His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.2K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 11

17 8 0
By ___tzxreyl

   «.......scold.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Nafas berat dihela keluar. Dada berombak laju. Tercunggap-cunggap oksigen, karbon dioksida bersilih ganti memenuhi dada. Sabar, Irel. Sabar...

Tak sabar ni, memang ada jugak orang yang sendu makan sepak percuma aku!

"Nombor 5, jaga dia!" Jeritan dari seorang pemain, menambah geram yang sedia memuncak.

Seorang pemain bernombor 8, datang menyekat laluanku. Pemain dari SM Sri Nilam memang betul-betul nak aku baling bola tepat kena batang hidung dia.

Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan. Aku maju, dia maju. Aku mundur, dia juga mundur.

Macam tak ada haluan je manusia depan aku ni, asyik terikut aku!

Memang la sangat dituntut untuk pasang benteng pada setiap pemain lawan, kut ya pun jangan la sekat laluan aku. Ni sampai berlaga bahu, memang menuntut aku panggil angah.

Biar angah langgar diorang! Sekali kena bahu angah yang punya biceps tu, sure terbalik!

Angah, I need you!

Bola di tangan Aliya. Aliya pula nampak macam termati langkah bila terkepung dengan tiga orang lawan. Aliya salah seorang penyerang disamping Fadhilah.

Aliya sayap kanan, Fadhilah center.
Aku pula main posisi penyerang kiri.

Fadhilah dari tadi cuba mencari ruang dekat dengan Aliya, juga menemui jalan buntu. Tangkas dia berlari, mengelak dari kepungan namun sia-sia.

Tinggal aku sorang je penyerang.

Aku pandang si pemain yang tak ada hala tujuan ni. Senyuman senget terukir.

Play rough to those who can't tolerate to respect.

"Air, sini!" Jeritku lantas lompatan tinggi dibuat.

Air tu kod untuk Aliya. Kang kalau panggil nama, tahu lah siapa gerangannya maka setiap kod diberi pada setiap pemain.

"Island! To the right!" Bukan jeritan dari Aliya, namun datangnya dari kelompok di sisi padang.

Berkumpul pasukan bola baling TSSB. Lelaki dan perempuan memandangkan perlawanan bagi dua pihak, hanya sebelah menyebelah. Padang sebelah berlansung game SM Sri Nilam dengan SM Jawi.

"To the right, 180 turn around!"

Izham, sah!

Aku ikut seperti yang diarah Izham. Penglihatan aku tak berapa nampak dek dihadang dan arahan dari Izham sangat-sangat lah membantu.

Pusingan 180 darjah dibuat sejurus bola ditangan dilambung naik. Tak ada siapa untuk aku pass kerana aku pulak dikepung. Sampai baju aku diorang tarik, memang melampau!

Lompatan tinggi dibuat. Kedua-dua tangan menjulang naik selajur bola yang dilambung tadi ditangkap cantik.

Yes!

Posisi badan direndahkan melebihi paras rukuk. Bola dibawa dengan teknik bump. Lagi rendah lagi bagus. Kurangkan kemungkinan bola dirampas.

Lima kali aku bump bola, badan ditegakkan. Dah hampir ke gawang gol. Loncatan tinggi dibuat sekali dengan bola di tangan kanan. Bola kemudian direjam ke gawang. Target aku di bawah, di sudut penjuru memandangkan penjaga gol nampak macam mengabaikan ruang di situ.

Sekali kecepatan daya dikenakan, bola direjam. Terasa tarikan di baju  aku direntap sebelum naik ke tudung. Kuat sampaikan aku terlentang ke belakang. Kepala mencecah tanah berumput.

Bang!

Kepala aku macam nak pecah sebelum sekali lagi terasa seksanya badan terhempas. Tulang belakang serasa nak tanggal keluar.

"Irel!"

"Island!"

"Iralna!"

"Bukan aku yang buat. Tak sengaja tertarik dia." Suara membela diri singgah di pendengaran.

Banyak kau punya tak sengaja! Dari baju naik sampai ke tudung, kau cakap tak sengaja macam tu? Nasib aku sakit je ni, kalau tak awas kau!

"Tak cikgu, kitorang memang nampak diorang sengaja kepung Irel. Diorang tarik baju Irel, cikgu!" Sah, rakan sepasukan aku.

"Haah, diorang sengaja! Saya dengan Aliya dah kena!" Fadhilah yang bengang menambah.

"Diorang tampar leher saya, sakit..." Tersekat-sekat Aliya cuba memberitahu.

Bersilih ganti suara-suara yang aku dengar. Mata aku berkelip namun tiada satu pun yang jelas di penglihatan. Semuanya hanya kelabu belaka.

