Rise of The Greatest Heroes |...

By aimyzqz

537 55 104

Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli menda... More

Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin
Chapter 1:A Secret Power
Chapter 2:A Will and The Truth
Chapter 3:The Protector
Chapter 4: Unexpected Reunion
Chapter 5: Yuzuki's Trial
Chapter 6: Declaration Of War
Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies
Chapter 8:The Seventh Seat
Chapter 9:To Kyoto Trip!
Chapter 10:Surpass Our Limit
Chapter 11:Medusa
Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight
Chapter 13:Duel Of Strength
Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!
Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision
Chapter 16:The Battle Begins!
Chapter 17: Bonds
Chapter 18:Greed
Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu
Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin
Chapter 20: Metamorphosis
Chapter 21:True Intention
Chapter 23:World-Level Capabilities
Chapter 24:Yuzuki vs Musashi
Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

Chapter 22:One Last Time

16 2 4
By aimyzqz

Malam yang dingin,ditemani dengan hujan renyai yang turun membasahi bandar Kyoto.Beberapa orang anggota polis mengawasi lokasi kejadian.

"Jumpa apa-apa?"

Soal salah seorang dari pegawai polis tersebut.

"Tak ada pendarahan berlaku pada mangsa.Mungkin peluru ni untuk tidurkan dia."

Kata anggota polis yang memeriksa perompak tersebut.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut,pihak polis telah menghubungi Yoichiro Taiga,Direktor Akademi Tinggi Shinjyu untuk membantu siasatan.

Yoichiro berjalan masuk ke dalam pejabat ketua polis selepas mengetuk pintu.

"Agak lama sejak kali terakhir kita jumpa,Yoichiro."

Yoichiro lalu duduk di hadapan meja Ketua Polis tersebut.

"Macam biasa,kau masih tak ada perubahan.Sama je macam dulu.Tak ada kes penjenayah yang tak dapat diselesaikan,Inspektor Jotaro Konno."

Balas Yoichiro sambil senyum.Sudah lama beliau tidak berjumpa dengan rakannya.

"HAHAHAHA...macam mana dengan anak aku dekat Kyoto?"

Soal Jotaro.

"Dia baik-baik je...mungkin tengah berlatih dengan pelajar senior."

Balas Yoichiro.

Sebaik sahaja selesai berbual kosong.Mereka beralih tempat,di mana mereka boleh berbincang sambil minum teh di meja dan sofa yang terletak tidak jauh dari meja kerja Jotaro.

Selepas sahaja duduk dan menikmati teh panas,Jotaro meletakkan sebuah fail di atas meja.

"Beberapa hari lepas ada satu insiden yang berlaku dekat sebuah lorong di Bandar Kyoto.Semua butiran kes ni ada dalam fail tu."

Yoichiro mengambil lalu membuka fail tersebut.

"Pada mulanya kes ni diurus di Pejabat Polis Kyoto.Sampailah mereka lihat rakaman ni."

Yoichiro lalu melihat gambar di dalam fail tersebut.Gambar tersebut diambil dari rakaman CCTV berdekatan.

"Ini pula rakamannya."

Jotara lalu menunjukkan rakaman video di telefon pintarnya.

"Identiti mangsa,Daigoro Kagemori Umur 39 tahun,duda.Dia dan isterinya dah bercerai kira-kira 4 tahun lepas.Memiliki seorang anak lelaki.Seorang lelaki yang memiliki 3 rekod kes rompakan,1 kes penyeludupan dadah dan 2 kes cubaan serangan seksual keatas orang awam.Pernah di penjara 5 tahun.Ini pulak kes keempat rompakan."

Kata Jotaro.

"Kagemori?"

Balas Yoichiro.

"Aku difahamkan,Kagemori ada anak yang bersekolah di Shinjyu betul? Dia dan anaknya tidak lagi berhubung sejak dia dan isteri dia bercerai."

Balas Jotaro.

Yoichiro melihat rakaman tersebut dengan teliti.

