Thriller : Wais Ayden ✓

By dsyaf_

395K 34.3K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... More

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
3 | Dimulakan
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
8 | Serbuan
9 | Hampir Tertangkap
10 | Mimpi
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
31 | Sempit
32 | Melawat
33 | Hayat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
47 | Terkedu
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia

55 | Tangisan

16.6K 1K 617
By dsyaf_

5 tahun kemudian,

"Umi!" Suara nyaring menjerit.

Dirinya mengeluh. Apa lagi yang tidak kena ni? Tangan dibilas sebelum kakinya melangkah ke ruang tamu. Pemandangan di ruang tamu mambuatkan rasa geramnya membuak-buak.

"Wais!"

Tangan Wais yang sedang memegang kaki si kecil ke atas dan kepala ke bawah. Mana tak menjerit budak itu?

"Awak pergi masaklah. Jangan sibuk hal lelaki." Ayden menjeling Marwah. Kacau je!

"Jangan sibuk hal lelaki? Yang awak kata sibuk ni juga awak cari malam-malamkan? Sekarang dah pandai pula nak cakap saya sibuk? Ouh kalau macam tu tak apalah. Saya keluar dari rumah ni. Saya penyibukkan?"

Ayden terkelu, tidak tahu mahu membalas apa. Aryan dilepaskan begitu sahaja. Alah anak lelakinya hebat, apa nak ditakutkan?

"Bukan macam tu sayang, saya tak..."

Kreak! Bunyi tulang membuatkan Marwah dan Ayden sama-sama memerhatikan Aryan.

"Umi!" Sekali lagi suara nyaring Aryan bergema di gegendang telinga.

Kalut-kalut Ayden mengangkat Aryan lalu didudukkan. Melihat Aryan yang memegang kakinya membuatkan Marwah pula maju. Tubuh suaminya ditolak.

Gedebuk! Ayden memejam mata apabila terasa tulang bontotnya dihempas kuat.

"Aryan sakit kat mana?" Marwah mula membelek-belek kaki Aryan.

"Kat sini umi..." Adu Aryan manja.

Melihat Marwah memberikan Aryan attention, timbul perasaan tidak puas hati. Mana boleh, Marwah dia punya. Sepatutnya Marwah harus beri dia perhatian lebih!

"Argh! Sakit-sakit!" Jerit Ayden kuat. Berharap Marwah akan memberikannya attention.

Pap! Tepukan Marwah kuat pada bahu Ayden.

"Awak jangan nak mengada!" Tegas Marwah.

Ayden mencebik. Aryan pula menjelirkan lidah kepada abinya. Aryan menang! Umi sayang Aryan lebih!

"Tunggulah, malam ni Aryan tidur luar rumah dengan hantu! Bluerk!" Ayden membalas semula jeliran lidah.

"Umi!" Sekali lagi Aryan menjerit nyaring.

Marwah mula memejam mata. Dua beranak ni dari kecil selalu bergaduh. Kadangkala jika mood mereka ada, akrab bukan main.

"Aryan, Ayden. Tolong berhenti, umi penat tahu tak?" Perlahan-lahan tubuhnya berdiri.

Ayden pantas menarik Marwah duduk di atas sofa. Tahulah Ayden jika Marwah memanggilnya Ayden bermakna wanita itu sedang serius.

"Sorry umi." Pinta Ayden dan Aryan serentak.

"Ha, abi pergi masak." Arah Aryan dengan wajah garang.

"Eh abi pula? Aryanlah masak." Balas Ayden tidak puas hati.

Marwah mula memicit kepala. Nak mula lagi lah tu gaduhnya. Serentak itu Ayden dan Aryan berhenti bergaduh mulut.

"Baby sihat tak?" Aryan mula memegang perut uminya.

"Baby tak sihat, baby benci tengok muka abang Aryan." Jawab Ayden dengan suara dikecilkan.

"Umi! Tengoklah abi!"

Ayden tergelak kuat. Suka betul dia usik Aryan. Tapi sebenarnya itu yang mengeratkan hubungan seorang bapa dan anak. Lain orang lain cara.

Kini mereka menetap di tanah Arab. Negara kelahiran ibunya Yasmeena Khan. Dengan duit yang ada, Alhamdulillah dia dapat menubuhkan satu syarikat. Dimana syarikat agensi percutian khususnya untuk rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah atau haji. Selain itu ada juga pelbagai pakej percutian juga ditawarkan kepada seluruh manusia di dunia. Tagline syarikat mereka 'Nak bercuti? MarDen kan ada!'.

"Awak, saya tak masak lagi."

"Hmm, makan pasirlah kita." Selamba Ayden membalas.

"Wais Ayden! Jangan cakap dengan umi macam tu!" Tegas suara kecil milik Wais Aryan.