"Irel, boleh dengar cikgu tak?" Tanpa melihat gerangannya aku tahu itu Cikgu Rosli.

Tenang.

Lambat-lambat aku mengangguk. Kepala aku berpusing ditambah lagi dengan suasana bising. Perang mulut tercetus antara TSSB dengan SM Sri Nilam.

Jelas di pendengaran, Hazwan dengan geng bersama rakan sepasukanku tak habis-habis marahkan pemain perempuan pihak lawan. Pemain lelaki diorang juga turut masuk campur sejukkan keadaan.

"Kau diam bangsat! Dah terang-terang perempuan-perempuan kau ni main kotor! Sial!"

Mulut siapa ni? Kenapa lancang sangat?

"Eh, cukup Wan!" Luth, tu suara Luth.

Dalam kekesutan itu, pergelangan tangan aku dipijak kuat oleh seseorang. Kasut bola yang tersarung di kakinya terus hantar segala impuls ke saraf utama.

Prak!

"Arghh!!!" Jeritan aku bergema nyaring.

"Irel!"

"Island!"

"Iralna!"

Buk!

Allah, sakit...

❍☆❍〃

"Jujur...saya kecewa."

"Kamu bermain dengan perasaan, bukan dengan hati. Berapa kali cikgu nak pesan, control the game with your mind. Nothing to deal with feelings. Its worsen and now my words make us weaker. Their assume us as a weaker. Kamu suka macam tu?" Anak matanya ditala pada satu satu muka anak muridnya.

Berkumpul semua pemain bola baling di bilik persalinan TSSB.

Cikgu Rosli berbicara tenang namun tak dapat disembunyikan kekecewaannya. Terpancar melalui sinar mata biarpun cuba diselindung.

Keruh.

Tampang semua keruh mengalahkan air sungai di bumi Sarawak.

"But they played us, don't you saw that?" Hazwan tampil bersuara.

"Indeed, yes. But come to think of it, take it for granted. Play with mind, play with manners. Dalam game ada peraturan, jadi aturkan minda dan tingkah kamu."

"The treat us like too easy to take yet play though!" Izham pula bersuara.

Dia sebagai kepala skuad pasukan, lebih terasa tamparannya jika nak dibandingkan dengan pemain lain.

"Betul tu cikgu. Kami main elok-elok, tapi tengok lah... Diorang belasah kitorang ikut suka je. Dalam perlawanan kut, bukan kat luar gelanggang!" Fadhilah menokok.

"Ha see cikgu...trio pun diorang rembat macam tu. Lumpuh game tadi." Amin menambah.

Yang lain mengangguk setuju.

"Trio lumpuh, back up belakang hancur, defender saya seorang yang kena serang. Jujur, ni semua tak adil." Ayuni, si defend meluah rasa.

Trio... Fadhilah digelar Fire, Aliya sebagai Air dan Irel gelaran yang dipakai, Island.

Fire, Air dan Island, trio yang posisi dari dulu tak berubah. Pertama kali direkrut sebagai pemain bola baling hingga sekarang, kekal sebagai penyerang barisan depan.

"Agreed."

Rata-rata semua tak berpuas hati dengan perlawanan tadi. Siapa je yang boleh tolerate dengan kekasaran?

Dan perlawanan secara automatik terbatal. Akhirnya semua pulang ke sekolah dengan perasan bengkak di hati. Tamat di situ saja perlawanan persahabatan.

Pukul 3.30 bertolak dari sekolah, pukul 4.30 pulang semula. Selalunya sampai ke pukul 6.00 petang baru balik. Hingga pukul 7.00, latihan diadakan di sekolah pula. Begitulah rutin selalunya.

"Okey baiklah, macam ni je..." Cikgu Rosli berjeda. "Ambil iktibar kejadian hari ni untuk mantapkan lagi skil, adab kamu di masa depan. Ingat, berolahraga salah satu sunnah nabi. Kalau main macam tadi, tu bukan sunnah tapi kena sampuk dengan syaitan. Faham apa saya pesan?"

Dengan wajah tertunduk, anggukan diberi lambat-lambat. Entah rela entah tidak.

Cikgu Rosli hela nafas berat. Apa laporan yang dia akan bawa ke pengetua nanti? Yang itu tak apa, yang paling penting tika ini adalah keadaan anak muridnya yang terpaksa mendapat rawatan.

"Luth macam mana? Dia okey?" Soal Cikgu Rosli.

Izami jadi tukang jawab memandangkan tadi dia ada buat panggilan kepada Amin. Amin yang menemani Luth di sana. "Okey je, mak dia ada jagakan."

