🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

549K 18.3K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

Prolog

35.3K 578 25
By IeraRoselyn

KELUHAN lega akhirnya terhembus dibibir apabila selamat menjejakkan kaki ke bumi kelahiran. Sudah 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia disebabkan ingin mencapai impian dan cita-cita sebagai seorang doktor. Dan dia telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di United Kingdom. Perasaan rindu terhadap ahli keluarga juga sudah tidak dibendung lagi. Bayangkan 5 tahun hidup tanpa keluarga disisi, siapa yang tak rindu?

Troli yang berisi luggage ditolak sambil mata meliar mencari wajah-wajah ahli keluarganya. Orang ramai menyukarkan dia untuk mencari keluarganya.

"Abang!"

Suara yang amat dia kenal itu serta merta membuatkan dia menoleh ke kanan dan senyuman mula terukir apabila terpandang wajah adik bongsu perempuannya. Dengan segera dia mempercepatkan langkah mendekati adiknya itu.

"Hana." Panggilnya seraya memeluk tubuh kecil milik Hana.

Hana juga turut membalas pelukan itu. Sungguh dia terlalu rindukan abangnya yang seorang itu.

"Mana yang lain? Papa dengan Mama tak datang ke?" Soal Haiyan selepas meleraikan pelukan.

"Ada dekat luar. Hana tak benarkan dia orang masuk sebab dalam ni ramai orang sangat. Jom lah." Troli yang dipegang Haiyan dirampas oleh Hana dan dengan selamba dia beredar meninggalkan abangnya itu.

Tergeleng kepala Haiyan dengan sikap Hana.

"Ya Allah, Haiyan. Rindunya Mama dengan Haiyan." Tubuh Haiyan dipeluk oleh Puan Asiyah sebaik sahaja anak lelakinya itu keluar dari pintu utama KLIA.

Syukur yang tak terhingga apabila melihat anaknya selamat sampai ke pangkuan keluarga.

Haiyan tersenyum dan membalas pelukan Puan Asiyah. Kemudian dia beralih ke arah Encik Hafizuddin yang berada di sisi Puan Asiyah.

"Pa." Tangan tua itu dicium sebelum Encik Hafizuddin dipeluknya.

"Alhamdulillah Iyan dah selamat balik." Ujar Encik Hafizuddin. Belakang Haiyan ditepuk-tepuk perlahan.

"Yang lain tak datang?" Teringat Haiyan kepada Haidar, Haider dan Haitham. Haidar dan Haider merupakan abang daripadanya dan Haitham pula adik kembar kepada Hana.  

"Tak. Sebenarnya nak ikut tapi entah la, ada nak jumpa orang last minute la, ada yang kena pergi meeting la. Haitham macam biasa, ada training bola sepak dia."

Mendengar jawapan dari Hana, Haiyan hanya mengangguk faham. 

Lalu mereka berempat beredar dari situ dan menuju ke kereta Honda Jazz. Berkerut dahi Haiyan melihat kereta itu. Rasanya sebelum dia berangkat ke US 5 tahun lepas, kereta ini tiada. Kereta baru mungkin.

"Kereta siapa ni Pa?"

"Siapa lagi." Mulut Encik Hafizuddin dimuncungkan menunjuk ke arah Hana.

Haiyan memandang Hana.

"Hana?"

"Ya la. Lepas je dapat lesen kereta haritu terus mengamuk nak kereta. Itu yang Papa belikan. Senang dia nak pergi kampus."

"Hamboi kau dik. Senang je dapat." Perli Haiyan. Panggilan adik itu sudah terbiasa dari dulu lagi memandangkan Hana lebih rapat dengannya. 

Dia tidak pernah berasa iri hati pun dengan apa yang Hana selalu dapat kerana dia tahu kedua orang tuanya sayang mereka adik-beradik tiada tolok bandingnya. Encik Hafizuddin dan Puan Asiyah sayang mereka adik-beradik sama rata saja dan tidak pernah memilih kasih. Haiyan bersyukur kerana dia tidak pernah mempunyai perasan iri hati terhadap adik-beradiknya yang lain. 

Sebelum pulang ke rumah, mereka bercadang untuk singgah di restoran. 

