Thriller : Wais Ayden ✓

By dsyaf_

395K 34.4K 3.2K

Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia buk... More

AKAN DATANG
1 | Yang ke-999
2 | Misi
3 | Dimulakan
4 | Agama Islam
5 | Red Is Back
6 | Suasana
7 | Tuan Ran
8 | Serbuan
9 | Hampir Tertangkap
10 | Mimpi
11 | Hazril
12 | Keliru
13 | Puasa
14 | Lawatan Mesra
15 | Bom
16 | Wallpaper
17 | Majlis
18 | Kejutan
19 | Flashback
20 | Semakin Hampir
21 | Dalam Bahaya
22 | Sekali Lagi
23 | Gagal
24 | Senyum
25 | Amarah
26 | Hebat
27 | Raya
28 | Nur
29 | Pecah Rahsia
30 | Rimas
31 | Sempit
32 | Melawat
33 | Hayat
34 | Sakit
35 | Kali Terakhir
36 | Bang Bang!
37 | Jauh
38 | Rahsia
39 | Air Mata
40 | Hutan
41 | Risau
42 | Emosi
43 | Rakit
44 | Perasaan
45 | Marwah
46 | Kehadiran Marleeq
48 | Percaya
49 | Terbongkar
50 | Ditipu
51 | Telah Tiba
52 | Licik
53 | Perjuangan
54 | Rahsia
55 | Tangisan

47 | Terkedu

6K 567 52
By dsyaf_

Mata dibuka luas. Cahaya yang menerobos ke dalam mata membuatkan mata bundarnya terkedip beberapa kali.

Seingatnya, semalam pandangannya kelam selepas ditembak sebanyak dua kali. Baru sahaja tubuhnya digerak sedikit sudah terasa pedih.

"Ssss..." Sakit. Terasa balutan tebal dibelakang badan.

Tiba-tiba pintu dikuak, sudahlah dia tidak memakai tudung. Sebaik sahaja susuk tubuh itu menapak dengan lebih dekat, Marwah terkedu.

Dia sedang bermimpi atau ini hanya ilusi?

"Abang rindu adik." Tubuhnya dipeluk sedikit.

Marwah masih terkedu dalam baringannya. Adakah ini abang kandungnya? Kenapa tiba-tiba abangnya muncul?

"Kau fikir apa? Aku Marleeq lah, abang kau."

"Mar...leeq?"

Laju kepala Marleeq mengangguk tanda ya. Tidak sangka adiknya yang dahulu selekeh dan serabai boleh jadi secantik ini.

Marwah masih menayang muka tidak percaya. Semuanya seperti tiba-tiba. Siapa sahaja yang akan percaya bukan?

Marleeq mengeluh, baju diselak lalu parut ditunjuk.

"Nah bukti."

Sekali lagi Marwah terkedu, benar. Dia kenal parut itu. Parut ketika abangnya dihalau keluar dari rumah. Perlahan-lahan matanya berkaca memandang Marleeq.

"Sekarang kau percaya aku kan dik?" Marleeq menggosok kepala Marwah sebelum tersenyum.

"Kau pergi mana bang?..." Soal Marwah perlahan.

Marleeq terdiam, mata memandang Marwah.

"Abang ada selalu dengan kau cuma kau je yang tak perasan." Jawapan selamat.

Suasana sepi, hanya bunyi burung yang berterbangan diluar dan bunyi tapak kaki manusia berlaga dengan lantai. Marwah memandang Marleeq, begitu juga Marleeq memandang Marwah.

"Abah dengan ibu dah tak ada bang." Beritahu Marwah. Baju Marleeq digenggam.

Mata Marleeq masih memandang ke arah tingkap. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Dia tahu abah dan ibu sudah meninggal, bahkan dia tahu siapa pembunuhnya.

"Sudah Marwah, abang tak nak dengar kau cakap pasal arwah abah dan ibu."

Marleeq melepaskan genggaman tangan Marwah di bajunya. Terkedu Marwah dibuatnya.

"Abang masih marah?"

Mengenangkan kejadian beberapa tahun yang lalu, siapa sahaja tidak marah? Siapa sahaja tidak sedih? Bila dibuang keluarga sendiri.

Soalan Marwah dibiar sepi tanpa jawapan.

"Kalau abang masih marah dengan arwah, padamkanlah rasa tu. Mereka menyesal, abah dengan ibu dulu bersungguh cari kau bang."

Urat mula timbul dipergelangan dan dahi milik Marleeq. Kakinya masih statik berdiri, menunggu kata-kata Marwah.

"Abah dengan ibu sayang kau bang."

"Sayang?" Sinis Marleeq sambil memusingkan memandang Marwah.

"Kalau sayang dia orang tak kan halau aku dik! Kau tak tahu macam mana aku merempat tepi jalan sebab nak cari alas perut!" Tengking Marleeq tidak tahan.

