Raif menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Sudah dia agak yang jawapan itu hanya jawapan penyelamat bagi Aareen mahupun Haiyan.

"Macam ni la senang cakap. I don't care if both of you couple or what else. But me as a his brother cuma inginkan kepastian sama ada betul ke tak kau orang couple. That is. So now please jujur." Kata Raif berterus terang.

Parah juga Haiyan dikena dengan keadaan macam ni. Dia tiada jawapan untuk itu. Nampaknya dia harus berterus terang saja dengan Raif. Kebetulan dah jumpa dengan abang kepada Aareen itu lebih baik dia jelaskan semuanya.

Nafas ditarik. "Memang betul kita orang hanya berkawan. Tapi..."

"Tapi apa?" soal Raif tidak sabar ingin tahu.

"Tapi niat saya berkawan dengan Aareen cuma satu."

"Apa?"

"Saya..." Terasa sukar dan berat untuk Haiyan katakan. 

"Saya nak jadikan dia isteri saya." Dengan senafas ayat itu dikeluarkan dari kerongkongnya. Tidak tahu itu jawapan yang dari hatinya ataupun tidak. Dia sendiri tidak pasti. Buat masa ini, hanya Aareen dia nampak untuk dibawa pulang bertemu dengan Puan Asiyah sebagai bakal isterinya. 

Senyap. 

Raif terdiam dan tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya. Dia seperti mati kata bila mendengar apa yang diperkatakan Haiyan itu. Tidak tahu dia ingin bereaksi seperti apa dan bagaimana. Tidak disangka pula Haiyan mempunyai niat sebegitu. Dia fikirkan lelaki itu cuma ingin berkawan dengan adiknya.

"Dah berapa lama kau orang kenal?"

"Almost one month."

Terangguk-angguk Haiyan. Masih baru lagi. Desis hatinya. Masih banyak yang perlu dia uji Haiyan untuk dekat dengan Aareen.

"Are you really sure dengan niat tu?" Ini adalah perkara yang serius bagi dirinya yang merupakan seorang abang kepada Aareen. Dia harus tahu semua tentang itu memandangkan Haiyan sudah pun mengatakan niat lelaki itu mendekati adiknya.

Tetapi kenapa dia seperti ragu-ragu saja? Wajarlah dia berasa begitu kerana dia risau jika Haiyan berniat tidak elok kepada Aareen. Siapa tahu yang lelaki itu berbohong.

'Raif, Husnuzon. Bersangka baiklah pada setiap manusia. Tambahan pula niat Haiyan itu bukan niat yang tidak elok. Haiyan ingin jadikan Aareen sebagai isteri yang sah dengan cara yang betul. Kalau tidak, mana mungkin Haiyan sanggup memberitahu kepada kau akan niat itu.' Hati kecil Raif berbisik.

Setelah difikir-fikir, dia ada jawapan dan cara sendiri untuk itu.

"Okay. I'll give you two month untuk betul-betul mengenali hati budi Reen. After than that kalau tak ada apa yang menghalang I'll give you a premission untuk teruskan niat tu." Kata putus dari Raif.

Tidak salah dia beri sedikit ruang kepada Haiyan, bukan? Dan dalam masa yang sama, jika dia lihat Haiyan benar-benar ikhlas dan bersungguh untuk dapatkan Aareen, dia tidak akan menghalang Haiyan dan Aareen. Dia seorang abang yang mahukan kebahagiaan menjadi milik Aareen sebagai adiknya. 

Haiyan terdiam. Dua bulan? Tapi pada bulan depan Mamanya ingin dia membawa balik calon isterinya sendiri ke rumah berjumpa dengan Mamanya.

"Two month?"

Raif mengangguk. "Tak cukup or terlalu sekejap?"

"Cukup."

"Okay good."

"Tapi kalau dalam masa dua bulan tu saya nak bawa Aareen jumpa my parents boleh tak?" Tanpa teragak-agak Haiyan bertanya.

Raif berfikir sejenak. Nampaknya Haiyan benar-benar memaksudkan niat itu sehinggakan ingin membawa adiknya berjumpa dengan orang tua Haiyan.

"Akan dipertimbangkan. Tapi kena inform dekat saya before bawa Reen jumpa dengan your parents."

Haiyan mengangguk faham. Nafas lega dihembuskan. 

Matlamatnya hampir tercapai. Tidak sia-sia dia setuju untuk berjumpa dengan abang kepada Aareen. Disangkakan Raif akan 'menceramah' dia kerana berkawan dengan Aareen tanpa pengetahun lelaki itu. Cuba bayangkan kalau sekarang dia berada di situasi yang sebaliknya. Di mana abang Aareen tidak setuju dengan niatnya. Pasti dia akan bermasalah kerana Aareen adalah satu-satunya harapan untuk dia menjadikan gadis itu sebagai calon menantu kepada Mamanya.

