Rise of The Greatest Heroes |...

Oleh aimyzqz

537 55 104

Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli menda... Lebih Banyak

Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin
Chapter 1:A Secret Power
Chapter 2:A Will and The Truth
Chapter 3:The Protector
Chapter 4: Unexpected Reunion
Chapter 5: Yuzuki's Trial
Chapter 6: Declaration Of War
Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies
Chapter 8:The Seventh Seat
Chapter 9:To Kyoto Trip!
Chapter 10:Surpass Our Limit
Chapter 11:Medusa
Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight
Chapter 13:Duel Of Strength
Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!
Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision
Chapter 16:The Battle Begins!
Chapter 17: Bonds
Chapter 18:Greed
Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin
Chapter 20: Metamorphosis
Chapter 21:True Intention
Chapter 22:One Last Time
Chapter 23:World-Level Capabilities
Chapter 24:Yuzuki vs Musashi
Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu

11 2 4
Oleh aimyzqz

*Notes:semua karakter yg author guna tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Cerita ini hanya lah rekaan semata-mata.Semua visual/imej yang digunakan diambil dari Pinterest dan bertujuan sebagai ilustrasi.*

______________________________________

Di awal cuti penggal pertama,sebelum peperiksaan bermula.Kebanyakkan pelajar pulang ke kediaman masing-masing untuk mengulang-kaji.

Akan tetapi,penghuni Dorm Grace ambil keputusan untuk tinggal di Dorm Sekolah kecuali Naoh dan Miyuki.

Jam menunjukkan pukul 9 malam.Matsumi,Asuna,Hachiro,Ryuki dan Fumiya sedang duduk dihadapan Televisyen.Ayame berada di dapur manakala Yuzuki sedang mandi oleh kerana baru sahaja pulang dari latihan fizikalnya sempena Hari festival sukan yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Pukul 11 malam nanti ada rancangan seram dekat TV."

Kata Hachiro sambil membaca surat khabar tentang rancangan di saluran televisyen Jepun.

Disitulah,munculnya idea di dalam minda Fumiya.

"Weh,korang tau tak? Akademi ni ada kisah tersendiri tauuu~"

Kata Fumiya.

"Kau biar betul??"

Soal Asuna.

"Tak heran lah.Sekolah ni pun dah berapa tahun.Memandangkan kita pun pelajar generasi ke 92."

Balas Hachiro.

"Aku pernah dengar.Sekolah Tinggi Akademi Shinjyu juga terkenal dengan kisah-kisah misteri.Semuanya dari pelajar-pelajar yang pernah bersekolah dekat sini.Ada jugak kisah dari guru-guru dan semua khabar angin tu berkait rapat sampailah wujudnya,Tujuh Kisah Misteri Di Shinjyu."

Kata Ayame setelah mendengar perbualan mereka.
Suasana menjadi suram seketika.

"Macam mana kau tahu??"

Soal Hachiro.

"Aku kan dalam badan majlis pelajar,aku tahu lahh."

Balas Ayame.

"Apa kata kita kumpul balik dekat sini pukul 11:50.Kita dengar kisah seram masing-masing.Aku pergi ajak Yuzuki sekali nanti."

Fumiya memberikan cadangan.Mereka lalu bersetuju lalu bersurai.Mereka semua menyibukkan diri dengan melakukan kerja rutin sehinggalah hampir larut malam.

Mereka semua berkumpul di meja makan.Ryuki menyalakan lilin dengan kuasa api nya.Lampu pun lalu ditutup.

"Mana Yuzuki??"

Soal Ayame.

"Haihh itulah.."

Keluh Fumiya.

______________________________________

"Jom lah Yuzuki...Mesti seronok nanti."

Kata Fumiya ingin mengajak Yuzuki.Namun Yuzuki menolak.

"Taknak lah...karut je lah.Tak wujud pun semua tu.Tu semua cerita rekaan untuk takutkan junior yang selalu berjaga sampai lewat malam.Baik aku tido."

Yuzuki lalu menutup pintu biliknya.

______________________________________

"Macam tulah ceritanya..."

Kata Fumiya.

"Haihh..takpelah.Biarlah dia tidur."

Balas Ayame.

Setelah duduk di tempat mereka.Maka cerita seram pun bermula.