"Tiga orang berjubah hitam tu,memiliki cincin ni."

Kata Jotaro sambil mengeluarkan beg bahan bukti yang berisi cincin delima merah lalu diberikan kepada Yoichiro.

"Cincin ni!..."

Yoichiro terkejut setelah melihat cincin tersebut.

"Ini pulak gambar cincin dari kes kebakaran makmal dulu.Aku tak rasa ni kebetulan.."

Balas Jotaro.

"Lelaki yang buka topeng tu..ada nampak muka dia??"

Soal Yoichiro ingin tahu.

"Malangnya,suasana sangat gelap jadi muka suspek tak kelihatan.Mangsa tak ada alami kecederaan.Kagemori pengsan setelah ditembak dengan peluru ni.Peluru khas yang mengandungi ubat tidur.Tembakannya tak kuat jadi peluru tu tak mencederakan Kagemori."

Balas Jotaro sambil menghulurkan beg bahan bukti yang berisi peluru tersebut.

"Disebabkan tu,kes ni dibawa sendiri ke Ibu Pejabat Polis Tokyo."

Yoichiro hanya diam sambil melihat gambar-gambar tersebut.

"Yoichiro,aku sendiri rasa tak sedap hati.Sesuatu yang dasyat bakal berlaku di Shinjyu."

Kata Jotaro.

______________________________________

Pertempuran masih lagi berlangsung.Daichi terus menyerang manakala Musashi peka dan terus menahan serangan Daichi.Pertempuran tersebut disaksikan oleh semua penonton yang bersorak sepenuh hati.Perlawanan sengit diantara Kedudukan Shinjyu Elit Sepuluh.

"Dia dah semakin kuat sejak kali terakhir kami berlawan.Tak sangka perlawanan ni jadi lagi susah daripada apa yang aku sangka."

Monolog Musashi.

Dia terus menyerang Daichi.Daichi yang sempat mengelak serangan tersebut terus berhenti menyerang lalu menjauhi Musashi.

"Terasa Deja Vu kan?"

Soal Daichi sambil tersenyum sinis.Dia lalu melepaskan kuasa sepenuh tenaganya.

"Woah..nampaknya ini kali kedua setelah sekian lama Daichi tidak melepaskan kuasa sebenarnya!  Adakah Hajime akan berjaya? ataupun sejarah gelap Daichi Hajime akan berulang kembali?"

Ulas Haruto.

Daichi terkenang semula ketika dirinya berada di hospital setelah perang arena diantara kedudukan Pandora berakhir.

Ketika Daichi sedar,Inasa dan Neito sudahpun berada di sebelah katilnya.

"Dekat mana.."

Kata Daichi yang masih lagi lemah longlai.

"Hospital Besar Tokyo.Kau dah ada dekat sini hampir dua minggu.Akhirnya kau sedar."

Kata Neito.

Daichi tersentak setelah mendengar kata-kata Neito.

"Apa jadi dengan pemilihan tu!?"

Soal Daichi.

Pada masa yang sama,Yoichiro masuk ke dalam Bilik wad pesakit Daichi.Mereka bertiga terus memandang kearah Yoichiro.

"Tuan—ugh!"

Daichi memegang tangannya yang masih lagi berbalut.

"Hajime.Sejak kamu tak sedarkan diri,pemilihan untuk Presiden Regimen dan Eksekutif yang baru dah pun ditentukan.Inasa Hideyoshi akan menjadi Presiden Regimen yang seterusnya.Pemilihan ni merupakan diluar kuasa saya.Jadi semuanya ditentukan sendiri oleh Hideyoshi sebagai Presiden Regimen dan Presiden Majlis Pelajar."

Kata Yoichiro.Inasa pun lalu bersuara.

"Daichi,kami dah adakan perbincangan semasa pemilihan.Dengan keadaan kau sekarang,kau tak sesuai untuk pikul gelaran Naib Presiden Regimen dan 5 yang teratas Pandora."