"Lama aku pendam Marwah, lama! Kau ingat senang ke aku nak hidup dekat luar tu? Tak! Aku minta sedekah demi sesuap nasi. Aku menangis bawah jambatan. Aku sanggup jadi tokan dadah sebab nak sara diri."

Air mata jantannya mengalir. Sakit, sangat sakit.

"Kau tak tahu Marwah, betapa aku berusaha untuk hidup. Kau kata mereka sayang? Mana buktinya? Mana?!"

Marwah mengemam bibir, teresak-esak dirinya mendengar luahan Marleeq.

"Aku demam. Aku sakit. Mana ibu? Mana abah? Tak ada Marwah. Mereka tak ada... Tsk, tsk."

"Sekarang bila aku dah berjaya, aku ada duit sendiri. Senang-senang aku nak maafkan mereka? Tak Marwah. Susah! Walau dia orang dah mati sekali pun, rasa sakit tu tetap ada. Luka tu tetap ada. Jadi jangan minta aku untuk buat sesuatu yang aku sendiri tak nak. "

Mata dipejam rapat oleh Marwah. Perit mendengar luahan si abang. Rasa seperti seorang adik yang tidak berguna.

"Untuk maafkan mereka, maaf. Aku tak boleh."

Terus Marleeq berlalu keluar dari wad milik Marwah.

"Macam mana kau buat bang?!" Soal Marwah teruja apabila si abang lincah memasukkan code code untuk memecahkan masuk security bank.

"Shuu..! Kau janganlah jerit, nanti abah ibu dengarlah." Jari telunjuk diletakkan didepan bibir memberi isyarat diam.

"Sorry-sorry, adik teruja!" Marleeq menjenggilkan mata ke arah adiknya apabila Marwah sekali lagi menjerit.

"Ish! Diamlah, kalau tak kau keluar dari bilik abang."

Marwah membuat wajah comel tanda janganlah. Marleeq kembali fokus. Sekarang sistem yang dipecah masuk baru 50%. Mata Marwah teruja memanjang bar hijau yang bergerak.

"Kali ni abang hack apa?"

"Bank negara." Selamba Marleeq menjawab.

"Woah..." Teruja Marwah. Sejak kecil Marwah sudah tanam dalam diri, kelak besar nanti dia masuk menjadi seperti abangnya.

Sedang leka dua beradik itu memerhati laptop si abang, tiba-tiba pintu bilik Marleeq ditolak kuat.

"Fatheh Marleeq!" Tengkingan abah membuatkan Marleeq kalut-kakut menutup laptop.

"Kamu hack bank negara? Kamu bodoh ke?!"

Marwah bergerak menjauhi abangnya. Wajah abah menyinga dipandang.

"Kamu sedar tak abah ni siapa Marleeq?!"

Abangnya hanya menunduk memandang lantai. Ini sudah kali ketiga abangnya ditangkap. Sebelum ni abah sudah memberi amaran.

"Aku kecewa Marleeq! Aku besarkan kau untuk kau jaga negara ni! Benda yang aku tak sangka, kau nak jual maklumat negara?!"

Abah mengangkat cip kecil itu. Terkedu Marwah, dia tidak tahu abangnya sejauh ini dalam dunia hack.

"Apa duit abah bagi tak cukup ke Marleeq?" Suara abah mula mengendur.

"Aku dah bagi peluang Marleeq, kau tetap degilkan?!"

Tanpa amaran abah menerpa ke arah abangnya. Marwah terjerit melihat abangnya dipukul oleh abah. Ibu yang berada diluar bilik hanya membiar dengan mata berkaca.

Kecewa dengan anak teruna mereka. Dia dan Malik menjaga nama negara, tetapi anak sendiri mahu hancurkan negara. Sangat mengecewakan.

"Sakit bah! Marleeq tak buat dah!"

Jeritan abangnya bergema memenuhi rumah agam mereka. Bunyi libasan di dalam bilik membuatkan Marwah tidak senang duduk. Abah jarang memukul mereka.

Buk!

"Kau keluar dari rumah ni!"

"Aku tak ada anak penjenayah macam kau! Buat malu aku!"

Sebaik sahaja pintu wad Marwah ditutup. Marleeq pantas mengelap air matanya sebelum senyuman diukir.

Dia tetap akan jaga keluarganya yang berharga. Senyuman manis bertukar sinis. Masa itu telah tiba, dan cip miliknya harus diambil kembali.

"Tch, bodoh." Ucapnya sendiri dan berlalu pergi meninggalkan wad Marwah.

***

Continue Reading

You'll Also Like

14.5K 1.9K 60
★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa b...
1.6K 148 22
Darya menjengket kaki sebelum mengusap rambut Aryan, "Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan nakkan dia" "Macam kalau dia tak rasa apa yang Aryan r...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
197K 6.1K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...