"Rasa seram sejuk tiba-tiba pulak bila duduk macam ni dalam gelap."

Kata Matsumi.

"Okay.Sekarang kita mulakan dengan kisah misteri Shinjyu yang pertama....."

______________________________________

Kisah Misteri Shinjyu yang pertama:Piano Usang.


Dahulu,semasa nama Pandora masih lagi digunakan,ada 7 kisah misteri yang selalu dihantui oleh pelajar Pandora.Salah satunya,ada khabar angin dari kalangan pelajar bahawa mereka pernah mendengar alunan muzik piano yang dimainkan di Bilik Muzik pada jam 12 tengah malam.Dikatakan,roh seorang lelaki selalu kelihatan bermain piano usang yang ada di penjuru bilik tersebut.Ini membuatkan sebilangan pelajar tidak berani menyentuh piano usang tersebut.

Beberapa orang pelajar baru sahaja habis mengulang kaji di perpustakaan.Waktu di jam menunjukkan hampir larut malam.

"Weh,aku rasa aku tertinggal dompet aku dekat bilik muzik lah."

Kata Matsumi.

"Lahh,macam mana boleh sampai situ??"

Soal Hachiro.

"Mungkin tercicir masa kelas muzik tadi.Jom teman aku."

Balas Matsumi.

"Kenapa kita ambik esok je."

Kata Fumiya sambil mengeluh.

Mereka lalu berlari anak pergi kearah Bilik Muzik.Belum sampai di pintu bilik,terdengar bunyi alunan piano membuatkan mereka tersentak seketika.

"Ehh..ada lagi ke orang dalam bilik muzik masa macam ni??"

Soal Matsumi dengan perasaan tertanya-tanya.

Mereka bertiga pun bercadang untuk melihat siapakah yang berada dalam Bilik Muzik sambil bermain piano ketika itu.Sebaik sahaja mereka melihat dari tingkap kaca yang berada di pintu bilik,kelihatan seorang lelaki bertubuh lebih kurang dua kali ganda lebih besar dari ketinggian mereka sedang duduk bermain piano yang sebenarnya sudah lama rosak dan tidak dibaiki.Lelaki tersebut mengenakan kot hitam seperti seorang pengantin.Mereka lalu terkejut setelah menyaksikan kejadian tersebut.

"Weh...apa tu.."

Kata Matsumi.

Selangkah demi selangkah mereka menjauhi pintu bilik.Tiba-tiba sahaja,lelaki itu memandang mereka bertiga.Kelihatan wajahnya yang separuh hancur seperti dihempap sesuatu yang berat.Matanya merah menyala dan kelihatan bengis.Air mata darah menitik di atas lantai.Setelah itu,mereka bertiga berlari pulang ke rumah dengan ketakutan sambil menangis.Sejak itu,tiada sesiapa yang dibenarkan mendekati Bilik Muzik selepas pukul 4 petang.Alunan muzik piano usang tersebut masih lagi dapat didengari di sekitar kawasan sekolah tepat pukul 12 malam sehingga hari ini.

______________________________________

"Kalau itu aku lah...aku dah lama terkencing dekat situ."

Kata Fumiya.

"Hmm..boleh tahan seram jugak."

Balas Ryuki.

"Untuk yang kedua aku tak tahu."

Balas Ayame.

Mereka lalu memandang Ayame.

"Lahh habistu??"

Soal Hachiro dengan perasaan hampa.

"Aku ada dengar lagi satu cerita."

Kata Asuna pula.Dia lalu mulakan ceritanya.

"Cerita dia macam ni...."

______________________________________

Kisah Misteri Shinjyu Kedua:Tangga.


Korang tau tak? Tangga ketiga dekat hujung bangunan utama.Pelajar gelar tangga ni sebagai tangga untuk ke alam roh.Disebabkan khabar angin ni,jarang ada orang lalu tangga tu.Dikatakan sesiapa yang berjalan naik tangga tu sambil kira anak tangga akan temui anak tangga yang ke 12 pada waktu tengah malam.Sesiapa yang melepasi anak tangga ke-12 tu,secara rasminya telah masuk ke alam roh.

"Yuzuki....teman aku pergi tandas boleh??"

Kata Naoh.

"Lahh kenapa pulak??"

Soal Yuzuki berasa hairan.