Aryan sangat menyayangi Marwah. Selalu mengutamakan Marwah, kerana itu Ayden yakin bahawa anaknya hebat seperti dia.

"Yelah, Wais Ayden minta maaf ya Wais Aryan?"

Anak kecil itu mengangguk sebelum kembali menilik perut uminya. Digosok, dicucuk, dan dibaringkan kepala ke atas perut buncit uminya.

"Assalamualaikum adikku. Abang nama Wais Aryan. Nanti kalau adik keluar, nama adik jadi Siti Ayra tau?"

Ayden dan Marwah tersenyum. Ada aja anak teruna mereka. Walaupun baru berusia 4 tahun, Aryan sudah petah berbahasa melayu dan juga arab.

***

Farhad memandang Zara. Mereka berjaya laksanakan misi rahsia seperti apa yang diharapkan oleh pihak atasan beberapa tahun yang lalu.

Sedar tak sedar sudah 5 tahun Ayden dan Marwah menghilangkan diri. Tiada satu pun khabar berita mereka. Semua menganggap Ayden sudah mati. Marwah pula hilang entah ke mana.

Ayden betul-betul buat apa yang dikatakan. Membawa Marwah jauh dari sini. Farhad menggeleng kepala, kau memang geliga Ayden.

Affendi dan Tasya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala Hazril dan Xen dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Zeera adik iparnya kini sarat mengandung anak pertama. Hilman kata kembar. Salman, walaupun Farhad baru mengenalinya tetapi lelaki itu cukup menghiburkan.

Siapa sangka Salman dan Kapten Hanif menyimpan rasa kepada orang yang sama? Namun Salman tetap mengalah. Perkahwinan Kapten Hanif dan Fara berlangsung dengan meriah.

Tak lama selepas itu Salman turut menyusul, berkahwin dengan pilihan keluarga. Cerita yang panjang untuk diceritakan.

Kini tiada lagi kumpulan Organisasi Hitam. Semua ahli dimasukkan ke dalam penjara. Alhamdulillah, semuanya berkat Ayden yang turut sama membantu.

Farhad tersenyum memandang Fahri dan Zahra yang sedang bermain di atas rumput.

"Fahri, bawa adik masuk dalam. Nak maghrib dah ni!"

"Baik daddy!" Fahri Umar yang berusia 5 tahun dan Zahra Sadah yang berusia 3 tahun.

"Zahra, pegang tangan Fahri." Si debab itu mengangguk lalu tangan abangnya digenggam kuat.

"Zahra! Pegang bukan genggam."

"Sowy Faghi." Pelat si gemuk montel itu.

Sebaik sahaja anak-anaknya memasuki rumah, Farhad menutup semua pintu. Belum azan lagi tetapi sudah pukul 6 lebih. Zara yang sedang seronok melihat telivisyen dihampiri.

"Husband free je kan sebulan ni?"

"Haah, kenapa?"

"Saya ada tengok iklan. Ada pakej umrah yang murah dari syarikat agensi MarDen."

"Tapi anak-anak macam mana?" Acap kali Farhad cuti, mereka sekeluarga pasti akan bercuti ke luar negara.

"Bawalah. Sambil bercuti kita boleh tunaikan umrah. Rindulah saya nak pergi sana, kali terakhir pergi waktu mengandungkan Fahri. Dah berapa tahu dah husband..."

"Hmm, nanti wife berurusanlah dengan agensi tu."

"Yeay!"

Farhad tahu ada sesuatu yang Zara sorokkan. Jarang sekali isterinya beria begini. Tak apa, kita sebagai suami ikut sahaja. Lambat laun terbongkar juga.

"Husband jangan tengok wife macam tu!" Zara pantas menutup muka sendiri.

"Saya tahu awak ada sorokkan sesuatu, tapi tak apa. Kita tunggu nanti."

Farhad pantas berlalu ke tingkat atas. Bersedia untuk menunaikan solat maghrib. Zara tidak boleh solat, jadi ditinggalkan aja di bawah.

Ting! Pantas Zara membuka telefonnya.

"Akak jadi ke?"

"Jadi!" - Zara

Zara tersenyum. Tak sabarnya!

***

"Tuan Wais, ini senarai nama mereka yang telah mendaftar di syarikat kita bulan ini." Ayden menyambut baik fail yang diberikan oleh personal assistant nya, Qaid.

"Baik, kamu boleh keluar. Nanti ada apa-apa saya panggil."

"Menerima arahan Tuan Wais." Qaid menunduk hormat sebelum keluar.

Mata Ayden memandang satu persatu nama rakyat Malaysia yang bakal menggunakan pakej MarDen untuk menunaikan Umrah.