"Terima kasih." Ujar Hana kepada pelayan perempuan yang menghantar makanan yang dipesan. Haiyan dihadapannya dipandang dengan senyuman yang penuh dengan maksud.

Haiyan kehairanan.

"Hana dah kenapa pandang abang dengan senyum-senyum macam tu?"

"Ha'ah Hana. Kenapa?" Encik Hafizuddin yang turut perasan itu turut menyoal hairan.

"Abang tinggal sana dah enam tahun kan?"

"So?"

"So tak akan tak ada girlfriend yang cun kut yang datang dari sana?" Kening Hana jongket berkali-kali.

Tersedak Haiyan  dengan soalan yang datang dari Hana. Apa punya soalan tu?

"Iyan, okay tak? Hana ni pun kenapa tanya soalan macam tu? Abang pergi sana sebab belajar kan. Ish Hana ni." Tegur Puan Asiyah yang sedari tadi hanya menadah telinga mendengar perbualan tiga beranak itu.

Hana mencebikkan bibirnya tanda merajuk.

"Orang nak tanya je kan." Mee goreng dimasukkan ke dalam mulut dengan rakus.

Haiyan tergelak kecil.

"Abang tak ada masa nak fikir semua tu, Hana."

Untuk dia bercinta lagi bukan senang selepas pemergian tunang yang sangat dia sayangi sejak zaman sekolah lagi. Sudah 7 tahun gadis itu meninggalkan dia buat selamanya namun cintanya tidak pernah padam walau jasad gadis itu sudah terkubur. Sukar untuk dia menerima perempuan lain buat masa sekarang.

Dia tidak minta perasaan ini. Dia tidak pernah minta untuk menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Akan tetapi, buat masa sekarang ini dia langsung tidak pernah terfikir untuk bercinta lagi. Sakit ditinggalkan oleh insan tersayang masih lagi terasa. Hendak pula, perginya arwah tunangnya itu disebabkan cancer yang tiada kesembuhan. 

Setahun selepas pemergian arwah tunangnya itu, dia mendapat rezeki ditawarkan untuk menyambung pengajiannya ke US. Tanpa berfikir panjang, dia terima tawaran itu serta merta. Tambahan pula dia perlu suasana yang baru untuk bangkitkan semula semangatnya yang hilang. 

Puan Asiyah rasa bersalah melihat riak wajah Haiyan yang sedikit berubah keruh apabila Hana membangkitkan isu seperti itu. Dia tahu sedalam mana luka dihati anak lelaki itu sebaik saja pemergian arwah Tihani. Kerana itu dia relakan saja keputusan Haiyan mahu menyambung pengajian ke luar negara biarpun dia tidak setuju pada awalnya. Tidak pernah dia lepaskan mana-mana anaknya berjauhan sebegitu. Namun, melihat keadaan Haiyan ketika itu dia relakan saja. 

"Oh ya, Iyan. So, macam mana lepas ni? Nak buat apa?" Soalnya bagi memunculkan kembali suasana ceria. Tidak mahu Haiyan hanyut dengan kenangan dulu. 

Haiyan terus saja merubahkan riak wajahnya kembali ceria. 

"Iyan dah dapat kerja dekat hospital Kajang, Mama. Minggu depan dah mula masuk kerja." Jawabnya ceria. 

Pada awalnya, dia mengeluh kerana masa diberi berehat hanyalah seminggu. 6 tahun dia bersusah payah mendapatkan gelaran doktor, seminggu saja diberikan cuti sebelum mula bekerja. Tapi, itu kan rezeki. Dia bersyukur kerana tidak perlu menganggur. 

Encik Hafizuddin mengangguk. 

"Hm... that's good. Tak perlulah menganggur kan? Tapi setahu Papa, doktor ni memang jarang nak menganggur. Nanti dah kerja tu, kerja baik-baik. Jalankan tanggungjawab tu dengan ikhlas. Ingat balik usaha-usaha Iyan sebelum dapat kerja doktor tu. Bukan senang. Papa dengan Mama ni sanggup lepaskan Iyan seorang pergi belajar luar negara. Jangan main-main." Sempat dia berpesan seraya menyuap cebisan ayam ke dalam mulut. 

Tertawa kecil Haiyan dengan pesanan itu. 