Buat masa sekarang dia tidak dapat menerangkan tentang isi hatinya terhadap Aareen. Dia belum pasti dengan perasaannya sendiri dan yang pasti adalah dia ingin jadikan Aareen miliknya terlebih dahulu sebelum Mamanya membuat keputusan ingin kahwinkan dia dengan orang lain.

Dia lebih rela kalau Aareen menjadi isterinya kerana itu adalah pilihannya!

🍃🍃🍃

TERGOPOH-GAPAH Puan Lathifah berlari ingin mencapai telefon bimbitnya yang berdering sedari tadi. Tidak senang dia buat kerja di dapur. Risau kalau ada kecemasan atau sebaliknya.

Punat hijau ditekan setelah telefon dicapai.

"Assalamualaikum Umi." Kedengaran suara Raif dihujung talian.

"Waalaikumussalam Raif. Kenapa tiba-tiba telefon Umi ni? Ada apa-apa ke?"

"Umi, tak akan anak sendiri nak telefon pun tak boleh? Atau Raif mengganggu Umi dengan Abah tengah romantik-romantik sekarang?"

Gurauan dari Raif dihujung talian membuatkan Puan Lathifah tergeleng. Ada saja yang hendak disakat oleh anak lelakinya itu.

"Merepek la kamu. Reen mana?"

"Reen dekat rumah. Raif keluar kejap. Saja Raif call sebab nak bagitahu yang minggu depan Raif dan Reen nak balik Raub."

"Oh. Elok la cakap awal-awal macam ni. Boleh Umi masakkan yang sedap-sedap untuk kamu berdua." Rasanya sudah lama kedua anaknya itu tidak pulang ke Raub kerana masing-masing sibuk.

Walaupun Raif kadang-kadang cuti panjang, namun tetap Raif tidak dapat pulang kerana Aareen yang sibuk dengan pelajarannya.

"Bagus juga. Sebenarnya Raif ada sesuatu yang nak bagitahu Abah dengan Umi. Sebab tu nak balik minggu depan."

Kata-kata Raif menghadirkan kedutan pada dahi Puan Lathifah. "Sesuatu? Apa dia?"

"Mana boleh cakap sekarang. Tunggu minggu depan Raif balik bagitahu Umi. Okay la Umi, Raif letak dulu sebab tengah drive ni."

"Iyalah. Hati-hati. Assalamualaikum."

"Insha Allah. Waalaikumussalam. Nanti kirim salam dekat Abah." Sempat lagi Raif berpesan sebelum talian ditamatkan.

Puan Lathifah termenung sendiri. Ini yang buat dia susah hati. Dah tahu nak cakap sesuatu padanya kenapa tak cakap terus? Kenapa kena tunggu nanti balik ke sini? Penting sangatkah sampai tidak boleh cakap melalui telefon?

"Siapa yang telefon?" soal Encik Azad yang baru muncul dari pintu utama rumah.

"Raif. Dia kirim salam."

"Waalaikumussalam. Dia cakap apa?"

"Katanya nak balik minggu depan dengan Reen. Ada sesuatu yang dia nak bagitahu kita."

Encik Azad sekadar mengangguk sebelum berjalan menuju ke tandas. Dia tidak mengambil pusing tentang apa yang isterinya katakan. Yang dia tahu anak-anaknya akan pulang ke rumah. Itu pun sudah cukup.

"Agak-agak apa eh? Atau Raif nak cakap yang dia dah jumpa kekasih hati?" Monolog Puan Lathifah sendiri. Senyuman terukir bila terbayangkan yang anak lelaki itu sudah mempunyai kekasih hati. Kalau itu benar tenang la dia.

🍃🍃🍃

AAREEN berlari anak membuka pintu rumah setelah melihat Audi milik abangnya memasuki garaj. Dari pagi lagi abangnya sudah keluar tanpa memberitahu dia apa-apa. Bila dia keluar saja dari bilik selepas membersihkan diri, kelibat abangnya itu sudah tiada.

"Abang pergi mana pagi-pagi lagi dah keluar?" Soalnya sebaik sahaja Raif masuk ke dalam rumah. Langkah abangnya yang menuju ke ruangan TV dibuntuti dari belakang selepas menutup pintu.

Raif menghenyahkan punggung ke sofa. "Abang pergi jumpa kawan tadi."

"Kenapa tak bagitahu Reen? Takut tahu tak Reen duduk seorang diri dekat rumah." Rungut Aareen tidak puas hati. Sejak dari peritiswa dia hampir diperkosa dia mudah menjadi takut bila berseorangan diri walaupun di dalam rumah.

"Abang minta maaf okay? Lagipun tadi Reen tengah mandi and abang rushing. Sebab tu tak sempat bagitahu adik kesayangan abang ni? Dah makan ke belum?" Teringat pula yang dia terlupa ingin membeli makanan kepada Aareen.

