HIS OBSESSION: NUHA

By kaierosss

43.4K 2.1K 71

[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan dram... More

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
EPILOG I
EPILOG II

34

329 20 2
By kaierosss

╭─━━━━━━━━━━━━─╮

Life was stringing me along
Then you came and you cut me loose
Was solo singing on my own
Now I can't find the key without you

And now your song is on repeat
And I'm dancin' on to your heartbeat
And when you're gone, I feel incomplete
So if you want the truth

I just wanna be part of your symphony
Will you hold me tight and not let go?

Clean Bandit - Symphony

╰─━━━━━━━━━━━━─╯

♕ ARZALNA NUHA ♕

Aku perasan mata Adri beberapa kali pandang aku. Sengaja aku buat tak nampak dan teruskan fokus buat kerja.

Anehnya aku tak rasa takut pun. Mungkin sebab aku percayakan dia. Lagipun dia orang baik. Takkanlah dia nak apa apakan aku. Berani nak bermain dengan Razman?

Berani, cubalah. Kena kejar satu Perancis baru tahu.

"Kau memang macam ni ke?"

Bingo! Aku dah agak dah Adri akan tanya. Aku tunggu aje dia buka mulut.

Aku dah kata dah nak faham Adri ni senang. Mudah sangat nak teka. Bila waktu dia tengah curious. Bila waktu dia happy. Bila waktu dia marah. Walaupun muka dia sepesen tapi behaviour dia lain.

"Macam mana?" aku buat buat tak faham.

Naikkan pandangan dari buku dan pandang dia. Alahai dia ni dah berkerut dahi pandang aku.

"Aku tak judge kau tapi baju kau... I think it's too revealling. Kau kena ingat yang aku ni lelaki. Aku boleh buat apa apa aje pada kau. Despite the unexpected of your mind"

Bila dia cakap macam tu, aku tunduk juga pandang diri sendiri. Aku pakai t-shirt berwarna baby pink. Cuma material baju ni agak nipis sikit. Setakat aku pakai seorang dekat rumah memang aku tak kisah pun. Tak ada siapa yang nak tengok. Aku pakai depan Razman pun dia tak pernah peduli.

Dan aku berseluar longgar atas lutut. Senang cerita hujung seluar aku mencecah separuh peha. Aku selesa macam ni. Nak buat macam mana? Lagipun tadi aku kelam kabut.

Kenapalah Adri ni nak tegur itu dan ini. Ada aje yang tak kena di matanya. Dia lupa ke?

"Tak ada makna dah semua ni untuk aku. Aku dah rosak"

Adri mengeluh berat.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tahukan harga perempuan ni tinggi. Sangat sangat tinggi. Aku tak suka dengar kau merendahkan diri sendiri macam tu" kata Adri. Lembut.

"Benda betul. Dah tak ada apa. Tak ada sesiapa yang nak pun dekat aku. Siapa yang nak bekas orang?"

"Nak aku ulang ayat aku ke?"

Aku diam. Lupa yang Adri sukakan aku. Pastilah dia nakkan aku walau apa pun yang dah berlaku dekat aku.

"Aku nak cakap ni, kau dengar. Bagi aku, kalau aku dah suka sesiapa. Mana mana perempuan pun, aku tak peduli apa yang dah jadi di masa silam. Salah dia atau salah orang lain. Is she is a virgin or not. Anak dara ke, janda ke. Aku tak pernah peduli. We talk about heart. Hati dah suka. So that's it. Lagipun aku nak kau bukan sebab nafsu. Aku suka kau maknanya aku suka semua tentang kau. Simple"

Jeda.

"Look here hermosa. Semua itu bonus aje. If she's a virgin. Bonus. If she's pretty. Bonus. She's kind, also a bonus. Bagi aku, aku tak pentingkan rupa pun. Asalkan aku seronok nak tengok. Itu aje. Aku tertarik, aku suka. Tak kira macam mana pun rupa dia. Kalau kurang lawa, aku boleh cantikkan. Aku ada duit"

Tak sangka masih wujud orang macam ni. Terdiam aku jadinya.