"Haishh...Ni.."

Balas Naoh sambil menuding jari kearah punggungnya.Yuzuki terpaksa akur sahaja dan menemani Naoh.

"Ye lah ye lah.."

Semasa mereka tiba di tandas,Naoh terus berlari masuk kedalam.Manakala Yuzuki menunggunya dari luar.

Tiba-tiba sahaja,dia terlihat tangga yang betul-betul berada disebelah tandas.

"Kejap...ni tangga yang ketiga kan? yang ada khabar angin tu?"

Monolog Yuzuki.

Rasa ingin tahu dalam diri pelajar tu makin membuak-buak.Dia pun berjalan kearah tangga tu untuk membuktikan yang khabar angin itu tak benar.

"Ceh..Mana ada tangga ke alam roh."

Kata Yuzuki.Dia lalu menaiki tangga tersebut sambil mengira bilangan anak tangga tersebut.Bilangan anak tangga berakhir pada angka 11.

"Aku dah agak.Mana ada benda macam dalam dunia ni."

Kata Yuzuki.

Tiba-tiba sahaja,dua buah anak tangga muncul di hadapannya.

"Ehh kenapa tiba-tiba lebih ni?"

Soal Yuzuki.Dia lantas turun semula dan mengira anak tangga dari bawah.

"13??"

Dia mula mengira semula.Kali ini,nombornya berkurang.

"10!?"

Dia mula berasa gelisah.Semakin dia mengira anak tangga tersebut,semakin berubah bilangan anak tangga setiap kali Yuzuki habis mengira.

"11?? Macam mana boleh berubah-ubah ni!?"

Dia mula berasa geram lalu menaiki tangga tersebut sambil mengira bilangan anak tangga.

"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11—12!"

Bilangan anak tangga tamat di anak tangga ke 12.Yuzuki kini berada di tingkat atas.

Suasana kelihatan sangat gelap tanpa ada pancaran cahaya bulan.

Sebaik sahaja Yuzuki ingin turun semula, pergerakkannya tiba-tiba disekat.Seperti ada seseorang yang menahan kakinya.Dia mula berasa resah.Bulu romanya mencanak naik.Peluh mula mengalir keluar.

Apabila dia memandang ke bawah,kelihatan seperti tangan yang panjang berwarna hitam gelap memegang kedua-dua kakinya.Yuzuki dengan keadaan ketakutan menoleh kebelakang.Dia terkejut setelah melihat banyak mata merah menyala yang memerhatikannya.Semuanya ada 12 pasang mata.

Yuzuki lalu ditarik.Dia menjerit namun tiada sesiapa yang mendengarnya.Yuzuki terus hilang di dalam kegelapan tersebut.

"Eh ...Mana Yuzuki??"

Soal Naoh yang baru sahaja selesai membuang air.

Sejak haritu,bilangan anak tangga bertambah satu lagi anak tangga dan berakhir pada anak tangga ke-13, muncul tepat jam tengah malam.

______________________________________

"Rasanya ni paling seram setakat."

Kata Hachiro sambil memeluk tubuhnya.

"Cuba bayangkan ada banyak mata yang memandang dari gelap...fuhh"

Kata Asuna.

"Tapi kalau nak bandingkan dengan kisah misteri ketiga pulak,rasanya yang ketiga lagi seram."

Kata Hachiro.

"Ceritalah..."

Mereka semua lalu menumpukan perhatian kearah Hachiro.

"Okay...apa yang aku dengar.."

______________________________________

Kisah Misteri Shinjyu yang ketiga: Candy-Man.

Asalnya,Candy-Man adalah salah satu permainan memanggil hantu yang popular di barat.Cara permainannya,pemain harus bersembunyi sehingga pagi selepas menyeru namanya sebanyak tiga kali,roh yang digelar 'Candy-Man' akan menjelma dan mencari anda-

______________________________________

"Ehh tu bukan ke mitos barat? ada jugak ke orang amalkan dekat sini??"

Soal Ayame.

"Sekolah kita kan antarabangsa.."

Balas Hachiro.

"Tapi takdelah seram mana...sebabkan semua dah tahu pasal permainan tu."

Kata Ryuki.

"Entahlah..bagi aku seram jugak.Yelah maksud aku,'benda' tu buru kau kot sampai pagi."