"Insha Allah, Pa. Iyan dah 27 tahun dah Pa. Iyan akan ingat pesanan Mama dengan Papa. Lagipun, doktor ni memang impian Iyan dari dulu." Dan, ada sebab kenapa dia ingin sekali menjadi doktor yang hanya dia sendiri tahu. Dia ingin turut membantu pesakit-pesakit yang mempunyai kanser seperti arwah Tihani, tunangnya. 



7 tahun lalu...

AIR mata lelakinya ditahan seboleh yang mungkin dari turun mengalir dipipi. Matanya sudah memerah menahan tangisan. Tidak mahu mengalirkan air mata dihadapan insan tercinta. Berita yang diterima cukup membuat hatinya dirobek-robek. Seakan terhenti segala denyutan jantung dan nadinya saat berita itu sampai ke pengetahuannya. 

"Iyan." 

Pemilik suara halus itu dipandang sayu. Luluh hatinya ketika melihat senyuman manis yang masih lagi terhias dibibir pucat gadis itu walaupun sedang menanggung beban yang bera. Dia tidak sampai hati melihat itu. Hatinya tidak kuat. 

Ya Allah! Hatinya merintih. 

Perlahan-lahan kaki menapak mendekati gadis itu yang terbaring lemah diatas katil hospital. Ya, hospital. Sebaik saja kelasnya tamat, bergegas dia datang ke hospital apabila dihubungi oleh orang tua gadis itu yang mengatakan gadis itu pengsan lalu dibawa ke hospital. Hampir saja dia fikir gadis itu demam biasa. Namun... 

Gadis itu masih mengukir senyuman manis. Semanis yang mungkin. Dia juga sedang mencuba untuk tahan tangisan dari terhembur keluar. Tidak mahu nampak lemah dihadapan Haiyan. 

Haiyan menarik kerusi disisi katil pesakit dan dengan berat hati duduknya dilabuh disitu. 

"Hani. Ke- kenapa you..."

"Shhh..."

Pertanyaan Haiyan dipintas Tihani. Kepala digeleng perlahan memberi erti tidak mahu lelaki itu meneruskan lagi bertanyaan. Kerana dia tahu apa yang mahu lelaki itu tanyakan.

"I buat semua ni sebab I sayang you, Iyan." Ucapnya lemah namun bibir tetap terhias dengan senyuman yang dibuat-buat manis. 

Haiyan menundukkan kepala. Dia gagal! Air mata lelaki yang ditahan akhirnya pecah dan mengalir dipipi. Tidak sampai hati melihat tunang tercinta di dalam keadaan sakit begini. Ditambah pula, dia baru saja dapat tahu tentang penyakit yang dialami Tihani selama 3 bulan bertunang. 

Tihani masih senyum. 

"Iyan. Don't cry. Tak macho la lelaki menangis."

"Kalau you sayang I, you tak akan sorok perkara yang penting macam ni daripada I, Hani." Masih dalam keadaan menunduk, Haiyan meluahkan rasa tidak puas hati. 

Selama bercinta hingga bertunang, tidak pernah sekali pun Tihani bercerita kepadanya tentang sakit yang dihadapi gadis itu. Sehinggalah ke hari ini, gadis itu ditahan dihospital baru sampai ke pengetahuannya. Dia fikir, gadis itu sakit biasa saja memandangkan Tihani tidak pernah kerap ditahan didalam wad. 

Ketika dia bertanya kepada doktor yang merawat gadis itu sebentar tadi, hampir dia pengsan dihadapan doktor itu. Terkejut tidak tahu ingin dikhabarkan bagaimana perasaan dia pada tika itu. Tihani disahkan menghidap penyakit leukemia. Dan yang paling merobek hati, penyakit itu sudah ke tahap 4. 

Tihani pandang ke depan. Melarikan anak mata dari terus melihat Haiyan yang menunduk. Dia tahu, sukar sekali untuk lelaki itu menerima hakikat dengan penyakit yang dialami dia dari dulu hingga sekarang. 

"Sebab I sayang, I tak bagitahu. I takut you kecewa dengan I."

Haiyan terdiam. 