"Semahal mana lelaki jadi aset, mahal lagi perempuan. Kau aje yang tak nampak. Semua ada standard masing masing. Just be yourself. Do whatever you like. People will loves it. As the worst example is a pornstar. Kerja dia cuma buat benda tu depan camera. Jadi tontonan ramai. Tapi dia ada duit. Ada yang lagi kaya dari orang biasa. Bayaran dia orang bukan murah. Even dia buat kerja tu tapi orang sokong. Orang suka. Semua kagum. And they also have their own fans"

Macam pelik je.

"Apa kena mengena?" aku ketawa. Geli hati.

Aku faham Adri cuma nak sampaikan yang kalau perempuan itu ada level yang tersendiri akan tarik perhatian ramai dan banyak pujian yang akan diterima. Orang cantik, dipuji. Orang baik, dipuji. Orang pandai, dipuji.

"Kecil kecil kau suka makan siput babi ke apa? Tak faham faham point aku. Macam inilah. Mungkin dekat mata kau, kau nampak kau ni worthless. Tapi jangan lupa ada yang pandang kau tinggi dari apa yang kau sangka"

"Siapa?" aku buat buat tanya.

"Aku tarik jugalah pipi kau tu"

Aku ketawa. Seronok betul kacau Adri. Muka dia waktu tengah geram macam comel aje!

"Lepas ni jangan pakai macam ni depan aku. Depan orang lain pun tak boleh. Waktu kau seorang dekat rumah terpulanglah kalau nak naked pun. Kau tahukan lelaki ni lain. Mudah sangat bila nampak perempuan. Waktu aku boleh tahan, aku tahan. Kalau aku tak tahan memang menang besarlah aku. Lagi lagi berdua macam ni"

Aku buat muka. Cebik.

"Jangan buat tak tahu Nuha. Lagi lagi kalau dah suka. Macam kau tengah duduk dalam kandang buaya"

"Dengan aku pun selera ke?"

"Aku suka kau. Kau cantik"

"So?"

"Janji perempuan. Tak ada beza pun"

"Gatal!"

Adri pandang aku. Terhela nafas panjangnya.

"Aku bukan gatal. Natural reaction. Aku lelaki dan kau perempuan. Even tak suka pun ada rasa tarikan. Ini pula dah ada perasaan dalam hati. Yang dah sayang separuh mati. Aku rasa pun kau boleh fikir sendiri" terangnya.

Aku buat muka. Dalam sehari ni banyak betul Adri habiskan kouta perkataannya. Asyik bercakap aje.

"Lelaki kalau dah ada perempuan yang dia sayang, kau cuma perlu buat macam biasa. No need to try hard to tame or to get him aroused. Only by existance. Sebab kita tak tahu limit dia jauh mana. Ujian lelaki ni satu aje kalau dia dah sayang. Nafsu. Itu aje. Masa itulah nak tengok kuat mana iman dia. Yang kuat, bertahan. Yang tak kuat, dia kalah" kata Adri.

Faham. Aku faham.

Setelah apa yang terjadi, aku sedar yang dulu Dhaeem tak pernah sayang aku pun. Dia cuma gunakan aku. Ambil kesempatan ke atas diriku.

Seperti Adri cakap, lelaki takkan mudah lepaskan perempuan yang dia sayang. Dan lelaki takkan rosakkan perempuan yang dia cinta. Malah mereka akan jaga semampunya.

"Tapi aku nak tanya satu benda"

"You know that now you look like a child. Loves asking question. But go on"

"Sekarang ni kau dah nampak lain. Kau dah tak macam mula mula aku kenal kau dulu. Aku nampak yang kau dah jadi diri kau sendiri. Kau happy dengan aku?"

"Yes. Very" Adri tarik senyum. Nipis tapi jelas.

Cukup dengan jawapan ringkasnya dah buat hati aku berbunga bunga. Kalau macam ni tak payah tunggu lama. Aku yang minta Razman pinangkan Adri untuk aku nanti agaknya.