Balas Hachiro.

"Jadi ada sesiapa yang tahu kisah keempat?"

Soal Matsumi.

"Aku ada,dan yang pastinya agak seram jugak lah."

Kata Ryuki.

______________________________________

Kisah Misteri Shinjyu Keempat:Cik Hanako.

Siapa je taktahu,Lagenda Hanako.Roh pelajar perempuan yang mati ketika berada di tandas wanita.Ada beberapa versi untuk lagenda ni.Ada yang kata dia bunuh diri.Ada yang kata dia dibunuh dengan kejam setelah diperkosa oleh lelaki.Tiada siapa yang tahu kesahihannya.

Sesiapa yang mengetuk pintu tandas wanita yang terletak di hujung sebanyak tiga kali sambil memanggil 'Hanako-San,Adakah awak disitu?' ,akan kedengaran suara wanita yang menjawab.Jika perkara tersebut berlaku,roh Hanako akan menarik dan membawa anda bersamanya ke Neraka.

"Asuna,Kau ingat tak pasal lagenda Hanako?"

Soal Sumire kepada Asuna.

"Biar betul? Kau takkan nak buat betul-betul??"

Balas Asuna dengan rasa ragu-ragu.

"Tengah malam ni,kita pergi tandas sebelah tangga ketiga tu.Ajak lah Matsumi ke."

Balas Sumire.

Pelajar-pelajar perempuan itu langsung berkumpul di tandas bangunan utama seperti yang sudah dirancang.

"Mana Matsumi??"

Soal Sumire.

"Entahlah.. tiba-tiba je dia tak sihat.Ayah dia cakap yang dia meracau sambil menggigil.Macam baru nampak hantu pulak.."

Balas Asuna.

"Takpelah...jom mulakan.."

Sumire dan Asuna lalu memasuki tandas.
Sumire memulakan dengan mengetuk pintu terakhir sambil memanggil nama Hanako sebanyak tiga kali.Namun,tiada apa-apa yang berlaku.

"Ehh...tak ada apa-apa pun..."

Kata Asuna.

"Cehh...buang masa je,menyesal aku percaya apa yang Yuzuki cakap."

Balas Sumire.

Mereka lalu mula berjalan keluar.Belum sempat melangkah keluar dari tandas,tiba-tiba kedengaran bunyi pintu tandas yang perlahan-lahan terbuka.Mereka langsung menoleh dan terkejut setelah menyaksikan perkara yang sedang dilihat oleh mereka.

Terlihat penampakan kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 12 hingga 13 tahun sedang perlahan-lahan keluar dari tandas.Rambutnya yang kelihatan melekit mengurai ke lantai.Baju seragam sekolah yang dikenakannya kelihatan basah dan dipenuhi darah.Mukanya kelihatan amat mengerikan sehinggakan Mereka berdua terduduk dan tergamam.

"Nak ikut saya balik tak?"

Itulah kali terakhir mereka berdua dilihat di sekolah tersebut.Jeritan mereka langsung tidak didengari dari luar tandas.Darah terpecik dan mengalir hampir seluruh lantai tandas wanita.

Tidak lama kemudian,Naoh dan Yuzuki tiba di tandas lelaki bersebelahan tandas wanita.

"Cepat sikit."

Kata Yuzuki sebaik sahaja Naoh berlari menuju ke dalam tandas.Dia kemudiannya terlihat tangga yang berada di sebelah tandas lelaki.

"Kejap...ni tangga yang ketiga kan?"

______________________________________

"Yang ni betul-betul seram.Tak nak cakap banyak.Tapi tak payahlah buat muka masa cerita tu.Seriau aku!"

Kata Fumiya sambil memeluk dirinya.

"Cerita kau macam berkait pulak dengan kisah-kisah sebelum ni."

Kata Ayame.

"Entahlah..makin lama kita cerita satu-satu kisah misteri sekolah ni,makin rasa macam kita tengah alami dalam situasi kisah tu.Aku pulak rasa seram sejuk tiba-tiba."

Balas Matsumi.

"BOO-!!"

Mereka lalu terkejut.Ada juga diantara mereka yang menjerit seketika.Orang yang mengejutkan mereka tidak lain dan bukan adalah Nana.

