Mrs Arshaq

By Applefake

1.2M 43K 2K

Hidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering m... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Penambahan Ilmu
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Epilog
One Weeks

Bab 29

19.8K 763 49
By Applefake

Medina dan Ana yang baru saja tiba di Star Club malam, mereka mula bergegas mendekati Tony.

"Lu orang pergi mana? Setiap hari saya dapat tau lu orang keluar dari rumah ma. Lu orang buat apa? ". Soal Tony dengan nada yang sedikit kuat. Kedua-dua tangannya sudah bercekak pinggang.

"Maaf la Tony, aku dengan Ana keluar kejap. Cari barang. You sendiri bagi pelepasan sama kita ma". Jawab Medina dengan begitu tenang. Mujur dia dan Ana sempat tiba di tempat kerjanya pada waktu yang tepat. Sejak dua menjak ini mereka berdua sering pergi ke rumah anak yatim Nur Qaseh.

Tony sudah mendengus kecil. "Lu orang jangan buat hal tau. Kalau saya tau, siap lu orang"

Ana dan Medina sudah mengangguk sambil tersenyum.

"Lu jangan risau la Tony, janji performance kita baik". Seloroh Ana. Medina sekadar mengangguk kecil.

Tony mengangguk. Bahu Ana dan Medina di tepuk lembut.

"Wa percaya sama lu. Lu orang jangan persia-siakan wa punya kepercayaan". Ucap Tony senada.

"Baik boss". Laju saja Ana menjawab.

Medina menunduk apabila Tony sudah melangkah di sebelahnya. Nafas lega dilepaskan. Dia tersenyum kecil memandang Ana.

Ana berbisik perlahan di telinga Medina. "Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut "

Medina mengangguk. Bahu Ana mula dipeluk erat. Kawan susah senangnya.

Tanpa Medina dan Ana sedar, beberapa gambar mereka sudah ditangkap oleh seseorang.

Dapat sahaja gambar itu, lelaki itu terus menelefon bossnya.

"Hello boss, perempuan boss ada dekat Star Club KL. Nanti saya forword gambar tu dekat boss".

Selesai dia memberi maklumat, dia terus menyimpan telefonnya di dalam poket seluar. Air coke dihirupnya. Kemudian dia terus berdiri untuk keluar dari Star Club itu.

Beberapa gambar yang di forword oleh pengintip upahannya, ditilik satu persatu.

Sesekali tangan tua itu mula membesarkan sikit gambar itu. Jelas di matanya, wajah Medina yang sedang tersenyum kecil itu masih cantik. Sama peris Mikayla Sofea. Bekas isterinya ini jelas kelihatan seperti awet muda. Langsung tidak kelihatan seperti wanita yang sudah berusia.

"Awak nampak cantik Medina. Mikayla ikut muka awak. Cantik". Gumam Tan Sri Mokhtar perlahan. Tidak semena-mena bayangan jeritan dan tangisan Medina jelas berputar di mindanya.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Dia silap di masa lalu. Demi kerakusan nafsu dan tamaknya, dia telah memperjudikan maruah seorang wanita yang sangat mulia.

"Maafkan saya Medina. Saya bersalah. Saya takut. Hidup saya bercelaru". Sambung Tan Sri Mokhtar lagi. Air matanya yang hampir jatuh ke pipi diusap perlahan.

Spek matanya dibukak. Kepalanya ditundukkan.

"Maafkan saya Medina".

Hanya kata-kata itu mampu keluar dari bibirnya. Dia dulu jahat. Terlampau jahat.

Dia takut Medina tidak akan memaafkannya.

Makanan yang berada di atas meja kaunter mula di ambil dan dihidangkan di atas meja makan. Wajah Mikayla Sofea pada saat ini masam mencuka. Dahinya pula tidak lekang daripada berkerut.

Mata Arshaq tajam melihat setiap gerak-geri isterinya. Tangan kanannya di letakkan di bawah dagu. Pagi-pagi lagi muka isterinya masam. Selalunya ceria sahaja.

Mikayla Sofea menghiraukan pandangan suaminya. Nasi goreng di hidangkan di dalam pingggan Arshaq. Dia hari ini betul-betul tiada mood untuk melayan kerenah suaminya.

"Hot chocolate or coffee? "

"Coffee". Jawab Arshaq senada.

Tangan kecil Mikayla Sofea laju menuangkan coffee ke dalam cawan suaminya. Setelah diletakkan di hadapan suaminya, dia mula duduk.