"Do you love me?"

Adri tak jawab. Dia cuma tenung aku dengan pandangan kosong.

Aku tak dapat meneka apa yang sedang dia fikir. Kosong. Terlalu kosong sampai aku tak tahu nak teka apa apa.

"Nak aku jawab ke?"

Aku angguk. Aku yang bertanya mestilah aku nak jawapannya.

Malangnya sebelum sempat Adri jawab, telefonnya berbunyi. Adri kerling ke arah skrin sebelum dia bangun dan keluar. Aku pun tak terasa nak halang. Adri pun ada privasinya sendiri.

Tak lama kemudian dia masuk semula. Kali ini riak wajahnya berbeza. Nampak muram. Hilang cahaya kegembiraannya tadi.

"Sorry. Ayah aku"

Aku tak tanya pun. Sekurang kurangnya aku tak fikir bukan bukan bila dia jawab panggilan di tempat lain.

"Can I say something?"

"What?" aku menanti.

Adri helas satu nafas panjang. Dari halkumnya yang naik turun, aku tahu dia nervous. Buat aku lagi tertanya tanya apa yang dia nak cakap sebentar lagi.

"Kahwin dengan aku"

Tak berkedip aku pandang dia. Terkejut. Tak sangka.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Aku tunggu Adri senyum atau ketawa terbahak bahak sebab dah berjaya prank aku. Tapi tiada. Wajahnya serius. Deadly serious.

Bila aku tengok reaksinya makin buat aku hilang jawapan dalam kepala. Terkejut masih belum hilang. Betul ke apa yang dengar?

Adri. Baru. Lepas. Lamar. Aku.

"Kau terdesak ke macam mana? Aku tahu apa yang kau rasa tapi... secepat ni?"

"Tak"

Senyap.

"Bukan. Aku takut tak sempat. Masa yang kita ada tak panjang"

Aku pula terdiam. Berfikir sejenak untuk menghadam makna ayatnya. Apa yang Adri maksudkan dengan masa kita tak panjang?

"Tak sempat kenapa?" aku bertanya.

Aku tunggu jawapannya. Namun tiada. Adri cuma diam tak jawab soalan aku.

"Kau sakit ke?" aku tanya lagi.

"Tak ada apalah. Sempat kot"

Pula!

"Ri, kita ni muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Lagipun kita baru kenal"

"Aku dah kenal kau dah lama. Aku dah banyak dengar Razman cakap tentang kau dekat aku. Cuma kita tak pernah berjumpa"

"Kita muda lagi!"

"Tapi kita dah cukup umur nak kahwin. Kau dah 16. Aku dah 18"

Degilnya anak orang ni. Patut ke aku siram secebok dua air bunga nak bagi dia kembali ke akal warasnya.

"Masih terlalu muda. Kalau kita kahwin, macam mana nak settle semua benda? Kita masih berlajar" balasku. Membangkang usulnya tadi.

"You can rely on me. Aku boleh jaga kau. Aku janji"

"Ini bukan tentang kau boleh jaga aku atau tak tapi tentang semua benda. Kahwin ni bukan benda kecil. Bukan macam main pondok pondok"

"Aku tahu. Aku serius. Aku tak main main"

Aku tahu dia tak main main. Aku boleh tahu cara Adri bergurau dan serius. Sekarang ini dia betul betul serius. Memaknakan setiap kata katanya.

"Kau tak nak sambung belajar? Aku nak sambung belajar tahu. Ke kau lagi suka aku berhenti dan duduk rumah. Layan kau lepastu jaga anak kau. Macam tu?"

"Tentang tu boleh tunggu. Aku bukan nak kahwin dengan kau sebab nafsu"

"Dah tu? Aku masih underage"

"Aku boleh control"

Nonsense! Kalau dah serumah, dah sebilik dan sebantal sebagainya takkanlah tak cair. Mana ada lelaki normal yang boleh tahan diri tengok perempuan depan mata. Lagi lagi dah halal.