Kata Inasa.Wajah Daichi terus berubah.

"K—kenapa pulak!? Kau pun tahu cuma kita bertiga yang masih berdiri masa tu??"

Kata Daichi dengan wajah kesal.Neito lalu memberikan sebuah surat beserta gambar kepada Daichi.

"Apa ni??"

Soal Daichi.Dia lalu membuka sampul surat tersebut lalu membacanya.

'....En.Daichi Hajime,nombor pelajar,001304 telah mengalami kecederaan pada bahagian organ dalaman,pendarahan di bahagian rongga badan,keretakkan tulang belakang dan bengkak pada bahagian urat saraf.Keadaan pesakit dipercayai semakin teruk oleh kerana penyakit genetik dari keluarganya.

Dianjurkan surat ini untuk rujukan masa hadapan bagi tujuan pemulihan di pusat-pusat perubatan.

Tiada Kecederaan pada saraf otak.
Denyutan nadi:normal
Suhu badan:39°–semasa pembedahan

Status:Rawatan segera.'

Daichi kemudian melihat gambar yang dipegangnya.Ternyata gambar tersebut ialah gambar x-ray tulang belakangnya yang kelihatan mengalami keretakkan.

"Doktor pun dah nasihatkan,badan kau dah tak sesuai lagi untuk teruskan...cita-cita kau."

Setelah dengar kata-kata Inasa,Daich terus memandang ke bawah.Wajahnya kelihatan amat terkejut.

"Untuk kebaikan kamu,kamu tak boleh lagi sertai mana-mana aktiviti wira yang melibatkan fizikal badan.Maafkan saya."

Kata Yoichiro sambil berjalan keluar.

Ketika itu,air mata Daichi mula mengalir.

Walaupun Daichi tidak boleh sertai mana-mana aktiviti wira,dia masih diberi peluang memikul pangkat sebagai Kapten Division 1 dan mewarisi kedudukan ketujuh Pandora Elit Sepuluh oleh kerana kebijaksanaan serta bakatnya.

Beberapa hari sebelum Festival Sukan,Daichi bertemu dengan Yoichiro di pejabatnya.

"Tolong benarkan saya sertai pertandingan ni."

Kata Daichi sambil menunduk kearah Yoichiro.

"Kamu tahu kan apa akibatnya? Saya takkan sesekali membahayakan nyawa pelajar saya."

Balas Yoichiro ingin menghalang Daichi daripada menyertai pertandingan.

Namun,Daichi tidak mengalah.Dia terus menunduk.Kini dia menundukkan dirinya ke lantai,membuatkan Yoichiro terkejut akan tindakan yang dilakukan oleh Daichi tersebut.

"Tolong lah Tuan,buat kali yang terakhir.Tolong benarkan saya sertai pertandingan ni.Saya ada sebab tersendiri kenapa saya kena sertai perlawanan tu.Saya ...nak tunaikan janji saya dekat seseorang."

Kata Daichi sambil merayu.Yoichiro mengeluh seketika.

"Haihh...Kalau ada sesuatu yang tak kena,perlawanan akan dihentikan dengan serta-merta."

Balas Yoichiro.

Setelah mendengar kata-kata Yoichiro,Daichi terus memandang wajahnya dengan gembira.

"Terima kasih,Tuan!"

Balas Daichi.

...

"Aku takkan sia-sia kan peluang ni.Tengoklah Taiga,inilah pertarungan yang sebenarnya!"

Wap haba dapat dirasai disekeliling Daichi.

"Aku akan tamatkan kau dekat sini."

Kata Musashi.Dia langsung membaik pulih perisai bekunya lalu meluru kearah Daichi.

Pada saat itu,penglihatan Daichi sudah mula pudar.Badannya sudah pun mencapai hadnya.

"Belum lagi!"

Kata Daichi.

Daichi mengelak serangan Musashi dan membalas kembali dengan tendangan kearah wajah Musashi.