"I sendiri pun terkejut Iyan. I dapat tahun penyakit I ni baru je. After kita bertunang, dua bulan lepas. Masa tu I demam and after three days baru I pergi klinik. And masa tu juga doktor klinik terus hantar I ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Iyan, doktor cakap I adalah pesakit yang menghidap penyakit tanpa simpton and that's why sekarang baru tahu yang..." Hani kemam bibir. Mengumpul kekuatan untuk terus bercerita. 

Saat doktor mengatakan bahawa penyakitnya sudah ke tahap 4, dia dapat rasakan rohnya terus melayan pergi. Jantung yang berdegup terus terhenti. Bumi yang berputar turut dirasakan seakan terhenti. 

Tangis yang ditahan, pecah jua. Tihani menangis semahu-mahunya. Tidak tertanggung rasa beban kini. Selama ini, dia telah pun menghidap leukemia tanpa gejala dan itu menyebabkan dia tidak sedar yang selama ini dia sakit disebabkan leukemia. Sakit tidak mempunyai gejala lebih berbahaya berbanding mempunyai gejala. Kerana, tanpa gejala ia tidak dapat dikesan dari awal. 

Haiyan yang mendengar tangisan Tihani itu memejam mata rapat. Air matanya juga semakin merembes keluar. Jika gadis itu terseksa, dia turut merasainya kerana dia amat mencintai Tihani. 

"I... I dah stage four, Iyan. Stage four." Sambung Tihani. Peluang untuk dia diteruskan hidup amat tipis kerana keadaan semakin teruk. 

Wajah diangkat dan terus mata menatap wajah Tihani yang sudah dibasahi air mata itu. Pertama kali dia melihat gadis itu dalam keadaan yang sangat menyayat hati dan merobek hati lelakinya. 

"But, kita boleh berusaha lagi. You masih ada peluang untuk..."

"I dah tak ada peluang, Iyan. Sakit I dah teruk dan... tak ada ubat. Tak ada." Bersama gelengan kepala, Tihani memintas lagi. 

Jawapan Tihani menyebabkan Haiyan sedikit bengang. Belum mencuba, terus Tihani membuat kata putus sendiri. Terus dia bangun berdiri. 

"We don't know, Hani. We must try! Tak akan you nak biarkan sakit you macam ni? Selagi kita boleh usaha, kita usaha, Hani. Jangan mudah putus asa. You ada I. You ada family you and family I. Kita akan sama-sama cuba untuk sihatkan you semula. Please, jangan putus asa." Naik turun dadanya menahan amarah, geram dan tangisan dalam satu masa. Dia tidak mahu Tihani berputus asa dengan secepat itu. 

Suara tegas Haiyan membuat Tihani tersenyum sinis. 

"You bakal doktor lagi beberapa tahun, Iyan. Tak akan itu pun you tak tahu?" Sinis dia menyoal. Sakit hati bila lelaki itu cuba untuk membangkitkan semangatnya yang sudah terkubur. Dia akan mati! Sakit dia akan berakhir dengan mati!

Haiyan tergamam. Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya. 

Tihani ketawa perit seraya menggeleng kepala. 

"Iyan. I nak putus."

Mencerlung Haiyan memandang Tihani. Tidak percaya kata-kata itu yang keluar dari gadis itu. Dia hanya terdiam seribu bahasa. Masih memproses kata-kata gadis itu. 

"I nak kita putuskan pertunangan ni, Iyan. I tak nak you kecewa nanti. Antara you dengan I tak akan pernah bersatu. Kalau bersatu pun, end up I akan tinggalkan you dengan rasa kecewa yang tak akan ada penghujung. Keputusan I muktamad. I nak putus tunang dengan you." Tihani menyambung lagi bila tiada balasan dari Haiyan. Lelaki hanya diam memandang dia. 

Disebabkan rasa terkejut, Haiyan terduduk semula. Tihani dipandang bersama  air mata yang bergenang ditubir mata. 

"Hani. Kenapa sampai macam ni? I cintakan you sepenuh hati I. I tak akan putus dengan you, Hani. You cintakan I and why you buat keputusan yang buat you sendiri kecewa? Please." 

Tihani pandang tepat ke dalam anak mata Haiyan. Jelas kelihatan mata lelaki itu yang menunjukkan kecewaan yang begitu terkesan pada lelaki itu. 