"Makan la awak. Kenapa tengok saya je". Balas Mikayla Sofea tanpa melihat wajah suaminya langsung. Nasi yang berada di dalm pinggan di suapkan ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan suaminya.

Arshaq hanya diam. Kemudian dia mula menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Sesekali matanya mengerling ke arah isterinya. Budak ni kenapa pulak?

"Kau okey ke tak? "

"Tak". Ringkas saja Mikayla Sofea menjawab.

Arshaq tersenyum kecil. Unik betul isterinya ini. Selalunya kalau perempuan lain akan menipu, kata mereka okey. Tapi isterinya ini derect saja menjawab tidak okey.

"Kenapa senyum? Ada saya buat lawak ke? ". Tanya Mikayla Sofea sedikit serius. Sensitif betul dia sekarang ni.

Arshaq tidak goyah dengan pertanyaan isterinya. Bahu diangkat perlahan. Dia kembali menjamah makanannya dan begitu juga dengan Mikayla Sofea.

Setelah nasi di pinggan mereka habis, air yang berada dicawan diteguk pula.

"Awak". Panggil Mikayla Sofea senada.

"Kenapa? "

"Kalau saya nak keluar boleh? Saya nak beli barang keperluan saya"

Arshaq hanya diam. Tuxedo yang telah tersarung di tubuhnya di perbetulkan. Kedua-dua keningnya pula hampir bercantum.

"Tak boleh ke suruh Kaiser je beli? "

Laju Mikayla Sofea menggeleng. "Tak boleh awak. Saya sendiri yang kene beli"

"Awak jangan la risau. Saya ajak Kaiser teman saya. Please. Urgent". Jawabnya laju.

Arshaq diam lagi. Wajah isterinya direnung tajam. Nampak la isterinya sedikit berharap.

"Barang apa kau nak beli"

Terkemam bibir Mikayla Sofea apabila suaminya mengajukan soalan itu. Teragak-agak dia ingin menjawab.

"Jawab or tak boleh keluar". Ugut Arshaq.

"Saya nak beli pad. Saya piyed". Membahang pipi Mikayla Sofea setelah menjawab soalan suaminya. Wajahnya ditundukkan. Dia malu nak memandang wajah suaminya.

Arshaq hanya bersahaja. Wajah merah isterinya itu dilihat. Kepalanya menggeleng perlahan. Period je pun, tu pun malu nak cakap.

"Hmm". Jawab Arshaq ringkas. Dia terus berdiri dan mencapai briefcase hitamnya.

Mikayla Sofea sedikit teruja. Ceria sedikit wajahnya.

"Tapi.. ". Arshaq mula menyambung ayatnya. Jari telunjuknya ditunjukkan betul-betul di hadapan wajah isterinya. Wajah Mikayla Sofea sudah berubah.

"Lepas beli terus balik. Kalau Kaiser bagitahu aku kau merayap pergi mana-mana, siap! ". Tegas Arshaq berkata. Isterinya ini bukan boleh percaya sangat. Kata saja okey, tahu-tahu hilang.

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Sudah masak dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut suaminya. Kalau aku langgar,dia hukum. Cit! Dah basi dengan permainan dia ni.

"Dengar ke tak?!"

"Ye. Saya dengar"

"Aku pergi kerja dulu"

"Baik". Hanya itu yang Mikayla Sofea menjawab. Matanya hanya menghantar susuk tubuh suaminya hingga ke ruang tamu.

Dahinya berkerut kecil apabila perutnya mula menyengat sakit. Perutnya ditekan-tekan bagi menghilangkan sakit. Tidak lain dan tidak bukan, petanda senggugutnya sudah tiba. Aduh.

Mikayla Sofea jelas kelihatan seperti tidak sihat pada waktu ini. Namun di gagahkan juga untuk pergi ke watson berdekatan dengan rumahnya untuk membeli pad. Ini habuannya bila tidak beli siap-siap. Sudahla perutnya sakit ya amat.

"Puan okey? ". Soal Kaiser prihatin. Jelas wajah isteri majikannya sedikit pucat. Kening isteri majikannya yang sedikit serabut itu turut dilihat. Dia mula mengangguk faham.

"Puan datang bulan ke? ". Ajunya bersahaja.

Mikayla Sofea sudah terpana. Membahang wajahnya apabila soalan itu keluar dari mulut Kaiser. Suaminya yang sudah tahu itu pun dia malu, inikan pula Kaiser.

"Mana awak tahu? ". Soalnya malu.

"Tengok kening puan pun saya tahu". Jawab Kaiser senada.