"Meteorite Kick!"

Musashi menerima tendangan tersebut dengan menghalang wajah menggunakan lengannya.

"Ugh—Pelepasan penuh!"

Daichi terus meluru kearah Musashi dengan kelajuan yang amat pantas membuatkan Musashi serta para penonton terkejut.

"Hentikan perlawanan ni!"

Kata Yoichiro kepada Inasa.Tanpa berfikir panjang,Inasa terus keluar dari bilik VIP.

Wajah Yoichiro kelihatan resah dan risau akan keselamatan Daichi.

"Daichi...."

Kata Yoichiro.

"Kadar Adrenalin,denyutan jantung dan suhu dalaman badan dia sangat tinggi.Ini kali pertama aku tengok orang yang ada tenaga sekuat ni."

Kata Miyuki sambil menggunakan kuasanya keatas Daichi.

"Maknanya dia dalam bahaya.Ingat lagi kan masa Kagemori cerita pasal pertempuran Hajime dengan Hideyoshi dulu?"

Soal Matsumi.

"Kemungkinan kejadian yang sama akan berlaku lagi.Mana pula Asuna dengan yang lain pergi ni??"

Balas Ayame sambil mengeluh.

"WAKIYAAAAAAAA!!!"

"HAJIMEEEEEEEEE!!!"

Daichi dan Musashi membalas pukulan diantara satu sama lain.Kedua-dua dari mereka menyerang pihak lawan dengan bertalu-talu.Oleh kerana haba yang panas dan wap yang mengalir keluar dari badan Daichi,ais dikeliling badan Musashi mula tersejat lalu terhasil kabus.

"THOUSAND METEORITE JAB!!!"

"CRYO SMASHER!!"

Pertempuran mereka berdua menyebabkan suasana stadium terasa gerun.Inasa yang baru tiba di sayap stadium di mana Ryuki dan Hayashi berada terdiam sambil menyaksikan bayang-bayang mereka sedang berbalas pukulan disebalik kabus tersebut.

"Perasaan ni...sama macam hari tu."

Inasa mengimbas kembali keadaan ketika pertempurannya dengan Musashi dan Daichi.Seluruh penonton ketika itu kelihatan gerun oleh kerana semangat berlawan yang ditunjukkan oleh Daichi pada ketika itu.Ekpresi wajah Inasa tersebut dapat dirasai oleh Ryuki.

"Sampaikan Inasa Hideyoshi sendiri boleh terdiam.Siapa sebenarnya dia?"

Monolog Ryuki sambil menoleh kearah gelanggang.

Setelah beberapa minit,keadaan perlahan-lahan menjadi sepi.Kabus mulai hilang ditiup angin.

Yuzuki baru sahaja tiba di sayap stadium setelah berlari.

"Apa yang jadi ??"

Soal Yuzuki kepada Inasa,Ryuki dan Hayashi.

Mereka bertiga kelihatan tergamam melihat kearah gelanggang.

Daichi kelihatan masih berdiri.Tangan kanannya diangkat keatas seperti seorang juara.Terdapat banyak kesan luka di tangannya.Manakala Musashi pula terduduk dihadapannya.

"Daichi menang.."

Kata Yuzuki sambil berasa terkejut.

Penonton mula bersorak nama Daichi.Inasa terus pergi kearah pengadil,wira pro Moon Luna yang pada masa yang sama sedang berjalan kearah gelanggang.

"Hideyoshi?"

Moon Luna menoleh kearah Inasa.

"Maafkan saya.Izinkan saya umumkan keputusan perlawanan ni."

Kata Inasa.Moon Luna hanya mengangguk sahaja.

"Terima kasih."

Balas Inasa sambil menunduk.Dia lalu berjalan kearah Daichi dan Musashi.Saat Inasa menghampiri mereka berdua,Musashi bersuara.

"Tak sangka Daichi menang akhirnya."

Kata Yuzuki sambil tersenyum lega.