"M-macam mana Cik Hatsume boleh masuk???"

Soal Hachiro sambil memegang dadanya.

"Ohh tu,Hehe sebab pintu tak kunci.Maaflah sebab buat korang terkejut."

Balas Nana.

"Hampir keluar jiwa dari tubuhku."

Balas Fumiya.

"Biar aku pulak yang cerita kisah-kisah misteri yang seterusnya."

Nana lalu duduk bersama mereka.

"Tolong jangan buat muka masa cerita boleh? Sama je macam si Ryuki ni!"

Balas Fumiya dengan perasaan geram.

"eh?"

Balas Ryuki.

"Tak sekarang,macam mana senior Hatsume tahu kitorang tengah cerita pasal apa?"

Soal Hachiro.Nana langsung tidak mengendahkannya dan terus memulakan ceritanya.

"Dia langsung tak jawab?"

Monolog Hachiro dengan riak wajah kesal.

"Kisah Misteri Shinjyu yang kelima.."

______________________________________

Kisah Misteri Shinjyu Kelima:Makmal

Ingat lagi makmal Sains yang terbakar dulu? Sebenarnya kejadian yang sama pernah terjadi dalam dua belas tahun lepas.Ada seorang pelajar lelaki tahun kedua terperangkap dalam kebakaran tu dan terkorban.Sejak dari tu,roh pelajar tu masih berlegar-legar dia bangunan makmal sambil meminta bantuan.

"Ryuki,lepas guna makmal ni jangan lupa kunci pintu."

Pesan cikgu kepada Ryuki.

Ryuki seorang diri sibuk menyiapkan replika sains untuk di pamerkan di pameran sains sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Alamak,dah lewat.Aku belum makan malam lagi."

Kata Ryuki setelah melihat jam di tangannya.Dia lalu membersihkan makmal dan bersedia untuk pulang.Semasa Ryuki selesai mengunci pintu makmal,dia terhidu sesuatu yang tengik seakan-akan sesuatu sedang terbakar membuatkan matanya pedih.

"Bau apa ni??"

Kata Ryuki sambil menutup hidungnya dengan tangan.

Tiba-tiba sahaja,cahaya perang muncul dari dalam makmal melalui tingkap membuatkan Ryuki berasa gelisah.Tambahan pula,kedengaran seseorang meminta tolong.

"Tolong.!! Tolong..!!"

Suara tersebut kedengaran dari dalam makmal.Pada mulanya Ryuki seolah-olah tidak percaya dan menganggap bahawa ianya imaginasinya sahaja memandangkan dirinya kepenatan dek kerana seharian menyiapkan replika sains miliknya.

Namun sangkaannya salah apabila pintu makmal digegarkan.Seperti ada seseorang meronta-ronta ingin keluar dari makmal tersebut.Asap kelihatan keluar dari celah pintu makmal.

Dalam keadaan panik,dia segera mengambil pemadam api yang berada di tepi pintu makmal lalu membuka kunci pintu makmal tersebut.

Anehnya,apabila dia membuka pintu makmal,keadaan kembali seperti sediakala.Tiada api muncul di mana-mana.Hanya gelap-gelita sambil ditemani cahaya bulan.Ryuki berasa hairan sambil memegang dahinya.

"Baik aku balik sekarang.Macam-macam benda yang aku fikir.Tapi aku yakin aku ada terbau benda terbakar tadi."

Ryuki lalu mengunci semula pintu makmal dan berangkat pulang ke rumah.

Semasa Ryuki sudah pergi meninggalkan makmal,roh pelajar lelaki tersebut muncul di hadapan pintu makmal sambil mengukir senyuman kepada Ryuki.

"Terima kasih sebab bebaskan saya."

Akan tetapi,air mata roh pelajar lelaki tersebut tidak berhenti mengalir keluar sambil dirinya lesap.

Keesokkan harinya,rumah pelajar yang menyiapkan replika sains tersebut pula terbakar.

______________________________________

"Uish...macam sumpahan."

Kata Hachiro.

"Tapi agak sedih jugak cerita ni."

Kata Matsumi pula sambil menutup mulutnya.

"Kesian pelajar tu."

Kata Fumiya pula.

"Cakap pasal sumpahan pulak,ada lagi untuk kisah misteri keenam."