Dia sendiri kata lelaki ni mudah bila ada orang yang disayangi. Nak tunggu aku cukup umur pun kena tunggu dua tahun. Tebal mana iman dalam diri tu?

"Stop Adri. Kau dah jauh sangat melencong. Kita nak buat kerja tahu tak? Bukan kita nak bincang tentang ini"

"Aku sebenarnya-"

"Dah!" aku potong bicaranya.

Aku tenung dia dulu sebelum mula sambung bercakap.

"Aku bagi kau dua pilihan. Kau keluar dari sini atau fokus buat kerja"

Adri diam. Pandangan memberat. Sarat dengan perasaan. Mungkin aku dah remukkan hati lelakinya lagi.

"We continue" Adri menjawab perlahan.

Dia tarik semula buku dan mula tunduk. Riak matanya kosong. Jelas nampak dia sedih dengan penolakanku. Tapi untuk aku mohon maaf padanya bibir terasa berat. Sangat berat.

Seolah olah ego aku akan hancur musnah andai aku ungkapkan perkataan maaf atau 'sorry' depan dia.

Maka aku biarkan Adri diselubungi kesedihan yang tanpa aku tahu besar mana batu halimunan yang telah menghempap dirinya. Besar mana beban yang sedang dia alami.

Kerja kami habis di petang itu juga. Adri minta aku pegang semua nota yang kami buat. Dia hari presentation, dia tiada.

Tak hadir.

Kerusinya kosong. Di hari itu sudah masuk hari kedua dia tak hadir. Aku hantar mesej bertanya keberadaannya, tak berbalas.

Hanya satu tick. Tanda Adri menutup internetnya atau off phone. Kali terakhir lelaki itu online pun di hari dia datang ke rumah aku untuk buat kerja bersama.

Adri, aku minta maaf!

»»————- ♡ ————-««

♔ NAUFAL ADRI ♔

Terasa helaian kertas terbang menampar muka. Tak sakit tapi yang sakit cuma hati. Seolah olah ada aliran untuk tamparan itu terus mengenai hati.

"Apa semua ni Naufal Adri? Dah jadi stalker?"

Mata turun pandang lantai. Bertabur gambar Nuha yang aku print di atas kertas. Aku tampal di dinding depan meja belajar aku. Berganti dengan nota pelbagai tulisan dan warna highlight.

Tiap kali aku study mesti aku akan ambil masa untuk berehat. Yang aku buat cuma duduk bersandar dan pandang gambar Nuha satu per satu hingga letih aku hilang sebelum aku sambung semula.

Waktu kes dia diserang Imran tempoh hari aku dapat getah rambutnya. Aku masih simpan. Ada di atas nightstand. Kalau orang masuk mesti dia fikir aku simpan perempuan.

Scrunchie Nuha warna ungu terang. Jelas kelihatan kalau aku menapak masuk dalam bilik.

Aku tegakkan kepala. Kini pandangan aku berlaga dengan Mak Cik Salmah. Wanita itu jelas bersimpati dengan aku.

Aku... aku benci muka itu.

Muka simpati. Macam aku ni terlalu lemah nak hidup di dunia ni. Setiap kali Hashim marah aku depan dia mesti dia akan tunjuk wajah simpatinya.

Aku tahu dia tahu tentang itu walau aku tak pernah cerita apa apa. Dia yang kemas bilik aku. Kadang kala aku tengok buku aku beralih tempat. Sama ada di rak atau di atas meja.

Mestilah dia dah nampak semuanya. List yang aku buat tentang apa yang Nuha suka. Gambar gambarnya. Getah rambutnya di nightstand.

"Kau bercinta ke dengan budak tu?"

"Tak"

"Habis tu apa semua ni?" naik seoktaf suara Hashim.

Mujur rumah ni besar dan ada jarak dari satu rumah ke rumah lain. Kalau macam rumah teres yang cuma bersambung dinding agaknya satu taman kosong sebab dengar Hashim selalu bertempik.

Aku tak jawab soalannya. Aku yakin Hashim pun tahu.