Sebaik sahaja sampai di nombor 79, nama Farhad Umar menyapa. Ayden tersentak, adakah itu sahabatnya atau orang lain? Tiba-tiba senyuman terukir.

Banyak jasa Farhad dengannya. Dia pun berhutang dengan Farhad. Jika benar senarai nama ini sahabatnya, akan dia lunaskan hutang yang belum diselesaikan.

"Assalamualaikum, boleh masuk ke?"

Pantas Ayden mengangkat muka. Wajah Marwah dan Aryan menjadi pemandangannya.

"Abi! Aryan bawa nasi briani!" Nyaring si kecil cilik itu menjerit.

"Waalaikummussalam. Masuklah sayang. Yang lelaki kecil tu tak boleh masuk, Wais Ayden tak benarkan." Usik Ayden

"Umi!"

Marwah membulatkan mata. Lagi diusik Aryan. Sudahlah budak ni jerit nyaring, tak tahu ikut perangai siapa. Menjerit 24 jam.

"Yelah, masuk-masuk. Abi gurau pun tak boleh."

Terus ceria wajah Aryan. Marwah memimpin Aryan melangkah mendekati Ayden. Bekal diletakkan di atas meja.

Ayden mula menutup segala fail dan dokumen. Waktu makan, kena makan. Waktu dengan keluarga, hanya keluarga.

"Baca doa Aryan."

"Baik abi."

Selesai membaca doa, mereka menyantap hidangan nasi briani berlaukkan ayam merah dan gulai daging. Marwah masak apa pun sedap.

"Erk!" Sendawa Aryan.

"Ucap apa?" Soal Ayden garang.

"Alhamdulillah, syukur!" Girang Aryan membalas. Ayden tersenyum, tangan kiri naik mengusap kepala Aryan.

"Tadi saya tengok senarai nama yang bakal menunaikan umrah bulan ni. Ada nampak Farhad Umar." Beritahu Ayden kepada Marwah.

"Sahabat awak akan datang. Saya yang berjanji dengan kak Zara."

Ayden memandang Marwah lama. Rasa di dadanya berbunga-bunga. Hanya Allah yang tahu keterujaannya.

"Betul ke?"

"Betul..." Marwah turut tersenyum. Sepanjang 5 tahun ni, Marwah sedar Wais kesunyian. Memanglah rakan mereka di tanah Arab ni ramai tetapi tidak sama dengan sahabat di Malaysia sana.

"Nanti kita jemput mereka dekat Mekah ya?"

"Iya sayang."

Ayden tersenyum. Mereka kini tinggal di Jeddah, untuk ke Mekah memerlukan perjalanan 1 jam lebih. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan Farhad.

"Dah, mari cuci tangan." Ayden dan Aryan sama-sama berdiri mengikuti langkah Marwah.

Marwah mencuci tangan sendiri dahulu sebelum tangan Aryan dicuci.

"Aryan pergi duduk dekat pejabat abi ya? Abi nak cakap dengan umi sikit."

"Baik abi." Aryan mula keluar dari tandas.

Kini hanya tinggal Ayden dan Marwah. Tangan Ayden dibilas oleh Marwah. Sejak mereka kahwin, Marwah sentiasa memastikan Ayden bergantung kepadanya. Dari makan hingga ke pakaian, semuanya akan diuruskan oleh Marwah.

"Terima kasih." Ucap Ayden tiba-tiba.

"Terima kasih kenapa?"

"Lahirkan Aryan, mengandungkan Ayra. Layan saya seperti raja."

Marwah tersenyum. Sabun dipicit lalu diratakan ke tangan suaminya. Air dibuka kembali lalu dibilas.

"Macam mana saya layan awak, macam tu lah awak layan saya suamiku."

"Saya bahagia Marwah. Sangat bahagia."

"Kalau bahagia, jangan cakap saya sibuk urusan lelaki. Awak kena ingat, saya yang mandikan awak setiap pagi."

Ayden tergelak. Tepi dahi Marwah dicium. Tangannya dilap dengan tisu. Adanya Marwah, hidupnya lebih berseri. Jika dahulu, dia langsung tidak pernah terfikir untuk jadikan Marwah miliknya.

"Nanti kita jemput Farhad dengan Zara tau?"

"Iya suamiku... Berapa kali nak ulang?"

"Sampai awak muntah."

"Tak nak, saya dah penat muntah masa mengandungkan Aryan okey? Dah lah jom keluar, apa bendalah jiwang dalam jamban."

Tangan Marwah ditahan oleh Ayden. Terus bibir mereka merapat. Membulat mata Marwah sebelum dicubit perut Ayden.

"Wais!"

"Rasa sikit pun tak boleh."

"Ish! Diamlah!"

***

Harini, hari yang dinanti-nantikan oleh Ayden. Lelaki itu semangat bangun pada pukul 5 pagi. Siap sediakan sarapan.