Kata Nana.Mukanya kelihatan serius kali ini.

"Kisah misteri Shinjyu yang keenam.Dikatakan kalau sesiapa yang menceritakan ketujuh-tujuh kisah misteri Shinjyu,mereka akan dihantui dengan kisah-kisah tersebut sehinggalah mati."

Setelah mendengar kata-kata Nana,wajah mereka mula kelihatan pucat.

"M-mati??"

Soal Fumiya sambil menggigil.

"Kalau macam tu,apa kita kita tak payah cerita kisah yang ketujuh...baik kita tidur hehe."

Kata Hachiro.

"Tak ada apalah..kisah keenam ni cuma rekaan je."

Balas Nana sambil tersengih.

"Rekaan?? Cik Hatsume pun macam serius je.."

Kata Fumiya.

Tiba-tiba sahaja,bunyi seolah-olah bunyi alunan piano kedengaran tidak jauh dari mereka.Mereka langsung terkejut setelah mendengar bunyi alunan piano tersebut.

"A—aku rasa bukan aku sorang je kan yang dengar bunyi yang sama? kan..?"

Kata Fumiya sambil memeluk dirinya.Mereka kelihatan terkejut manakala Nana tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Alunan muzik Bethoven.."

Kata Ryuki.

"Bunyi dia macam dari tingkat atas."

Kata Hachiro sambil perlahan-lahan memandang keatas.

"M—mungkin tu Yuzuki kot..."

Kata Matsumi ingin meyakinkan dirinya.

"Tak ada sesiapa yang gila main piano tengah-tengah malam macam ni.Apatah lagi Yuzuki,aku tak pernah tau pun dia main piano selama aku kenal dia..."

Balas Hachiro dengan perasaan takut.

Pada masa yang sama,Hachiro terasa seperti sesuatu yang mengurai di kakinya.Apabila dia menariknya,kelihatan rambut panjang yang tidak terurus dan melekit di tangannya.

"Erm...Asuna,rambut kau ke ni?"

Soal Hachiro sambil menggigil.

"Rambut aku warna perang lahh.Bukan hitam."

Balas Asuna.Bulu romanya meremang.

"Woi..woi,jangan cakap tu punca Hanako.Apa kejadahnya dia dekat meja makan,bukan dia dalam tandas perempuan ke???"

Fumiya kelihatan seperti tidak tentu arah.

Tidak lama kemudian bau seperti sesuatu terbakar tersebar di seluruh ruang tamu.

"Weh..kenapa ada bau hangit ni??"

Kata Matsumi.Matanya mula berkaca.

Mereka semua lalu berpindah ke sofa dan merapatkan diri antara satu sama lain.Lilin di meja pula hampir terpadam.

Ryuki perlahan-lahan pergi menghidupkan suis lampu namun lampu tidak dihidupkan.

"Tak ada elektik.."

Kata Ryuki.

Mereka mula berasa gelisah.Bunyi ketukan pintu juga kedengaran.Hachiro memandang kearah tingkap.Dia lalu terkejut setelah melihat bayang seperti seseorang sedang memegang sabit.

"Candy-Man!?"

Kata Hachiro sambil menuding jari kearah tingkap.

"Jangan makan aku wahai Youkai.Jangan makan aku wahai Youkai.Jangan makan aku wahai Youkai."

Kata Fumiya sambil merayu.

"Woi kau ni jangan lah buat aku lagi takut!"

Balas Asuna.

Lilin akhirnya terpadam,kini keadaan menjadi gelap gelita sehinggalah Ayame terpandang kearah lif,dimana cahaya bulan dapat ditembusi dari tingkap.

"Korang...t—tu.."

Ayame menuding jari kearah lif.Mereka semua memandang kearah lif lalu terkejut.Kelihatan sepasang mata merah sedang memerhatikannya.Apabila 'ia' mula berjalan,kelihatan tubuhnya seperti seorang pelajar lelaki.Wajahnya tidak kelihatan.

"Itu mesti roh lelaki yang terbakar tu!!"

Kata Fumiya sambil menjerit.

"Tak...tu mesti roh pelajar yang kena tarik dekat tangga tu!!"

Kata Asuna pula.

Mereka semua menjerit.Pelajar perempuan membaling bantal dan cawan plastik kearah entiti tersebut.