"Kau suka dia?"

Aku dah agak dah. Pasti dia faham.

"Aku hantar kau sekolah untuk kau belajar bukan jadi stalker. Dah tak ada kerja lain ke?"

"Hashim, sudahlah tu" Mak Cik Salmah mencelah.

Aku nampak Hashim pusingkan tubuhnya dan pandang Mak Cik Salmah. Penuh kemarahan.

"Kau diam. Ini anak aku. Tahulah aku nak jaga dia. Jangan fikir kau bekas isteri aku, kau boleh nak tentukan hidup aku" kata Hashim. Memberi amaran.

"Kau fikir itu anak kau aje. Adri itu anak aku juga. Aku pernah jaga dia waktu dia bayi. Aku yang besarkan dia sampai sekarang. Dia bukan anak kau. Kau tak pernah ada untuk dia selama ni"

"Aku kerja Salmah! Aku nak cari duit. Nak bagi budak tak guna ni hidup"

"Kau jaga mulut kau Hashim" Mak Cik Salmah melawan.

Tak kurang marah juga Mak Cik Salmah. Setingkat Hashim tinggikan suara bertingkat tingkat suaranya melengking tinggi.

Pemandangan yang tak asing. Aku membesar begini. Aku dah tak pelik. Dah lali.

"Dia ni bawa malang tahu tak? Sebab dia semua benda musnah. Aku hilang semua termasuk isteri aku" Hashim jeling aku.

Dia masih letakkan kesalahan itu atas bahu aku. Jadikan aku punca Fatima pergi tinggalkan kami semua.

"Kau cuma hilang seorang isteri Hashim. Dia dah hilang seorang ibu"

Hampir berhenti berdenyut jantung aku bila Mak Cik Salmah cakap macam tu. Betul betul menyuarakan apa yang aku tak mampu zahirkan melalui kata kata.

"Dia dah besar. Tak salah untuk dia nak berpasangan. Biarlah dia bahagia. Janganlah kau hancurkan anak kau sendiri" kata Mak Cik Salmah.

"Aku tak hancurkan dia"

"Kau hancurkan dia. Cuma mata kau yang buta. Yang kau nampak cuma kesalahan dan takdir Allah yang di luar kemampuan dia"

Hashim mendengus.

"Selama aku besarkan dia, sekali pun aku tak pernah tengok dia gembira sebab mak dia mati. Tak pernah langsung. Cubalah lembutkan hati kau tu untuk terima dia. Adri tu tetap anak kau. Nama dia berbinkan nama kau"

"Aku tak ada anak haram"

Ikutkan hati aku mahu tutup semua mulut manusia yang ada di rumah ini. Aku tak nak dengar satu patah perkataan pun. Cukuplah remukkan hati aku.

Tak cukup ke dengan Nuha tolak aku untuk menikah dengan dia?

Aku dah cukup sakit. Beberapa hari ini aku murung. Terperap dalam bilik. Makan pun bila aku teringat.

Macam biasa, aku habiskan masa main game. Dari pagi sampai petang. Tidur sekejap sebelum sambung sampai malam atau tengah malam. Kadang sampai awal pagi.

Aku nak lupakan sakit yang aku sedang alami. Aku nak lupakan semuanya.

"Memang patut aku ceraikan kau Salmah"

"Memang patut aku diceraikan kau Hashim. Aku takkan terima kalau aku ada suami macam kau. Aku bersyukur diceraikan"

Mereka memang tak nak berhenti bergaduh ke? Mereka buat seolah olah aku tiada di sini.

"Pa" aku memanggil.

Dua kepala pandang aku. Mungkin tak sangka aku akan bersuara setelah membisu dari tadi.

"Saya suka Nuha. Saya nak kahwin dengan dia"

Bukan jawapan Hashim yang aku terima tapi tapak tangannya di muka aku.

Terasa kebas sebelah muka. Kepala aku tertoleh ke kanan. Tak sampai sesaat aku rasa tempat tamparannya mulai panas.