"Masa I tak panjang. Kalau I kecewa, biar I bawa rasa kecewa I tu sampai I mati. But you, masa you masih panjang. I tak akan biarkan you hidup dalam kecewa disebabkan I. You mesti teruskan hidup dan cari kebahagiaan you sendiri. I tak nak disebabkan I, you kecewa sepanjang hidup you. Sebab I cinta, I buat macam ni. Berkorban demi you." Keras dia memberi jawapan agar lelaki itu mengerti. 

Cukuplah! Biar penyakit ini saja dia terbeban. Jangan pula rasa sakit disebabkan bersalah dengan lelaki itu kerana membuat lelaki itu kecewa turut dia rasai. Disebabkan cinta juga dia tidak memberitahu lelaki itu tentang sakit yang dialami. Namun, bila dia fikri semula lebih baik mereka berdua putuskan saja pertunangan yang akhirnya membuatkan Haiyan kecewa. 

"Tak! I tak akan putus dengan you walauapapun. I cintakan you, Tihani. Tolong faham." Haiyan juga begitu. Tetap bertegas mahu membantah keputusan gadis itu. 

Bagaimana tega gadis itu meminta putus daripadanya sedangkan Tihani tahu betapa dalamnya cinta dia terhadap gadis itu? Dan, Tihani juga begitu. Dia tahu Tihani amat mencintai dia. Mereka bercinta dari zaman sekolah lagi!

"Tak akan disebabkans sakit you ni, you dah buat keputusan yang macam ni. Nonsense!" Sambung Haiyan lagi tidak berpuas hati. 

"You cakaplah apa you nak cakap, Iyan. I tetap nak kita putus. I tak nak you kecewa sebab I akan tinggalkan you sampai bila-bila."

"No! I cakap tak nak!" Kemudian, dengan laju Haiyan menuju ke pintu dan terus berlalu keluar meninggalkan Tihani yang terpinga-pinga. Biar dia bertenang sebelum kembali bertemu dengan Tihani. 

Haiyan tersenyum kecil melihat wajah Tihani yang tersenyum manis di dalam sekeping gambar. Gambar yang dibawa bersamanya ke mana-mana saja. Masih segar diingatannya pergaduhan besar antara dia dan gadis itu ketika dia dapat tahu penyakit Tihani dan Tihan meminta putus darinya. 

Dua minggu selepas pergaduhan itu, Tihani meninggalkan dia buat selama-lamanya. Dan dia tidak pernah memutuskan pertunangan diantara mereka berdua. Tihani pergi dalam keadaan masih bergelar tunangannnya. 

"Hani. I dah jadi doktor. Mesti you happy tengok I berjaya kejar impian I. I nak you tahu, I jadi doktor ni pun sebab I nak tolong orang yang sama nasib dengan you. I akan buktikan yang pesakit macam you pun boleh hidup seperti biasa."

Dia membawa diri belajar ke US bukan untuk terus melupakan Tihani. Tetapi untuk memanggil semula semangat yang hilang. Tihani, gadis pertama yang disayang dan cinta akan tetap berada di dalam hatinya. Tihani adalah gadis yang selalu bersama dengan dia ketika senang dan susah. Tihani adalah tempat dia mengadu ketika mempunyai masalah. Dan, Tihani adalah segala-galanya bagi dia. Mungkin dia akan buka pintu hatinya untuk wanita lain, namun tetap tidak dapat hapuskan Tihani dari hatinya. 

----

Okay tak untuk first bab? Hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

5.7M 308K 73
"Baju lo kebuka banget. Nggak sekalian jual diri?" "Udah. Papi lo pelanggannya. HAHAHA." "Anjing!" "Nanti lo pura-pura kaget aja kalau besok gue...
42.8K 5.7K 41
Irene awalnya tidak pernah menyangka jika kepulangannya ke Korea akan mengubah banyak hal. Rencana pernikahan Jisoo dan mantan kekasihnya membuat Ire...
3.2M 28.2K 29
Tentang jayden cowok terkenal dingin dimata semua orang dan sangat mesum ketika hanya berdua dengan kekasihnya syerra.
2.1M 230K 43
Bertunangan karena hutang nyawa. Athena terjerat perjanjian dengan keluarga pesohor sebab kesalahan sang Ibu. Han Jean Atmaja, lelaki minim ekspresi...