"Rugi betul kau...Kau tak tengok lagi bahagian paling epik tadi."

Balas Ryuki.

"Alaa...tak apa lah,nanti aku tengok ulang tayang balik lah."

Kata Yuzuki sambil mengeluh.

Matsumi dan Ayame juga kelihatan lega.Namun,Miyuki sebaliknya.

"Pelik..sebelum stadium sunyi,aku masih boleh nampak suhu badan dan pergerakan Musashi Wakiya walaupun badan dia beku.Tapi,aku langsung tak nampak lagi pergerakan suhu badan Hajime."

Kata-kata Miyuki menyebabkan wajah lega Matsumi dan Ayame terus berubah.

Badan Musashi kelihatan pucat oleh kerana kesejukan yang melampau.

"Inasa... Pertempuran dah tamat."

Kata Musashi.

Inasa lalu bersedia untuk mengumumkan pemenang.

"Pemenang bagi pusingan ketiga Pertempuran Arena adalah—"

Inasa terkedu setelah memandang Daichi.

"Tak sangka pula keadaan jadi terbalik.Kiraan aku salah."

Kata Hayashi dengan wajah terkejut.

Ryuki dan Yuzuki terus memandang kearah gelanggang dengan wajah yang kelihatan resah.

"Kau...baru perasan? Dia dah semakin matang,Inasa..."

Kata Musashi.

Inasa memandang Musashi.Wajah Inasa kelihatan terkejut.Dia lalu menghampiri Daichi.Anak mata Daichi sudah tidak kelihatan.

"Masa kami berbalas serangan,dia dah pun tak sedarkan diri....Dia pengsan tapi masih.... tetap nak lawan."

Kata Musashi.

"Dia pengsan...dalam keadaan berdiri."

Kata Yuzuki sambil berasa kesal.

Inasa lalu mengumumkan keputusan perlawanan.

"Pemenang bagi pusingan ketiga Pertempuran Arena ialah,Musashi Wakiya!"

Penonton terus bersorak.Pada masa yang sama,petugas dan sukarelawan memasuki gelanggang dan membawa Daichi serta Musashi keluar untuk rawatan.

"Mengejutkan! Siapa sangka, pertempuran sengit ini berakhir dengan penuh emosi!! Daichi Hajime sudah pun tidak sedarkan diri saat detik-detik akhir sebelum pertempuran tamat namun badannya masih bergerak menentang musuhnya.Sangat luar biasa!"

Ulas Haruto.

"Daichi Hajime tidak sedarkan diri dalam keadaan berdiri.Sungguh elegen!"

Kata Sumire tersengih-sengih malu sambil memegang pipinya.Haruto memandangnya dengan wajah hairan.

"Esok merupakan hari terakhir perang arena sekaligus hari terakhir Festival Sukan.Peserta-peserta yang masih tinggal,Hanzo Kagemori yang menang menentang Naoh Fudo di pusingan pertama.Diikuti Ryuki Satoru dan Yuzuki Taiga yang mendapat keputusan seri buat kali pertama semasa pertandingan ini berlangsung, kedua-dua dari mereka berkongsi tempat yang sama.Dan akhir sekali,Musashi Wakiya yang terus meraut kemenangan setelah pertarungan sengitnya menentang Daichi Hajime.Bagi pusingan separuh akhir,format pertandingan telahpun diubah."

Kata Haruto.Sumire lalu menyambung ucapannya.

"Bagi pusingan separuh akhir akan terbahagi kepada dua bahagian dimana bahagian pertama, pertempuran 2 lawan 2 akan berlangsung.Empat peserta yang tinggal perlu bekerjasama dengan berpasangan secara dua orang dan menentang 2 orang peserta lagi.Kami akan umumkan pasangan peserta melalui e-mel.Peserta yang menang akan menentang sesama-sendiri di pusingan pertama begitu juga pasangan yang kalah di bahagian kedua Separuh Akhir Pertempuran Arena.Tahniah kepada peserta yang layak dan Semoga berjaya!"