"Ridiculous! You're just 18"

"I still want to marry her" aku berkeras.

Aku tak mahu hilang Nuha. Aku nampak dia bawa cahaya dalam hidup aku. Mungkin Allah hantar dia untuk bahagiakan aku di hari hari terakhir aku.

Mungkin masa aku pendek. Mungkin masih panjang. Tapi aku tak peduli.

Aku mahukan Arzalna Nuha.

"Siapa nama dia?"

"Arzalna Nuha binti Muhammad Qhuzair"

"Aku tak kenal ayah dia"

"Cucu Ahmad Razman" aku membalas.

Reaksi muka Hashim berubah. Takkan dia tak tahu aku ada hubungan baik dengan Razman dah bertahun tahun.

"Razman?"

Harap dia akan terima proposal aku yang tak masuk akal ini.

"Aku tak setuju" kata Hashim.

Remuk!

Dah jadi macam drama Akasia. Cinta tak direstui keluarga dan cinta ditolak si heroin. Lepas ni hero nak buat apa? Nak bagi masalah besar mana lagi.

Soalan Nuha buat aku terfikir berhari hari. Dan sekarang aku yakin. Sangat yakin yang aku sudah jatuh sayang padanya.

Ini rupanya yang menganggu perasaan setiap kali aku pandang dia. Rasa yang aku tak mahu kehilangannya. Perasaan yang aku cuma mahu dia jadi milik aku seorang.

Takkan tak jatuh sayang kalau nak nampak orangnya setiap hari. Mendengar suara halusnya. Dapat lihat senyumannya dan menikmati tawa indahnya. Tatap gambarnya setiap hari.

Aku yakin yang aku dah sayangkan dia.

Cuma perlu masa selama lima bulan. Cuma lima bulan aku dah jatuh untuknya sedalam ini.

Demi dia... Aku sanggup untuk buat apa saja.

Aku rendahkan tubuh. Dua dua lutut aku turunkan ke lantai. Aku pegang erat kaki Hashim.

"Saya merayu. Saya betul betul nakkan dia"

Demi Nuha. Aku sanggup merayu dan melutut.

"Saya tak nak hilang dia" sambungku. Ada getaran dalam suaraku. Menahan rasa sesak dalam dada.

"Eh! Kau gila ke?" Hashim menjauhkan diri dari aku.

Cepat cepat aku peluk erat kakinya. Tak mahu melepaskan. Aku kini sudah berada di tahap terbawah dalam hidup aku. Aku dah jatuh sedalam dalamnya.

"Saya sanggup ikut apa aje yang papa nak. Just say it. Everything. Anything. Even my soul"

"Everything?"

Aku dongak pandang Hashim. Aku yakin dia boleh nampak mata aku mula berkaca kaca.

"Everything pa. Everything"

"Kau suka diakan?"

Laju aku angguk.

"Kau kena lupakan dia. Dia tak layak untuk kau"

"Pa!"

"Hashim!"

Maka gugurlah air mataku. Hangat menuruni pipi. Menangisi hati yang tiada tempat lagi untuk mengisi luka.

Sekarang ini, aku betul betul hancur.

"Aku nak kau berhenti. Sambung study dekat luar negara. Jangan jumpa dengan dia lagi"

"Ri tak nak pa" aku geleng.

Tak tertanggung sakit dalam dada bila aku bayangkan Nuha bahagia dengan orang lain. Tak terbayang Nuha berada dalam pelukan lelaki lain.

"Apa lebihnya budak mentah tu? Kau tu tak layak untuk bahagia. Lepas semua masalah kau dah buat dalam keluarga aku, kau nak hidup bahagia? Aku takkan bagi kau bahagia. Dan jangn fikir aku nak terima dia jadi menantu aku"

"Saya merayu pa. Papa boleh potong elaun saya. Tarik balik kereta dengan motor. Papa boleh ambil kad saya. Papa boleh halau saya keluar tapi jangan-"

Terluah ayat aku. Tersekat sekat kerana aku mula teresak esak.

