My Princess

Por Nuru1_1man

522K 14.2K 345

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... Más

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai 👋
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 47

9.4K 217 1
Por Nuru1_1man

Irish memandang Aisyah yang baru saja keluar dari kamar manda. Tangan Aisyah di tarik untuk duduk ke katil. Terpinga-pinga Aisyah mengikutnya.

"cepatlah.. Cerita" desaknya tidak sabar. Aisyah mengeleng kepala sebelum bangun menuju ke meja soleknya. Tidak di hiraukan wajah cemberut Irish. Rambutnya di sikat lembut.

"kejaplah.. Bagi aku sikat rambut aku ni jap. Lepas ni kita sembang. Tak menyabar betul" omel Irish. Sejak tadi lagi Irish mendesaknya.

Irish tersengih. Kepalanya di garu sambil mata masih memandang ke arah Aisyah yang ralit meyikat rambutnya.

"kau makin berisilah aisyah.. " komennya selamba. Aisyah tergamam sebelum meneliti tubuhnya di cermin. Berpusing ke kanan. Sekejap ke kiri.

"betul ke aku dah gemuk?" kalut dia bertanya. Irish tertawa kecil.

"bukan gemuklah.. Tapi badan kau berisi sikit dari sebelum ni" ujarnya. Aisyah mengeluh lega. Bukan setakat irish saja yang menegur tapi mamanya sendiri pun cakap benda yang sama.

"biasalah.. Makanan kat sana semua sedap-sedap.. " katanya. Selesai saja meyikat rambut dia berlalu pula ke arah tempatnya meyimpan losyen sebelum di sapukan di lengannya. Dia mendekati irish. Punggungnya di labuhkan ke katil bersebelahan Irish.

"nah.. Kau trylah pakai" Aisyah menyerahkan losyen. Irish terus saja menyambut. Di buka tutup losyen itu lalu di picit sedikit dan di letakkan di tangannya.

"wangikan?" tanya Aisyah sambil tangan masih bergerak-gerak di lengannya. Irish mengangguk.

"wangi sangat.. Kau beli kat mana?" berkali-kali Irish menghidu bau wangi dari losyen itu.

"kat sanalah.. Aku ada belikan untuk kau..nanti aku bagilah sebab aku malas nak cari kat beg" ujarnya. Serta merta Irish tersenyum lebar.

Seketika mereka diam. Masing-masing sibuk mengusap losyeb di lengan dan kaki mereka.

"siap.. " jerit Aisyah. Losyen tadi di letakkan semula. Dia kembali duduk di katil. Kaki di silakan. Irish juga begitu.

"okey kau mula dulu.. Ceritalah" ujar Irish. Aisyah menarik nafas dalam sebelum di hembus perlahan.

"apa yang aku nak cerita erk? Semua benda aku dah cerita kat kau" ujarnya. Jarinya mengetuk-getuk dagu lagak orang berfikir. Memang benar semua masalah suka dukanya sudah di cerita melalui panggilan video saja.

"ishh.. Kau ni. Tadi kata banyak benda konon nak cerita kat aku.. " rungut Irish. Aisyah tersenyum senget.

"hah.. Aku ada satu cerita ni yang aku belum cerita kat kau.. " ujarnya. Irish memandang penuh minat.

"kau kenal tak sir faris?" tanyanya. Irish mengangguk.

"kau jangan cakap kau jumpa dia kat sana.. "

"betul, betul, betul.. Pintar kawan aku ni" ujar Aisyah mengangguk sambil berkata serupa ipin. Kepala Irish di usap. Banggalah konon.

"serius ahh.. " bulat mata Irish memandang Aisyah. Bukannya dia tidak tahu yang Faris itu pernah menyukai Aisyah.

"betulahh.. Time tu aku baru berapa hari kat sana. Tiba-tiba terjumpa dia pula masa aku tengah sarapan... And then kami berbuallah macam biasa" cerita Aisyah.

"tapi..... Sekarang dia dah kawin pun. Dia datang sana sebab kira macam honeymoonlah.. " sambung Aisyah tatkala menyedari senyuman nakal di bibir Irish.

"lahh.. Dah kawin ingat single masih.. " gumam Irish.

"kau tak cerita pun kat aku.. "

"dah cerita pun ni.. "

Irish mengecilkan matanya memandang wajah Aisyah sebelum di cubit lengan Aisyah kuat.

"maksud aku kau tak cerita pun sebelum ni.. Sekarang baru nak cerita" bebel Irish. Tidak langsung di hiraukan Aisyah yang kesakitan akbita cubitannya tadi.

"aku lupalah.. " rungut Aisyah. Irish tergelak kecil. Dia merebahkan tubuhnya di katil begitu juga Aisyah. Masing-masing memandang kipas yang berputar di atas.

"kau pula apa cerita?" tanya Aisyah. Dia mengerling wajahnya menghadap Irish dengan tubuhnya yanh sudah terbalik. Kaki di angat sebelum di goyang-goyangkan. Irish juga turut membuat perkara yang sama.

"aku..... " Aisyah menjongket keningnya.

"aku dah tunang" ujarnya laju. Terus saja Aisyah membulat mata memandangnya sambil menutup mulutnya.