"Irel?" Wan Roezreen, penjaga gol pemain perempuan pula aju pertanyaan.

Cikgu Rosli terpempan seketika. "Masih dalam rawatan."

Cikgu Habsah yang menjadi pengiring Irel, Aliya dan Luth ke hospital. Dari SM Sri Nilam, mereka bertiga dikejarkan ke hospital.

Aliya hanya mengalami lenguh dan sengal. Luth pula lebam dan bengkak pipinya. Irel masih belum tahu keadannya.

"Itu aje untuk hari ni, kamu semua boleh bersurai. Balik, rehat cukup-cukup. Cikgu minta maaf atas segala kesulitan hari ni dan cikgu maafkan kamu." Ucap Cikgu Rosli selaku penutup kata.

Tiada latihan lanjutan, pemain dilepas untuk pulang ke rumah awal dari kebiasaan.

❍☆❍〃

Luth pasakkan iris mata gelapnya pada satu titik perspektif. Dari riaknya, tiada siapa dapat meneka. Kosong dengan kelopak mata yang dikerlipkan.

Berombak perlahan dada Irel seiring nafas yang diatur. Tubuhnya menyandar di dinding yang diletak bantal. Kaki dilipat posisi bersila.

Benang selimut hospital, ditarik-tarik. Resah. Siapa je tak resah bila kena renung macam boleh tembus sampai nampak organ!

"K...kau tak nak balik ke?" Irel bersuara. Nak halau suasana canggung antara mereka.

Luth membeku. Angguk tak, geleng juga tak. Bibirnya dizip kemas.

Irel terkulat-kulat. Dia buat pekak? Aku buat pekak lepas ni pulak baru tahu!

Mata dijulingkan ke atas. "Dahla, keluar. Aku nak tidur."

Irel berura-ura nak baring namun mati tingkahnya. Gila ke apa nak baring depan Luth! Luth ni pun, takkan tak faham bahasa halau dia?! Faham-faham je lah orang tak nak berada dalam circle yang awkward gila ni!

"Keluarlah." Tegas Irel.

Luth di duduknya masih diam. Hanya anak matanya berlari mengikut pergerakkan Irel.

"Kau dah apahal, cawan Colgate?! Aku nak tidur kut, kau tak reti-reti cerahkan penglihatan ke tengok pintu kat mana? Nak jadi patung pun bukan dekat sini, kau cari pepatung biar jadi teman kau. Bukan aku."

Luth masih membatu.

"Di mana kau masuk, di situ jalan keluar kau. Kalau tak jumpa jugak baca Surah Al Fatihah. Part ayat tunjukkanlah kami jalan yang lurus tu, kasi ulang banyak kali. Biar Allah bukak hijab kau!" Sedas Irel bagi tunjuk ajar percuma sekali dengan perlian.

Kau tahu tak aku sakit hati?

Sakit hati, sakit tangan, sakit otak, sakit segala sakit lah nak menempel waktu-waktu sakit ni!

"Hijab aku memang dah terbukak." Polos, Luth buat kenyataan.

Irel yang nak sambung bebel, terus terlopong. Luas ngangaanya.

"K...kau...k...kau biar betul?" Eh tolong jangan cakap ya, dia tak sanggup.

Kang nanti jadi modal Luth takutkan dia. Asyik-asyik bagitahu kedudukan makhluk halus tu. Ugh, let the secret remain secret and Luth just don't spill it!

"Ya."

"K...kau...k..." Tak sempat gagapnya bersambung, Samsung kesayangan Irel menyanyikan lagu.

Trynna get my head above water,
And you go and pull me under,
Crazy things I know I'm done for,
Stuck in tis state of wonder...

A'WATIF WAKANDA 👹 IS CALLING
GROUP VIDEO CALL

Fuh, A'watif sebagai penyelamat. Thanks, dear!

Isyarat mata Irel menghalau Luth. Nak cakap memang gugup lah, tiba-tiba buat pengakuan macam tu siapa suruh? Jangan jujur sangat, boleh?

"Buat pedinding. Sebelah kau ada menenggek."

Pap!

Laju tangan Irel buat balingan begnya. Tepat mengenai dada Luth. Tergendala seketika salamnya yang ingin disahutnya.

Luth berkerut muka. Perlahan-lahan dia bangun, beg dihulur pada Irel semula, bibirnya pula dekat dengan yelinga Irel.

"Dia pandang kau lain macam. Siapa suruh kau buat aku? Dia dah ngamuk. Aku cau dulu..." Perlahan Luth berbisik.

Argh, tak guna Luth!

|.↗✉↘.|

250721
1526.
-1710

👿,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
640 75 9
Andalookaew x Noonpreawa
225K 15K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...