Kata Sumire menamatkan ucapannya.

"2 lawan 2??"

Kata Yuzuki.

"Agaknya siapa lah pasangan aku esok..."

Kata Ryuki.

"Yang pastinya,korang takkan berpasangan disebabkan korang seri dan dapat tempat yang sama.Musashi kekal di tempat pertama,Hanzo tempat kedua dan korang berdua tempat ketiga."

Balas Hayashi.

"Haihh...Aku harap pasangan aku bukannya Musashi..."

Keluh Yuzuki.

Pada malam itu...

"Musashi!!!??"

Yuzuki terkejut setelah membuka e-mel yang dikirimkan ke telefon pintarnya.

"Woah..jadi Kagemori lah pasangan aku."

Kata Ryuki.Ryuki memandang Yuzuki dengan ekspresi wajah aneh sambil perlahan-lahan menjauhi Yuzuki.

"WOI BUKANNYA AKU ADA HAK NAK TUKAR PASANGAN AKU PUN!!"

Balas Yuzuki.

Tiba-tiba sahaja Hachiro datang mendekati mereka.

"Rasa sempat lagi kita keluar beli makanan sebelum gerai-gerai dekat dataran tutup.Takoyaki kelas 4K sedap betul.Kau kena cuba!"

Kata Hachiro sambil menarik lengan Yuzuki.

"Eh kejap-kejap...aku nak ambik dompet dul—"

Belum sempat Yuzuki menghabiskan kata-katanya,Hachiro sudah pun menutup pintu dan membawa Yuzuki ke dataran.

"Kenapa dengan Hachiro tu?"

Soal Ryuki sambil berasa hairan.

"Kitorang saja jauhkan Yuzuki.Ada benda kita kena bincang."

Kata Asuna yang baru sahaja keluar dari lif dorm.

"Mesti ada sesuatu yang korang taknak dia tahu sampai korang pisahkan dia betul tak?"

Balas Ryuki.Asuna hanya mengangguk sahaja.

Mereka semua kemudiannya berkumpul di ruang tamu termasuk penghuni baru dorm,Emiko.

"Jadi kau lah lawan Yuzuki di pusingan pertama tu?"

Soal Ryuki kepada Emiko.

"Ya.Saya Emiko Chiaki.Gembira dapat berkenalan."

Balas Emiko sambil tersenyum.

"Baik kita terus straight to the point."

Kata Asuna.Dia lalu meletakkan 2 buah fail rekod pelajar yang diambilnya di bilik Rekod.

"Tadi masa kitorang cakap nak pergi beli makanan, sebenarnya kitorang pergi Bilik Rekod pelajar.Dua fail ni,milik Daichi dengan Hanzo."

Ayame,Miyuki,Matsumi dan Ryuki berasa hairan setelah mendengar kata-kata Yuzuki.

"Aku faham yang Hanzo tu suspek.Tapi..kenapa Daichi??"

Soal Ayame.Asuna lalu membuka fail-fail kemudian mengeluarkan sehelai kertas dari kedua-dua fail tersebut.

"Kita tahu yang Musashi mustahil jadi dalang disebalik kebakaran tu.Musashi yang mula benci Yuzuki masa hari perbicaraan tu pun dah membuktikannya.Sekarang,Hanzo dan Daichi ada rekod akademik yang sama."

Kata Asuna sambil menunjukkan kedua-dua kertas tersebut kepada rakan-rakannya.

"Memang sama."

Kata Fumiya.

"Bezanya,Cuma Daichi punya slip akademik nampak macam ditampal."

Kata Asuna.

"Kagemori punya slip akademik yang asal dan Hajime pula..."

Kata Ryuki.

"..Yang palsu.."

Matsumi menyambung kata-kata Ryuki.Wajahnya kelihatan resah seperti tidak percaya akan perkara yang baru sahaja dia dengar.