"ADUHH!"

Setelah mendengar bunyi tersebut,mereka lalu berhenti membaling.

"Ehh??"

Nana lalu mengeluarkan telefon pintarnya dan menyuluh kearah lif tersebut.Rupa-rupanya,entiti tersebut adalah Yuzuki sendiri.

"Lahhh...Yuzuki ke??"

Kata Nana.

Mereka semua menghembus nafas lega sambil memegang dada.

"Kau ni jangan takutkan orang boleh tak!? Yuzuki bodoh!"

Kata Asuna.

"Korang lahh.. tiba-tiba campak-campak barang.Sakit tahu tak!"

Balas Yuzuki sambil mengusap kepalanya.

"Kenapa mata kau...nampak merah."

Soal Matsumi.

"Haihh malang betul nasib aku.."

Balas Yuzuki.

______________________________________

Sewaktu Yuzuki mandi,syampu yang digunakan termasuk pada mata Yuzuki menyebabkan Yuzuki mengerang kesakitan.

"Eghhh sakit!"

Sebaik sahaja selesai memakai baju,Yuzuki memandang kearah cermin.Matanya kelihatan merah.

Tidak lama kemudian, dia memanaskan seterika baju miliknya sebelum digunakan.Dia melihat cermin semula.Yuzuki terkejut lalu terjatuh dan terlanggar seterikanya.Seterika tersebut terhempap pada tilamnya.Akibat dari itu,tilamnya mula terbakar.

Yuzuki terus mengambil air lalu menyimbah api tersebut.Malang baginya,air yang disimbah tersebut terkena pada wayar seterika menyebabkan berlakunya gangguan litar elektrik sehingga elektrik dorm terpadam.

______________________________________

"Lahh...padan lah ada bau terbakar."

Kata Hachiro.

"Sebenarnya,semua benda seolah-olah jadi kenyataan disebabkan kuasa aku."

Kata Nana sambil tersengih.Mereka semua terkejut mendengar kata-kata Nana.

"Aku dah aktifkan kuasa sejak korang cerita kisah keempat.Jadi semuanya seakan-akan jadi kenyataan.Sebenarnya semua kisah misteri tu cuma rekaan je nak takutkan pelajar supaya jangan balik lewat malam."

Kata Nana lagi.

"Jadi memang tak wujud lah semua tu? tak pernah terjadi??"

Soal Fumiya dengan keadaan terkejut.

"Hehe..Tak.Kisah misteri Shinjyu berakhir dekat kisah keenam je sebenarnya.Disebabkan kisah keenam,semua percaya yang cerita kisah ketujuh akan mati.Jadi tak ada sesiapa yang tahu kisah ketujuh."

Balas Nana.Hachiro lalu pergi kearah tingkap dan menyuluh lampu ke luar.Sangkaanya bahawa bayangan Candy-Man yang sebenarnya hanya pokok dan ranting sahaja.

"Pagi esok aku nak tebang benda alah tu."

Kata Hachiro lalu duduk semula bersama mereka.

Tiba-tiba sahaja muka Yuzuki kelihatan pucat.

"Tak...m—memang ada kisah ketujuh.."

Balas Yuzuki.

"Apa?"

Balas mereka semua.

"Kisah Misteri Shinjyu yang ketujuh."

______________________________________

Kisah Misteri Shinjyu Ketujuh:Cermin

Yuzuki lalu duduk ditempat mereka berkumpul.Wajahnya kelihatan pucat lesi menyebabkan mereka semua berasa tidak sedap hati.

"Dulu,ada seorang pelajar perempuan yang tiba-tiba hilang.Ada saksi yang cakap kali terakhir dia berada di sekolah ni masa dia berada dalam tandas dorm.Tak ada sesiapa tahu kemana dia pergi sampailah ada satu hari,badannya dijumpai dalam tandas.Dalam keadaan yang mengerikan,dikatakan membunuh diri."

Mereka semua berasa tidak sedap hati semasa mendengar kisah yang diceritakan oleh Yuzuki.