Mereka memulakan perjalanan dari Jeddah ke Mekah. Sebaik sahaja sampai di Mekah, Ayden memimpin tangan Marwah sambil Aryan didukung.

Tidak lama lagi, bas dari agensi miliknya akan tiba. Nampak sahaja tiga buah bas yang berlogo MarDen, Ayden mula tersenyum.

"Zahra! Jangan larilah!" Mata Ayden tertancap pada kanak-kanak perempuan yang turun dari bas. Diikuti kanak-kanak lelaki.

"Fahri, tengokkan Zahra. Daddy nak ambil barang sekejap."

Ayden terkaku memandang sosok tubuh tegap. Aryan diturunkan dari dukungannya. Tubuh Farhad dari belakang dipandang bersilih ganti dengan wajah Marwah.

"Itu Farhad?"

"Ya, Farhad. Sahabat awak." Mata Ayden mula berair.

Di seberang sana pula, Farhad sedang kaku memandang wajah Ayden. Di sisi Farhad ada Zara yang sudah bertudung.

"Wife, kita tak bangun lagi ke? Masih mimpi ke?" Soal Farhad sambil memandang Zara dan wajah Ayden di depannya bersilih ganti.

Pap! Tamparan Zara membuatkan Farhad tersentak.

"Husband rasa sakit tak? Kalau rasa sakit, maksudnya tak mimpi."

Farhad memegang pipi kiri yang ditampar, sakit. Farhad memandang Ayden yang mula melangkah ke arahnya. Di sisi Ayden adanya Marwah yang sedang mengandung dan seorang budak lelaki.

"Farhad Umar?"

"Wais Ayden?"

"Kak Zara! Argh, rindunya Marwah dekat akak!"

Ayden dan Farhad tercengang. Kenapa mereka pula yang berpelukan beria? Kini Ayden memandang Farhad, begitu juga Farhad memandang Ayden.

"Hidup lagi kau kan?" Gurau Farhad.

"Hiduplah, nanti mati kau nangis pula." Balas Ayden.

Mereka memerhati antara satu sama lain lalu kedua tubuh itu berpelukan.

"Bodohlah Ayden tinggal aku..." Nangis Farhad.

"Mana ada aku tinggal..." Teresak-esak Ayden.

Aryan, Fahri dan Zahra terkebil-kebil memandang kedua ibu bapa mereka. Tiba-tiba Fahri menghulur tangan ke arah Aryan.

"Fahri Umar."

"Wais Aryan." Tangan Fahri disambut baik oleh Aryan.

"Nama kita Zahgha Sadah." Sampuk Zahra.

"Weh! Kau beli beg ni kat mana Ayden?!" Teruja Farhad apabila Ayden memberinya beg galas, persis 5 tahun lepas.

"Kan aku dah janji nak ganti balik?" Ayden menghadiahkan senyuman. Tubuh mereka kembali berpelukan.

"Terima kasih sahabat." Ucap Farhad.

"Apa sahaja untuk kau sahabat." Balas Ayden.

Demikian itu berakhirlah kisah mereka bersama tangisan air mata. Tangisan bahagia dan tangisan bersyukur.

Mereka dipertemukan kerana misi, mereka dipisahkan kerana keadaan dan dipersatukan kembali kerana ketentuan Ilahi.

Marwah sempat memandang suaminya, perlahan-lahan senyuman terukir.

Dia Wais Ayden.

***

Alhamdulillah! Sekali lagi saya berjaya habiskan novel saya. Sebelum saya menutup tirai, ada beberapa soalan yang ingin saya ajukan.

1. Bagaimana jalan cerita?

2. Watak yang anda gemari?

3. ?/100 untuk story ni?

4. Next story?

Jawab dengan jujur tau! Allah nampak. Sedikit sebanyak saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiap yang sudi baca sehingga chapter terakhir ini. Doakan saya, untuk E-Book yang bakal saya keluarkan tak lama lagi.

Saya juga doakan awak semua, tak kiralah yang baca atau tak, harap segala urusan dalam hidup awak dipermudahkan.

Dengan rasminya, saya dsyaf menutup tirai cerita ini dengan ucapan terima kasih juga maaf sekiranya terdapat kekurangan.



Continue Reading

You'll Also Like

14.5K 1.9K 60
★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa b...
HEMLOCK ✅ By R I A N 🦋

Mystery / Thriller

45.3K 3.2K 51
𝟬3 | 𝗛𝗘𝗠𝗟𝗢𝗖𝗞 ɴᴜʀʜᴀɴ ᴡᴀᴀɪʟ | ʏᴀʀᴀ ʜᴀɴɪɴᴀ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detekti...
21.7K 1.9K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. ...