"Masa korang pergi kem dekat Kyoto dulu,ada Daichi berkelakuan pelik?"

Soal Naoh.

"Tak ada pulak,cuma dia ada balik lambat sekali dalam keadaan hujan lebat—"

Fumiya tergamam seketika.

"Fumiya?"

Soal Asuna kelihatan keliru.

"Aku baru ingat sesuatu."

Kata Fumiya lalu menceritakan kejadian yang dilihatnya.

Masa tu aku dari tandas nak masuk tidur.Masa tu aku terlintas dekat bilik Daichi.Pintu bilik dia terbukak sikit.Ada cahaya macam lilin jadi aku niat nak intai.

Fumiya lalu mengintai dalaman bilik Daichi.Tiada yang pelik sehinggalah dia ternampak sebuah topeng hitam dan sebuah picagari di atas katil Daichi.

....

Mula-mula aku tertanya-tanya jugak,apa yang dia buat dengan picagari dan topeng tu.Tiba-tiba dengar tapak kaki.Jadi aku terus cepat-cepat masuk bilik.

Fumiya menutup pintu dengan pantas membuatkan Yuzuki terkejut.

"Eh apahal kau ni?"

Soal Yuzuki.

"Kau tak tidur lagi—EH! Main game tak ajak aku!"

Kata Fumiya sambil berlari kearah katil Yuzuki.

"Ish..Cepatlah aku tunggu."

Balas Yuzuki sambil berasa geram.

.....

"Jadi...kau terus lupa apa yang kau nampak dan terus main game?"

Soal Asuna.Fumiya tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.Asuna lalu menampar dahinya.

"Apa yang dia buat dengan picagari tu?"

Soal Naoh sambil memegang dagunya.

"Mungkin ubat dia?"

Balas Fumiya.

"Pesakit gila mental pun takkan telan ubat sambil pakai topeng lah..."

Balas Ryuki.

"Macam mana rupa topeng tu? Full face ke half face?"

Soal Asuna.

"Full face.Lebih kurang macam topeng Oni.Atau...topeng vendetta."

Balas Fumiya.

"Hmm ...Apa pun kita tak banyak masa,Hachiro dengan Yuzuki boleh balik bila-bila masa je.Jangan bagitahu apa-apa pasal ni dekat Yuzuki.Dia mesti kecewa nanti.Kita sendiri pun dah nampak betapa dia sanjung Daichi sebagai mentor dia.Tunggu masa bila semua bukti dah cukup,kita akan dedahkan pelaku yang sebenar."

Kata Asuna.Mereka semua bersetuju dengan kata-kata Asuna.

"Macam manalah pertempuran esok.Sejujurnya aku masih tak faham lagi."

Kata Matsumi.

"Oh tak pe,yang tu aku dah call diorang datang tadi."

Balas Ryuki.

"Diorang?"

Tiba-tiba loceng berbunyi.Mereka lalu bangun dan berjalan kearah pintu.Pintu langsung dibuka.Kelihatan Sumire,Hayashi,Keigo dan Kento di luar pintu dorm.

"Cik Sumire!"

Kata Emiko.

"Rasa sibuk jadi pengacara sampai kan tak sempat tegur korang.Satoru yang panggil kitorang ke sini."

Balas Sumire.

"Korang lah si kembar kelas D? Si kembar Nishimiya,Keigo dan Kento.Gembira dapat berkenalan."

Kata Naoh sambil tersenyum.

"Sama jugak dengan kitorang."

Balas kembar itu.

"Kau pula.."

Kata Fumiya sambil memandang kearah Hayashi.

"Aku pelajar baru dan penghuni baru dorm ni,Hayashi Kijima,selamat berkenalan."

Kata Hayashi.

"Wahh!! penghuni dorm baru! Jadi kau lah pelajar baru yang masuk lewat tu."

Kata Fumiya sambil berasa teruja.

"Eh masuklah..aku buatkan minuman."