"betul ke? Ee.. Tak bagitua kita pun dia dah tunang? Dengan siapa? Handsome tak? " tanya Aisyah bertalu-talu.

"okeyy..biar aku jawab satu-satu.. Memang aku dah tunang and aku sengaja tak nak bagitau kau... Aku tunang dengan abang afifi mestilah handsome" jawabnya. Semua soalan Aisyah di jawab dengan tenang. Sekalu lagi Aisyah menjerit terkejut.

"Afif? "

"yalah afif kawan along akulah.. Afif mana lagi" jawab Irish apabila Aisyah yang seperti kebingungan.

"amboi... Dah berapa lama korang tunang" soal Aisyah.

"ehmm.. Nak masum setahun dah.. " balas Irish.

"lahh.. Dah lama tu. Kenapa tak kawin lagi"

"aku nak tunggu kaulah punya fasal. Ingat aku nak kawin ke kalau kau tak ada. Kau wajib ada sebab aku nak kau jadi pegapit aku" ujarnya. Aisyah tergelak kecil bercampur terharu.

"abang afif tak marah ke?? " tanyanya. Irish mengeleng.

"taklah.. Dia okey je.. " Aisyah mengangguk. Untunglah Afif jenis penyabar dan memahami.

"jomlah tidur.. Ngatuk," ajak Aisyah. Tubuhnya di baringkan dengan betul. Selimut di tarik hingga paras dada. Matanya dah mula berair akibat menguap benyak kali. Irish menurut. Dia turun dari katil sebelum mematikan lampu. Selepas itu dia kembali naik ke katil.

"good night" ujarnya. Dia tahu Aisyah penat.

"good night too.. " balas Aisyah. Tidak Mengambil masa yang lama dia sudah lena di buai mimpi. Begitu juga Irish. Kedua-dua berdengkur kecil.









🌹🌹🌹🌹🌹











"budak 2 orang tu dah tidur agaknya"ujar kadijah. Yang lain mengangguk.

"tidurlah tu. Sunyi je bilik Aisyah tu. Kalau tak gelak macam langsuir" balas Daut.

"ishh.. Apa ni cakap benda mengarut malam-malam" marah Kadijah. Kembang segala bulunya. Daut tertawa kecil. Begitu juga Datin intan dan Luth Zaruddin.

"aihh... Penakut betullah awak ni" sakat Daut lagi. Air kopi yang di hidang tadi di hirup perlahan.

"hurmm.. Lepas ni Aisyah nak kerja ke?" tanya Luth Zaruddin.

"entahlah. Dia tak bagitau lagi.. " jawab Daut. Luth Zaruddin mengangguk.

"minumlah.. " pelawa Kadijah tatkala melihat Datin intan hanya merenung air kopi yang di buatnya tadi. Datin intan tersentak.

"saya tak biada minum kopi tengah malam macam ni" ujarnya perlahan.

"lahh.. Tak cakap. Tak pe kejap saya buat untuk awak. Nak air apa?" Datin Intan mengeleng. Tangan Kadijah di tarik semula supaya duduk.

"tak apa.. Dah kenyang" katanya.

"betul ni?"

"betull.. " laju Datin intan mengangguk. Akhirnya Kadijah mengalah.

"ehmm.. " tiba-tiba saja Daut berdehem. Semua mata memandangnya.

"saya nak bincang sikit fasal anak kita ni" lembut dia berkata. Serta merta Luth Zaruddin dan Datin intan berpandangan.

"abang.. Saya rasa biarlah Aisyah dan Luth sendiri uruskan hal rumah tangan dorang.. " sampuk Kadijah. Dia mengusap lengan Daut.

"betul tu. Kami akan terima saja keputusan Luth dan Aisyah nanti. Insya allah. Lagi pun hal begini mereka berhak.." ujar Luth Zaruddin pula. Datin intan hanya diam.

"baiklah.. Saya faham. Saya minta maaf sebab terburu-buru. Saya nak yang terbaik buat Aisyah. Dia seorang saja anak yang kami ada" lembut Daut berkata mengharap kefahaman dari kedua ibu bapa Luth Zaruddin.

"tak apalah. Kami faham..." ujar Datin intan.

"rasanya kami tidur dululah. Mata ni mengantuk sangat dah." Luth Zaruddin berdiri. D ikut oleh Datin intan.

"tak apa.. Nanti bila nak apa-apa.. Bagitau je. Maaflah kalau bilik tu tak berapa selesa" sempat Kadijah memohon maaf. Luth Zaruddin mengeleng.

"cukup dari selesa dah" ujarnya. Kadijah mengangguk bersyukur. Dia menghantar Luth Zaruddin dan datin intan dengan pandangan sehinggalah bayang mereka hilang.

"dah jom kita naik...abang pun mengantuk.. " ajak Daut. Kadijah mengikut sempat cawan yang di gunakan tadi di letakkan di singki sebelum mengikut langkah suaminya.














Dona 😎
Vote ye guys 😊

Seguir leyendo

También te gustarán

284K 9.6K 68
Rose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan anta...
267K 11.4K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
84.8K 2.3K 53
Bertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je...
392K 23.7K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...