Mikayla Sofea terus menutup keningnya. Sesekali bulu keningnya di usap lembut. Dia juga hairan kenapa dengan keningnya. Bahaya betul mata Kaiser ni.

"Puan pergi la masuk. Saya tunggu dekat luar ni. Ke nak saya follow puan sekali? "

"Eh tak payah. Awak tunggu je sini. Biar saya masuk sorang". Tolaknya laju. Tanpa melihat wajah Kaiser dia terus melangkah masuk ke dalam Watson dengan laju. Malunya!

Kaiser tersenyum kecil. Kelakar melihat isteri majikannya yang berjalan seperti lipas kudung. Dia sudah masak dengan wanita ni. Yang penting dia bukan playboy.

Sedang Mikayla Sofea memilih pad untuk dipakainya tiba-tiba saja ada seseorang mencuit bahunya. Dia terus menoleh memandang gerangan yang mencuitnya.

"Eh Arsen. Buat apa dekat sin". Soalnya terkejut.

Arsen tergelak kecil. "Hai princess"

"Datang sini sebab nak beli body wash. Sebelum tu pergi beli chicken chop. Mummy teringin"

Mikayla Sofea hanya mengangguk.
"Sorang je ke? "

Arsen mengangguk. Dia mula memandang ke arah 'benda' yang berada di tangan Mikayla Sofea.

Mikayla Sofea yang baru perasan lirikan itu terus menyorokkan sebungkus pad itu di belakang tubuhnya. Sekali lagi wajahnya membahang.

Arsen tersengih. Keningnya digaru perlahan. "Princess datang dengan siapa? "

"Dengan Kaiser". Lembut saja nadanya menjawab. Dia malu sebenarnya. Penat juga dia hari ini, kerja malu je.

"Nak ikut aku tak?"

Berkerut dahi Mikayla Sofea.

"Pergi mana? "

"Rumah mummy dengan daddy. Lagipun diorang teringin nak jumpa menantu dia ni"

"Boleh ke? ". Polos Mikayla Sofea bertanya.

Arsen laju mengangguk. "Boleh la princess. Kau pergi bayar dulu "

Mikayla Sofea mengangguk. Dia mula pergi ke kaunter dan membuat pembayaran. Selesai saja dia membayar, dia terus mendekati Arsen yang masih berdiri di bahagian pad wanita itu. Eee macam tak de tempat lain nak duduk.

"Jom". Arsen terus menarik tangan Mikayla Sofea.

"Eh kejap. Kena bagi tahu Kaiser dulu, nanti dia risau". Katanya.

Arsen menggeleng. "Tak payah princess. Nanti pandai-pandai la dia cari"

Mikayla Sofea sekali lagi memegang tangan Arsen. "Macam mana kalau abang awak marah saya? "

"Aku marah dia balik. Dah jom! ". Dia terus menarik tangan Mikayla Sofea dengan sedikit kuat. Baginya, wanita ini merupakan umpannya untuk memanggil abangnya pulang ke rumah semula.

"Eh eh, awak! ". Nak tak nak, dia terpaksa juga mengekori langkah Arsen. Mereka keluar melalui pintu satu lagi. Dia dapat melihat tubuh sasa Kaiser yang berdiri tegap sambil melihat telefon bimbitnya. Ar sudah, macam mana kalau Arshaq hukum dia lagi?

Arshaq meregangkan segala otot di tangan dan di lehernya.

Prak! Prak!

Lega apabila tulangnya berbunyi. Tubuhnya disandarkan di kerusi empuknya. Matanya turut terpejam rapat. Seketika, kelopak matanya kembali terbukak. Khabar mengenai isterinya langsung tidak kedengaran. Telefonnya yang berada di dalam laci di ambil.

Baru ibu jarinya mahu menekan nama Kaiser, tiba-tiba nama Kaiser sudah terpapar di skrinnya. Laju dia menolak butang hijau.

Telefon dilekapkan di telinga kanan.

"Tuan...puan hilang"

Cukup dua patah perkataan itu membuatkan Arshaq berdiri dari duduknya.

"What?! "

_________________________
DANG!

HAA AGAK² APA JADI? CUBA TEKA? 🙆‍♀️

Continue Reading

You'll Also Like

5.3M 212K 76
[ 4th BOOK = ARS ] BOOK 2 : BE MY BABY GIRL STATUS : COMPLETED ✔ ____________________________ "Aku nak kau menyamar jadi kekasih aku merangkap tunang...
67.6K 5.5K 41
727K 23.8K 44
Hati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance
1.3M 62.1K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...