"Dah. Reen masak nasi goreng."

"Pandai ke?" Raif mula mengejek.

"Hallu. Ini Aareen Eliya la, of course pandai." Jawab Aareen mulai riak. Bergurau saja.

Raif mencebik seraya mengangguk. "Dah boleh la tu jadi isteri orang." Katanya perlahan namun cukup sampai ke telinga Aareen dengan jelas.

Aareen memandang abangnya dengan mengecilkan mata. "Apa abang cakap?"

"Apa? Abang cakap apa?" Soal Raif berpura-pura tidak tahu.

"Abang cakap Reen dah boleh jadi isteri orang kan tadi?"

Dahi sengaja dikerutkan. "Bila?"

"Abang tak payah berdalih eh. Telinga Reen masih suci dan murni lagi untuk dengar apa yang abang cakap tadi tu." Abangnya dijeling sebelum tangan mencapai remote TV.

Raif tergelak kecil. Macam mana la Haiyan boleh jatuh suka pada adiknya yang seorang itu pun dia tidak tahu. Bagi Raif adiknya itu seorang yang pemalu bila bersama dengan orang yang dia tidak biasa. Tetapi bila sudah lama kenal pasti adiknya akan menjadi perangai gila-gila dengan seseorang itu.

Adakah Aareen berperangai gila-gila ketika keluar bersama Haiyan?

Terhembur ketawa kuat dari Raif bila membayangkan akan tentang itu. Dan itu menyebabkan Aareen memandang aneh kepadanya.

"Abang dah kenapa tiba-tiba gelak tak ada sebab?"

Ketawa Raif terhenti terus bila ditegur begitu. Wajah serius dibuat-buat.

"Nothing. Just ada something funny yang abang teringat. Sebab tu abang gelak." Tak akan nak cerita kepada adiknya itu apa yang menyebabkan dia ketawa. Memang cari nahas la dia kalau beritahu kepada Aareen.

Aareen menggeleng. Ada-ada saja la abangnya yang seorang itu. "Atau abang mengumpat Reen dalam hati?"

"Heish mana ada. Mana ada abang mengumpat adik abang dalam hati. Lagipun abang sayang adik abang yang seorang ni. Tak akan la abang nak buat macam tu."

"Betul ni?"

"Betul la. Okay la abang nak dulu nak mandi." Malas ingin melayan adiknya lebih baik dia pergi bersihkan diri dan menunaikan solat Zohor. Anak tangga pertama dipijak dan dia kembali memijak lantai bila terlupa ingin memaklumkan tentang ingin pulang ke Raub pada minggu hadapan.

"Reen."

"Hm?"

"Abang lupa nak bagitahu. Next week kita balik Raub kejap."

Aareen yang tengah menghadap TV berpaling ke belakang memandang Raif berdiri di hadapan tangga. "Serious?"

Selepas menerima anggukan dari Raif, Aareen bersorak gembira. Sudah lama dia tidak pulang ke Raub. Sungguh dia rindukan rumah dan suasana kampung itu. Terutama sekali dia rindukan katil yang telah lama dia tinggalkan.

"Reen." Panggil Raif sekali lagi.

Aareen hanya menjongketkan kening.

"Nanti inform dekat Haiyan yang Reen nak balik Raub. Orang tengah bercinta ni bahaya berpisah jauh-jauh." Sempat saja Raif mengusik sebelum dia mengambil langkah besar mendaki anak tangga.

"Muhamad Raifuddin!" Jeritan Aareen bergema di dalam rumah itu sehingga terdengar di dalam bilik Raif yang terkekek-kekek ketawa.

Aareen tidak dapat sembunyikan senyumannya yang semakin lama makin lebar bila teringatkan kata-kata abangnya tadi. Mukanya terasa membahang tanpa sebab. Kenapa abangnya bersikap lain benar dari hari dia berterus-terang yang dia keluar bersama Haiyan?

Pelik!

🍁🍁🍁🍁🍁

Sorry sebab tak update semalam. Iera kurang sihat sekarang. Nah, ni bab baru. Thank you kepada yang sudi baca dan tunggu bab² seterusnya.❤

Continue Reading

You'll Also Like

306K 10.8K 79
START - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nur...
1.3M 86.2K 43
β€’ Obsession series β€’ [ SELAMAT MEMBACA ] Romeo akan menghalalkan segala cara demi mendapati Evelyn, termasuk memanfaatkan kemiskinan dan keluguan gad...
4.7M 59K 40
Cerita Dewasa! Warning 21+ Boy punya misi, setelah bertemu kembali dengan Baby ia berniat untuk membuat wanita itu bertekuk lutut padanya lalu setela...
2.2M 242K 44
Bertunangan karena hutang nyawa. Athena terjerat perjanjian dengan keluarga pesohor sebab kesalahan sang Ibu. Han Jean Atmaja, lelaki minim ekspresi...