"Roh perempuan tu masih lagi ada di akademi ni.'Dia' akan berlegar-legar di kawasan sekolah ataupun muncul dari setiap cermin yang ada di sekolah.Aku pun mula-mula tak percaya sampailah ada seorang pelajar lelaki yang baru je habis mandi berjalan masuk kedalam biliknya sambil menggosok mata akibat terkena syampu.Kali kedua bila dia melihat cermin,dia ternampak roh pelajar tersebut.Walaupun penglihatan dia agak kabur tapi dia dapat mengenalpasti dengan jelas 'benda' tu."

Mereka lalu terkejut mendengar kisah yang diceritakan.

"Jadi,kau..."

Asuna kelihatan terkejut.Yuzuki hanya mengangguk.

"Walaupun tak berapa jelas,tapi aku masih ingat rupa dia."

Jelas Yuzuki.

"Err ..ni pun sebab kuasa kau ke?"

Soal Ryuki kepada Nana.

"T—tak...Kuasa aku memang berfungsi untuk keadaan sekeliling je.Bilik Yuzuki agak jauh di tingkat atas.Lagipun,kuasa aku cuma boleh berfungsi kalau aku dapat bayangkan dan hubungkannya dengan situasi yang sebenar..."

Balas Nana.Kini dia kelihatan takut.

"...Sebab memang tak ada kisah ketujuh.Disebabkan ramai percaya yang ceritakan ketujuh-tujuh kisah misteri tu akan disumpah....Senior Hatsume,cuba bagitahu...apa yang cik Hatsume bayangkan masa aktifkan kuasa tu?"

Soal Hachiro dengan perasaan gelisah.

"Rasanya semua benda yang jadi kecuali tak ada elektrik.Aku ingat yang tu cuma kebetulan."

Balas Nana.

"Erm..boleh aku bermalam dekat sini tak hehe.."

Kata Nana sambil tersengih.

Oleh kerana perasaan takut, gemuruh dan keliru telah sebati dalam diri mereka,mereka lalu ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu.Sebahagian mereka merehatkan diri di meja makan.Akan tetapi,tiada siapa yang dapat tidur dengan lena sehinggalah subuh.

"Mengantuknya..."

Kata Fumiya sambil menggosok kepalanya.

Sebahagian dari mereka ambil keputusan untuk melupakan sahaja perkara yang telah berlaku dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Setelah Hachiro selesai mandi,Fumiya langsung datang menegurnya.

"Kau masih fikir-fikir lagi ke pasal semalam?"

Soal Hachiro.

"Adalah...sikit."

Balas Fumiya.

"Kau ingat tak yang aku ada pegang rambut hitam panjang semalam?"

Tiba-tiba sahaja Hachiro membuka topik.Fumiya terus berasa tidak sedap hati.

"Ingat.."

"Aku rasa itupun tak ada kaitan dengan kuasa Cik Hatsume sama dengan gangguan elektrik tu.Macam ada orang dekat bawah meja.Tapi,dalam dorm ni yang ada rambut hitam cuma Yuzuki dengan Miyuki.Mustahil rambut Yuzuki sebab rambut dia tak sepanjang rambut yang aku pegang.Miyuki memang ada rambut panjang,tapi dia tak ada dengan kita semalam."

Kata Hachiro.Mereka lalu terdiam seketika.

"Jadi,siapa yang ada dekat bawah meja semalam?"

______________________________________

Author ambik masa lama jugak nak siapkan chapter ni...kadang-kadang masa tulis tu ada rasa mcm seram sejuk tiba-tiba.😂

*Youkai/Yokai

-lagenda Jepun, roh yang mengganggu manusia.Sebenarnya ada banyak jenis.

Okay that's it! Stay tune untuk chapter berikutnya!

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

209K 10.4K 49
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
20.8K 2K 26
Cerita ini mengisahkan seorang NCTzen yg bernama Raebin. Dia hardcore Doyoung stans. Dia minat gila kt Doyoung smpai dia menulis diary dia pasal Doyo...
3.7K 221 22
Tak layak ke budak chubby macam aku bercinta?. Kawan-kawan aku sudah berpunya. Tinggal aku saja. Aku, Miazara Batrisya, penampilan biasa-biasa sehing...
266K 14.6K 46
Dia Nerd Kemasukannya ke sekolah baru hanya menjadikan dirinya sebagai mangsa buli disebabkan oleh perwatakannya yang dikatakan 'nerd' Abangnya Jos...