Kata Ayame sambil memperlawa mereka masuk.

Mereka berempat lalu masuk ke dalam dorm.Sebaik sahaja selesai menunjukkan ruang dalaman dorm,Hayashi bersama rakan-rakan barunya itu duduk di ruang tamu.Air minuman yang dibancuh Ayame sudah pun dihidangkan.

"Tak sangka pulak kau dah letak awal-awal barang kau dalam bilik."

Kata Fumiya.

"Masa semua orang dekat Stadium.Aku terserampak dengan Satoru dan Taiga.Kitorang tengok perlawanan akhir tadi dekat sayap stadium.Aku cakap yang aku penghuni dorm baru jadi diorang bawakan aku pergi dorm ni untuk letak barang."

Balas Hayashi.

"Ohh..patutlah tak nampak Yuzuki dengan Ryuki.Jadi kau dah jumpa dengan diorang rupanya."

Kata Ayame.

"Eh kejap.Mana Si bebal Yuzuki tu?"

Soal Sumire.

"Bebal?..."

Soal Naoh dengan wajah keliru.

"Si bebal tu dah keluar dengan Hachiro HAHAHAHHA."

Balas Fumiya sambil ketawa.Sumire juga turut ketawa setelah mendengar kata-kata Fumiya.

"HATCHII!!!"

Yuzuki bersin sambil menutup mulutnya.

"Huh,kau okay?"

Soal Hachiro.

"Fuh.. Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu pula."

Balas Yuzuki sambil berasa aneh.

"Apa pun tahniah sebab berjaya masuk separuh akhir.Jadi aku terus jelaskan secara ringkas lagi untuk perlawanan esok.Kau dah tahu siapa pasangan dengan pasangan lawan kau kan?"

Soal Sumire.Ryuki hanya mengangguk.

"Okay...untuk pusingan pertama nanti kau dan Hanzo akan berpasangan.Lawan korang adalah Wakiya dengan Yuzuki.Peraturannya,kau tak boleh serang pasangan kau tapi boleh bantu dia menyerang.Asalkan ada bentuk kerjasama pasukan,korang takkan disingkirkan.Pasangan yang menang akan menentang antara satu sama lain.Kalau korang menang,maknanya kau dan Hanzo akan berlawan dulu untuk pusingan pertama separuh akhir bahagian dua.Diikuti dengan pasangan yang kalah.Pasukan yang menang pun akan dapat hadiah sebagai pasukan terbaik di akhir pertandingan."

Jelas Sumire.

"Jadi ini perlawanan berpasukan.Kerjasama adalah kunci yang penting dalam pertempuran ni.Tapi masalah sekarang..."

Kata Asuna.

Pada masa yang sama,Yuzuki dan Hachiro pulang ke Dorm.

"Eh ramainya."

Kata Yuzuki sambil berasa terkejut.

"Itulah masalah sekarang.Diorang nak bekerjasama sebagai satu pasukan ke?"

Soal Matsumi sambil memandang kearah Yuzuki.

To be Continued:-

Next Chapter:
Chapter 23:World Level Capabilities

Pertempuran Arena separuh akhir peringkat pertama telahpun bermula.Hanzo dan Ryuki memulai perlawanan dengan baik manakala sebaliknya bagi Yuzuki dan Musashi.Mampukah mereka mencapai kesefahaman buat seketika untuk memenangi pertempuran ini?

Continue Reading

You'll Also Like

266K 14.6K 46
Dia Nerd Kemasukannya ke sekolah baru hanya menjadikan dirinya sebagai mangsa buli disebabkan oleh perwatakannya yang dikatakan 'nerd' Abangnya Jos...
Sembuh By NSR

Mystery / Thriller

552 37 17
"Aku terima nikahnya, Izreen Aneem Binti Abdul Hashim dengan mas kahwinnya RM300, tunai." Perkahwinan yang terbina di atas satu misi. "Jadi, kau setu...
1.2M 56.3K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...