"Saya... Saya dah sayangkan dia. Jangan pisahkan saya dengan Nuha. Saya merayu"

"No use Naufal Adri. My command to you were nothing. Kau takkan pernah dengar cakap aku. Kau bukan anak aku"

Aku tahu kenyataan tapi tak perlu nak ulang banyak kali. Cukuplah dengan apa yang aku rasa sekarang ni.

Maruah aku dah letak di bawah kaki. Dipijak lumat bagai tiada belas. Merendahkan ego serendah rendahnya.

Aku melutut dan merayu. Menangis teresak esak di depannya kerana seorang perempuan. Hanya kerana Nuha.

"Saya merayu pada papa" rayuku.

Hashim pandang aku bagai tiada rasa. Kakinya sengaja digerakkan ke depan dan belakang untuk melepaskan peganganku. Sesekali mengenai tubuhku.

"Just this time pa. Saya dah ikut semua yang papa nak. Just this time. I want her so much"

Aku tarik nafas dalam dalam.

"Saya dah stop main piano untuk papa. Saya dah ambil semua subjek dekat sekolah untuk papa. Saya- saya dah tinggalkan Eisya sebelum ni untuk papa"

Makin hancur bila aku teringat aku pindah sekolah waktu aku lima belas tahun. Gara gara kantoi aku menyukai rakan sekelas aku sendiri.

Eisya Maisarah. Gadis manis berkulit sawo matang. Kesan dari berjemur di tengah panas akibat berlatih bola jaring. Seorang atlet sekolah. Bertudung dan cantik.

Kali terakhir aku jumpa dia, ketinggiannya di bawah dagu aku. Sekarang pasti aku lebih tinggi darinya.

Kerana Hashim tak sukakan Eisya. Maka Hashim mengatakan kami tak sepadan. Tak kena dengan keturunan.

Hashim memisahkan kami. Aku dipindahkan. Aku sempat menyuarakan isi hati aku padanya namun lebih menyakitkan bila perasaan aku ditolak bulat bulat.

"I promise I'll agree to proceed the operation. I promise I'll take the medicine every day" kepalaku tertunduk.

Lemah. Tiada daya.

"I'll do the check up every month" aku tabur janji lagi.

Sepenuh hati aku harap Hashim akan lembut hati dan benarkan aku terus dengan Nuha. Aku tak mahu dipisahkan lagi.

"Okay, papa bagi"

Terdongak kepala aku. Teruja.

"But until I say so. If I found the right one for you, you need to leave her"

Aku tak angguk dan aku tak geleng.

Sepatutnya aku sedar diri yang aku takkan boleh lari darinya. Kaki aku dah terikat. Aku takkan mampu lari jauh.

"And second, you'll do everything I told"

Aku pandang Mak Cik Salmah. Pipinya dah basah dengan air mata.

"I'll do everything you told" aku setuju dengan syarat kedua.

Tapi tidak untuk syarat pertama.

Untuk aku hancurkan perasaan Nuha adalah jauh sekali dari fikiran warasku. Aku mahu bahagiakan dia dan aku bahagia bersamanya.

Andai perlu, aku akan lakukan lagi. Without hesitation.

Kelakar bila aku fikir semula. Kerana seorang perempuan, ranap ego dan harga diri aku sebagai seorang lelaki. Air mata terlihat begitu murah.

Hanya kerana seorang perempuan.

.。❅*⋆⍋*∞*。*∞*⍋⋆*❅。.

  




Continue Reading

You'll Also Like

885K 35.8K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
325K 8.9K 59
Dia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki...
32K 1.1K 58
Harris MΓ©rieux, seorang pewaris mafia Perancis dipertemukan dengan Alisa Areena, seorang gadis yang hanya mempunyai hidup normal. Siapa sangka gadis...
132K 3.6K 41
Be mine flower... ~Afeeq Izyad~ AFEEQ IZYAD: Dia jejaka yang berkacukan Italy dan CEO kpda IZ's holding.seorg yg dingin,beku,dan tegas.Wala...